MP 15

TERKELIP-KELIP mataku saat aku cuba mencelikkannya. Kenapa berat sangat? Kepala aku pula sepertinya dihempap dengan bebanan yang sangat berat. Tubuhku terasa sejuk dan sakit.

Sstt... aku mengerdipkan kelopak mata berkali-kali. Aku memerhatikan suasana sekeliling. Dan pandangan aku terpaku pada susuk tubuh seseorang yang sedang berbaring mengiring menghadap aku. Tangan naik menekup mulutku. Kala itu juga, kejadian semalam menyinggah kotak pemikiran aku. Kepala aku geleng beberapa kali. Tak... tak mungkin. Benda ni tak terjadi dekat aku.

"Ivan! Ivan!" Air mata aku sudah mengalir deras. Bahu Ivander aku goncang beberapa kali sehingga dia tersedar lalu menggeliat panjang.

"Baby, why?" soalnya dengan nada suara serak. Dia boleh tanya kenapa? Dia ni memang dah gila!

Pang! Pang!

Aku menampar wajahnya sekuat hati. Biar dia rasa apa yang aku rasa. Itu pun pada aku, tamparan aku tak sesakit hati aku kini. Maruah aku dirampas olehnya. Aku tak rela!

"Hey, Aara Malika! What's wrong with you?" Ivander membentak kasar. Dia menepis tangan aku sehingga aku terbaring semula di atas tilam. Teresak-esak aku menangis.

"Apa kau dah buat? Kau kejam!" jerit aku sekuat hati. Langsung aku tak peduli sekiranya sesiapa dengar.

Ivander menekup mulutku lalu mencengkam daguku sehingga aku meringis kesakitan.

"Jangan buat aku naik angin. Teruk kau aku kerjakan nanti," ugut Ivander. Aku merenung tajam ke arah anak matanya. Dia memang kejam. Manusia yang bertopengkan syaitan.

"Kau nak jerit? Silakan. Jangan marah aku kalau mak kau tahu apa yang kita buat malam tadi. You played it well, dear. I like it."

Aku memejamkan mata. Jijik aku mahu mendengar ceritera malam tadi. Aku tak mahu dengar apa-apa. Sekarang ni, aku mahu bebaskan diri aku. Tak sanggup aku mahu berdepan dengan syaitan ini. Aku nak Julian. Aku nak balik!

"Biy! Biy!" Dari luar bilik, Jessica menjerit-jerit menyeru suaminya. Ivander dan aku saling berpandangan. Aku boleh nampak yang muka Ivander sepertinya cuak.

"Oh, damn it. Why she's here?" Ivander menggenggam penumbuknya. Mungkin rancangan gagal kerana Jessica dapat tahu. Apa yang aku nak buat sekarang ni? Patut ke aku bukak pintu tu dan beritahu hal yang sebenar? Dia orang mesti kena percayakan aku. Aku tak buat semua ni. Terutamanya mak. Mak kena percayakan aku.

"Aara, don't. Hey, Aara!" Ivander memeluk tubuh aku dari belakang saat aku mahu hampiri pintu itu.

"Argh! Shit!"

Aku menggigit lengannya kuat sehingga berbekas. Tergesa-gesa aku memakai pakaianku kemudian memulas tombol pintu. Kelihatan Jessica sedang berdiri di hadapan pintu dengan wajah bengisnya. Jujur, aku kecut sekarang ni.

"Puan Jess, kena percayakan saya. Saya tak buat semua ni. Saya masih waras lagi. Saya tak akan buat kerja terkutuk ni. Saya..."

Pang!

"Perempuan sundal! Apa kau buat dengan suami aku? Argh!" Jessica sepertinya sudah hilang akal. Dia merentap rambutku sehingga aku terdorong ke arahnya. Ya Allah, perit kepala aku.

"Jess, calm down. Jangan macam ni!" Ivander menolak tubuh Jessica sehingga isterinya itu terundur beberapa langkah ke belakang. Ivander menarik aku ke belakang tubuhnya. Cuba melindungi aku daripada serangan Jessica.

