Home Novel Seram/Misteri Roh rumah sewa
Bab 2 ( B )

“Ala ibu… saya hendak cari pengalaman baru pula. Takkan dunia saya hanya di Shah Alam sahaja”

“Ibu tak kisah sebenarnya. Dari dulu lagikan ibu menyokong anak-anak ibu selagi tak melangar batas. Ibu pujuk ayah kamu supaya abang kamu masuk akademi penerbangan. Insya Allah ibu akan cuba pujuk ayah kamu yer” Rafael tersenyum… dia tahu ibunya akan membantunya menyakinkan ayahnya untuk membenarkan dia bertugas di Gerik kelak.

“Bila kamu mula posting?” ibu Rafael duduk di kerusi bersebelahan Rafael.

“3 minggu lagi ibu” Rafael menuang air ke cawan ibunya.

“Cepatnya” Rafael hanya tersenyum.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Semasa makan malam,

“Ayah dengar kamu bertugas di Gerikkan?” ayah memecah kesunyian apabila mereka sekeluarga makan malam. Rafael yang sedang makan menoleh ke arah ayahnya.

“Ya ayah” jawab Rafael jujur.

“Apa kamu tidak beritahu ayah? Ayah boleh minta tolong kawan-kawan ayah dekat Kementerian. Ibu kamu pula beritahu ayah. Pandai kamu gunakan ibu kamu hendak pujuk ayah ya” ada nada ketidakpuasan dalam kata-kata ayahnya.

“Bolehlah ya ayah?”

“Sukahati kamulah. Kamupun sudah besar. Kamu hendak rasa hidup susahkan… hidup tempat jin bertendang. Kalau susah besok… pandai-pandailah kamu hidup” ayah Rafael membasuh tangannya dan berlalu pergi ke tingkat atas ke bilik utama. Ternyata ayahnya kecewa dengan keputusan Rafael. Rafael memandang emaknya yang duduk berhadapan.

“Ayah kamu tu merajuk sekejap jer. Macam keputusan kamu hendak ambik kursus guru dahulu. 3 harikan dia merajuk tidak bercakap dengan kamu. Ala, lama-lama angin dia sejuklah tu” Ibu Rafael memujuk Rafael. Rafael hanya mengangguk.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

2 hari kemudian notis pemberhentian kerja Rafael diluluskan oleh bapanya. Ada 2 minggu lagi sebelum Rafael mula bertugas. Masa yang ada digunakan oleh Rafael membeli barangan keperluan dan mendapatkan maklumat tempat dia bertugas. Rafael mendapati bahawa sekolahnya tidak mempunyai rumah guru. Terpaksalah Rafael datang awal seminggu sebelum sesi persekolahan bermula kerana perlu mencari rumah sewa. Jika mahu berulang alik dari pecan Gerik mahu makan sejam pula. Sedangkan Rafael takut kalau dia terbangun lambat. Sehari sebelum bertolak… Rafael berjumpa dengan kawan-kawan di LCCT kerana kebanyakan kawan-kawannya mendapat tawaran bertugas di Sabah dan Sarawak. Di LCCT mereka berbual di Tea Leaf yang agak lengang ;

“Untunglah kau Rafael, dapat posting dekat Perak. 4 jam perjalanan sahaja. Macam kami ni… kena naik flight. Banyak belanjanya” kata Irfan yang akan bertugas di Bario.

“Poodahlah kau. Duit tiketpun bukan pakai duit kau. Duit kerajaankan” tingkah Rafael.

“Aku ingat nak kahwin cepatlah. Boleh jadi alasan hendak balik semenanjung cepat” kata Esmalia. Kawan perempuan Rafael yang bertugas di Sandakan. Dia cuba membuat rayuan tetapi gagal.

“Kau suruhlah tunang kau tu buat majlis cepat-cepat” sampuk Darus.

“Banyaklah kau. Kau ingat buat majlis kahwin ni majlis kahwin koboi? Macam cerita Ahmad Albab. Mengamuk mak bapak aku nanti. Kita ni ada adab. Ada budaya. Mestilah panggil saudara mara. Rakan taulan. Sedangkan tunang aku Harry tu baru kerja. Kurang-kurang 30 ribu kena ada di dalam tangan tau” Rafael hanya tersenyum.

“Aku sebenarnya pelik dengan nama tunang kau. Bukan nama tunang kau Haris Katiman Bin Mohd Sujarno ke? Mana datang Harry tu. Kita semua panggil dia Katiman jer… takpun Man” tingkah Darus. Esmalia memandang Darus dengan panggilan jelik.

“Kau nikan. Adalah benda nak mengusik aku. Kan aku kata nama Harry tu dari Haris”

“Dah tu panggil jelah Haris”

“Haris tu tak maskulin ok. Harry tu macam orang putih ok.”

“Orang putih? Aku tengok takdelah putih mana Haris tu. Gelap macam mamak jer. Eloklah tu dia dapat posting sekolah Tamil ajar Bahasa Melayu. Hahahahahahahaha.”

“Kau nikan” Esmalia bangun hendak menampar bahu Darus.

“Dahla tu. Darus tu bergurau jetu” sampuk Rafael.

“Kamu berdua ini patut yang kena berkahwin. Selalu bergaduh” sampuk Irfan.

“Taknak aku de” jawab Darus sambil menyedut minumannya.

“Macam aku nak sangat. Dahlah tak matang… suka membebel” jawab Esmalia pula.

“Kihkihkih. Dahlah tu… nasib baik kamu berdua bukan ditempatkan sekolah yang sama. Kalau tidak. Tunggang terbalik sekolah tu” Rafael meleraikan persengkataan mereka.

“Macamana Rafael. Kau dah dapat ke rumah hendak disewakan?” tanya Darus

“Dah. Aku minta tolong tok penghulu. Dia kata ada rumah kosong. Rumah sepupu dia juga yang tinggal di Ipoh. Rumah papan. Kejap yer… ada gambar rumah dia bagi” Rafael mengambil telefon bimbitnya di poket seluar.

“Perghhh. Penghulu MMS gambar rumah. Dashyat… kau tak minta gambar anak perempuan dia ker?” tanya Irfan.

“Kau ingat tempat aku bertugas kolot sangat ker? Sekolah dia siap ada satelit parabola tu. Nah ni gambar rumah yang disewakan tu” Rafael menunjukkan gambar rumah yang bakal disewakannya itu kepada mereka bertiga. Ada kerutan di wajah Darus dan Irfan.

“Kau takde pilihan yang lain ker?”

“Ini sahaja pilihan yang aku ada. Ada tu rumah macam nak roboh… ada pula yang sebelah kubur. Tak mahu aku duduk sebelah kubur seseorang. Bagi aku yang terbaik kalau duduk hujung” jelas Rafael. Memang itunya sahaja rumah yang ada dan dia tidak ada pilihan yang lain.

“Macam pelik je rumah ni. Ada menara di sebelah kanan. Macam rumah pengamal ilmu hitam” jawab Darus.

“Ish kamu ni Darus. Janganlah takutkan si Rafael ni” tingkah Esmalia.

“Takpe. Zaman sekarang ni mana ada hantu lagi. Lagipun InsyaAllah tiada apa-apa. Kalau kita solat… selalu mengaji. Lama-lama hantupun panas. Aku ingat sebelum masuk rumah nak buat bacaan Yassin dahulu. Minta dijauhkan perkara-perkara yang boleh memudaratkan”

“Eloklah begitu. Insya Allah tiada apa-apa” mereka terus berbual sambil menunggu penerbangan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.