Bab
8
Seperti yang dirancangkan, Rafael balik
ke rumahnya pada hujung minggu tersebut.
Hampir sebulan lebih dia tidak balik ke rumah kedua orang tuanya.
Selepas solat Jumaat Rafael terus bertolak ke Shah Alam. Perjalanan ke Shah
Alam mungkin mengambil masa 4 ke 5 jam. Hari Isnin adalah hari cuti Maulidur
Rasul. Di Malaysia ini, jika cuti lama sahaja mulalah berpusu-pusu balik ke
kampung atau bercuti. Mujurlah jalan balik ke Lembah Kelang tidak sesak
berbanding jalan ke utara. Rafael memandu kereta dengan lancar ke arah lembah
kelang. Rafael membuka radio IKIM FM. Dan kebetulan pula Ustaz Zahazan
membicarakan tentang jin. Rafael khusyuk mendengarnya ;
“Ada 5 jenis jin. Jin Syaiton, Jin
Arwah, Jin Ifrit, Jin Al Amir dan Jin Jan. Jin ini ada banyak fungsinya
mengikut nama itu tadi. Jin syaiton terus-terusan menyesatkan kita hingga akhir
zaman. Jin arwah akan menyerupai arwah orang-orang kita dan cuba menyesatkan
kita. Al-Amir, jin yang suka meniru perbuatan kita supaya dapat menakutkan
kita. Kemudian jin Al Jan… hidup seperti manusia. Ada muslim dan tidak muslim.
Dan akhir sekali jin ifrit, jin yang boleh menjadi khadam kepada manusia. Dia
boleh jadi pendamping kepada orang muslim ke arah kebaikan mahupun mendampangi
ke arah keburukan. Jin ini boleh memudaratkan manusia pada akhirnya” terang
Ustaz Zahazan.
“Saya tertarik ustaz jin sebagai
pendamping. Bagaimana caranya?” tanya juruhebah.
“Selalunya dukun atau bomoh yang tidak
berlandaskan Islam akan berdamping dengan jin. Sebab apa? Sebab membantu mereka
membuat kerja kotor. Kononnya membantu mereka berubat. Membantu bomoh-bomoh ini
tadi mengenakan atau menganggu orang lain. Menyihirkan orang lain. Itu maksud
mendamping yang tidak baik. Kononnya jin ini khadam kepada tuan mereka… tetapi
sebaliknya manusia itu akan menjadi khadam kepada jin. Manusia yang menyeru dan
memberi makan kepada jin. Manusia yang syirik kepada Allah kerana meminta
bantuan kepada makhluk… bukan kepadaNya” terang Ustaz Zahazan lagi.
“Kalau berdamping secara baik pula.”
“Sama-sama beribadat kepada Allah.
Berdamping ke jalan Allah. Saya ada satu cerita dimana Rasulullah berdakwah
kepada kaum jin. Pada suatu hari, Rasullullah ingin berdakwah kepada dunia jin.
Baginda mengajak rakan-rakan untuk menemaninya, tetapi hanya Abdullah Bin Mas;
ud yang mahu. Mereka berdua pergi ke tempat yang tinggi di Mekah. Sampai di
suatu tempat Baginda berhenti. Baginda membuat garisan bulatan dengan kaki
baginda. Mas’ud hairan dengan tindakan Baginda. Wahai Mas’ud, kamu jangan
melebihi garisan yang aku buat ini. Kelak kamu akan ditimpa bencana. Kemudian
baginda berdiri dan mula membaca ayat Al-Quran.. kemudian datanglah makhluk jin
itu berbondong-bondong sehingga Mas’ud sukar untuk melihat dan mendengar suara
Baginda.
Setelah beberapa lama berselang, jin itu
pergi berbondong-bondong juga ibarat awan ke langit. Masih tinggal beberapa
kelompok sebelum kelompok itu pergi juga pada fajar menyinsing. Setelah
semuanya pergi Baginda bertemu dengan Mas’ud. Baginda bertanya… adakah kamu
tertidur Mas’ud? Mas’ud menjawab. Tidak Rasullullah. Sesungguhnya saya
berkali-kali meminta bantuan, tetapi saya mendengar kamu memberikan isyarat
kepada tongkat kepada jin-jin supaya mereka duduk. Rasullullah menjawab… aku
takut jika kamu keluar dari bulatan itu kamu akan bertimpa bencana kerana aku
tidak dapat menjamin kamu bertahan daripada sambaran sebahagian daripada
mereka. Kisah ini bermaksud bahawa sesetengah jin diperbuat daripada api di
mana mungkin kita manusia biasa tidak akan dapat menahan sambarannya.”
