MP 3

PAGI-PAGI lagi dah kena ceramah dengan mak. Tak habis-habis tuduh aku yang bukan-bukan. Kecil hati macam ni. Mak ni kenapalah lamgsung tak percaya aku. Tak terniat aku pun nak goda suami Si Jessica tu lah. Tak tergamak aku nak rampas-merampas kekasih hati orang. Orang aje yang selalu rampas kekasih aku. Benci macam ni!

"Ciao (Hello), Aara Malika."

Satu suara garau membuatkan aku menoleh ke belakang secara mengejut. Ya Allah, boleh tercabut jantung aku. Itulah padahnya banyak sangat mengelamun.

"Ya?" Dahi aku berkerut halus. Siapa lelaki di hadapan aku ni? Semalam tak ada pula nampak. Aku fikirkan Tuan Ivander dengan Puan Jessica saja penghuni rumah ni. Dan, macam mana dia boleh tahu nama aku?

"Nice name. Aku Rae." Salam dihulur untuk berjabat tangan. Perlu ke aku sambut salam dia? Eh, haram kan? Ya Allah.

"Sorry. Saya tak boleh salam awak. Bukan mahram." Kekok aku mengukirkan senyuman. Haraplah dia tak terasa hati. Ada nanti dia laporkan dekat majikan aku. Habislah...

"Oh. I see. Sorry..." Dia membalas senyuman aku. Tipis saja. Dia memandang suasana sekeliling rumah.

"Are you alone?"

Aku pun entah kenapa boleh sertai dia memerhatikan suasana sekeliling. Aduh, Aara. Apa kau buat ni?

"Erm, ya. Dia orang keluar. Mak saya pergi beli barang dengan Abang Hanz."

Rae menganggukkan kepalanya. Dia memerhatikan aku daripada atas sehingga bawah. Terteguk air liur aku dibuatnya. Pandangan dia membuatkan aku jadi auto seram sejuk. Bulu roma merinding tinggi secara tiba-tiba.

"Cara kau macam orang kampung. Tapi, aku tengok kau macam kacukan. Mata kau. Cantik. Kau asal mana?"

Dia puji aku ke tu? Tak pernah lagi seorang lelaki selamba saja memuji aku depan-depan.

"Ya. Saya asal dari kampung. Kacukan? Tak. Tak ada." Mak tak ada pula beritahu yang aku ada kacukan apa. Ayah orang Melayu tulen begitu juga dengan mak. Aku hairan juga bila tengok anak mata sendiri. Langsung tak ada warisi antara mereka berdua. Macam mana aku boleh dapat anak mata warna asing ini?

"Kau tak takut tinggal seorang?"

Perlahan aku menggelengkan kepala. Aku pun tak tahu nak jujur ke tak. Sebabnya, rumah sebesar macam ni, siapa aje yang tak seriau. Haih...

"Nak aku teman?" Dia menyoal.

Apa aku nak jawab? Berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram. Berdosa besar. Ya Allah...

"Tapi, awak siapa ya? Macam mana awak boleh masuk rumah ni?" soal aku dengan kerutan di dahi. Baru aku sedar. Pintu utama memang dah terkunci. Macam mana dia boleh masuk?

"Kau yang tak reti nak tutup pintu dapur. Kalau sesiapa masuk, merompak ke apa ke? Kau yang kena. Kau tak fikir?"

Lain macam bunyinya. Tu nak sindir aku ke, ataupun nak prihatin dengan aku? Kut ya pun ayat tu tak boleh ke sweet sikit. Harap aje muka handsome. Macam artis Hollywood. Tapi, bahasa percakapan. Kasar!

"Maafkan saya. Tolong, jangan beritahu majikan saya. Teruk saya kena bebel dengan mak saya nanti."

Rae tersenyum. Dia menganggukkan kepala. Sempat pula dia bersandar pada sisi dinding kemudian tangannya disilangkan ke dada. Rambutnya yang terjuntai pada dahi, ditiup. Wah, style begitu. Tengok gaya macam modeling.

