Home Novel Seram/Misteri Roh rumah sewa
Bab 7 ; Tokku

Bab 7

Hari minggu, Rafael mengambil kesempatan untuk ke pekan Gerik membeli barang keperluan rumah. Orang bujang hanya membeli makanan mentah segera seperti sosej, nugget, burger, ikan bilis dan tempe. Mudah sahaja masaknya nanti. Sebelum membeli belah Rafael minum dahulu di kedai roti canai kegemarannya. Memang ramai orang di pekan pada hujung minggu. Malah meja di dalam gerai itu juga penuh. Apabila dia sedang minum rafael terlihat Tokku sedang menjual madu dari satu meja ke satu meja.

“Tokku!” panggil Rafael. Tokko yang baru habis menjual sebotol madu kepada salah seorang pelanggan di gerai segera mendapatkan Rafael. Apabila Tokku dekat dengan meja Rafael.

“Kamu jual madu ker Tokku? Marilah duduk. Kamu sudah makan?” tanya Rafael ramah.

“Eh! Takpelah cikgu. Saya sudah makan di rumah. Ubi rebus dengan kelapa” jawab Tokku sambil tersenyum. 

“Ubi rebus dengan kelapa? Wah sedap tu. Marilah sekejap. Nanti cikgu belikan madu kamu ini,” Tokku seperti teragak-agak.

“Marilah. Sekejap sahaja.” Akhirnya Tokku duduk di kerusi. Rafael memanggil pelayan dan memesan makanan. Setelah pelayan beredar.

“Kamu jual madu setiap hari?” tanya Rafael.

“Eh! Tidaklah cikgu… saya jual setiap sabtu dan ahad. Saya kena cari duit lebih cikgu. Keluarga saya miskin. Adik beradik ramai. Ada 6 orang kesemuanya. Saya nombor 4. Nombor satu sudah masuk Universiti. Belanjanya banyak. Kalau saya tidak kerja… macamana saya mahu belanja di sekolah. Apai kerja kampung sahaja. Ambil madu, ambil petai… tangkap ikan. Cari gaharu. Kadang-kadang ada gaharu… ada madu. Kadang-kadang bawa rotan sahaja balik rumah. Emak tak kerja. Jaga adik-adik,” cerita Tokku. Rafael tersentuh dengan kegigihan anak orang asli ini mencari rezeki di waktu muda untuk bersekolah. Berbanding anak di bandar yang semuanya telah disediakan oleh ibu bapa. Balik berjemput, belanja 5 ringgit sehari, balik rumah main PS atau Tab. Air Tokku sampai… Tokku menghirup air the o aisnya hingga separuh sekali teguk. Seorang tua menyapa Tokku untuk membeli madunya. Rafael membiarkan mereka berurusan. Setelah urusan tamat roti telur Tokku sampai.

“Wah! Orang sudah kenal kamu nampaknya.”

“Pakcik itu tiap-tiap bulan beli dengan Tokku. Dia sudah kenal Tokku. Cikgu… saya mahu pergi basuh tangan makan” Rafael mengangguk. Tokku beredar ke singki. Rafael rasa saya melihat pakaian Tokku. Baju sudahlah lusuh… seluar panjang yang senteng. Tetapi semangat Tokku mencari wang untuk belajar itu yang menyentuh hati Rafael. Tokku kembali semula duduk di kerusinya.

“Makan cikgu.”

“Makan Tokku. Cikgu dah 2 keping makan” Tokku mula menyuap. Nanti Tokku sedang lapar.

“Siapa yang masuk universiti Tokku?”

“Kakak sulung saya cikgu. Dia masuk Uitm ambil masak-masak.”

“Masak-masak?”

“Ala. Itu… chef cikgu.”

“Oh. Nak jadi chef.”

“Ya cikgu. Belanja banyak cikgu mau beli bahan mentah mau masak. Makanannya barat sahaja cikgu. Dulu akak pernah masak makanan itali. Apai 3 kali tambah. Katanya akak masak sedap. Tokku makan tak habis… tokku kasi kucing makan. Kakak marah” Rafael tertawa.

