Bab 6
Rafael sampai di rumahnya apabila azan
Maghrib berkumandang. Rafael membuka pintu rumah yang berkeriuk. Rafael memang
tidak senang hati mendengar bunyi pintu itu dan telah meminta Mail Keding
membetulkannya. Mail Keding masih lagi tidak datang ke rumahnya… katanya kini
dia dan kawan-kawannya sibuk mengambil kontrak membersihkan ladang Risda.
Rafael bangga dengan Mail dan kawan-kawannya yang mengambil peluang ekonomi di
kampung mereka sendiri. Tidak berhijrah ke Bandar-bandar besar. Rafael lekas
bersiap kerana ingin makan di gerai Mi Pak Abu. Setiap malam kalau dia malas
memasak, Rafael hanya akan makan di gerai Pak Abu. Pak Abu memang handal
memasak semua jenis mi. Memandangkan gerai itu satu-satunya kedai makan di
kampung itu, maka ianya menjadi tumpuan samada untuk makan atau sekadar bermain
dam dari pagi sampai ke malam. Rafael kurang senang dengan perlakuan dengan
beberapa penduduk kampung terutama yang sudah pencen yang hanya melepak di
gerai sahaja.
Selepas bersolat Isyak, Rafael keluar
rumah dan memandu keretanya ke gerai Pak Abu. Sampai di gerai, keadaan
kelihatan sudah ramai orang terutama mereka yang balik dari masjid. Rafael
masuk dan member salam. Isteri Pak Abu terkedek-kedek mendapatkan Rafael.
“Nak makan apa cikgu?” tanyanya ramah.
“Mi goreng seafood dengan teh ais ye
makcik” makcik Fatimah mencatatkan pesanan Rafael
“Itu sahaja?” isteri Pak Abu inginkan kepastian.
“Ya” Jawab Rafael. Makcik Fatimah berlalu pergi dan
masuk ke dapur semula. Pak Abu mungkin sibuk menyiapkan pesanan pelanggan. Jika
tidak sibuk, Pak Abu akan duduk dengan Rafael dan bercerita mengenai sejarah
kampung dan pengalamannya semasa menjadi askar. Kebetulan, semasa sedang
menunggu Mail Keding dan seorang kawannya Osman memasuki gerai Pak Abu.
“Mail, marilah duduk sini” ajak Rafael.
Mail dan kawannya menuju kea rah Mail. Selepas diambil pesanan mereka berdua.
“Wah! Saya dengar kamu berdua dapat
kontrak membersihkan kebun Risda. Betul ker?” Rafael memulakan perbualan.
“Begitulah cikgu. Dah ada rezeki… boleh
dikatakan tiap-tiap tahun kami dapat kontrak itu. Tapi kerjanya… masya Allah.
Letih” jawab Mail Keding. Dia mengambil rokok di dalam pokok bajunya. Itulah
satu perkara yang kurang digemari oleh Rafael tentang Mail. Rokok tidak
lengkang dari bibir. Tindakan Mail diikuti oleh Osman. Asap berkepul-kepul
keluar dari mulut mereka berdua. Rafael sudah biasa dengan keadaan itu kerana
ayahnya adalah perokok tegar yang merokok tidak kira masa. Malah jika keinginan
ayahnya merokok datang… di dalam mesyuaratpun dia akan merokok. Setiausahanya
terpaksa membuka tingkap bilik mesyuarat bagi memudahkan bau rokok di dalam
bilik mesyuarat dikurangkan.
“Saya hendak tanya. Kamu kenal tak
perempuan dan anaknya yang tinggal dekat dengan kubur. Rumahnya atap rumbia”
Mail dan Osman berpandangan sesama mereka.
“Rumah yang ada pokok ketapang?” tanya
Osman.
“Ha. Rumah tulah. Punyalah sombong anak
beranak. Tadi saya hantar anaknya balik ke rumah sebab saya lihat anaknya
menangis di bawah pohon bamboo kat sekolah. Saya tanya anaknya dia buat senyap
sahaja. Siap saya kenakan buka pintu kereta pula tu. Macam saya ini pemandu dia
pula. Lepas tu bukannya hendak cakap terimakasih. Yang peliknya emaknya pun
sama. Senyap memanjang” Mail keding dan Osman senyap seketika.