"Boleh. Tapi, ada satu syarat."

Aku mencebik. Menyampahnya. Tak boleh ke tolong secara ikhlas? Nak juga bersyarat-syarat bagai. Benci manusia macam ni.

"Apa dia? Sampai nak bersyarat..." Aku memutarkan bebola mata. Serius, menyampah!

Rae tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Apa yang kelakar tu? Aku rasa aku tak ada buat lawak pun.

"Syaratnya..."

Dia terdiam seketika sambil mengusap dagunya. Aku pun tunggu sajalah. Berdiri tercegat di hadapannya bersama sebatang mop yang aku genggam. Tergendala kerja aku disebabkan mamat depan ni. Nak tak nak, kenalah layan. Tengok cara macam saudara kepada majikan aku. Nanti dia mengadu aku macam-macam, satu hal pula.

"Aku tahu kita baru kenal. Tapi, hatiku terdetik nak berkenalan lebih rapat dengan kau."

Aku terdiam seketika. Susah ke senang sebenarnya syarat dia tu? Nak berkenalan dengan aku lebih rapat?

"Apa maksud awak dengan lebih rapat?"

"Possiamo essere amici? (Kita boleh berkawan?)"

Bahasa Itali. Aku terdiam. Aku pernah belajar. Tapi, tak sepenuhnya aku mahir. Aku kalau menghafal dan membaca boleh. Kalau nak bercakap sendiri, memang gagal!

"Berkawan?"

Berubah reaksi wajah Rae. Terkejut. Matanya langsung tak berkerdip memandang aku.

"Kau... faham?"

Aku sekadar menganggukkan kepala.

"How? Aku yakin yang kau ada kacukan."

"Saya tak tahu. Saya tak ada kacukan. Dua-dua orang tua saya Melayu tulen."

Rae masih tidak berpuas hati. Lama dia merenung wajahku seperti harimau mahu membaham mangsanya. Scary!

"Aku tak puas hati. Aku akan cari tahu juga. So, untuk soalan aku tadi. Macam mana?"

Aku menggaru pipi kananku.

"Saya takut. Majikan saya tahu."

Rae ketawa. Dia ni asyik ketawa aje. Macam lawak sangat jawapan aku bagi.

"Tak. Aku tak beritahu sesiapa tentang kau dengan aku jadi kawan. Aku memang suka berkawan dengan sesiapa. So, don't worry."

Aku tersenyum.

"Thanks, Rae."

"Aww... you just said my name. How sweet you are, Aara."

Aku mencebik. Menyampah! Nasib aje kau ada kena mengena dalam rumah ni. Kalau tidak, tak adanya aku nak melayan. Aku dah cakap kan yang aku dah tak nak layan mana-mana lelaki...

"Aara, aku lapar..."

Aku terdiam. Lapar? Muka aku ni makanan ke?

"Kalau lapar, pergilah makan...," jawab aku malas. Aku menyambung kembali kerja aku yang tergendala. Aku mengemop kembali lantai yang sudah kering. Mop lantai rumah ni kena banyak kali supaya nampak sinarannya. Selagi tak nampak bersinar, jangan haraplah kau cakap kerja kau dah habis. Memang cerewet betul majikan dalam rumah ni.

"Macam ni kau layan saudara kepada majikan kau?"

Aku mendongakkan kepala ke arahnya.

"Huh?" Aku blur. Dia expect nak aku layan macam mana?

"Habis tu, awak nak suruh saya buat apa?"

Selamba saja dia menjentik dahi aku. Berdecit aku dibuatnya. Sakit weh!

"Awak kenapa?" tanya aku dengan nada tak puas hati.

"Tak baik marah-marah. Berkedut nanti muka. Macam nenek kebayan."

Membulat mata aku dibuatnya. Dia cakap aku nenek kebayan?
Ni memang cari gaduh ke apa ni?

