MP 26

AKU mengelap rambut Noah yang masih basah. Aku baru aje mandikan anak aku. Wangi-wangi lagi. Semasa aku mandikan dia tadi, aku belek-belek lengan dengan badan dia yang ada kesan lebam. Luluh hati aku bila tengok lebam tu. Walaupun tak ketara, ibu mana aje yang tak sedih tengok anak dia kena dera. 

"Mama..." 

"Ya, sayang?" 

Noah memalingkan tubuhnya menghadap aku. Anak aku seorang ni baru aje berusia dua tahun. Tapi, lagaknya macam dah besar. Noah, janganlah besar dulu. Mama tak puas nak jaga Noah masa kecil. 

"Noah... nak duk ngan mama. Nanak bayik... (Noah... nak duduk dengan mama. Tak nak balik...)" 

Aku menganggukkan kepala. Mama pun tak pasti, sayang sampai bila mama dapat jaga Noah. Ni pun sebab manusia-manusia bertopengkan syaitan tu dah lama tak balik sini. Tapi, tak apa. Aku tak akan biarkan Noah kembali dekat dia orang lagi. Sorry to say. Kau dah buat anak aku. Tak adanya aku nak bagi anak aku balik dekat korang. Gila namanya.

"Adik... tenok ni ada mainan!" ujar Eusoff dengan penuh rasa teruja sambil meletakkan dua patung dinosour di atas tilam. 

"Wah!" Noah menjerit suka. Laju saja dia menyambar patung dinosour itu. Tersenyum aku melihat telatah anak aku ni. Kepalanya aku usap lembut. 

"Eusoff dengan Noah main, ya. Mama nak ke dapur sekejap." 

Serentak dua orang cilik itu menganggukkan kepalanya. Aku ada soalan nak ditanyakan pada Chen. Aku mengorak langkah keluar dari bilik. Pintu memang aku biarkan terbuka supaya aku dapat pantau anak-anak aku dari dapur. 

"Chen..." 

Chen yang sedang fokus pada komputer ribanya, laju mengangkat wajah ke arah aku. Betul-betul serius muka dia sekarang ni. Kecut perut aku dibuatnya. Sempat lagi anak mata aku mengerling ke arah Glock-19 yang berada di atas meja dekat dengannya.

"Ya, cik?" 

"Awak buat apa? Serius sangat muka awak tu..." Aku melabuhkan duduk di atas kerusi sebelah kanannya. Tangan aku gatal sebenarnya nak pegang glock tu. Tapi, takut pula kena marah dengan dia. Yelah, mana boleh pegang sembarangan. Bahaya!

"Pasal Tuan Rery. Anak buah saya baru saja dapatkan info. Dia sekarang dalam keadaan tak selamat. Anak-anak buah saya telah menjumpai dia di sebuah tempat yang jauh tidak diketahui oleh sesiapa. Yang pastinya dalam sebuah hutan yang agak tebal. Memang tak ada siapa yang akan lalu dekat situ." 

Aku terdiam. Apa yang jadi pada Rery sebenarnya? Kenapa dia boleh ada dekat hutan?

"Selama dua tahun?"

Chen angguk.

"Memang tak ada sesiapa tahu dia dekat situ?" 

Sekali lagi Chen mengangguk.

"Macam mana boleh jadi macam tu? Siapa yang bawa dia dekat situ?"

Chen memberi aku satu fail nipis berwarna hitam. Perlahan aku menyambut fail tersebut sambil merenung wajah Chen.

"Dalam tu semua ada jawapan untuk soalan, cik. Termasuklah maklumat tentang keluarga besar, cik. Saya harap ia akan membantu menjawab soalan, cik."

Aku sekadar menganggukkan kepala. Tiba-tiba pula rasa berdebar. Aku memejamkan mata seketika sebelum menyelak halaman yang pertama. Tertera tajuk besar nama keluarga Handerville dan Princeslon. Sama seperti fail yang Julian pernah bagi dulu dua tahun lepas. Cumanya berlainan warna. Laju anak mata aku mengimbas semua isi kandungan yang berada di halaman satu tanpa ada satu pun yang tercicir. Bacaan aku terhenti pada sebaris nama yang agak asing bagiku. 