“Kenapa dengan kamu ni?” tanya Rafael
yang hairan dengan sikap mendiamkan diri Mail dan juga Osman.
“Saya rasa cikgu dah terkenalah” jawab
Osman Keding.
“Terkena?”
“Rumah tu adalah rumah tinggal. Mana ada
orang lagi tinggal di situ sejak 10 tahun yang lalu.”
“Apa!” Rafael terkejut.
“Ada sejarah hitam rumah itu cikgu”
isteri Pak Abu datang dengan membawa pesanan Rafael. Masih lagi berasap dan
panas mi Rafael.
“Jemput makan. Eh. Sambunglah cerita
tadi” Rafael mula menyuap mi ke dalam mulutnya.
“Sila cikgu. Sebenarnya anak beranak itu
dibunuh pada oleh ayah mereka sendiri. Ayah mereka penagih dadah. Malam itu
entah macamana ayah mereka terlebih dadah atau sedang ketagih membunuh 2
beranak tersebut. Hanya 5 hari kemudian mayat mereka berdua ditemui. Itupun
oleh arwah Pak Mat yang kebetulan lalu apabila dia mahu ke kebun mengutip petai
di hutan belakang. Ayah mereka lari entah kemana.”
“Jadi yang saya jumpa tu?”
“Mungkin 2 orang anak beranak tu” jawab Osman selamba.
“Punggah” Rafael menepuk dahinya.
“Tapi cikgu nasib baik. Dulu arwah Pak
Mat meninggal sakit jantung diganggu oleh 2 beranak tu semasa Pak Mat hendak
masuk ke dalam hutan seminggu selepas Pak mat jumpa mayatnya.”
“Masya Allah. Kampung ini banyak
misterilah. Boleh buat novel.”
“Memang misteripun cikgu… kampung lama.
Lagipun kampung pendekar dan pejuang menentang British. Banyak ilmu yang
tertanam. Banyak juga orang dulu bela penjaga untuk memastikan kampung ni tidak
nampak pada pandangan askar British” jelas Mail Keding pula.
“Perghhh. Cara kau cakap Mail macam ahli
sejarah” sampuk Osman.
“Hahahaha. Aku tahulah… kitakan membesar
di kampung ni. Sama-sama tersampuk dengan hantu raya” mereka berdua tergelak.
Tetapi Rafael hanya terdiam. Mi yang disuap terasa kelat. Mail dan Osman
berhenti ketawa apabila melihat Rafael serius.
“Maafkan kami cikgu. Kami tidak ada niat
buat cikgu rungsing. Tapi itulah perkara sebenar yang terjadi” Mail tahu bahawa
dia sudah terlanjur.
“Takpe. Sekurang-kurangnya saya tahu apa
yang ada berlaku. Terima kasih” Rafael meneguk minumannya. Mi Mail Keding dan
juga Osman dibawa oleh isteri Pak Abu. Mereka berdua terus berbual-bual.
((((((((((((((((((((((((((((
Di rumah entah mengapa Rafael berasa
amat mengantuk sekali apabila dia menonton Televisyen. Akhirnya perlahan-lahan
mata Rafael tertutup dan hanyut dalam dunia mimpi.
(((((((((((((((((((((((((((((
“Tuan, bangun tuan. Bangun” satu suara
garau terngiang di telinganya. Rafael perlahan-lahan membuka kelopak matanya.
Apabila dia sedar penuh, pandangan menangkap atap rumbia. Di sisinya khadamnya
si panglima yang tidak pernah diiktirafkannya. Rafael bangun… bangun asap
kemenyan menusuk hidung.
“Kita dimana? Satu lagi saya lupa… nama
kamu apa?” Si panglima hanya tersenyum.
