Home Novel Seram/Misteri Roh rumah sewa
Bab 4 ( B ) ;1875

Rafael sampai di rumah sewanya pada pukul 4 petang. Setelah masuk ke rumah, Rafael terus berbaring di sofa antik berukir kayu itu. Penat sungguh dirasakan pada hari pertama bekerja. Pelbagai dokumen dan kerja perlu dilakukan. Niat di hati hendak melepaskan lelah, tetapi semakin lama semakin kuyu… akhirnya hanyut.

((((((((((((((((((((((((((((((

Rafael membuka matanya, suasana terang benderang di dunia yang tidak berpenghujung. Rafael bangun dan mengosok matanya. Rafael mengosok-ngosokkan matanya… mindanya mengatakan dia kini berada di dunia semalam.. dunia di mana beliau berjumpa dengan orang tua yang wajahnya sungguh mengerikan.

“Selamat datang ke duniaku” sapa satu suara dari belakang. Rafael menoleh perlahan-lahan ke belakang… takut berjumpa dengan orang tua semalam. Entiti berbadan dan berwajah manusia kelihatan… lengkap berpakaian panglima melayu dan berkeris.

“Siapa kamu?”

“Aku adalah khadam” jawab pemuda kekar itu.

“Khadam?” Rafael kehairanan.

“Ya. Khadam kepada tuan rumah ini.”

“Semalam itu?”

“Itu juga adalah khadam tuan.”

“Bila masa saya ada khadam?”

“Sesiapa yang menghuni rumah ini akan menjadi tuan kepada kami”

“Tapi…”

“Tuan mahu tahu bagaimana kami boleh wujud?” Rafael hanya mengangguk… seketika kemudian pandangannya gelap… dan gelap. Di dalam beberapa saat, pandangannya pulih… dia melihat pemandangan sekeliling… Rafael terperanjat. Kelihatan dia berada di tengah-tengah balairong kecil. Ada beberapa lelaki pertengahan usia di kiri dan kanan sedang bersimpuh… manakala di hadapannya ada tempat bersemayam Raja-Raja terdahulu.

“Tuan pelikkan?” Rafael terkejut apabila dia ditegur oleh panglima tadi yang kini bersimpuh di sebelahnya.

“Jangan risau. Ini hanyalah imaginasi tuan yang saya masukkan di dalam minda. Jasad masih berada di dunia nyata. Sekarang kita berada di Istana Kuala Kangsar… dimana semuanya bermula” Rafael mengangguk. Pandangannya mengitari sekeliling istana.

“Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Amirul Rashid ke Balai Penghadapan” kata searang Sida-Sida yang sudah berumur sambil diikuti oleh alunan muzik nobat. Rafael menoleh ke belakang di mana terletaknya pintu besar utama memasuki balai penghadapan. Sesusuk tubuh berbaju kuning seperti baju rasmi yang dipakai kesultanan melayu kini yang dinamakan Sultan Amirul Rashid masuk ke Balai penghadapan sambil diiringi panglima dan Dato Bendahara. Sultan Amirul Rashid lalu menembusi badan Rafael dan panglima. Kemudian Sultan Amirul Rashid dudu singgahsana manakala Dato Bendahara duduk di sebelah Sultan. 2 orang Sida-Sida pula berdiri di belakang singgahsana sambil memegang tombak.

“Dato Maharaja,,, apakah gerangan Dato hendak berjumpa dengan Beta?” kata Sultan Amirul sebaik sahaja duduk di singgahsana.

“Ampun Tuanku beribu ampun, Ini adalah mengenai hal benggali putih Tuanku. Si benggali putih semakin kurang hajar dan patut diajar Tuanku” kata seorang tua yang berpakaian segak dan duduk bersimpuh di barisan sebelah kiri.

“Apa pula si benggali itu buat lagi Dato Maharaja?”

“Si benggali itu arahkan orang-orang menampal dekri yang mengatakan semua cukai perlu dibayar kepada pejabat orang putih. Siapa ingkar akan dipenjarakan.” Sultan Amirul segera bangun.

“Cis! Berani sungguh Birch melangkui tugas beta. Bukankah dia hanya penasihat… negeri ini negeri beta! Beta tidak pernah tandatangi surat yang memberi kuasa si benggali itu mengutip cukai. Memang betul-betul melampau!”

