MP 6

"MAK, mak janganlah percayakan dia orang. Aara tak buat pun semua tu. Aara buat kerja Aara aje, mak. Apa yang Puan Jess mengadu dekat mak tu semuanya..."

"Mak tak nak dengar semua tu. Tak akan majikan sendiri nak buat cerita pasal pekerja dia. Mengarut Aara. Ni kali terakhir mak dengar dia mengadu pasal kau lagi. Mak nak kerja sini lama. Kau jangan nak burukkan maruah mak."

Laju aje mak mencantas percakapan aku. Apalah nasib aku? Sejak mak kerja sini, aku tengok mak banyak berubah. Tak macam dulu dah. Selalu menangkan majikan dia daripada anak dia sendiri. Entahlah sampai bila aku boleh bertahan kerja dekat sini. Patut ke aku kumpul duit kemudian larikan diri?

"Dah, pergi kemas dapur sana. Mak nak naik atas. Puan Jess panggil."

Aku sekadar menganggukkan kepala. Sempat lagi mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding. Pukul 11 malam? Mak suruh kemas dapur? Ya Allah... bukan sekarang dah boleh masuk tidur ke?

"Mak... bukan ke sekarang dah boleh masuk tidur?"

Mak menghadiahkan satu cubitan ketam tepat pada isi kulit lenganku. Sakit dia tak perlu cakap. Rasa macam kena sengat pun ada.

"Kamu jangan nak mengelat, ya? Tak nampak tadi rupa dapur tu macam mana? Pinggan tak berbasuh. Periuk masak tadi tak basuh lagi. Kerja kena ikhlas. Bukan berkira."

Aku terdiam. Aku tak berniat nak berkira pun. Cumanya seharian ni aku dikerah tenaga untuk kemas seluruh bahagian ruang di tingkat bawah ini. Pinggang aku rasa nak tercabut dah ni. Kenapa dia orang seksa aku macam ni? Apa salah aku?

"Baik, mak. Aara pergi dulu..." Aku terus melangkah keluar dari bilik mak. Kaki dihayun laju ke ruang dapur. Keluhan panjang aku lepaskan. Banyaknya nak kena basuh. Aku ingatkan dapat rehat awal ni. Nak tak nak, kenalah hadap. Kalau tak, esok pagi kenalah lagi dengan perangai Jessica tu.

"Aara..."

Aku menoleh sedikit ke kiri. Kelihatan suami majikanku sedang mengambil susu kotak di dalam peti sejuk berdekatan denganku.

"Ya, tuan?"

Dia tersenyum. Senyuman dia sukar untuk aku tafsirkan. Sepertinya ada makna tersirat.

"Tak tidur lagi?"

Aku menggelengkan kepala. Ikutkan hati nak beradu dah atas katil. Tapi, tak nak cari pasal dengan isteri dia tu. Terpaksalah...

"Aara... saya tak suka awak rapat sangat dengan saudara-mara saya dan Jess. Terutamanya, Julian, Rery dan Rae. Saya tak suka."

Okey, apa yang dia cuba sampaikan? Tak akan aku nak bermasam muka dengan suadara dia semata-mata dia tak suka? Logik ke tu?

"Tapi tuan..."

Aku terkejut saat dia sudah tercegat berdiri di sebelah aku. Dia menundukkan wajahnya sekali gus bibirnya betul-betul dekat dengan cuping telingaku. Desahan nafasnya membuatkan bulu roma aku merinding tinggi. Dia ni dah kenapa? Kalau mak atau Si Jessica nampak? Tak ke aku yang kena nanti?

"Kalau kita berdua saja, panggil saya Ivan."

Aku mengigit bibir. Tak tahu nak respon apa. Cuak sebenarnya ni.

"Jangan gigit bibir macam tu. Aara cuba nak goda saya..."

Membulat mata aku mendengar ayatnya. Nada suaranya meleret-leret. Rasa macam nak tepuk aje dahi dia kuat-kuat.

"Jangan melawan, sayang. Nanti dia orang dengar. Aara yang malu."

Rasa nak menangis aje sekarang ni. Kenapa Ivander jadi macam ni? Aku fikirkan dia baik. Selalu backup aku bila Jessica mengamuk.

"Walaupun aku selalu nafikan yang kau tak goda aku pada Jess. Hakikatnya, setiap hari kau goda aku, Aara. Sampaikan aku tak boleh lupakan kau walau sedetik. Kau dah berjaya menarik perhatian dan juga hati aku, Aara."

Dengan keberanian yang ada, aku menolak dadanya kemudian membuka langkah, cuba untuk melarikan diri.

"Not too fast, sayang..." Dia berjaya menarik pergelangan tanganku kemudian membawa aku keluar menggunakan pintu dapur belakang.

"Tuan..."

"Aara, call me Ivan. I want to hear your soft voice calling my name."

Aku menggelengkan kepala. Sungguh aku takut dengan dia sekarang ni. Apa dia nak buat dengan aku?

"Aara, you will be mine. I fall in love with you, my dear."

Dia mengunci pergerakanku dengan menahan aku pada dinding. Tangan kanannya mula bermain dengan wajahku manakala telapak tangan kirinya menahan pada dinding. Wajahnya terlalu dekat dengan aku. Aku panik. Tak tahu nak buat apa. Kalau aku jerit, sah-sahlah nanti aku yang disalahkan. Tapi, tak akan aku nak biarkan macam ni?

