Bab 7
Hari minggu, Rafael mengambil kesempatan
untuk ke pekan Gerik membeli barang keperluan rumah. Orang bujang hanya membeli
makanan mentah segera seperti sosej, nugget, burger, ikan bilis dan tempe.
Mudah sahaja masaknya nanti. Sebelum membeli belah Rafael minum dahulu di kedai
roti canai kegemarannya. Memang ramai orang di pekan pada hujung minggu. Malah
meja di dalam gerai itu juga penuh. Apabila dia sedang minum rafael terlihat
Tokku sedang menjual madu dari satu meja ke satu meja.
“Tokku!” panggil Rafael. Tokko yang baru
habis menjual sebotol madu kepada salah seorang pelanggan di gerai segera
mendapatkan Rafael. Apabila Tokku dekat dengan meja Rafael.
“Kamu jual madu ker Tokku? Marilah
duduk. Kamu sudah makan?” tanya Rafael ramah.
“Eh! Takpelah cikgu. Saya sudah makan di
rumah. Ubi rebus dengan kelapa” jawab Tokku sambil tersenyum.
“Ubi rebus dengan kelapa? Wah sedap tu.
Marilah sekejap. Nanti cikgu belikan madu kamu ini,” Tokku seperti teragak-agak.
“Marilah. Sekejap sahaja.” Akhirnya Tokku
duduk di kerusi. Rafael memanggil pelayan dan memesan makanan. Setelah pelayan
beredar.
“Kamu jual madu setiap hari?” tanya Rafael.
“Eh! Tidaklah cikgu… saya jual setiap
sabtu dan ahad. Saya kena cari duit lebih cikgu. Keluarga saya miskin. Adik
beradik ramai. Ada 6 orang kesemuanya. Saya nombor 4. Nombor satu sudah masuk
Universiti. Belanjanya banyak. Kalau saya tidak kerja… macamana saya mahu
belanja di sekolah. Apai kerja kampung sahaja. Ambil madu, ambil petai… tangkap
ikan. Cari gaharu. Kadang-kadang ada gaharu… ada madu. Kadang-kadang bawa rotan
sahaja balik rumah. Emak tak kerja. Jaga adik-adik,” cerita Tokku. Rafael
tersentuh dengan kegigihan anak orang asli ini mencari rezeki di waktu muda
untuk bersekolah. Berbanding anak di bandar yang semuanya telah disediakan oleh
ibu bapa. Balik berjemput, belanja 5 ringgit sehari, balik rumah main PS atau
Tab. Air Tokku sampai… Tokku menghirup air the o aisnya hingga separuh sekali
teguk. Seorang tua menyapa Tokku untuk membeli madunya. Rafael membiarkan
mereka berurusan. Setelah urusan tamat roti telur Tokku sampai.
“Wah! Orang sudah kenal kamu nampaknya.”
“Pakcik itu tiap-tiap bulan beli dengan
Tokku. Dia sudah kenal Tokku. Cikgu… saya mahu pergi basuh tangan makan” Rafael
mengangguk. Tokku beredar ke singki. Rafael rasa saya melihat pakaian Tokku.
Baju sudahlah lusuh… seluar panjang yang senteng. Tetapi semangat Tokku mencari
wang untuk belajar itu yang menyentuh hati Rafael. Tokku kembali semula duduk
di kerusinya.
“Makan cikgu.”
“Makan Tokku. Cikgu dah 2 keping makan”
Tokku mula menyuap. Nanti Tokku sedang lapar.
“Siapa yang masuk universiti Tokku?”
“Kakak sulung saya cikgu. Dia masuk Uitm
ambil masak-masak.”
“Masak-masak?”
“Ala. Itu… chef cikgu.”
“Oh. Nak jadi chef.”
“Ya cikgu. Belanja banyak cikgu mau beli
bahan mentah mau masak. Makanannya barat sahaja cikgu. Dulu akak pernah masak
makanan itali. Apai 3 kali tambah. Katanya akak masak sedap. Tokku makan tak
habis… tokku kasi kucing makan. Kakak marah” Rafael tertawa.