“Namaku Endai. Panglima Endai. Kita di
rumah Tok Batin Sempah… cerita bagaimana asal usul saya masih lagi tidak habis
diceritakan” tiba-tiba seorang tua yang tangannya membawa bekas kemayan masuk
ke dalam ruang tamu dimana mereka berdua duduk. Tok Batin itu duduk berhadapan
dengan mereka di mana terletak barang-barangnya. Seorang lelaki muda yang kekar
datang dari arah dapur dengan membawa patung dan duduk bersebelahan lelaki tua
itu yang terkumat-kamit membaca sesuatu. Lelaki muda itu memberikan patung
kepada lelaki tua. Lelaki tua itu mengambil dan membacanya mantera. Setelah
habis dibacakan mantera, lelaki tua itu menoleh kea rah lelaki muda tersebut ;
“Kamu Sekuntum. Tanam patung ini di
hadapan rumah Joki. Nanti malam dia akan berasa panas… berasa mencucuk-cucuk.
Dendam kamu akan terbalas” Patung itu diberikan kepada lelaki yang bernama
sekuntum. Rafael memandang Endai. Endai tersenyum.
“Ya. Itulah Sekuntum tuan. Orang yang
membunuh Birch. Diupah oleh Dato Maharaja. Handal dalam menghayun tombak”
Rafael mengangguk. Tiba-tiba pintu rumah diketuk.
“Masuklah. Pintu tidak dikunci” pekik
orang tua tersebut. Sekuntum bangkit dan membukakan pintu rumah. Kelihatan Dato
Maharaja dan Panglima Badar naik ke rumah dan bersalaman dengan Sekuntum dan
Tok Batin.
“Apakah hajat Dato datang ke teratak
buruk hamba. Adakah hasil padi masih lagi merajuk? Atau ada yang keteguran?”
tanya Tok Batin sambil mengambil rokok daun yang ada lantai.
“Hajat saya besar Tok Batin. Saya mahu
Tok Batin buat upacara main hantu” sampuk Panglima Badar. Tok batin
menghembuskan rokoknya.
“Sekuntum. Kamu buatkan air madu untuk
tetamu kita” sekuntum yang duduk di muka pintu mengangguk dan bangun menuju ke
dapur untuk membuat air.
“Siapakah gerangannya kita mahu
kenakan?”
“Benggali putih,”
“Birch?”
“Ya.”
“Elok benarlah tu. Hamba memang
berkira-kira benar hendak mengenakannya. Dahulu orang darat tidak dikenakan
cukai. Purnama lepas orangnya datang mengatakan semua hasil hutan seperti rotan, gaharu malah madu kami perlu dibayar
cukai. Dulu kami bebas mengambil apa sahaja dari hutan. Benggali putih memang
melampau” Tok batin menyatakan ketidakpuasan hatinya.
“Sebab itu kami datang jumpa tok. Agar
boleh tok tolong buatkan main hantu. Kami juga mahukan damak sebagai racun jika
main hantu tak berkesan” ujur Dato Maharaja.
“Boleh. Tapi Dato kena sediakan
barangnya.”
“Apa sahaja. Panglima, kamu catit apa
barangnya” Panglima Badar mengangguk dan mengambil sesuatu di dalam tali
pinggang besar yang mengikat sampingnya. Sehelai kertas dan daun pelepah untuk
mencatat.
“Ayam kampung panggang seekor, yang
hidup seekor. Telur kampung 7 biji. Patungnya. Bertih beras 7 keping. Jarum
emas satu…” Panglima Badar menyalin bahan-bahan yang diperlukan oleh Tok Batin.
Sekuntum masuk ke ruang tamu dengan membawa dulang. Bahu Rafael dipegang.
“Cukuplah tuan untuk malam ini. Saya
tidak boleh membawa tuan ke dunia lain lama sangat. Kelak roh tuan sukar
bersatu dengan jasad. Mari” pandangan Rafael berpinar. Rafael terbangun…
televisyen masih terpasang. Lampu masih terpasang. Rafael hanya beristifar.
“Apakah maksud semua ini?”