"Biy! Apa ni?" tempik Jessica. Air matanya berjuraian lebat. Serba salah aku dibuatnya. Sumpah, aku tak buat semua ni. Ivander yang perangkap aku. Dia guna cara kasar.

"Jess, I can explain to you. Jangan macam ni. I pun tak tahu apa-apa. I bangun-bangun je dah macam ni. You percayakan I kan?"

Terbuntang biji mata aku mendengar ayat yang terpacul dari bibir Ivander. Mati aku macam ni. Memang aku tak dapat nak bebaskan diri aku. Argh! Kenapa Ivander buat aku macam ni?

"Aara Malika!" jerit Jessica dengan suara lantangnya sehingga bergema segenap ruangan kamar tidur ini.

"No! Saya tak buat!" Aku melawan. Kesabaran aku semakin tipis. Begitu senang sekali dia mempercayai suaminya?

"Kau memang perempuan sundal! Tak guna!" Jessica sekali lagi mahu menyerang aku dan Ivander tidak lagi melindungi aku. Dia hanya memandang aku dengan senyuman sinis. Sah, memang dia gila.

"Sakit!" Aku menjerit kuat kala Jessica memukul aku menggunakan hanger baju. Dilibasnya sekuat hati tepat pada tubuhku. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Mak mana... mak tolong Aara.

"Mak...." Menangis aku teresak-esak. Aku menghalang wajahku dari terkena tempias libasan menggunakan lengan.

"Ya Allah, puan. Sabar puan." Mak menarik aku ke dalam pelukan dan saat itu juga libasan Jessica terhenti.

"Mak Azi, dia dah melampau!" tempik Jessica seperti orang akal.

"Apa... apa dah jadi?" soal mak dengan nada terketar-ketar.

"Kita cakap dekat ruang tamu. Sekarang," arah Jessica. Ivander mengekori langkah isterinya. Aku masih lagi di dalam dakapan mak. Mak mengusap rambutku.

"Apa Aara dah buat?"

"Mak, percayakan Aara. Aara ada mak je. Tolong mak. Percayakan Aara. Aara tak buat semua ni mak. Aara kena perangkap. Tolong mak...," rayu aku bersungguh-sungguh. Harapan aku hanya mak saja. Aku tak ada sesiapa. Julian dengan Melina tak tahu aku dekat sini.

"Kita... turun bawah dulu." Mak memimpin aku dan sama-sama kami menuruni anak tangga. Tubuhku yang terasa bisa cuba tidak dihiraukan. Aku kena berani untuk kebenaran. Aku tak nak diri aku ni mudah dipijak lagi.

"Ivan dah explain dekat saya. Malam semalam Ivan terserempak dengan Aara. Aara ajak Ivan minum dan dari situ Ivan tak ingat apa-apa. Dia dalam keadaan tak sedar. Bila dia sedar dia dah ada atas katil dengan perempuan sundal ni." Jessica menuding jari ke arah aku.

"Jangan tuduh aku." Aku menggelengkan kepala. Pandai kau berlakon Ivander. Aku tak sangka sehebat ini lakonan kau. Berjaya pula tu.

"Kau jangan nak nafikan. Dari dulu aku cakap yang kau ni memang nak goda suami aku."

"Tak! Aku tak goda!"

"Ya! Kau memang niat nak goda dia!"

"Tak!" jerit aku sekuat hati tidak mahu mengalah.

"Ya!" Jessica juga tidak mahu mengalah.

"Cukup!" Mak mencelah dengan nada suara yang agak tinggi. Serentak aku dan Jessica terdiam. Ivander pula hanya memandang kami dengan wajahnya yang tidak bersalah itu. Aku rasa nak hempuk dengan batu lesung aje.

"Aku tak sangka perangai kau macam ni Aara!" tengking mak.

Aku terkejut. Terkedu melihat mak menengking aku. Mak percayakan mereka daripada aku. Saat itu juga, aku nampak Ivander tersinggung senyuman ke arah aku. Perlahan aku menggelengkan kepala.