"Biy!" suara lantang milik Jessica kedengaran dari dalam rumah. Mungkin wanita itu berada di dapur. Bila-bila masa saja, dia akan mencari suaminya di luar ini.

"Cakap aku kat depan," bisik Ivander. Sempat lagi dia mengucup pipiku sebelum melarikan diri.

Aku tergamam sambil tangan naik menyentuh pipi kanan. Dia cium pipi aku? Dia sentuh aku?

"Hoi, Aara! Kau buat apa kat luar ni? Laki aku mana?"

Aku menahan air mataku daripada mengalir ke pipi. Tahan Aara. Tahan...

"Saya... saya tak nampak Tuan Ivander. Mungkin dia kat depan. Saya buang sampah tadi."

Jessica menjeling. Tak puas hati. Dia melangkah masuk ke dalam rumah tanpa sebarang jawapan. Aku terus melorot jatuh pada dinding sebelum lutut aku tarik ke dada.

Apa yang terjadi tadi? Kenapa Ivander buat aku macam tu? Dia cium pipi aku? Dia sentuh aku, tak ubah macam perempuan simpanan dia. Aku tak pernah langsung terniat nak goda sesiapa.

Aku takut. Apa yang aku kena buat sekarang ni? Mengadu pada mak. Memang jauh sekali. Balik-balik aku yang kena. Tapi, tak akan aku nak biarkan Ivander terus buat aku seperti ini?

"Psstt...."

Segera aku menyeka air mataku sebelum mendongakkan kepala mencari punca suara yang sepertinya memanggil aku tadi.

"Rae..." Bibir aku terus mengukirkan senyuman saat ternampak susuk tubuh Rae di sebalik pagar rumah yang tidak jauh dari situ. Dia melambai-lambaikan tangannya ke arah aku.

"Rae, apa awak buat dekat sini?" soal aku. Cuba mengawal nada suara supaya dia tak tahu yang aku baru saja lepas menangis.

"Saja. Aku rindu nak cari gaduh dengan kau. Sorry, aku dah lama tak datang jenguk kau. Abang aku saja dera aku dengan kerja dekat pejabat."

Aku tertawa kecil sambil menggelengkan kepala.

"Eh, tak apalah. Awak kan kerja. Saya fahamlah. Lagipun, awak baru aje kena marah dengan Tuan Ivander hari tu."

Kening Rae bercantum. Lama dia merenung wajah aku. Aku ada salah cakap ke?

"Eh, macam mana kau tahu?"

Aku tersengih.

"Kebetulan masa tu saya tengah kemas ruang tamu. Tuan bercakap dengan telefon dengan nada marah. Lepas tu, saya dengarlah dia sebut nama awak."

Rae mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Oh, patutlah. Ni, aku ada belikan kau coklat. Kebetulan aku baru aje balik dari Langkawi. Ada event kat situ. Harap kau suka."

Mujur pagar rumah tidak terlalu tinggi. Laju saja beg kertas itu bertukar tangan. Entah kenapa, aku memang craving sangat nak makan coklat. Seumur hidup aku, memang jarang sangat aku dapat makan coklat. Biasanya orang bagi saja. Nak beli sendiri, entah bila.

"Wah, banyaknya. Susah-susah aje, Rae."

Rae ketawa.

"Eh, tak susah pun. Pilih dan bayar. Tu je..."

Aku mencebik. Boleh pula dia berloyar buruk dengan aku.

"Amboi, dua merpati sejoli ni. Bukan main. Dating terpisah dengan pagar," perli Julian yang baru saja muncul dari belakang Rae. Rery turut ada di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Merenung ke arah aku. Memang tabiat dia suka tenung aku sejak hari pertama berjumpa lagi.

"Eh, Ian. Kau tak balik lagi ke?"

Julian menganggukkan kepalanya.

"Nak baliklah ni. Kebetulan aku dengan Rery berbual-bual pasal kerja, sekali ternampak kau dekat belakang ni. Patutlah lepas dinner tadi, terus lesap masuk bilik. Balut hadiah rupanya," perli Julian.

Rae menjeling.

"Kau diamlah. Banyak bunyi pula. Aku tahu kau dah datang rumah ni kan? Dan kau dah berkenalan dengan Aara Malika."

Julian ketawa sambil menganggukkan kepalanya. Aku tersenyum. Seronok pula ada kawan macam dia orang ni. Terhibur sikit hati aku.

"Dah, Aara. Jangan layan mamat sewel ni. Dah larut malam ni, pergi masuk. Berehat. Esok nak bangun pagi dan bekerja, kan?"

Aku tersengih. Kepala aku garu seketika. Gatal pula tiba-tiba.

"Baiklah. Aara masuk dalam dulu semua. Assalamualaikum dan selamat malam."

Julian tersenyum.

"Waalaikumussalam..."

Rae dan Rery terdiam. Julian mencuit siku dua beradik itu serentak.

"Jawab salam..." Keras nada suara Julian.

"Err... waa..." Rae teragak-agak.

"Waalaikumussalam...," jawab Rery dengan nada perlahan. Cukup perlahan. Tapi, aku mampu dengar lagi.

"Haa... waalaikumussalam Aara. Buona notte (Selamat malam)" ucap Rae dengan senyuman.

Aku melambai tangan ke arah mereka sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Rae berjaya buat aku lupakan hal tadi. Tapi, sekarang aku dah ingat semula. Dan, hati aku mula gundah. Ya Allah... tolonglah aku...


Previous: MP 5
Next: MP 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.