“Masya Allah. Di dalam Al-Quran banyak
sebut pasal jin ni ustaz?”
“Dalam Al-Quran sendiri ada surah
Al-Jin. Saya petik sedikit Surah Al-Jin ayat 11 yang bermaksud… Dan sesungguhnya di antara kami ada orang orang yang
shalih dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami
menempuh jalan yang berbeda beda. Surah ini menunjukkan bahawa jin itu adanya
muslim dan kafir. Ayat 6 surah yang sama bermaksudDan bahwasannya ada beberapa orang
laki laki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki laki
diantara jin, maka jin jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. Dimana
jin itu boleh dijadikan khadam.”
“Bagaimana jika jin itu
menganggu manusia ustaz?”
“Jin ini macam kita juga.
Dia makan dan ada tempat tinggal. Dalam Shahih Muslim… bila seseorang masuk
rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, maka setan
berkata kepada kelompoknya. Tidak ada penginapan bagi kamu dan tidak ada
makanan malam bagi kamu. Jika seseorang itu masuk rumahnya dan tidak menyebut
nama Allah, maka setan berkata kepada kelompoknya : Kamu mendapatkan
penginapan. Dan jika seseorang tidak menyebut nama Allah ketika makan, maka
setan berkata kepada kelompoknya : Kamu akan mendapatkan penginapan dan makanan
untuk malam. Untuk mengelakkan amalkan sehari-hari sebelum tidur ayat 3 kul.
Insya Allah tidak akan diganggu. Atau amalkan selawat Syifa”
“Boleh ustaz sebutkan
bagaimana selawat Syifa itu”
“Bismillahirrahimhir rahim.
.
ALLAAHUMMA SALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN THIBBIL QULUUBI WA
DAWAA-IHAA WA ‘AAFIYATI ABDAA NI WA SYIFAA IIHA. WA NUURIL ABSHAARI WA
DIYAAIHAA WA ‘ALAA AALIHII WA SHAHBIHII WA BARIK WA SALLIM. Maksudnya ;
Ya Allah berilah rahmat ke atas penghulu
kami Nabi Muhammad yang dengan berkat baginda engkau menyembuhkan
hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan dan juga member
kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakan juga
kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan
sahabat baginda. Hembuskan ke atas air masak kemudian minum. Insya Allah.”
“Baiklah
saudara yang dirahmati Allah. Memandang Ustaz kita sudah berselawat Syifa, kita
berhenti sebentar dan saya akan putarkan selawat syifa dendangan kumpulan Hijjaz”
Radio mula memainkan selawat Syifa yang dialunkan oleh kumpulan Hijjaz. Rafael
mengikutinya dengan tujuan untuk menghafal bait-bait selawat.
‘ALLAAHUMMA
SALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN THIBBIL QULUUBI WA DAWAA-IHAA WA
‘AAFIYATI ABDAA NI WA SYIFAA IIHA. WA NUURIL ABSHAARI WA DIYAAIHAA WA
‘ALAA AALIHII WA SHAHBIHII WA BARIK WA SALLIM.’ Rafel mengikut alunan zikir
tesebut. Rafael cuba mengingatkan di dalam hati. Tamat sahaja aluan selawat,
perbincangan kembali bersambung.
“Bolehkah
manusia memasuki dunia jin ustaz?”
“Jika Nabi Muhammad boleh masuk… kita juga boleh. Tetapi
dengan izinNya. Dalam Kitab Gharaib Wa'ajaaibul Jinn karangan Al-Muhadith al-Qadi
Badruddin as-Syubli, di halaman 99 ditulis suatu tajuk ‘Hukum ke atas isteri
yang suaminya dilarikan jin'. Diceritakan di dalam bab
tersebut, bahawa pada zaman Umar al-Khattab (r.a.) menjadi khalifah, seorang
perempuan mengadu kepada Umar tentang kehilangan suaminya (dilarikan jin). Umar
bertanyakan wanita tersebut dan membenarkan dakwaannya. Umar memberi hukum, perempuan
itu terpisah dengan suaminya dan hendaklah ber'idah selama 4 tahun. Sesudah
genap ber'idah, dia mendatangi Umar sekali lagi untuk meminta kebenaran
berkahwin.Setelah berkahwin
dengan suami yang kedua, suami pertama yang hilang dahulu muncul semula dan
mereka bersengketa kerana perempuan itu ada dua orang suami.Mereka mendatangi Umar semula kerana
dialah yang membenarkan perempuan itu berkahwin.Umar berkata kepada suami pertamanya
mengapa kamu menghilang diri begitu lama. Lalu lelaki itu menjawab dengan
mengatakan beliau mempunyai alasan yang kuat kerana, dia ditawan oleh jin
sepanjang masa dia hilang tersebut. Dia akhirnya dibebaskan.
