Bab 5
Hujung minggu diadakan
kenduri doa selamat dan bacaan Yassin di rumah sewa Rafael. Sejak kali terakhir
Rafael bermimpi tentang panglima… Rafael tidal mengalami mimpi yang pelik. Rafael
berfikiran positif dengan menganggap mimpi itu disebabkan oleh waktu tidur yang
tidak kena` pada waktunya. Rafael mengelak untuk tidur di sofa… sebaliknya dia
akan tidur di dalam bilik apabila mengantuk.
Selepas Maghrib bacaan
Yassin dimulakan yang diketuai oleh Imam kampung. Hanya warga tua dan
kanak-kanak sahaja yang kelihatan. Mudapun hanyalah Mail Keding dan
kawan-kawannya yang membantu di bahagian dapur. Walaupun masakan katering,
tetapi penduduk kampung turut membantu, 2 khemah dipasang di hadapan rumah.
Selepas bacaan Yassin diadakan solat Isyak berjemaah di ruang tamu yang memang
luas. Selepas itu barulah acara makan dimulakan, Rafael duduk bersama iman dan
tok penghulu bersama Cikgu Romei yang hanya datang seorang diri sahaja.
Padal pukul 10, orang
beransur-ansur pulang. Begitu juga Cikgu Romei. Semasa bersalaman
“Rumah kau ni memang
pelik rekabentuknya. Kau boleh tinggal di sini seorang diri?” Rafael hanya
tersenyum.
“Apa yang peliknya.
Rumah jugakan?”
“Ada menara.”
“Sejarahnya rumah ni
sebagai kubu pertahanan juga. Sejarah negara tu.”
“Kalau aku” Romei
memandang ke tingkap menara. Kelihatan lembaga hitam di salah satu tingkap
menara.
“Aku… aku… aku balik
dahululah yer. Assalaimualaikum” Romei bergegas ke keretanya. Rafael pelik
dengan tingkahlaku Cikgu Romei. Dia memandang ke tingkap menara. Tiada apa yang
kelihatan. Rafael hanya mengelengkan kepala. Rafael kembali duduk di khemah dan
berbual dengan imam.
(((((((((((((((((((((((((((((((
“Betul Rafael. Aku tak tipu kau… aku nampak lembaga
hitam di menara” kata Cikgu Romei semasa rehat pagi di kantin.
“Cikgu Romei salah pandang kot” Rafael menghirup kopi o pekatnya.
“Lah… aku nampak berbulu hitam… mata merah tengah
memandang aku” Cikgu Romei membuat mimik muka bagaimana entiti yang dia nampak memandangnya.
“Kau salah pandang tu.”
“Astafirullah. Betullah. Rafael. Aku punya takut
sampai aku pasang CD Al Quran sepanjang balik. Kau tahukan rumah aku ada anak
kecil. Dalam rumahpun aku buka CD tau. Aku takut benda tu mengikut. Nasihat
aku… kau tinggalkan rumah tu sebelum perkara yang lebih buruk lagi berlaku”
nasihat Cikgu Romei.
“Aku dah duduk rumah tu lebih seminggu dah. Setakat
ni takde gangguan pun. Ala… kalau silap tengok tu.”
“Sukahati kaulah. Aku dah nasihatkan kau. Aku nak
kau berhati-hati.”
“InsyaAllah tiada apa.”
((((((((((((((((((((((((
Petangnya ada latihan
pemilihan bolasepak pasukan sekolah. Rafael kini menjadi jurulatih bolasepak
sekolah. Disebabkan tidak murid yang tidak ramai, hanya 21 pelajar lelaki yang
datang menyebabkan Rafael memilih kesemua pelajar yang datang sebagai pemain
sekolah. Rafael menguji mereka semua untuk melihat bagaimana posisi yang
sesuai. Daripada pengamatannya hanya 10 orang sahaja yang boleh bermain dengan
mantap. Rafael kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Tokku dan Mere. 2 orang
anak orang asli yang paling pandai mengelecek dan memegang bola. Tokku begitu
senang sahaja melepasi 3-4 orang pemain yang menghalangnya.
Latihan tamat pada
pukul 6.30 petang, Rafael ralit menyusun peralatan yang telah digunakan di
dalam stor. Setelah habis berkemas, dia
segera mengunci pintu. Rafae segera beredar menuju ke kerta yang
dipakirkan di hadapan pejabat kerana hari makin gelap. Di sekolahnya pengawal
keselamatan hanya datang pada pukul 7 petang nanti. Rafael berasa persekitaran
sekolah terlalu sunyi. Berhampiran kereta Rafael telinga menangkap bunyi budak
menangis. Rafael mencari-cari dimanakah suara budak yang menangis itu.
Pandangan tertangkap budak yang tidak berbaju sedang menangis di bawah pohon
bambu seorang diri.
“Aik! Tak balik lagi
ker? Nanti mak ayah marah aku yang kena” Rafael segera menghampiri pelajar
tersebut yang masih lagi duduk menangis. Apabila dekat sahaja, Rafael
mencangkung.
“Adik. Kenapa tidak
balik lagi ni? Latihankan sudah lama habis. Nanti emak dan ayah bising pula.
Cikgu yang kena” tiada respon… pelajar itu masih tetap menangis.
“Emak dan ayah tak
datang ker?” tanya Rafael. Pelajar lelaki itu semakin galak menangis. Rafael
mengelengkan kepala.
