MP 39

FUH... Sepertinya sedang bermimpi sahaja. Betul ke yang aku dah sah menjadi seorang isteri kepada Rery El-Sharif? Macam tak percaya saja. Majlis perkahwinan kami berjalan dengan lancarnya. Hanya menjemput ahli keluarga sendiri dan juga kawan-kawan yang rapat. Sepanjang majlis, aku hanya berkepit dengan Melina saja. Aku malu sebenarnya. Sebab ramai sangat kawan-kawan Rery yang hadir. Rata-ratanya ramai orang Itali daripada orang Melayu. Semuanya tinggi dan tegap belaka. Terasa kecil sangat aku, nak dibandingkan dengan dia orang semua.

"Adra...," panggil Julian.

Aku menoleh ke arah sisiku. Kelihatan Julian menghampiriku sambil mendukung tubuh Eusoff. 

"Ya, abang?" sahut aku dengan senyuman pada bibir. Segak sungguh abang aku ini mengenakan tuksedo berwarna putih. 

"Abang doakan Adra selalu dilindungi dan dirahmati. Abang berharap sangat yang Adra akan bahagia bersama Rery." Julian memeluk tubuh aku dengan menggunakan sebelah tangannya. Eusoff pula tersenyum, memandang ke arah aku.

Aku tersenyum lalu menganggukkan kepala. "Terima kasih, abang. Adra pun doakan kebahagiaan abang bersama Mel sehingga tiada penamatnya. Kalau abang bahagia, Adra pun akan bahagia." 

Julian menganggukkan kepalanya. Dia mengusap kepalaku seakan-akan seperti anak kecil. Masa aku kecil, mesti dia suka buat aku macam tu kan? 

"Abang harap sangat yang Adra dah maafkan semua salah arwah Jess. Walaupun dia macam tu, dia tetap adik abang dan juga kakak kepada Adra. Dia ada ketika Adra masih kecil." 

"Ya, abang. Adra dah maafkan. Abang jangan risau. Dari hari tu lagi, Adra dah maafkan seperti yang abang mahukan. Adra ikhlas. Dia pun dah tak ada. Tak gunanya Adra memendam hati lagi dengannya." Entah kenapa bila cakap pasal Jessica, aku jadi sebak. Yelah, siapa yang tak sakit hati bila orang sakiti kita? Jessica dah tak ada. Puncanya sebab aku. Aku yang bunuh dia. Tapi, Julian cakap, polis langsung tak menemui apa-apa cap jari kepunyaan aku. Itu yang aku pelik. Kalau tak, mesti aku kena duduk dekat dalam. Ataupun kena hadap tali gantung sekarang ni.

"Adra jangan risau. Abang yakin yang dia orang tak akan syak apa-apa dekat Adra. Sebab polis sendiri cakap, cap jari itu kepunyaan orang lain dan masih dijejaki. Adra jangan takut, okey? Abang ada. Abang akan pertahankan Adra." 

Aku sekadar menganggukkan kepala. Terbit rasa risau bila difikirkan semula. Siapa yang sanggup tutup kesalahan aku? Tak akanlah Ivander? Sebab dia saja yang hidup masa tu. Rery? Patut ke aku tanya pada Rery? 

LEGA rasanya bila dah dapat tukar busana pengantin kepada sehelai pijama satin. Terungkai juga rasa rimas akhirnya. Bolehlah berehat sekarang ni! Rery pun entah apalah yang dia buat lama-lama dalam bilik air tu. Dari tadi tak sudah-sudah. Lama betul mandi. Dah malam pun, lama betul berteleku dalam bilik air tu.

Krek...

Aku membawa pandanganku ke sisi. Entah kenapa secara tiba-tiba, tekak aku susah nak menelan air liur. Rasa tersekat. Nak tercekik pun ada. Mana taknya, Rery selamba saja keluar dengan sehelai tuala yang terlilit pada pinggangnya. Itu kalau tersilap langkah, mahu terlerai lilitan tu. Matilah aku...

"Kenapa tengok aku macam tu?" soal Rery yang sedang menyisir rambutnya di hadapan cermin meja solek. 

"Errr... haa... tak ada apa-apa." Aku menggaru-garu kepalaku yang tiba-tiba terasa gatal.

"Intai aku mandi ke tadi? Sampai tak senang duduk je tu." 

Ya Allah, dah kenapa laki aku ni? Kenapa dia syok sendiri sangat? Tak terfikir aku nak mengintai dia tengah mandi. Dia tanya tu macam pintu bilik air tadi tak berkunci aje, ya. Aku pun tak tahu kunci ke tak. "Eh, abang ni. Memandai aje. Mana ada. Ju dari tadi menyandar dekat kepala katil ni. Abang perasan sangat kenapa?" Aku mencebikkan bibir.

"Aku tanya aje. Yang kau gabra semacam kenapa? Macam betul je kau intai aku." Rery semakin galak menyakat aku. Memang nak kena mamat ni. Sabar ajelah aku!

"Sorry sikit. Tak ada masa okey. Ju duduk sini dari tadi. Termenung..." 

