MP 45

TERTELAN air liur aku melihat wajah bengis Rery. Sepanjang aku menceritakan apa yang berlaku di pasar raya mini tadi, dia hanya mendiamkan tidak berkutik. Sampai aku dah habis cerita sekarang ni pun, dia masih membisu. Muka pula dingin semacam. Kecut perut aku dibuatnya. Noah pula tekun menonton siaran kartun kesukaannya di kaca televisyen. 

"Biy?" Aku mengusap lembut lengan Rery. Risau juga dia langsung tak memberi sebarang respons. Aku nak tahu juga apa yang dia fikir, sampai tak bersuara.

"Dia memang dah melampau. Berani dia sentuh honey. Memang nak kena. Dia belum kenal lagi siapa biy yang sebenar." Akhirnya Rery bersuara. Pic suaranya boleh dikatakan tegang. Nampak sangat dia tengah marah sekarang ni.

Sekali lagi aku meneguk air liur. Kesat. Seram pula dengar respons daripada encik suami ni. Belum pernah dia serius lagikan tegang dek perbuatan Si Arif pagi tadi. Dia baru aje balik dari kerja tadi. Selepas saja menjamu selera, aku teragak-agak mahu menceritakan pada dia tentang hal tersebut. Yelah, takut dia penat. Tapi, lagi takut bila aku tak beritahu dia. Boleh terbelah dua rumah agam ini.

"Biy mintak tolong Julian nanti. Arif tu tak boleh dibiarkan. Biy akan buat laporan polis untuk buat persediaan. Bukan sekali dua dah, dia kacau honey. Banyak kali dah. Makin lama dia buat biy makin tercabar. Dia cakap honey cabar dia. Pada masa yang sama, dia dah cabar biy untuk berkasar dengan dia."

Aku hanya menganggukkan kepala. Betul-betul tekad Rery ni. Tiada tanda-tanda yang dia sedang bergurau. Memang sah lagikan benar dia sedang serius tahap maksima. 

"Nak biy upah bodyguard ke?" 

Terkebil-kebil aku merenung wajahnya. Nak upah bodyguard? Seriously?

"Errr... honey rasa..."

"Tak perlu? Dan honey yakin, honey boleh handle mamat tak guna tu? Dengan Noah lagi. Macam tu?" 

Okey, aku surrender. Aku belum habis cakap lagi, dia dah potong. Pada mulanya, memang aku nak cakap tak perlu upah bodyguard. Macam manja sangat nak upah-upah semua tu. Selama ini, aku boleh jaga diri sendiri. Tapi, bila Rery sebut nama Noah secara sekali lalu aku terfikirkan Noah. Betul juga apa yang Rery cakap. Yakin ke aku boleh lindungi Noah? Kalau Arif sorang, mungkin aku boleh handle lagi. Kalau dia ajak geng-geng dia, mahu tak menang tangan aku dibuatnya.

"Okey biyHoney tak yakin. Sorry...," jawab aku dengan nada perlahan. Kepala aku tunduk menekur lantai ruang tamu.

"Come here, honey." Rery menarik tangan aku rapat ke tubuhnya. Bahuku dipautnya rapat sebelum melabuhkan sebuah kucupan hangat pada dahiku.

"You know that I am worry about you and Noah. Every second in my life. Tak kira biy dekat mana sekalipun. Tempat kerja atau dekat luar. Biy tak pernah tenang bila teringatkan korang berdua. Bila biy fikir balik, biy macam bodoh tak buat apa-apa untuk lindungi korang. Katakan biy lambat selamatkan korang, apa-apa boleh jadi dalam masa sesaat aje. Memang biy tak boleh maafkan diri biy." Rambutku yang terjuntai pada dahi diselitkan ke belakang telinga. Hidungku dicubitnya lembut.

"I love you, honey. You're my soulmate. Forever." 

Aku tersenyum malu. Aduh... dia nak bermanja pula dekat ruang tamu ni. Bernasib baik juga sebab Noah langsung tak pandang kiri dan kanan setiap kali menonton siaran kartun kesukaannya itu. Kalau tidak, mahu dia merakam semua aksi Rery tadi. Sweet betul kedua-dua orang tua dia ni.

