MP 34

"MAMA..." 

Aku menoleh ke belakang. Mencari suara seorang kanak-kanak. Suaranya seperti Noah. Anak aku sendiri. Aku sendiri pun tak tahu dekat mana sekarang ni. Sepertinya dekat satu lorong yang sangat gelap dikelilingi dengan bangunan yang tidak berpenghuni. Hanya ada beberapa titik cahaya bulan yang cuba menembusi lorong ini. 

"Mama!" 

Langkah aku terhenti. Suara itu sebiji seperti Noah. Mana anak aku? Dekat mana dia? 

"Noah? Noah dekat mana, sayang?" sahut aku dengan nada suara sedikit mendatar. Aku menyambung semula langkahku. Entah ke mana pun aku tak tahu. Kosong. Tak tahu ke mana arah tuju aku sebenarnya.

"Mama!" Kali ini jelas suaranya. Seperti sangat dekat dengan aku. Memang betul. Suara itu memang suara Noah. Tapi, dekat mana? Aku tak nampak apa-apa. Sunyi dan gelap. Macam mana aku nak cari Noah? 

Bang! Bunyi tembakan membuatkan seluruh tubuh badan aku terkaku. Ketika itu juga, pandangan aku terhenti ke arah seseorang yang sedang membelakangi aku. Teragak-agak kaki aku mahu melangkah ke arahnya. Dia tembak siapa? 

Kedebuk! Lelaki itu melepaskan satu tubuh kecil ke atas lantai. Aku tergamam saat melihat darah pada tangan lelaki itu. Jantung aku semakin tidak keruan. Suara Noah pun sudah tidak kedengaran. Tak mungkin...

"Noah!" jerit aku sepuas hati sehingga bergema suasana sekitar situ saat melihat tubuh Noah yang sudah tidak bernyawa, terkulai di atas lantai lorong.

"Noah, ni mama sayang. Jangan tinggalkan mama. Wake up, please..." Teresak-esak aku menangis. Tubuh kecil Noah aku tarik ke dalam dakapanku sebelum pandangan aku beralih ke arah seseorang yang masih lagi berdiri statik di situ.

"Kenapa kau tembak anak aku?" tengking aku sekuat hati. Aku dah tak peduli keadaan sekeliling. Aku tak boleh terima yang anak aku dah mati tanpa sempat aku selamatkan.

"Aku tak sengaja." Gerangan itu membalas soalan aku. Jawapan dia sangat menyakitkan hati aku. Apa maksud dia dengan tak sengaja? 

"Kau dah gila? Apa yang kau tak sengaja?" herdik aku.

"Oh. Aku memang dah gila. Gilakan harta..." Dia melepaskan tawanya berdekah-dekah sehingga kepala terdongak ke atas. Pistol di tangannya diacukan ke arah aku.

"Kau nak bunuh aku?" soal aku sinis. Bagus juga kalau dia nak bunuh aku. Tak ada gunanya aku hidup lagi dekat bumi ni, kalau Noah pun dah tinggalkan aku.

"Ya. Kau sepatutnya dah mati 20 tahun yang lepas. Tapi, nyawa kau liat sangat. Aku ingat aku dah jauhkan kau dari sini, aku boleh hidup tenang. Rupanya aku silap. Patutnya aku bunuh kau, masa aku tahu yang kau masih hidup." 

Lama-kelamaan, baru aku dapat cam suara dia. Suara dia sebiji suara Adamo. Dan, hanya Adamo saja yang berdendam dengan keturunan aku disebabkan harta. Dia bunuh Noah sebab dia tak nak Noah jadi pewaris seterusnya. 

"Kau memang tak guna!" tempik aku sekuat-sekuatnya. Bagaikan nak tercabut kerongkong aku. Air mata tidak berhenti berjuraian. Tubuh Noah masih aku dakap dengan erat. Sikit pun aku tak lepaskan.

"Hahaha! Addio! (Bye!)" 

Bang!

"Ju!" 

Aku tergamam. Satu tubuh tegap melindungi aku daripada terkena tembakan itu. Kenapa dia bodoh sangat selamatkan aku? Aku tak nak hidup lagi! Argh!

"Ju..." 

Seluruh tubuh aku terkaku tatkala mata aku dan dia bersatu. Peluru itu berjaya melepasi ke dalam dadanya. Tak... dia tak boleh mati...

"Abang, tahan. Jangan tinggalkan Ju. Abang!" Aku menggenggam tangannya erat. Air mata semakin lama semakin lebat mengalir.

"Ju..." 

"Abang, jangan tinggalkan Ju..."

"Juliana Adra!"

"Abang!" Aku mencelikkan mata lalu melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Daripada baring, aku terus duduk. Tubuh aku berpeluh dingin.