Rery tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Dia menolak pintu almari secara bergelongsor lalu menarik sehelai seluar tracksuit untuk dipakainya. Aku tak nampak pula dia ambil baju. Dia tak pakai baju ke? Ah sudah...

"Abang, seluar je ke ambil? Baju tak?" Mana tahu dia lupa, kan? Aku ingatkanlah.

"Aku dah biasa, tidur tak pakai baju. Kenapa? Is that bothering you?"

Laju aku menggelengkan kepala. Yang aku ni nak gelabah semacam kenapa? Dia kan dah sah jadi suami aku. Tak salah rasanya kalau dia tak pakai baju pun. Tapi, akulah yang malu tak bertempat. Aduh!

"Tak penat ke?" soal Rery yang sudah merebahkan dirinya di sisi aku. Tangan aku ditariknya lalu dibawa ke bibirnya. Perlahan dia mengukirkan senyuman. Senyuman macam orang tak ada perasaan saja.

"Penat sikit. Sebab perasaan gembira melebihi daripada perasaan penat," jawab aku sambil tersengih.

"Come. Relax your body," suruhnya sambil menarik aku baring di atas bahunya. Dia membelai lembut rambutku. Aku terkaku seketika. Tak pernah lagi, ada lelaki yang membelai aku sebegini. Dengan Ivander pun tak pernah. Memaksa aku adalah.

"Aku tak nak kau panggil aku abang. Guna panggilan lain. Sebab kau dah panggil Julian tu abang. Aku tak rasa yang aku ni istimewa," ujar Rery sambil mengusap pelipis aku.

"Erm... biy?" Kening aku ternaik sebelah.

"Accepted." Dia menganggukkan kepala. Masih ligat mengusap pelipis aku. 

"Biy panggil Ju apa?" soal aku kepadanya. Nak tahu juga, dia panggil aku apa. Tak akan dia saja nak terasa istimewa. Aku pun nak juga.

"Honey. Sebabnya, pada aku. Hanya kau saja yang dapat membuatkan aku rasa sepanjang rutin harian aku menjadi manis. Banyak kenangan manis aku bersama dengan kau dulu. Walaupun kau tak ingat, nanti aku akan ceritakan pada kau. Aku pun dah jumpa gambar-gambar lama kita bersama. Tapi, tak berapa banyaklah."

Tak dapat aku nak tahan bibir aku daripada tersenyum lebar. Honey menjadi gelaran mesra aku pada dia. Not bad... mampu membuatkan aku tersengih tanpa sedar...

"Bila nak rasmikan panggilan tu? Asyik gelar kau dengan aku saja. Kasar sangat..." Aku memuncungkan bibir. Nampak tak yang aku dah mula manja dengan dia? Spontan tau!

"Sekarang, honey." Dia mencuit bibirku sambil tersenyum senget. Eh, eh. Apa makna di sebalik senyuman itu? Nampak macam nakal.

"Kenapa senyum macam tu?" soal aku. Acah-acah buat tak tahu. Fuh, mendebarkan!

"Can I get mine, honey? Our first night. Together. Officially as wife and husband." 

Aku menelan air liur. Terasa kelat pula secara tiba-tiba. Kenapa aku boleh lupa pasal benda ni, ya? Aku ingatkan dia nak buka topik lain tadi. Rupa-rupanya...

"Are you serious?" soal aku. Macam percaya tak percaya saja.

Rery tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala. "Biy tak paksa kalau honey tak bersedia. Biy faham." 

Aku tercengang sekejap. Automatik tubuh aku terkaku. Bila dia gelar diri dia 'biy' dan gelarkan aku 'honey', rasa janggal gila! Aduh... kenapa masa-masa macam ni, aku nak rasa malu? Kalau aku menolak, dah kira berdosa kan? Lagipun dia suami aku yang sah. Lelaki yang aku sendiri bersetuju untuk jadikan dia suami aku. Dan juga, dia merupakan cinta aku. My last love...

"Biy jangan merajuk. Honey tak cakap apa-apa pun lagi. Cuma tanya saja. Kalau biy mahukannya, honey turutkan saja." Wah, bukan main ayat aku ni! Macam buat ayat karangan saja nak bercakap dengan dia. Lebih kepada memujuk.

"Thank you, honey. I love you..." Dia terus merangkul pinggangku rapat ke tubuhnya. Perlahan aku mengukirkan senyuman. Kedua-dua belah pipinya aku sentuh perlahan.

"Biy tak nak honey disakiti lagi. Biy dah janji yang biy akan lindungi honey sampai ke penghujung nafas biy." Rery mengucup dahiku lama sambil mengusap belakang tubuhku.

Perlahan aku menganggukkan kepala. Mata aku pejamkan perlahan. Merasai kehangatan tubuh badannya. "I love you too, biy," balasku dengan nada berbisik.

Pasal kes Jessica tadi, aku tak sempat nak tanya tadi. Tak apalah. Lain hari, aku akan tanya dekat Rery. Siapa yang tutup kesalahan aku?


Previous: MP 38
Next: MP 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.