"Ya, biy. I love you too," balas aku dengan nada separuh berbisik. Betul-betul dekat dengan telinganya. 

"Biy rasa nak upah Chen jadi bodyguard honey dan Noah. Is that okay for you?" 

Mata aku berbintang-bintang. Chen! Aku rindu dekat mamat tu. Yang dah banyak mengajar aku sewaktu di Itali. Entah apa khabarlah dia sekarang dekat sana. Masih menjadi rumah milik Julian yang berada di Venice. 

"Serius? Chen? Nak sangat!" ujar aku dengan penuh keterujaan.

"Amboi, teruja sangat nampak. Suka Chen ke, huh?" 

Dengar nada suara macam cemburu saja Encik Rery ni. Sejak bila pandai cemburu ni? Tak tergamak pun nak menduakan dia. Juliana Adra seorang yang setia tau!

"Eh, eh cemburu ke?" Aku mencuit hidungnya lalu tertawa kecil melihat reaksi wajahnya. Muncung sedepa!

"Suami mana aje tak cemburu bila isteri dia teruja sangat nak jumpa lelaki lain. Even bodyguard sendiri." 

Aku melepaskan tawa besar. Ya Allah... dia punya jawapan. Buat aku geli hati. Tak sangka pula dia nak cemburu dengan Si Chen tu. Tak ada kerja aku nak simpan perasaan dekat Chen. Kalau aku minat, Chen dari masa dekat Itali lagi aku dah masuk line

"Biy ni, merepek ajelah. Tak baik buruk sangka dengan isteri. Chen tu dah macam abang merangkap kawan rapat honey sendirilah. Tak ada maknanya nak simpan perasaan dekat dia. Hesy!" Aku menampar manja dada Rery sebelum merangkul lehernya.

"Ni kenapa ni? Nak goda biy ke apa? Tak nampak Noah tu?" Rery menjuihkan bibir ke arah Noah.

Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Noah sudah mengubah posisi duduk kepada baring sambil menghisap puting. Dah penatlah tu duduk lama-lama. Tak pun, dia dah mengantuk dah tu. Siang tadi bukannya nak tidur. Main saja kerjanya. Satu rumah ni dia sapunya.

"Dia dah mengantuklah tu kalau dah gayanya macam tu. Biy nak tidurkan dia?" '

Rery tersengih. "Boleh juga. Honey tunggu biy dalam bilik, okey?" 

Aku sekadar menganggukkan kepala. Sempat lagi Rery mengucup pucuk hidungku sebelum mengangkat punggungnya mendekati Noah. Alat kawalan jauh dicapai lalu punat off dipicit. Tubuh Noah diangkat ke dukungannya. Nampak sangat mengantuk benar tu. Dah terlentuk atas bahu si papa kesayangan dia tu. 

"SAYANG... awak tak akan dapat lari daripada saya. Saya akan terus mengejar awak sampai bila-bila."

Aku menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali dengan senyuman sinis terbit pada bibir. "Kau jangan berharap sangatlah Arif. Sampai aku mati pun, aku tak akan kembali kepada kau. Aku dah jadi hak milik Rery El-Sharif, suami dan juga cinta mati aku. Kau bukan sesiapa lagi bagi aku."

Terkekeh-kekeh Arif mentertawakan aku. Sebal pula hati aku melihatnya. Rasa nak cabut kasut ni kemudian dibaling tepat mengenai kepalanya. Bagus juga kalau dia hilang ingatan lepas kena penangan kasut aku tu.

"Sayang pasti ke? Jangan sombong sangat, Aara. Saya sentiasa akan muncul dalam hidup awak. Awak tak boleh nak halang saya." 

"Berani ke? Suami aku tak akan berdiam dirilah, Arif." Suara aku sudah naik seoktaf. Bergema-gema suasana di ruangan kosong ini. Baru aku perasan, aku dekat mana ni? Kenapa semuanya kosong?

