Home Novel Seram/Misteri Roh rumah sewa
Bab 3 ; Tuan adalan tuan saya

Bab 3

Rafael kini sedang berdiri di hadapan rumah yang hendak disewanya. Dia sudah melihat luaran dan dalaman rumah tersebut. Rumahnya masih teguh… cuma perabotnya yang agak antik dan rekabentuk rumahnya agak pelik. Ada menara di kanan rumah dimana yang tangga naik dari ruang tamu. Sudahlah rumahnya diperbuat daripada kayu, boleh pula dibuat menara. Tapi nasib baiklah rumahnya tidak semak… seperti terjaga.

“Macamana Cikgu? Boleh tak?” tanya Penghulu Amin yang berdiri bersebelahan Rafael.

“Bolehlah tok. Dah takde pilihan. Lagipun rumahnya luar terjaga. Tak semak. Tapi dalamnya perabot ada sedikit. Sewapun murah.”

“Memanglah terjaga sebab sepupu saya tu upah si Mail Keding dengan kawan-kawannya bersihkan rumah ni”

“Mail Keding?”

“Mail Keding dengan kawan-kawannya itu pemuda yang masih tinggal duduk di kampung ini. Merekalah yang diharapkan untuk bersihkan kebun, menorah getah penduduk dan tolong mengutip buah. Kalau tidak, siapalah hendak diharapkan lagi? Budak-budak muda semuanya sudah keluar ke Bandar. Nanti pasal nak bersihkan habuk tu… cikgu upahkan mereka bertiga tu. Kejap sahaja dibersihkannya. Nanti saya bagi nombor telefon Mail.”

“Kenapa rumah ini ditinggalkan?”

“Sebab anak-anak semuanya duduk di bandor sana tu. Ada yang keje gomen, swasta. Merekapun dah beli rumah. Tapi tak tahulah jika esok lusa lepas pencen nak duduk sini. Dusun buahpun ada dekat belakang tu. Banyak pokok duyan… kekadang mereka si Mail tu tolong jual” jelas Tok Penghulu.

“Tok… saya tanya sikit boleh? Kenapa pelik sangat rekabentuk rumah ni?” Tok Penghulu memandang Rafael. Rafael sedang melihat menara yang terdapat di ruang tamu.

“Sebenarnya keturunan kami adalah keturunan bangsawan. Moyang kami adalah pejuang yang menentang penjajahan British dan membunuh Birch. Keluarga kami terpaksa berkampung di sini untuk lari daripada diburu tentera British. Jadi moyang saudara saya telah membina itu bagi tujuan pertahanan. Ertinya setiap malam hulubalang akan duduk di atas menara bagi melihat kedatangan tentera British dan sebagai tempat memanah yang paling bagus”

“Tapi akhirnya British tidak dapat jumpa dengan perkampungan ini?” teka Rafael.

“Ya. Kamukan tahu nak masuk sini kena melalui hutan simpan dan juga ladang-ladang getah. Dahulu nak masuk sini hutan tebal semata. Dan akhirnya askar British tidak boleh sampai disini. Jalan dari simpang besar masuk ke kampong inipun bengkang bengkok dan hanya jalan satu lorong sahaja. Jalan itulah bawa keluar hasil hutan dan getah. Kalau takde jalan tu kena mudik naik perahu.”

“Baiklah tok… saya setuju. Berilah nombor Mail tu. Saya nak upah dia bersihkan dalam rumah. Seminggu lagi saya duduk rumah ni”

“Sekarang kamu duduk mana?”

“Sekarang saya duduk hotel bajet di pekan tu” Tok Penghulu mengambil telefon bimbitnya yang terletak di poket hadapan diikuti oleh Rafael. Rafael melihat bar saluran telefonnya kosong.

“Alamak tok. Disini line telefon tiada ker?” Rafael memegang telefonnya dan cuba mencari line.

“Takdelah cikgu. Line mati di simpang depan nak masuk rumah saya. Sebab rumah ni adalah rumah paling hujung sekali”

“Iya… jalan ni menuju ke mana?” Rafael menunjukkan jalan tar di hadapan rumahnya.

“Jalan tar ni terus ke kebun getah Risda. Luas juga dalam 1000 ekar. Tapi jalan tarnya tamat dalam 30 meter dari rumah cikgu. Lepas tu jalan tanah merah” Rafael mengangguk.

(((((((((((((((((((((((((((((((((

Rafael sudahpun mendaftar masuk kerja sehari selepas dia melihat rumah. Pelajar sekolahnya tidak sampaipun 100 orang. Hanya lebih kurang 73 orang lebih tepat. Setiap kelas purata dalam 9-12 orang pelajar. Majoritinya anak orang asli manakala hanya 1 pertiga adalah hanya orang melayu yang duduk di Kampung Pulau Manis. Guru Besarnya seorang lelaki berumur 50an dan orang Jati Gerik. Hanya ada seorang Guru perempuan yang menjadi Guru Penolong Kanan satu yang mana suaminya adalah orang kampung itu juga dan tinggal di kampung. Rafael diberi tugas sebagai Guru Sukan dan turut mengajar matapelajaran Seni dan Sivik. Rafael satu-satunya guru sukan yang terlatih dan mengajar kesemua kelas. Keseluruhan bangunannya adalah diperbuat daripada papan. Dikatakan sekolah ini mula dibina pada zaman British lagi pada tahun 1930 dan merupakan sekolah melayu pertama di Gerik. Sekolah ini dibina menggunakan dana penduduk bangsawan asal yang tinggal di situ.