"Mak! Aara tak salah mak. Aara tak buat kerja terkutuk macam ni. Ni semua salah faham. Semuanya berlaku sekelip mata. Mak tak boleh percaya sebelah pihak macam ni. Aara anak mak. Mak kena percaya Aara!" rayu aku bersungguh-sungguh. Mana boleh macam ni! Aku tak buat. Bermakna aku betul-betul tak buat. Aku masih ada akal dan fikiran. Tak tergamak aku nak tolak diri aku ke lembah maksiat macam tu!

Pang! Pipiku terteleng ke kanan. Air mata aku deras mengalir. Mak... kenapa mak begitu cepat percayakan mereka daripada anak mak sendiri? Apa salah Aara? Aara tak pernah hampakan mak sebelum ni. Aara kena fitnah mak. 

"Kau tu datang daripada keluarga yang miskin. Aku sedar yang aku tak dapat nak besarkan kau dengan kemewahan. Tapi, jangan kau sanggup malukan diri kau dengan cara macam ni. Maruah aku, kau pijak-pijak macam tu je! Kau nak jadi apa, Aara?" 

Aku menggelengkan kepala laju. Berkali-kali tanpa henti dengan air mata yang mengalir bagaikan air terjun. Sungguh hatiku sangat pilu. Kenapa mak percayakan mereka? Tak akan disebabkan mereka orang kaya, mak pilih untuk mempercayai mereka daripada aku? Ya Allah...

"Kau dah malukan aku, Aara. Kau dah pijak maruah aku. Aku tak boleh terima apa yang jadi sekarang ni..." 

Lihat air mata mak yang mengalir berjuraian membuatkan dada aku semakin ketat. Mak, sumpah mak. Aara tak buat semua tu, mak. Ya Allah... percayakan Aara, mak...

"Tuan, puan, saya betul-betul minta maaf. Saya tak sangka anak saya sanggup buat macam ni. Saya betul-betul minta maaf."

Aku terkesima. Mak minta maaf pada mereka? Kenapa? Kenapa sedikit pun mak tak nak percaya pengakuan aku? Ni semua salah faham. Aku tak buat apa-apa. Dia yang mulakan semua ni!

"Calm down, Mak Azi. Kita boleh selesaikan masalah ini. Saya cuba untuk terima keadaan yang telah terjadi ini," ujar Jessica.

"Tapi, macam mana? Apa perlu saya dan anak saya buat?" 

"Untuk tutup kes ini, saya rasa lebih baik saja Aara berkahwin dengan suami saya. Mereka pun telah bersama. Saya dah tak boleh nak kata apa. Semua ni jadi sekelip mata. Saya sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya terjadi."

Membulat mata aku mendengar kata-kata Jessica. Gila ke apa? Aku dengan suami dia berkahwin? Dan, aku dengan dia jadi madu? What the... 

"No way! Aku tak naklah!" tempik aku sekuat hati. Kenapa semua orang senang-senang aje buat keputusan tanpa minta pendapat aku? Tanpa dengar luahan aku? Kenapa?

"Aara Malika! Aku tak pernah ajar kau biadab macam ni. Apa nak jadi dengan kau ni, Aara? Mak ingat kau makin besar makin cerdik. Tapi, makin bodoh! Kau sedar tak kau dah malukan, mak?" 

Zup! Hati aku bagaikan ditusuk dengan anak panah beracun. Mak merendah-rendahkan aku di hadapan orang ramai? Aku sedar yang aku sekolah pun tak habis. Tapi, aku bukan saja-saja tak habis sekolah. Aku daripada keluarga yang susah! Bukan berkepuk-kepuk duit dalam bank macam mereka ni! Aku berhenti sekolah sebab aku tak sanggup tengok mak susah. Sakit. Siang dan malam tak habis-habis bekerja. Adun tepung. Uli tepung. Untuk buat kuih dan jual. Aku nak tolong mak jual kuih sebelum mak dapat kerja dekat rumah orang hartawan ni.