Adamo Princeslon ialah sahabat baik kepada Jonathan Handerville dan juga bapa kandung kepada Rery El-Sharif Princeslon dan Rae El-Sharif Princeslon serta bapa saudara kepada Ahmed Ivander Princeslon. Adamo merupakan putera sulung kepada Arthur dan Abigail. Dia mempunyai seorang adik bernama Adain yang merupakan bapa kandung kepada Ivander. 

Hati aku, dengan tiba-tiba rasa membuak mahu mengetahui ada apa dengan Adamo? Kenapa pada muka surat pertama terus menceritakan tentang perihalnya? Aku yakin Adamo ada kena-mengena dengan semua ni.

Mengikut rekod yang tersembunyi pada tahun 1999, Adamo didapati bersalah kerana telah membunuh kedua-dua orang tuanya di rumah keluarganya sendiri di Itali. Dan kes kemalangan Jonathan bersama keluarganya juga berpunca daripadanya. Kanak-kanak perempuan bernama Juliana Adra ditemui dalam keadaan masih hidup dan tercedera di beberapa bahagian anggota badannya. 

Aku terdiam sejuta bahasa. Adamo puncanya? Bapa Rery dan Rae? Tanpa sedar, aku mengetap bibirku sehingga merah. Air mata sudah mula bergenangan.

"Chen... macam mana syaitan ni boleh terlepas lagi? Polis tak buat apa-apa ke?" soal aku dengan bibir terketap-terketap menahan rasa amarah yang tiba-tiba saja membara. Bila-bila masa saja boleh meletup.

Jari-jemari Chen yang sedang ligat menari-nari di atas papan kekunci, terhenti saat aku mengajukan soalan kepadanya. Perlahan dia menoleh sedikit ke arahku sebelum bersuara.

"Dia guna kambing hitam. Dan kambing hitam tu sekarang ada dekat dalam penjara. Seumur hidup dia dipenjarakan. Jawapan yang ada dalam fail itu semua dari mulut dia sendiri." 

Aku menggelengkan kepala. Sungguh aku tak boleh terima semua ni. Apa ni? Kenapa dia boleh lepas macam tu aje? Dia nak bunuh orang kut!

"What? Guna kambing hitam? Siapa kambing hitam dia tu? Dan kenapa si kambing hitam tu tak cerita dekat polis?" 

Chen menongkat kedua-dua belah sikunya di atas meja kemudian jari-jemarinya dicantumkan sesama sendiri. Aku pula masih lagi merenung tanpa berkelip walah sekali.

"Duit, cik." 

Semakin berlapis dahi aku dibuatnya. "Duit? Ke... kenapa dengan duit?" 

"Kuasa duit mengatasi segala-galanya, cik. Di dunia ini juga, duit yang paling berkuasa. Kerana duit, semuanya boleh berubah menjadi binasa." 

Aku terdiam sejenak. Cuba mencerna ayat yang diberikan oleh Chen sebentar tadi. Duit... kuasa duit mengatasi segalanya? Dan sebab duit, semuanya boleh berubah menjadi binasa...

"Adamo guna duit untuk selamatkan diri dia? Dan si kambing hitam itulah yang disalahkan? Siapa... siapa kambing hitam tu?" 

Chen menolak sehelai kertas. Dalam kertas tersebut, ada dua gambar orang yang sepertinya seiras. Mungkin adik-beradik.

"Adain yang menjadi kambing hitam itu. Adik kandung dia sendiri. Jawapan untuk soalan cik adalah betul. Adamo menggunakan duit untuk lepaskan diri dia. Dia kaburkan semua mata pihak yang terlibat dengan duit. Jadi, sampai sekarang dia hidup dengan bebas bersama duit. "

Aku mengepal kedua-dua belah penumbukku. Tak boleh jadi ni. Adamo memang tak guna. Kalau bapak pun dah jahat, tak mustahil Rery dan Rae pun jahat. Ah! Aku tak akan lepaskan dia orang kali ni. Jangan haraplah selamanya korang akan hidup atas kebahagiaan orang lain.

"Kat mana lokasi Rery? Awak beritahu saya. Dan, saya nak awak ajar saya cara menembak."