“Lidah Tokku tak pernah makan makanan
itali kot.”
“Tokku suka makan ubi kayu dengan
kelapa. Sedap.”
“Apai. Lepas ni jom teman cikgu beli
barang.”
“Tak boleh Cikgu. Tokku ada 6 botol lagi
belum jual.”
“6 botol? Semua tu cikgu ambil. Minggu
depan cikgu mahu balik Shah Alam. Mahu jumpa orang tua. Berapa sebotol?”
“Betul ke cikgu? Satu botol 15. Tapi
untuk cikgu saya kira 12 sahaja.”
“Wah! Pandai Tooku berniaga. Ok. Cikgu
ambil semua. Dah makankan. Jom teman cikgu” mereka berdua bangun di mana Tokku
membasuh tangan manakala Rafael ke kaunter membayar harga makanan. Kemudian
mereka berdua ke kereta Rafael untuk menyimpan madu. Rafael bercadang untuk
membelikan Tokku baju dan kasut sekolah baru.
((((((((((((((((((((((((((((((
Walaupun Tokku menolaknya, akhirnya
apabila melihat ketulusan hati Rafael membelikan kasut dan baju sekolah baru.
Malah Rafael membelikan Tokku beg sekolah dan alatan tulis yang baru. Rafael
pernak melihat Tokku menulis menggunakan pensel yang dipinjam dari kawannya di
atas kertas A4. Tiada buku tulis yang dibawa oleh Tokku ke sekolah. Disebabkan
terlalu gembira… Tokku menangis dan memeluk Rafael.
“Terima kasih cikgu kerana belikan saya
semua peralatan sekolah” katanya sambil memeluk Rafael. Rafael yang agak sebak
hanya mengusap kepala anak muridnya.
“Kamu mesti janji dengan cikgu. Belajar
rajin-rajin macam kakak kamu. Jadi askar yang jawatan pegawai. Boleh?”
“Boleh cikgu. Saya janji,” Tokku
melepaskan pelukannya.
“Dah… jom balik. Hari sudah petang”
mereka keluar dari kedai kasut dan terus menuju ke kereta,
(((((((((((((((((((((((((((((((((((
Hanya laluan tanah merah sahaja jalan
menuju ke perkampungan Tokku. Nasib baik tidak hujan jika tidak tentu
berlumpur. Perkampungan ini dikelilingi hutan. Rumah Tokku berdindingkan buluh
beratapkan nipah.
“Marilah naik rumah saya cikgu,” ajak
Tokku. Budak-budak kecil samada yang berbaju atau tidak berlari mendapatkan
Tokku apabila terlihat Tokku membawa barang.
“Maaflah. Cikgu banyak beli barang
basah… cikgu tak boleh lama sangat. Nanti rosak pula barang itu nanti.” Rafael
perlu segera pulang… nugget dan ayam ada dibelinya tadi. Seorang tua menuruni
tangga rumah Tokku. Dia bercakap sesuatu dalam bahasa Semai kepada Tokku. Tokku
membalasnya.
“Cikgu… kenapa susah-susah beli barang
untuk anak saya?” Rafael menyalami ayah Tokku.
“Tak susah mananya pakcik… saya ikhlas berikan Tokku.
Janji dia mahu belajar.”
“Terima kasihlah cikgu. Kalau saya
memang tak mampu cikgu. Nombor satu masuk universiti. Nombor dua duduk asrama
pekan sana. Duit banyak kasi mereka belajar. Eh! Cikgu mari naik atas rumah
dulu. Minum madu,” ajak ayah Tokku.
“Oh, saya minta maaf sesangat. Saya tak dapat
singgah. Saya ada banyak beli barang di pekan tadi. Saya takut rosak. Lain kali
saya datang singgah,” Rafael menghulurkan salamnya dan disambut oleh ayah Tokku,
“Tokku salam dengan cikgu. Cakap terima
kasih” Tokku dan adiknya yang dari tadi membelek barangan diberi segera
menyalami Rafael.
“Ingat Rafael. Belajar rajin-rajin yer.”
“Terima kasih cikgu.”