"Masakan untuk aku. Tekak aku terasa nak makan makanan orang Melayu kampung. Boleh ke?"

Aku tersenyum senget. Suka-suka dia aje, ya? Haih... memang aku sabar ni. Fikirkan dia saudara kepada majikan aku aje ni. Kalau tidak, memang dapat penangan flying kick aku.

"Nak makan apa? Nasi goreng kampung?"

Laju saja dia menganggukkan kepala. Entah tahu ke tidak rupa nasi goreng kampung tu. Al maklumlah, orang barat. Pandai-pandai aje aku ni. Entah-entah orang Melayu. Tapi, acah-acah kacukan.

"Baiklah. Tunggulah dulu. Saya masak kan."

Rae hanya menganggukkan kepala seraya tersenyum. Senyuman dia, aku tak boleh nak tenung lama-lama. Bahaya. Macam ada daya tarikan magnet.

AKU tenung saja Rae yang sedang menikmati kepedasan nasi goreng kampung air tangan aku itu. Berpeluh-peluh wajah dia. Basah lencun. Pedas sangat ke? Aku letak cili padi bukannya banyak sangat pun.

"Kalau pedas sangat, tak usahlah makan. Dah macam pelari maraton dah saya tengok awak. Saya tak expect pula pedas sampai macam ni sekali. Ke awak yang tak makan pedas ni?" Aku menahan tawa. Terseksa rasanya bila tahan ketawa ni.

"Tak nak. Aku nak habiskan. Sedap. Sedap sangat..."

Pfft! Akhirnya terburai juga tawa aku melihat riak wajahnya yang kepedasan. Tangan pula tak habis-habis mengipas wajah sendiri. Aduhai, Rae...

"Awak, nanti awak cirit-birit awak salahkan saya pula. Baik awak berhenti makan. Saya buatkan awak spaghetti, ya?"

Rae menggelengkan kepalanya. Sungguhlah lelaki ni, nak juga habiskan nasi goreng kampung tu. Aku risau aje dia cirit-birit nanti. Aku juga yang kena. Aku baru aje nak feel kerja sini. Janganlah cari pasal...

"Aku okey. Terima kasih sudi masak kan untuk aku. Nanti aku datang lagi. Kau masak kan, eh?"

Aku tersenyum kecil. Terhibur pula dengan dia ni. Ada juga orang yang sudi puji masakan aku. Orang lain yang pernah masakan aku pun, tak ada puji sampai macam ni sekali. Pedas-pedas pun sanggup habiskan.

"Awak tinggal mana, ya?" soal aku secara tiba-tiba. Dah kenapa kau ni Aara? Mabuk ke apa? Tiba-tiba nak bermesra dengan lelaki. Baru aje kenal kau dah mengada nak rapat, eh. Kau lupa agaknya apa lelaki dah buat dekat kau.

"Aku tinggal kawasan sini juga dengan abang aku. Ivander sepupu kita orang. Majikan kau tu. Aku memang suka selamba masuk rumah dia. Selang dua buah rumah aje. Tak jauh mana pun. Lima minit aje dah sampai..."

Aku sekadar menganggukkan kepala. Dekat-dekat aje saudara-mara dia orang duduk. Baru aku tahu...

"Aara Malika!"

Dek kerana terkejut besar, gelas yang berada di peganganku terlepas di atas lantai. Pecah berderai seribu kaca gelas itu. Tergamam aku dibuatnya.

"What the... Aara! Kau buat apa, huh?" jerit Jessica. Bergema-gema suasana rumah agam ini.

"So... sorry. Saya tak sengaja. Saya terlepas," ucap aku terketar-ketar. Habislah....

"Aduh! Sakit!" Meringis aku kesakitan apabila Jessica mencengkam rambutku dengan kuat sehingga terdongak kepala aku dibuatnya.

"Sakit..." Air mata aku mengalir perlahan. Sumpah, aku tak dapat nak tahan sakit dia.

