Home Novel Seram/Misteri Roh rumah sewa
bab 4 ; Tokoo

Bab 4

“Selamat pagi cikgu” murid tahun 3 secara serentak mengikut ucapan yang diucapkan oleh ketua kelas.

“Selamat pagi. Duduk ye murid-murid” balas Rafael lalu menuju ke meja guru. Setelah meletakkan buku rekodnya Rafael kembali berdiri di hadapan kelas.

“Saya cikgu Ahmad Rafael Bin Mahfoz. Guru baru kamu bagi matapelajaran seni dan pendidikan jasmani. Berasal dari Shah Alam dan masih lagi bujang” tiba-tiba seorang murid orang asli mengangkat tangan.

“Ya. Ada apa?” murid orang asli yang rambutnya keperang-perangan itu bangun.

“Cikgu. Kereta Satria Neo macam kereta lumba tu cikgu punya ya?” tanyanya. Rafael tersenyum… rupanya anak muridnya telah menyiasat dirinya.

“Ya. Kenapa?”

“Cantik cikgu. Saya suka. Saya mahu mahu beli kereta macam itu bila sudah besar nanti” jawabnya petah.

“Boleh. Tapi kamu kena belajar pandai-pandai. Dapat gaji besar. Baru boleh beli. Nama kamu siapa?”

“Nama di Tokoo cikgu” sampuk seorang pelajar diikuti dengan hilai tawa pelajar yang lain. Tokoo? Macam nama salah satu watak dalam filem sahaja. Getus hati Rafael.

“Tokoo?”

“Itu nama panggilan di kampung saya cikgu. Nama sebenar saya Tokku Paloh” tu dia. Nama pejuang kemerdekaan.

“Tokku Paloh? Nama yang mulia. Pejuang kemerdekaan… kenapa kamu semua mengejek nama dia? Kamu gelakkan?” Rafael memandang ke semua anak muridnya yang tidak sampai 10 orang di dalam kelas. Rafael terdiam seketika untuk menyusun kata-kata bagi menasihati anak muridnya.

“Cuba nama kamu orang panggil dengan nama yang tidak elok. Atau ada orang mengejek nama kamu. Tentu kamu marahkan? Jadi begitu juga dengan Tokku… kamu gelakkan nama dia.. kamu ingat dia tidak mempunyai perasaan? Tidak ada hati perut? Manusia apa kamu ni semua?” walaupun agak pedas… tetapi itu memang stail aku untuk menasihati. Kelas hanya senyap sahaja.

“Lepas ni cikgu tidak mahu kamu gelakkan nama dia. Kita panggil kita Tokku… ok? Boleh”

“Boleh cikgu” jawab pelajar serentak.

“ Yang mana selalu ejek dia tu… minta maaf balik kepada Tokku. Ingat dosa dengan Tuhan kita boleh taubat dan berdoa. Tapi dosa dengan manusia? Kamu kena minta maaf dengan orang yang kamu buat salah. Jika tidak di akhirat kelak itu kamu berlari ke sana kemari untuk meminta maaf” nasihat Rafael lagi. Beberapa orang pelajar menunduk… mungkin rasa bersalah kerana sering mengejek Tokku.

“Baiklah… sekarang ini sesi mengenal diri masing-masing. Kita mulakan dengan Tokku dulu. Nama sudah, tinggal dimana, cita-cita dan juga apa sahaja yang berkenaan dengan diri kamu. Sambung semula Tokku” Rafael menghampiri Tokku. Ternyata Tokku seorang yang miskin jika lihat cara berpakaian. Tanpa ada lencana sekolah mahupun nama… bajunya sangat lusuh dan agah berdaki di kolarnya. Seluar panjangnya juga senteng. Kasut pula koyak rabak. Jauh berbanding anak-anak melayu yang lebih baik kasut dan pakaiannya. Boleh dikatakan kesemua anak orang asli berpakaian seperti itu. Mungkin disebabkan kemiskinan hidup menyebabkan mereka tidak mampu membeli pakaian yang lebih baik. Tetapi di dalam fikiran sudah ada niat untuk membantu anak-anak orang asli ini.

“Nama saya Tokku Paloh Anak lelaki Abang Paloh. Saya umur 9 tahun. Saya tinggal di kampung Balahoi… satu kampung orang asli di hutan Pulau Manis. Moyang saya antara pejuang kemerdekaan yang bunuh orang Britih di Pasir Salak. Sama-sama larikan diri dengan orang melayu bila tentera British cari siapa bunuh itu orang putih. Cita-cita mahu jadi askar… atau Polis Senoi Praaq” Rafael kagum dengan pengetahuan yang ada pada pelajar ini. Tahu akan sejarah keluarganya.

“Dengar tu murid-murid sekelian. Moyangnya berjuang bersama-sama dengan moyang ada menentang penjajahan. Cikgu tahu kampung Pulau Manis ini dibina oleh orang-orang yang melarikan dari tentera Britishkan. Orang Asli dan orang Melayu. Inikan negara kita. Kita sama-sama pertahankan. Dan saya harap sampai bila-bila kita sama-sama pertahankan negara yang tercinta ini. Insya Allah” suasana senyap sahaja. Rafael berharap nasihat yang diberikannya ini akan tersemat di dada anak muridnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.