Umar memberikan pilihan kepada suami yang
pertama itu iaitu, sama ada hendak bersama dengan isterinya, dia akan
memfasahkan perkahwinan kedua, atau dia menceraikan isterinya kerana ada suami
yang kedua dan dia berhak mendapat kembali mahar yang dibayarnya semasa
berkahwin dahulu. Jadi tentang manusia
ini ke dunia jin memang wujud. Allahualam.”
“Masya Allah. Baiklah masa
begitu mencemburui kita. Kita berjumpa dengan Ustaz pada minggu hadapan untuk
mengupas lagi dunia perubatan islam. Terima kasih ustaz” Rafael memperlahankan
radionya.
“Adakah aku diganggu oleh jin”
Secara tidak sengaja Rafael terpandang cermin pandang belakang. Kelibat Endai
lengkap memakai baju silat kelihatan duduk di belakang. Rafael beristifar… dan
mengalihkan pandangan di jalan di hadapan. Radio Ikim dikuatkan semula yang
kebetulan memainkan aluanan selawat. Rafael membaca surah 3 kul. Dia melihat
cermin pandang belakang semula. Tiada kelibat Endai yang kelihatan.
“Mungkin aku terlampau fikirkan
hal ini. Astafirullah.”
(((((((((((((((((((((((((((((
Rafael sampai di rumah hampei
Maghrib. Kebetulan pakcik alang sebelah ayahnya daripada Johor datang ke rumah
kerana mahu bercuti di Shah Alam. Katanya anak mereka sibuk hendak pergi ke I
City. Keluarnya sahaja Rafael dari kereta, pakcik alang yang menyambutnya…
mungkin ayahnya masih belum balik dari pejabat manakala ibunya sedang sibuk di
dapur. Tetapi air muka pakcil Rafael berubah apabila dia melihat tempat duduk
belakang. Dia memegang bahu Rafael dan minta Rafael berganjak. Rafael yang mahu
mengambil bungkusan madu di tempat duduk belakang hairan dengan tindakan
pakciknya.
“Kamu bawa balik benda yang
sepatutnya kamu tidak bawa balik. Ikut pakcik baca 3 kul” Rafael mengikut
sahaja arahan pakciknya. Ini mesti kerja si Endai ni. Rafael mengaminkan doa
yang di sebutkan oleh pakciknya. Selepas berdoa, pakciknya melihat ke kiri dan
ke kanan… melihat samada makhluk tersebut masih berada di situ.
“Alhamdulillah… makhluk itu
mesti menumpang kamu dari lebuhraya tadi. Mari kita masuk… mulakan kaki kanan
dan bismillah” Rafael mengambil madu yang diletakkan di tempat duduk belakang.
Azan Maghrib berkumandang. Masuk di dalam rumah riuh rendah cucu pertama dan
kedua pakcik Rafael kedengaran. Rupanya selain pakcik Rafael dan keluarganya…
menantu dan cucunya turut bersama di dalam percutian itu. Rafael bersalaman
dengan menantu pakciknya Abang Deli, orang Kelantan. Kemudian bersalaman dengan
anak-anak pakciknya dan akhir sekali bersalaman dengan ibu dan makciknya yang
sibuk di dapur. Rafael kemudian masuk segera ke biliknya yang sudah lama
ditinggalkan untuk mandi dan mengambil wuduk kerana pakciknya yang alim itu
mahu segera menunaikan solat Maghrib berjemaah.
((((((((((((((((((((((((((((((
Ayah Rafael balik semasa kami
sedang bersolat Mahgrib berjemaah. Selepas berjemaah bacaan yassin diadakan dan
Rafael tahu apakah sebabnya. Kemudian diikuti dengan sedikit tazkirah di mana
ayah Rafael turut sama mengikutinya. Selepas tazkirah, diikuti pula sembahyang
isyak berjemaah. Selepas solat, orang perempuan terkocoh menyediakan makan
malam manakala aku, ayah, pakcik dan abang Deli menonton televisyen. Rumah
meriah dengan suara cucu dan anak-anak pakcik.