"Jess, calm down. Kau kenapa nak kasar pembantu kau sendiri? Dia tak sengaja," suara Rae berubah dingin. Serius.

"Kau tu apa hal ada dekat sini? Selamba kau aje, kan? Tak tahu malu!"

Rae berdengus kasar. Dia menepis tangan Jessica daripada terus mencengkam rambutku. Kemudian, dia melindungi tubuh aku dengan tubuhnya supaya Jessica tidak bertindak lebih agresif.

"Dia pembantu rumah aku. Suka hati akulah nak buat apa?" jerit Jessica. Sakit telinga aku dibuatnya.

"Sayang..."

Serentak kami bertiga menoleh ke arah punca suara yang datang dari pintu utama. Tuan Ivander...

"Quello che รจ successo? (Apa yang berlaku?)" soalnya sambil menapak ke arah Jessica. Bahu si isteri diusap lembut.

"Questa donna mi fa male al cuore! (Perempuan ni menyakitkan hati saya!)"

Ivander mengalihkan pandangannya ke arah aku. Fikir aku tak faham apa yang mereka bual, kan? Apa yang aku dah buat sampai hati dia sakit? Aku tak bersalah. Aku cuma tak sengaja terlepaskan gelas dia. Salah dia juga, siapa suruh terkejutkan aku.

"Rae, asal kau ada dekat sini?" soal Ivander dengan renungan tajam tepat ke arah Rae.

"Saja. Melawat saudara. Salah ke? Aku saja nak tengok pembantu rumah kau ni. Cantik. Pandai kau pilih, Ivander. Jangan kau buat kerja lain pula."

Aku hanya membisu. Tak faham apa yang cuba mereka cakapkan. Mungkin hal peribadi masing-masing. Baik aku diamkan diri. Sakit dekat kepala ni pun tak hilang lagi.

"Kau balik sekarang. Jangan nak cari masalah dengan aku."

Rae menganggukkan kepalanya. Kemudian, dia memusingkan tubuhnya menghadap aku. Dia mengusap kepala aku lembut. Wajahnya ditundukkan sedikit merapati wajahku. Dan, secara automatik badan aku mengeras.

"Kau jaga diri. Ni kad aku. Apa-apa chat aku, okey?" Kad itu diletakkan di atas telapak tanganku sebelum dia berlalu pergi.

"Seronok kau goda sepupu Ivander?" perli Jessica. Pedas!

Aku menggelengkan kepala.

"Saya cuma layan dia sebagai tetamu saja. Bukan lebih. Tak akan saya nak kurang ajar dengan saudara puan dan tuan sendiri...," jawab aku tanpa sedikit pun gentar. Memang aku tak buat apa-apa!

"Menjawab kau, eh!" tengking Jessica.

"Sayang, tenang. Jangan macam ni. Pergi naik atas, ya? Rest."

Jessica menjeling. Dia terus mendaki anak tangga untuk masuk ke dalam biliknya.

"Are you okay, Aara? Ada sakit mana-mana?"

Laju aku menggelengkan kepala. Seram pula bila berdua-duaan dengan Ivander ni. Aura dia lain macam. Tak sama macam Rae. Dengan Rae aku boleh bertolak-ansur lagi.

"Saya naik dulu. Kerja baik-baik, ya," ujar Ivander sambil mengenyitkan matanya. Terkebil-kebil aku seketika.

Susuk tubuhnya yang sedang menaiki anak tangga, aku pandang lama. Terkejut sangat. Aku yang salah nampak ke? Atau memang dia kenyitkan mata?

Ni kalau mak nampak ni. Memang sah-sah aku yang kena! Apalah nasib aku hari ni? Aduhai... nak kemas kaca. Kemas dapur. Masak untuk makan malam. Mak ni pergi manalah pula? Tak akanlah dating dengan Abang Hanz? Mustahil!


Previous: MP 2
Next: MP 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.