“Kalau mak dan ayah
awak tak datang mari cikgu hantarkan. Mari. Rumah awak dimana?” pelajar lelaki
itu hanya menunjukkan tangannya kea rah kampung Pulau Manis.
“Kampung Pulau Manis?”
pelajar itu mengangguk.
“Mari. Cikgu hantarkan…
baju awak mana ni?” Rafael memegang tangan pelajar tersebut. Sempat lagi Rafael
melihat wajahnya. Tidak pula pernah dia melihat pelajar tersebut di sekolah.
Memandangkan sekolahnya tidak sampaipun 100 orang murid… Rafael kenal anak
muridnya kerana dia mengajar kesemua kelas bagi matapelajaran Pendidikan
Jasmani.
“Awak kelas mana?”
Tanya Rafael. Pelajar tersebut hanya mengelengkan kepala. Hai… apa yang aku
tanya semua geleng. Getus hati kecil Rafael. Rafael membukakan pintu hadapan
bagi membolehkan pelajar lelaki itu masuk. Selepas pelajar lelaki itu masuk
Rafael menutup pintu. Dah Macam bos. Gomel Rafael. Rafael duduk di tempat duduk
pemandu. Pelajar itu masih lagi menangis.
“Adik. Kalau adik
menangis sahaja. Macamana cikgu nak memandu dengan tenang. Cuba bawa bertenang
sikit. Kan cikgu nak hantar adik balik ni” pujuk Rafael. Pelajar tersebut
berhenti menangis.
“Ha. Macamtu lah. Rumah
dimana?” pelajar lelaki itu hanya menunjukkan arah dengan menggunakan tangan
kanannya. Arah yang menunjukkan Kampung Pulau Manis. Rafael hanya mengelengkan
kepala lantas menghidupkan enjin kereta. Rafael terus memacu keretanya keluar
dari kawasan sekolah. Tangan budak tersebut menunjukkan kea rah kiri. Rafael
hanya mengikut sahaja gerak tangan yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut.
“Cikgu rasa macam kamu
ni GPS pula” Rafael cuba berlawak tetapi tiada reaksi dari pelajar lelaki itu.
Tangannya sahaja yang menunjuk ke kiri. Rafael memandang ke hadapan semula. Ada
simpang 3 di hadapan. Rafael memberi lampu isyarat untuk ke kira. Eh! Jalan ini
menghala ke kubur? Rafael memandang pelajar itu semula.
“Rumah kamu dekat
dengan kubur?” tanya Rafael. Pelajar lelaki tersebut hanya menunduk. Apabila
melalui kubur, Rafael cuba mengelakkan diri daripada melihat kea rah kubur. Maklumlah
haripun sudah Maghrib. Tiba-tiba pelajar tersebut menunjukkan kea rah simpang kanan
di sebaik sahaja melepasi kubur. Rafael mengangguk dan memusing stereng
keretanya ke kanan. Jalan kiri dan kanan penuh dengan semak samun. Rafael mula
berasa tidak sedapa hati kerana tiada rumah yang ada nampak. Akhirnya dia
nampak sebuah rumah kayu yang usang beratapkan rumbia. Rafael berasa hairan
kerana di zaman serba moden kini masih ada rumah beratapkan rumbia di
perkampungan melayu. Malah perkampungan orang asli yang terletak di
bersebelahan kampung ini sudahpun beratapkan Zink.
“Rumah kamu yang itu?”
tanya Rafael. Pelajar lelaki tersebut mengangguk. Rafael memperlahakan
kenderaan apabila hampir sampai memasuki laman rumah. Kelihatan seseorang
perempuan sedang duduk di tangga dengan rambut mengerbang. Tiba-tiba leher
Rafael berasa seram sejuk.
“Itu emak kamu?” tanya
Rafael dan memberhentikan kenderaannya. Pelajar itu mengangguk lagi. Rafael
keluar dari kereta dan memberi kepada perempuan itu.
“Hmmmmmmmmmm” hanya
bunyi menderam sahaja yang kedengaran. Rafael melihat pelajar itu belum lagi
keluar dari keretanya. Nak aku bukakan
pintu ke? Wah! Jadi pemandu aku hari ini. Banyak cantik.Rafael dengan hati
yang menyumpah seranah membukakan pintu kereta, pelajar lelaki it uterus keluar
daripada kereta dan mendapatkan ibunya. Amboi
! Ucap terimakasihpun tak.Rafael menutup pintu kereta dan berlalu kea rah dua
beranak tersebut yang duduk di tangga.
“Saya masa hendak balik
terjumpa anak makcik ni menangis di bawah pohon bambu. Itu yang saya bawa dia
balik. Nanti dia tinggal seorang diri di sekolah tu. Pakcik lupa hendak jemput
yer?” tanya Rafael ramah. Sepi… tiada jawapan. Rafael mengamati wajah perempuan
itu… pucat tidak berdarah. Pandangannya hanya terarah ke arah pokok ketapang di
hadapan rumahnya.
“Baiklah makcik… saya
minta diri dulu” Rafael geram kerana perangai anak beranak sama sahaja… tiada
perasaan dan sifat terima kasih. Rafael bergerak ke keretanya dan terus masuk
ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Rafael memandu keretanya keluar dari
laman rumah tersebut. Pada masa yang sama 2 beranak itu tadi hilang daripada
pandangan. Rafael melihat daripada cermin pandang belakang. Kelibat 2 beranak
itu sudah tiada di tangga. Hai… cepat
benar menghilangnya 2 beranak tu?