Tercengang Chen saat dia mendengar permintaan aku. Apa? Fikir aku tak boleh belajar menembak ke? Aku bukannya sesuka hati nak menembak orang. Untuk perlindungan diri aku juga. Negara Itali ni bukanlah aman sangat macam Malaysia. Ada saja berita tembak-menembak dekat bandar sana. So, nothing wrong right? 

"Errr..." 

"Chen, you have too," tegas aku bersuara. Aku tak main-main. Memang aku tengah serius sekarang ni.

"ALAH, abang. Bolehlah. Untuk perlindungan Adra dengan budak-budak. Bukannya Adra nak main tembak orang sesuka hati." Semua salah Chen. Dia siap bersyarat pula dengan aku kalau aku nak belajar menembak. Aku kena minta izin dengan tuan dia. Siapa lagi kalau abang aku sorang ni. Hesy! Dahlah Julian ni suka sangat bagi soalan cepu emas dekat aku. Tak mampu aku nak bagi jawapan kukuh.

"Untuk apa Adra nak belajar? Setakat nak perlindungan? Chen dengan anak-anak buah diakan ada. Why you need to worry?" 

Aku melepaskan decit dengan perasaan sebal di hati. Punyalah macam-macam alasan aku reka. Dia boleh ulang balik soalan tadi. Oh God!

"Abang, please. Abang nak Adra selamanya jadi lembik ke? Kalau Aara yelah boleh abang nak lembikkan. Ni Adra, okey. Juliana Adra yang tak gentar nak hadap sesiapa walaupun musuh sendiri. Bolehlah, abang. Abang pun sekarang tak boleh balik semula ke sini, kan? Ada masalah."

Kedengaran Julian melepaskan keluhan panjang di hujung talian. 

"Okay, fine. But please, take care of yourself. Don't make anything silly. Mel risau Eusoff jauh dari dia. Patutnya abang bawa dia sekali. Sampai demam Mel dibuatnya." 

Aku memegang kepala seraya menggeleng.

"Abang, Adra janji yang Adra akan jaga Eusoff. Janganlah risau. Cakap dengan Mel. Dia kena kuat demi Eusoff. Macam mana dia nak jumpa Eusoff kalau dia sendiri pun sakit?" 

"Ya, ya I know. I will talk to her later."

Aku menganggukkan kepala walaupun Julian tak nampak pun aku mengangguk.

"Okay, good. So, green light?" 

"Ya, green light. Promise me you will take care of yourself and Eusoff." 

"Yes. I am promise. Pinky promise my lovely brother!"

Sebaik saja merasmikan janji, serentak kami mematikan talian. Fuh! Panas telinga aku. Nak dekat dua jam bercakap dengan Julian semata-mata nak minta izin belajar menembak saja. Nasib baik masa dua jam itu berlalu dengan ada hasilnya yang berbaloi. Kalau tidak, buat panas telinga dengan hati aje.

"Jadi, macam mana dengan jawapan tuan?" 

Aku memalingkan tubuhku ke belakang menghadap Chen yang sedang bermain dengan Eusoff dan Noah.

"Green light, Mr Lee Chen Ho."

Chen tersenyum senget lalu menganggukkan kepalanya.

"Ah! Jangan nak senyum sangat. Mulai saat ini, saya nak awak panggil saya, Adra. Tak nak bercik-cik bagai."

"Roger that." Chen angguk.

"Good boy!" 

Chen menggeleng sambil mengerling ke arah aku. Kenapa? Rimas ke dengan perangai childish aku ni? Bukannya selalu pun. Sekali-sekala nak ceria juga. Ini asyik tegang aje muka tu. Dah macam akar pokok dah tengoknya.

"Chen, awak kena ajar saya jadi handal macam awak dengan anak-anak buah awak dalam masa terdekat ni tau!"

"Semuanya bergantung pada ketangkasan Adra." 

Terangguk-angguk kepala aku mendengar jawapannya. Bergantung pada ketangkasan aku? Boleh. Aku boleh. Demi nak jatuhkan musuh aku yang dah 20 tahun lepaskan diri. Aku mesti boleh punya!

Demi kebahagiaan aku!


Previous: MP 25
Next: MP 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.