Sebelum balik ke rumahnya, Rafael singgah di rumah Tok
Penghulu atau a.k.a Tok Ketua gelaran yang dipanggil oleh Mail dan Osman. Rafael memakirkan keretanya di halaman rumah Tok Penghulu dan melihat l Tok Penghulu
sudah duduk di pangkin bawah pokok Manggis. Tok Penghulu sudah diberitahu
awal-awal bahawa Rafael mahu berjumpa dengannya pada pukul 2 petang sebaik
tamat persekolahan. Rafael terus memberi salam apabila keluar dari keretanya.
Salamnya berjawab, Tok ketua sedang khayal menghisap rokok. Rafael bersalaman
dengan Tok Penghulu.
“Duduklah,” pelawa Tok Penghulu. Jambar yang mengandungi teko
air dan sedikit biskut ada di atas pangkin. Tok Penghulu menuang air kopi
panas. Pelik! Panas melenting macam ini
pun beri aku minum kopi?
“Tok nak keluar ker? Cantik jer baju tok ni… siap pakai
seluar khaki?” Tok Penghulu tersenyum.
“Aku nak pergi bando kejap. Beli barang. Makcik kamu takde
rumah sekarang ini. Tah melepak umah kawan baik dia si Senah Pot Pet. Dari
tengahari tadi, tak balik-balik… dia pula menelipon suruh aku ngambik dia.
Makcik kau tu kalau dah bergosip, tak ingat dunia. Tok dah awal-awal rancang
nak pergi pekan hari ini ambik pencen asko sekali. Jemputlah minum,” Rafael
mengangguk dan mengambil cawan kopinya yang berasap dan menghidu dahulu bau
kopinya. Wangi… kopi kampung agaknya. Rafael menghirupnya perlahan;
“Macamana? Sedap? Itu kopi aku beli dekat pekan minggu lepas.
Kopi Tongkat Ali… sesuai untuk kita lelaki ni,” Rafael tersedak. Tok Penghulu
hanya ketawa dan mengurut-ngurat belakang badan Rafael.
“Kamu ni dah kenapa? Tak boleh minum kopi ker?” setelah
keadaan lega.
“Kopi apa tadi Tok?” tanya Rafael.
“Kopi Tongkat Ali.”
“Tongkat Ali?”
“Kenapa?”
“Bukan ke”
“Tak kisahlah. Aku bau sedap… macam kopi mendiang Ah Seng
buat dulu… aku belilah. Sekarang kopi Ah Seng dah pupus. Dulu waktu aku
muda-muda, kopi tulah orang banyak beli bila Ah Seng masuk kampung 2 minggu
sekali. Sekarang semua dah ada depan mata. Jalan dah ada… nak beli barang pergi
ke pekan Gerik. Dulu kamu tahu penduduk kampung ni beli barang punyalah susah.
Terpaksa mudik sungai nak ke pekan. 3 jam ke pekan naik sampan kamu tahu,” gomel Tok
Penghulu. Rafael mengambil tisu dan mengelap mulutnya.
“Saya ni bujang lagi tok. Boleh ker minum kopi ni? Tak tidur
saya nanti,”
“Itulah dia kamu… asal kopi tongkat ali je. Kamu ingat untuk
batin. Kamu ni pemikiran telah diracuni oleh promosi dan iklan. Cuba kamu cari
sikit di internet apa khasiat Tongkat Ali. Fikiran tu cuba 2 hala sedikit. Ini
memikior sehala ja… sebab tu kita buat kereta tak laku kat luar. Nak murah
aja,” Tu dia dah mula ceramah dah.
“Yelah tok. My bad,” Rafael mengalah… tidak mahu dia bergaduh
dengan Tok Penghulu semata-mata isu Tongkat Ali.
“Kalau kamu nak tahu. Tongkat Ali ini bukan untuk batin
sahaja, untuk fizikal kita. Makanan tambahan yang beri kita tenaga. Kalau kamu
nak tahu… sekitar kampung ni dulu, banyak betul pokok Tongkat Ali dan Gaharu.
Bukan kata pokok, Gajah dan Harimau pun ada. Aku masa belum jadi askar, selalu
memburu Kancil. Dapat Kancil lebih, salai jual dengan Ah Seng… lepas belanja
sebulan kamu tahu. La ni semua tu dah takdak. Sebab pokok besaq kena tebang
buat balak… buat ladang getah Risda sana tu.”
Aduh! Tok Penghulu ini kalau dilayan lagi lama aku tersadai dekat sini. Aku
belum solat lagi ni.
“Iyalah Tok. Dipendekkan cerita, tujuan saya datang ke sini mengenai
rumah tu,” Rafael lekas-lekas memontong percakapan Tok Penghulu. Lagi lama lagi
melalut Tok Penghulu bercerita.
“Kenapa dengan rumah tu?” Tok Penghulu menghirup kopinya.
“Ada jin yang tinggal di rumah itu. Mereka hendak berdamping
dengan saya tok,” Rafael berterus terang. Tok Penghulu mendiamkan diri.
“Si Mail dan Osmanpun dah kena tok,” sambung Rafael lagi.
“Ah mereka berdua buat cerita tu. Takde bendalah… itu semua
hanya khayalan cikgu semata-mata,” jawab Tok Penghulu pula.
“Masalahnya saya sendiri yang alami perkara yang aneh. Saya
didatangi oleh Endai di dalam mimpi saya. Saya juga didatangi oleh Buragas pada
hari pertama saya di rumah itu tok. Mesti semua ini bersangkut paut dengan
rumah itu tok,” Tok Penghulu menelan air liur. Dia tidak boleh mengelak lagi
untuk berterus terang dengan Rafael.
“Macamana si saka itu boleh memunculkan dirinya kembali? Bukankah
telah dipasung oleh Syeikh Maulana,” kata Tok Penghulu perlahan tetapi masih
boleh didengari oleh Rafael.
“Apa dia tok?” tanya Rafael inginkan kepastian.
“Kamu hendak dengar satu cerita bagaimana perkampungan ini
dibuka?” Rafael mengangguk.
“Ceritanya bermula di zaman pemberontakan melawan Birch,”