"Kenapa Ju? Ju mimpi apa? Risau aku." Rery melabuhkan duduknya di sebelah aku.

"Abang..." Tanpa rasa apa-apa, aku terus mendakap tubuh tegapnya. Aku mimpi rupanya. Ya Allah, kenapa mimpi tu macam real sangat? 

"Abang, Noah mana?" 

"Dah tidur dah. Yang Ju tidur dekat sofa ni kenapa? Dah tak ada bilik ke?" jawab Rery. Sempat pula dia menyindir aku. Jantung aku dahlah macam nak terkeluar. Semua sebab mimpi tadi. Kenapalah aku boleh mimpi macam tu? 

"Ju tak sedar yang Ju tertidur dekat sini. Ju mimpi buruk, abang. Ju takut..." Akhirnya aku melepaskan tangisanku yang terbuku di dada. Sedar-sedar saja tadi, hati aku dah sarat dengan perasaan sebak. Ketat dada aku menahan rasa.

"Aku ada. Noah ada. Semua ada. Kau mimpi je. Mimpi tu mainan..." Rery memujuk sambil mengusap belakang tubuhku.

Perlahan aku menganggukkan kepala. Macam mana nak lupakan mimpi tadi? Aku tak boleh. Masih terngiang-ngiang Noah dan Rery mati ditembak Adamo. Janganlah terjadi apa-apa pada mereka, Ya Allah. Lindungilah mereka.

"Maafkan Ju. Terpeluk abang. Ju takut sangat." Malu pula bila sedar yang aku terpeluk dia. Dahlah aku baru aje lepas bercerai. Hesy! 

"Tak apa. Tak payah minta maaf. Nanti dah kahwin kau peluk aku juga. Peluklah puas-puas. Dan, aku pun tak akan lepaskan kau sampai bila-bila. Kau ingatkan, yang aku tunggu kehadiran kau sejak 20 tahun yang lalu?" 

Ya Allah... Buah berry ni memanglah. Dia menyempat saja. Aku dahlah baru tersedar daripada mimpi buruk. Dia boleh lagi cakap macam tu. Sabar, Adra. Sabar...

"Ya, abang. Ju ingat. Sampai mati Ju ingat. Abang dah cintakan Ju sejak 20 tahun yang lalu. Abang setia menanti kehadiran Ju sejak 20 tahun yang lalu. Semuanya sejak 20 tahun yang lalu. Betul, kan?" Ambik kau! Aku bagi setepek-setepek. Tak habis-habis dengan ayat sejak 20 tahun yang lalu dia tu. Haih...

"Bagus. Kau ingat."

"Memang Ju ingat. Dah abang tak habis-habis dok mengulang ayat yang sama. Jemu dah. Abang kena sabar, okey. Ju dalam iddah. Tiga bulan 10 hari. Ingat tu." Giliran aku pula mengingatkan dia dengan satu nafas. Dah tak sabar sangat. Geram aku!

"Baik, sayang. Aku tunggu. Kau habis fitrah. Terus kita kahwin. Tak ada nak lengah-lengah dah."

"Fitrah?" Berkerut dahi aku. Sejak bila aku cakap fitrah? Setahu aku, fitrah tu zakat. Zakat fitrah.

"Tadi kau cakap tu, apa dia? Laju sangat. Aku dengar macam fitrah." 

"Pfft... abang ni..." Aku menekup mulutku, cuba menahan tawa yang bakal terlepas. Kalau terlepas ni, aku yakin semua orang akan bangun secara mengejut. Terpaksalah aku silent laugh.

"Abang, iddah. Bukan fitrah. Fitrah tu zakat, bang. Ya Allah, abang ni. Buat lawak tak kena tempatlah." Aku menampar bahu Rery. Senak perut aku dibuatnya! Daripada iddah jadi fitrah. Jauh sangat tu!

"Yalah. Aku mana tahu sangat. Kau tak ajar aku..."

Aku mencebik. Eh, eh. Aku juga yang disalahkannya. Dasar mamat Itali tak sedar diri! Hesy!

"Yelah, semua sa..."

Plup! Suasana menjadi gelap-gelita. Blackout ke? Dan ketika itu juga, jantung aku kembali berdegup laju. Sama macam aku tengah bermimpi tadi.

"Abang, kenapa ni?" Tangan aku mula meraba-raba sekelilingku. 

"Sini. Aku dekat sini. Senyap," bisik Rery betul-betul di tepi telingaku. Tangan aku digenggamnya erat.

"Abang... Noah dengan Eusoff..." Aku mula tak tentu arah. Aku takut, apa yang aku mimpi tadi jadi realiti. Jangan... anak mama...

"Ikut aku. Pegang baju aku. Jangan kau lepas walau sekejap pun. Faham?" suruh Rery dengan nada keras. 

Bang!

"Abang..." 