Kemudahan yang ada agak moden juga, malah ada makmal komputer dan lengkap dengan system LCD sebagai system pengajaran. Malah adanya sistem solar dan sistem bekalan air terawat menggunakan air gunung. Malah ada juga Tv satelit di sekolah ini. Tahap menurut Guru Besar, tahap pencapaian akademik dan sukan sekolah ini sangat tidak memuaskan. Rafael telah dilantik sebagai jurulatih bolasepak dan olahraga sekolah ini. Rafael adalah Guru yang termuda dan masih bujang. Guru yang lain sudahpun berkahwin dan tinggal di Grik ataupun di kampung berhampiran yang terletak setengah jam perjalanan.

Mail keding dan kawan-kawannya bersetuju dan berjanji akan menyiapkan kerja mengemas rumah dalam masa 5 hari. Buat masa ini Rafael terpaksa berulang alik dari hotel di Gerik samada ke sekolah atau ke Kampung Pulau Manis bagi melihat kerja-kerja pembersihan dan mendeko semula rumah sewanya. Barang-barang antik masih ada lagi Cuma perlu ditambah peti ais dan mesin basuh serta dapur gas bagi memudahkan dia memasak. Tentang hal makan dia tidak kisah kerana adanya restoran Pak Abu di jalan masuk kampung ( atau selayaknya dipanggil gerai kedai kopi. Walaubagaimanapun mee goreng istimewa Pak Abu memang terbaik dan tidak terdapat dimana-mana restoran di Shah Alam.

Katil besi di bilik utama dikekalkan dan diperbaiki. Tetapi ada satu bilik di bawah dimana tuan punya rumah tidak membenarkan pintu itu dibuka mahupun bilik tersebut digunakan. Pintu bilik yang mempunyai ukiran yang cantik. Kerja pembersihan dan pembaikan rumah yang dilakukan oleh Mail keding dan kawannya sangat pantas dan baik sekali. Rafael begitu berpuashati dengan kerja yang dilakukan. Upah yang diberikan hanyalah 100 ringgit setiap orang. Mereka akan membersihkan rumah setelah menoreh getah di kebun milik penduduk kampung yang lain.

(((((((((((((((((((((((((((((

Sehari sebelum hari persekolahan, Rafael sudah mula duduk di rumah sewanya. Disebabkan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan yang cepat dibereskan oleh Mail Keding membolehkan Rafael masuk ke rumah sewanya cepat. Selepas solat Maghrib, Rafael membaca surah Yassin di ruang tamu rumah. Di tengah bacaan kenderaan bunyi skreettttt di bawah dinding rumah. Rafael memberhentikan bacaannya dan merenung ke arah dinding. Hanya kesepian malam dan bunyi cengkerik sahaja kedengaran. Setelah beberapa ketika Rafael menyambung bacaan dan tiada apa-apa yang berlaku. Setelah habis bacaannya, Helmi hanya membaca novel, Astro hanya akan dipasang minggu hadapan. TV yang ada tidak mendapat siaran secara manual dan rata-rata penduduk kampung memasang astro di rumah masing-masing. Tetapi entah macamana Rafael tertidur ;

(((((((((((((((((((((((((((((

Rafael berada di satu tempat yang gelap. Tangisan bayi galak kedengaran. Semakin lama semakin dekat kedengaran di cuping telinganya. Tiba-tiba tangisan bayi terhenti. Rafael menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari di dalam kegelapan.

“Kamu adalah tuan baruku… kamu adalah tuan baruku… kamu adalah tuan baruku” tiba-tiba ada suara garau memecah kesunyian.

“Apa? Siapa yang bercakap di sana?”

“Aku Buragas… aku khadam kamu”

“Bu… buragas”

“Ya… Buragas. Haahahahahahahahaha. Kamu tuan baruku”

“Tuan baru? Tunjukkanlah mukamu? Kenapa di sini gelap?” Tiba-tiba angin menerpa mula Rafael. Keadaan terang benderang. Kelihatan seorang tua yang bongkok berada di hadapan Rafael. Wajahnya diliputi oleh rambutnya yang panjang. Berpakaian putih dan bertongkat pula.

“Kamu Buragas?”

“Ya saya.”

“Kamu kata saya tuan kamu?”

“Ya.”

“Kamu manusia?”

“Saya makhluk ciptaan” makhluk tersebut masih lagi menunduk menyembunyikan wajahnya.

“Kenapa saya boleh jadi tuan kamu?”

“Itu kamu akan tahu.”

“Saya bukan tuan kamu. Saya tidak kenal kamu.”

“Kamu akan kenal saya juga nanti.”

“Kenapa muka kamu bertutup?”

“Tuan hendak tengok wajah saya?”

“Saya bukan tuan awak. Boleh saya tengok?”

“Baiklah” perlahan-lahan orang tua itu mengangkat mukanya yang menunuduk. Rafael terkejut apabila melihat wajah orang tua tersebut. Sangat mengerikan. Kulitnya merekah dah terkopek… matanya memerah. Ada taring dan lidahnya menjelir panjang.

(((((((((((((((((((((((((((((((((

Rafael menjerit dan dia terjatuh dari sofa dimana dia berbaring. Sakit bahagian pinggang yang dirasakan akibat impak terjatuh dari sofa. Rafael mengusap-ngusap pinggangnya.

“Aduh! Mimpi rupanya... cis! Mesti aku tertidur malam tadi sampai lupa baca surah 3 kul” Lampu masih lagi terpasang. Rafael melihat jam dinding. Jarum dinding menunjukkan pada pukul 3 pagi.

“Astafirullah hal azim” Rafael bangun dan menuju je bilik tidurnya. Semasa dia sudah masuk ke bilik tidur. Satu lembaga hitam duduk di sofa yang di baring tadi.

Previous: Bab 2 ( B )

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.