"Mak, sampai hati mak cakap Aara macam tu? Sikit pun Aara tak buat semua ni, mak. Aara kena perangkap, mak!"

"Sudah, Aara! Kau jangan nak buat cerita. Kau dengar apa yang Puan Jessica cakap tadi? Kalau kau nak tengok muka aku lagi. Kau dengar cakap dia! Dengar cakap aku. Kau jangan nak jadi anak derhaka!"

Aku membungkam. Ya Allah... apa yang harus aku lakukan sekarang ni? Aku tak nak kahwin dengan dia, Ya Allah. Tolonglah! Aku tak nak...

"Mak... Aara merayu mak. Jangan paksa Aara untuk kahwin dengan dia. Aara tak nak, mak. Tolong mak..." Aku memeluk kaki mak sambil menangis teresak-esak.

"Ya Allah, Aara. Kau dah kenapa? Tak cukup lagi ke kau dah malukan, mak! Kahwin dengan dia atau aku tak mengaku kau anak aku lagi." Mak menepis aku sehingga pelukan aku pada kakinya terlerai. Dia berlalu meninggalkan aku menuju ke dapur. 

"Aara, don't cry. Everything will be fine. Please..." Ivander memegang kedua-dua belah bahu aku. Pantas aku menepis tangannya kuat. 

"Kau jangan sentuh aku. Puas hati kau, kan? Dapat lepaskan nafsu serakah kau dekat aku? Aku jijik dengan kau!"

"Watch your words, Aara. Kau yang goda laki aku. Kalau tak, laki aku tak akan tewas dengan kau," ujar Jessica penuh selamba. Siap bersilang tangan lagi. Kau fikir aku takut ke dengan korang berdua?

"Aku goda laki kau? Excuse me, aku tak pernah terniat langsung nak goda laki kau yang miang keladi ni. Dasar lelaki prevert! Aku duduk dalam rumah ni hanya menjalankan tugas aku sebagai pembantu rumah! Bukan sebagai seorang penggoda. Kalau aku nak jadi penggoda, buat apa aku kerja sini? Kaya-raya pun tapi bodoh juga. Bebal..." Sinis aku membalas balik. Suka-suka aje tuduh aku yang goda suami dia. Tak ingin punlah aku nak goda laki dia. Kalau muka macam Tom Holland ke, Chris Evans ke tak apa juga? Ini muka macam bangunan tak siap aje. Tak ada hati aku nak goda dia! 

"Nak tak nak, kau kena kahwin dengan dia. Kalau tak, kau dengan mak kau merana seumur hidup. Kau jangan main-main dengan kita orang..."

Cis! Mengugut. Tak apa. Silakan dengan ugutan korang tu. Jangan haraplah aku akan bertahan dalam perkahwinan dengan lelaki kau tu. Aku akan lepaskan diri aku juga.

Walaupun bukan sekarang. Tapi, akan datang. Tunggu aje!

"You will be mine, Aara. Finally...," bisik Ivander pada telinga aku saat Jessica sudah masuk ke dalam biliknya.

Aku mendengus kasar. Perlahan aku mengukir senyuman sinis.

"Hari ini hari kau, Ivander. Kau tunggu hari kau nanti. Aku tak pasti bila. Tapi akan tiba masanya. Tak selamanya kau akan terlepas. Kau pijak aku sebab aku ni bodoh, kan? Tak apa, silakan..."

Aku menolak dadanya kasar sebelum melangkah keluar dari rumah agam itu. Aku nak jumpa dengan Julian. Air mata yang masih tersisa aku kesat perlahan. Aku mendongakkan kepala, memerhatikan langit yang biru-kebiruan.

Ya Allah, aku dah tak suci. Ampunkan aku, Ya Allah. Kau hantarkan orang yang boleh mempercayai aku. Tolong, Ya Allah. Sungguh aku tak kuat....


Previous: MP 14
Next: MP 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.