“Macamana dengan sekolah tempat
kamu mengajar Rafael?”
“Semuanya ok pak lang.
lama-lama tak biasa juga. Tapi Alhamdulillah sudah biasakan diri.” Ayahnya
hanya menghisap rokok sahaja. Tingkap ruang tamu dibuka bagi memudahkan asap
keluar.”
“Jauh pandangan, luas
pengalaman. Macam abang kamu, seluruh dunia pergi berjalan.”
“Semua anak-anak aku merantau
lang. Tinggal aku berdua dengan along kamu. Makan pun tak masak sekarang ni
dah. Makan luar. Along kamu malas masak. Katanya makan berdua sahaja baik makan
luar” ada nada merajuk dalam suara ayahnya.
“Ala long… ini semua putaran
hidup. Kita bujang, kemudian berdua, kemudian ada anak-anak. Akhir sekali kita
akan ditinggalkan berdua apabila anak-anak ada kehidupannnya sendiri. Kita kena
reda. Tapi masa inilah kita boleh dating berdua dengan isteri kita. Macam
mula-mula dulu” pujuk pakcik Rafael. Letus juga ketawa ayahnya.
“Yalah… aku faham tu.”
“Abang… makanan dah siap. Mari
semua makan. Alang” ajak ibu Rafael. Mereka semua bangun menuju ke meja makan.
((((((((((((((((((((((((((((
Selepas makan, orang lelaki masih
berbual-bual. Pak Lang yang baru pencen menceritakan pengalamannya selama 30
tahun bekerja makan gaji sebagai pembantu perubatan. Macam-macam perkara yang
terjadi.
“Untung kau, Umur 55 tahun dah
boleh pencen… duduk rumah. Aku ni dah umur 63 masih lagi duduk di pejabat.
Uruskan syarikat. Entah bila anak-anak aku boleh ambil alih perniagaan aku ni”
gomel ayah Rafael. Mulalah tu ayah ni…
“Insya Allah… bila tiba masanya terbukalah hati mereka tu
hendaknya.”
“Aku harapkan Rafael, tapi dia minat mengajar juga. Yang
seorang tu hendak sangat jadi juruterbang. Kata bagi masa 10 tahun. Bagi dia
puas bawa flight tu baru hendak nolong aku meniaga. Akhirnya ke sudah… dah 15
tahun” pakcik Rafael hanya tersenyum.
“Sabarlah. Insya Allah tak kemananya syarikat kau tu. Anak-anak
kau ni semuanya pandai-pandai. Mesti mereka boleh uruskan bila tiba masanya.”
“Oklah. Aku nak masuk tidur dulu. Letih aku menghadap
kerja-kerja pejabat. Dah tak macam muda-muda dulu” ayah Rafael bangun dan
menuju ke bilik tingkat atas biliknya. Diikuti oleh menantu dan anak cucu pak
lang yang mahu tidur awal. Jam menunjukkan pukul 11 pakcik dan Rafael tinggal
berdua di ruang tamu.
“Kamu jangan ambil hati apa yang ayah kamu kata. Biasalah
orang tua. Mengomel sahaja kerjanya.”
“Saya faham pak lang. Ayah sayapun sudah berumur,,, memang
patut berehatpun. Tapi berniaga bukan jiwa kami adik beradik.”
“Entahlah. Pak lang harap along kamu cepat-cepatlah tolong
ayah kamu. Kasihan ayah kamu,” Rafael mengangguk.
“Pakcik… pakcik nampak apa dalam kereta saya?” pakciknya yang
sedang mengira biji tasbih berhenti membilang biji tasbihnya. Dia beristifar,
“Ada entiti menyerupai seorang panglima dari segi pakaiannya
duduk di kerusi belakang. Lengkap bertengkolak dan berkeris. Seperti panglima
di zaman silam. Tidak mustahil kerana jin hidup lama daripada manusia,”
Pakciknya beristifar. Kemudian menyebut kalimah Allahuakbar beberapa kali.
“Owh,”
“Lain kali sebelum keluar rumah baca doa.
Beristifar. Baca apa yang patut. Semasa memandu sentiasa berzikir. Insya Allah
benda itu tidak mengikut.” Rafael hanya mengangguk, Baginya masalah yang
dihadapi semakin berat. Tetapi belum masanya lagi dia memberitahu sesiapa
mengenai hal ini. Dia akan cuba menghadapinya sendirian