Rafael sampai Hospital Gerik pada pukul 5.00 petang, dia
bergegas wad lelaki di mana Romei ditempatkan. Dari jauh kelihatan Cikgu Din
masih menemani Cikgu Romei. Rafael bersalaman dengan Cikgu Din, Cikgu Romei
masih tidur… kepalanya berbalut.
“Cikgu dah datang ni saya balik dahululah. Sayapun belum
mandi lagi ni.”
“Isterinya tak datang ke Cikgu Din?”
“Datang tadi masa kecemasan… balik kejap nak ambil barang
peribadi Romei ni. Minta diri dulu,” mereka bersalaman. Selepas Cikgu Din
beredar. Rafael duduk di kerusi yang disediakan. 2-3 minit kemudian Cikgu Romei
terjaga. Rafael membantu Cikgu Romei bersandar;
“Rafael, kau kena buang saka yang ada dalam rumah itu,”
ujarnya perlahan.
“Kenapa?”
“Kau tahu, disebabkan saka kau tu… aku eksiden. Saka kau
berdiri di tengah jalan. Aku elak dan terbabas. Nasib baiklah Cikgu Din susul
di belakang… kalau tak aku rentung dalam kereta itu. Alhamdulillah,” kata Cikgu
Romei sebak.
“Itulah… akupun berkira-kira hendak buang benda tu. Tapi
macamana? Siapa yang pandai? Akupun takut juga hendak balik ke rumah ni.
“Macam inilah. Aku sebenarnya sudah menelefon kawan baik aku
Ustaz Zahazan. Mungkin dia akan datang petang ini.”
“Ustaz Zahazan? Ustaz yang popular di dalam perubatan Islam?
Kau kawan dia?” tanya Rafael bertubi-tubi.
“Yelah. Aku kawan baik dia masa di Sekolah agama dulu… tapi
aku tak teruskan pengajian agama aku. Aku masuk form 6 ambil sastera. Tapi kami
berdua kawan baik… selalu kena tibia dengan warden sebab selalu fly. Kita
tinggu dia…” Rafael mengangguk. Memang dia perlukan seseorang untuk membuang
jinnya daripada terus berdamping. Rafael takut semakin ramai pula yang menjadi
mangsa. Cikgu Romei hampir dibunuh oleh Endai.
((((((((((((((((((((((((((
Ustaz Zahazan datang dengan pembantunya hampir pukul 6.15
petang. Apabila datang Cikgu Romei dan Ustaz Zahazan berpelukan. Kemudian Cikgu
Romei menyuruh Rafael menceritakan apa yang terjadi. Selepas Maghrib Ustaz
Zahazan dn pembantunya mengikuti Rafael balik ke rumah. Kereta Ustaz Zahazan
ditinggalkan di hospital. Usatz Zahazan dan pembantunya menaiki kereta Rafael.
Di dalam kereta Ustaz Zahazan dan pembantunya berzikir dan membaca ayat-ayat
Rukyah yang panjang.
“Entah kenapa saya rasa seperti apa yang kita akan hadapi ini
bukan calang-calang jin. Mungkin lebih hebat daripada yang saya pernah hadapi.
Saya dapat rasakan bahawa seseorang yang pandai bersilat perlu ada semasa kita
berhadapan dengan jin itu,” kata Ustaz Zahazan tiba-tiba setelah habis membaca
ayat-ayat Rukyah.
“Maksud Ustaz?”
“Seperti cerita cikgu tadi. Jin ini telah berdamping sejak
pembunuhan Birch. Nama jin itu Panglima Endai… saya dapat rasakan jin itu sudah
tahu kedatangan kita dan sudah merasuk seseorang. Dia mahu menunjukkan
kepakarannya bersilat… dan saya bukanlah orang yang lawak walaupun saya ada
belajar silat. Ada tak orang yang di kampung itu mempelajari ilmu silat
orang-orang terdahulu,” Rafael terdiam dan berfikir…
“Saya rasa ada ustaz. Namanya Osman… anak saudara penghulu
juga. Keturunan Panglima Badar… diapun pernah berlawanan dengan Endai. Tapi
masalahnya ilmunya sudah lama tidak dipraktikkan,”
“Jadilah daripada tiada… kalau terpaksa saya boleh membantu.
Tetapi seperti yang kata tadi… ilmu saya sangat sedikit. Saya tidak sampai tali
pinggang hitampun,”
“Insya Allah kita doakan yang baik-baik sahaja.”
((((((((((((((((((((((((
Rafael memandu keretanya singgah di rumah penghulu dahulu.
Niat di hati mahu mengambil kunci rumah yang diambil petang tadi oleh Tok
Penghulu… dari jauh Rafael melihat ada beberapa motorsikal diparkir di halaman
rumah Tok Penghulu.
“Ish! Kenapa ramai orang pula ni?” tanya Rafael kepada Ustaz
Zahazan. Setelah kereta diparkir… Rafael dan Ustaz Zahazan keluar daripada
kereta diuruti oleh pembantunya. Osman dan Mail yang duduk melepak sambil
menghisap rokok mendapatkan Cikgu Rafael dan mereka bersalaman.
“Kenapa ramai orang ini Mail?” tanya Rafael semasa
bersalaman.
“Tok Ketua hilang cikgu. Dari Tengahari tadi Tok Penghulu tak
nampak batang hidung. Tadi Tok Ketua kata nak pi pekan ambil duit pencen. Nak
beli barang sikit. Janji pukul 3 nak ambil isteri Tok Ketua di rumah makcik
Senah pot pet. Sampai pukul 5 tak datang-datang. Isteri diapun baliklah ke
rumah. Tengok-tengok sampai Maghrib pun tak balik. Kami disuruhnya cari di
kebun.. ke kedai. Tiada juga. Eh! Ini
Ustaz Zahazankan?” tanyanya apabila bersalaman dengan Ustaz Zahazan.
“Iya saya. Saya Ustaz Zahazan,”
“Saya memang minat Ustaz. Cara Ustaz mengubati penyakit…
memang power. Lagi saya berminat apabila Ustaz bercakap dengan jin yang merasuk
orang. Betul ke Ustaz pernah masuk ke alam Bunian?” tanya Mail.
“Saya pernah masuk… nanti di waktu lain saya ceritakan. Saya
ada urusan yang penting perlu diselesaikan,” jawab Ustaz Zahazan.
“Mail dan Osman… memandangkan kamu ada di sini. Saya hendak
mengajak kamu ke rumah saya. Saya rasa Tok Penghulu ada di rumah saya.”
“Kenapa pula Tok Ketua ada di rumah cikgu?”
“Mungkin pasal peti yang kita jumpa malam semalam.”
“Adakah Tok Ketua mahu mengambil emas yang ada di dalam peti
tersebut?”
“Kita bersangka baik Mail. Mungkin Tok Penghulu mahu melihat
apakah isi di dalam peti tersebut,”
“Baiklah… cikgu pergi dahulu… saya pergi dengan Osman naik
motor,” Rafael mengangguk dan masuk di dalam kereta diikuti oleh Ustaz Zahazan
dan juga pembantunya. Rafael juga tertanya-tanya di dalam hati kenapa pembantu
Ustaz Zahazan senyap sahaja sejak dari hospital tadi.