“Lidah Tokku tak pernah makan makanan itali kot.”

“Tokku suka makan ubi kayu dengan kelapa. Sedap.”

“Apai. Lepas ni jom teman cikgu beli barang.”

“Tak boleh Cikgu. Tokku ada 6 botol lagi belum jual.”

“6 botol? Semua tu cikgu ambil. Minggu depan cikgu mahu balik Shah Alam. Mahu jumpa orang tua. Berapa sebotol?”

“Betul ke cikgu? Satu botol 15. Tapi untuk cikgu saya kira 12 sahaja.”

“Wah! Pandai Tooku berniaga. Ok. Cikgu ambil semua. Dah makankan. Jom teman cikgu” mereka berdua bangun di mana Tokku membasuh tangan manakala Rafael ke kaunter membayar harga makanan. Kemudian mereka berdua ke kereta Rafael untuk menyimpan madu. Rafael bercadang untuk membelikan Tokku baju dan kasut sekolah baru.

((((((((((((((((((((((((((((((

Walaupun Tokku menolaknya, akhirnya apabila melihat ketulusan hati Rafael membelikan kasut dan baju sekolah baru. Malah Rafael membelikan Tokku beg sekolah dan alatan tulis yang baru. Rafael pernak melihat Tokku menulis menggunakan pensel yang dipinjam dari kawannya di atas kertas A4. Tiada buku tulis yang dibawa oleh Tokku ke sekolah. Disebabkan terlalu gembira… Tokku menangis dan memeluk Rafael.

“Terima kasih cikgu kerana belikan saya semua peralatan sekolah” katanya sambil memeluk Rafael. Rafael yang agak sebak hanya mengusap kepala anak muridnya.

“Kamu mesti janji dengan cikgu. Belajar rajin-rajin macam kakak kamu. Jadi askar yang jawatan pegawai. Boleh?”

“Boleh cikgu. Saya janji,” Tokku melepaskan pelukannya.

“Dah… jom balik. Hari sudah petang” mereka keluar dari kedai kasut dan terus menuju ke kereta,

(((((((((((((((((((((((((((((((((((

Hanya laluan tanah merah sahaja jalan menuju ke perkampungan Tokku. Nasib baik tidak hujan jika tidak tentu berlumpur. Perkampungan ini dikelilingi hutan. Rumah Tokku berdindingkan buluh beratapkan nipah.

“Marilah naik rumah saya cikgu,” ajak Tokku. Budak-budak kecil samada yang berbaju atau tidak berlari mendapatkan Tokku apabila terlihat Tokku membawa barang.

“Maaflah. Cikgu banyak beli barang basah… cikgu tak boleh lama sangat. Nanti rosak pula barang itu nanti.” Rafael perlu segera pulang… nugget dan ayam ada dibelinya tadi. Seorang tua menuruni tangga rumah Tokku. Dia bercakap sesuatu dalam bahasa Semai kepada Tokku. Tokku membalasnya.

“Cikgu… kenapa susah-susah beli barang untuk anak saya?” Rafael menyalami ayah Tokku.

“Tak susah mananya pakcik… saya ikhlas berikan Tokku. Janji dia mahu belajar.”

“Terima kasihlah cikgu. Kalau saya memang tak mampu cikgu. Nombor satu masuk universiti. Nombor dua duduk asrama pekan sana. Duit banyak kasi mereka belajar. Eh! Cikgu mari naik atas rumah dulu. Minum madu,” ajak ayah Tokku.

“Oh, saya minta maaf sesangat. Saya tak dapat singgah. Saya ada banyak beli barang di pekan tadi. Saya takut rosak. Lain kali saya datang singgah,” Rafael menghulurkan salamnya dan disambut oleh ayah Tokku,

“Tokku salam dengan cikgu. Cakap terima kasih” Tokku dan adiknya yang dari tadi membelek barangan diberi segera menyalami Rafael.

“Ingat Rafael. Belajar rajin-rajin yer.”

“Terima kasih cikgu.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.