“Ampun Tuanku, bawa bersabar Tuanku” pujuk Dato Bendahara. Sultan Amirul memandang Dato Bendahara dengan wajah yang bengis.

“Dato Bendahara… sudahlah benggali putih itu suka mencampuri urusan beta. Undang-undang digubalnya sesuka hati. Bijih dan emas diambilnya tanpa beritahu beta. Kini dia cuba pula campur urusan pungutan cukai. Ini sudah melampau. Kepala kita dipijaknya.”

“Maafkan patik Tuanku” Sultan Amirul memandang semula Dato Maharaja.

“Dato… apa yang kita hendak buat?”

“Kita hapuskan benggali putih itu dari muka bumi ini Tuanku” Sultan Amirul duduk di singgahsananya semula. Seperti sedang memikirkan cadangan Dato Maharaja.

“Bagaimana cara kita mahu membunuhnya? Tentu British akan bertindak balas”

“Kami semua akan bersama-sama dengan Tuanku jika British bertindak balas. Ampun Tuanku” sampuk seorang individu yang duduk sebelah Bendahara.

“Betul ke panglima Kadar? Bersediakah kita?”

“Hamba sanggup mati demi mempertahankan negeri dan Tuanku. Ampun Tuanku” kata panglima Badar.

“Bagaimana pendapat hamba Dato Bendahara?” Dato Bendahara terdiam sejenak. Memikirkan cadangan Dato Maharaja. Beliau mengusap janggut sejemputnya. Semua mata di dalam dewan memandang Dato Bendahara.

“Pada pandangan patik. Eloklah kita berunding dengan benggali itu Tuanku. Ampun Tuanku” Dato Bendahari memberikan cadangannya.

“Bendahara… hanya menghapuskan benggali putih itu sahaja semua masalah selesai. Tahukah kamu apabila Sultan ingin berjumpa dengannya… Tuanku Sultan kena tunggu dia habis minum pagi. Bukankah Dato Bendahara ada? Begitu kurang hajar benggali putih itu melayan Sultan kita. Kita mesti ajar mereka!” Dato Maharaja mengapi-apikan Sultan. Dengar bisik-bisik di dalam dewan.

“Betul kata Dato Maharaja… hampir setengah jam beta menunggunya. Beta putusakan kita membunuh Birch!”

“Ampun Tuanku. Jika Tuanku beriya benar hendak membunuh Birch. Patik usulkan bukan kita yang membunuhnya. Kita buat cari halus” sampuk Dato Bendahara. Sultan Amirul memandang semula Dato bendahara.

“Apakah maksud Dato?” tanya Sultan.

“Ampunkan patik Tuanku. Kalau kita yang bunuh dia… tentu British akan tahu kita akan bunuh. Apa kata kita cuba cara halus. Apabila benggali itu mati… kita tidak dituduhnya” Sultan Amirul mengangguk perlahan menandakan baginda faham akan kata-kata Dato Bendahara.

“Bagaimanakah caranya?”

“Ampun Tuanku, patik cadangkan kita bermain hantu Tuanku. Atau kita racun makanan dan minumannya” cadang Panglima Badar. Sultan Amirul terdiam.

“Baiklah… tetapi siapa yang hendak lakukannya?”

“Apa kata saya suruh Tok Batin orang darat. Tok Batin Sempah handal dalam main hantu Tuanku” sampuk Dato Maharaja.

“Beta setuju. Panglima! Pergi berjumpa dengan Tok Batin Sempah. Suruh dia buat main hantu. Jika tidak berjaya, baru kita racun atau fikirkan tindakan yang lain” arah Sultan Amirul. Tiba-tiba pandangan Rafael kelam dan semakin berpinar.

(((((((((((((((((((((((((((((

Rafael terjaga, sekali lagi dia bermimpi yang aneh.

“Apakah petanda semua ini?” Rafael tidak mengerti kenapa sudah 2 hari dia mimpi perkara yang pelik. Rafael melihat jam dinding, waktu menunjukkan pukul 7 petang.

“Nak Maghrib rupanya. Masya Allah, mana boleh tertidur selepas Asar, Kan sudah mimpi benda yang pelik” Rafael mengucap dan bangun dari sofa. Dia tidak perasaan khadamnya si panglima duduk di tangga menara.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.