"Diam..."

Macam mana aku nak diam? Bunyi tembakan kut tadi tu. Tak, aku tak boleh biarkan dia orang apa-apakan Noah! Tak boleh sama sekali!

"Juliana!" jerit Rery tatkala aku berlari ke arah bunyi tembakan tadi. Aku dapat rasa yang bunyi tembakan tadi betul-betul dari bilik anak aku.

"Noah!" Pintu aku tolak sehingga terbuka luas. Kelihatan Noah dan Eusoff menangis sambil berpelukan di hujung bucu katil. Ya Allah...

"Mama...," panggil Noah dengan tersedu-sedan. Aku terus berlari ke arah mereka. 

"Mama kat sini. Shuh..." Aku mendukung tubuh Noah manakala Eusoff aku pimpin. Okey, masalahnya sekarang. Mana Rery? Aku ingat dia kejar aku tadi. 

Bang! Sekali lagi aku terdengar bunyi tembakan. Kali ni, betul-betul dekat depan pintu bilik aku.

"Ra... Rae?" Aku terkaku di hadapan muka pintu bilik tatkala aku ternampak Rae jatuh melutut sambil menekup perutnya dengan tangan. 

"Ju... Ju..." Rae menggelengkan kepalanya. Dahi aku berkerut halus. Apa yang terjadi? Siapa yang pecah masuk dalam rumah Julian ni?

"Senang betul nak jatuhkan korang sebenarnya. Pilih waktu malam dan pastikan korang tidur dengan lena." 

Aku berpaling ke arah kiri. Kelihatan Adamo baru saja menanggalkan topeng mulutnya. Bibirnya tersungging sebuah senyuman sinis.

"Juliana Adra Handerville. Aku tak sangka yang kamu masih hidup. Aku kena tipu rupanya. Penat-penat aku pergi Malaysia, suruh orang sana bunuh kau. Tapi, kau masih hidup. Dah besar panjang dah. Cantik sangat macam mak kau. Dan, ada juga iras macam bapak kau. Kagum aku melihatnya."

"Kau nak apa sebenarnya? Apa yang kau tak puas hati lagi?" Tersekat-sekat aku mahu mengeluarkan suara. Aku hampir saja hilang sabar. Sudahlah aku tak ada senjata. Rae sudah tidak sedarkan diri. Rery, Julian, Melina dengan Chen mana? Tak akan dia orang semua dah kena tangkap dengan Adamo?

"Alah, macamlah kau tak kenal lagi siapa aku. Aku rasa anak-anak aku semua dah cerita pasal aku dekat kau. Al maklumlah, aku kan terkenal."

Terasa nak termuntah bila dia puji diri sendiri. Dah tua beruban putih macam tu pun tak sedar diri. Memang tak guna! 

"Mana dia orang? Kau nak apa? Kau nak aku je, kan? Ambillah aku dan lepaskan dia orang!" tempik aku sekuat hati.

Dia berdecit-decit sambil menggelengkan kepalanya. Makin meluat aku tengok muka dia.

"Apa kata kita berkenalan dekat tempat aku je? Baru syok sikit nak bercerita. Boleh makan-makan, minum-minum. Jomlah... free aje..." 

"Memang taklah aku nak ikut kau. Gila!" herdik aku. 

"Kalau kau tak nak ikut, semua kesayangan kau akan mati. Nak?" 

Dia main ugut-ugut pulak. Memang betullah dia orang dah kena tangkap. Memang licik betul Adamo ni. Chen dengan anak-anak buah dia pun boleh kalah ke? Aduh... 

"Boleh. Tapi, aku tak nak kau sentuh aku sikit pun. Termasuk anak-anak aku."

Dia menganggukkan kepala. "My pleasure. Come, princess.

Sempat lagi aku menjeling ke arahnya. Jijik. Aku mempercepatkan ke sebuah kereta MPV berwarna hitam berkilau.

"Ju..." 

Masuk-masuk saja ke dalam kereta itu, Rery terus menarik aku ke dalam dakapannya. Dia kena tembak dekat bahagian bahu. Hampir saja dengan dadanya. Dua das peluru dia kena. Macam mana aku boleh tak dengar yang dia kena tembak? 

"Abang... maafkan, Ju..." Aku membalas pelukannya perlahan. Eusoff dan Noah hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan kami. 

"Jangan takut. Aku ada..." Rery mengusap kepala aku. 

Perlahan air mata aku jatuh ke pipi. Salah aku ke? Sebab aku bertindak melulu. Aku tinggalkan Rery. Sedangkan dia dah cakap jangan lepas baju dia walau sekejap. Aku cuma takut. Takut yang Noah diapa-apakan. Sama macam dalam mimpi. Salah aku ke semua ni?


Previous: MP 33
Next: MP 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.