"Sayang, tengok ni! Tadaa!"

Aku memaku pandangan aku ke arah yang ditunjukkan oleh Arif. Secara spontan, tangan naik menekup mulut. Kepala dibawa geleng berkali-kali. Tak... tak mungkin!

"Biy! Noah!" jerit aku sekuat hati. Tubuh aku sudah dibasahi dengan peluh dingin. Seluruh badan aku seram sejuk. Aku salah nampak ni...

"Haha! Kan saya dah cakap, Aara. Saya akan buat apa saja untuk dapatkan awak. Suami awak ni tak ada sekuat mana yang saya sangkakan. Sekali 'usik' saja dah K.O." 

Jantung aku bagaikan hendak melantun keluar dari tangkainya. Dada aku berombak laju. Tak keruan. Aku seperti cacing kepanasan. Ini semua tak betul! Aku yakin. Rery dengan Noah tak mati. Dia orang masih hidup!

"Kau memang tak gunakan, Arif!" Aku merentap Glock 18 dari belakang poket seluarku lalu dihala tepat pada dahinya.

Aku nampak Arif sukar menelan air liurnya. Cuak ke bila aku hala pistol dekat dia? Dasar pengecut! Jangan harap aku lepaskan kau kali ni. Aku tak kisah kalau aku masuk penjara sekalipun.

"Mati kau, Arif. Aku tak akan maafkan kau!" jerit aku bagaikan orang gila. 

Bang! Bang! Aku melepaskan tembakan bertubi pada bahagian dahi dan dada Arif. Terpercik darah mengenai wajah aku. Sedikit pun aku tak hiraukan. Yang penting sekarang ni, dia dah mati!

"Haha! Kau dah salah cari pasal dengan akulah, Arif." 

"Biy... Noah... bangun..."

"Jangan tinggalkan honey. Sayang, jangan tinggalkan mama." Aku jatuh melutut di hadapan dua tubuh yang terbaring kaku tidak bernyawa. Tubuh mereka dibasahi dengan darah merah yang masih segar.

"Biy... Noah..."

"Hisk... hisk..." 

"Honey..."

"Hisk... hisk..."

"Honey, wake up!" 

Aku mencelikkan mata secara mengejut. Mata aku meliar melihat suasana sekeliling. Aku dekat bilik. Tapi, tadi tu....

"Do you had a nightmare, honey?" soal Rery sambil menarik aku ke dalam dakapannya.

"Biyhoney mimpi yang..." Tersedu-sedan aku menangis. Tubuh tegap Rery aku peluk erat. Sangat erat. Tak mahu aku lepaskan walau sesaat.

"Apa, honey? Honey buat biy risau. Apa dia sayang?" Rambutku dibelainya lembut.

"Mati. Biy dengan Noah mati. Arif buat. Hisk... hisk...

"Oh gosh, honey. Kenapa sampai macam ni sekali mimpi honey? Ni mesti honey terlalu berfikir sampai dibawa masuk ke dalam mimpi. Janganlah macam ni."

Aku hanya menganggukkan kepala perlahan. Mata aku terpaku pada tubuh kecil Noah yang sudah tidur di tengah-tengah katil. Baru aku perasan. Bila masa dia masuk bilik pun aku tak dengar.

"Noah mengigau tadi. Biy dengar dia meraung dari bilik. Tu biy ambil dia bawa tidur sama dengan kita. Alih-alih honey pula mimpi buruk. Jangan risau. Biy ada. Biy tak akan mati dekat tangan mamat tak guna tu. Jangan fikir yang bukan-bukan. Chen akan sampai dalam masa terdekat ni, okey?"

"Okay, biy. Promise me?" 

"I'm promise, honey."

Aku mengukirkan senyuman kecil. Jantung aku masih lagi berdetak laju. Rupa-rupanya mimpi saja. Ya Allah, janganlah jadi apa-apa pada kedua-dua insan yang aku sayang. Dia orang ibarat nyawa aku. Aku tak akan biarkan dia orang tersakiti. 


Previous: MP 44
Next: MP 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.