Bab 14
Rafael memandu keretanya ke pekan tidak terlalu laju Sepanjang
pemanduan hatinya tertanya-tanya adakah kemalangan yang terjadi ke atas diri
Romei disebabkan olehnya? Ini kerana pagi tadi Romei begitu celupar hendak
membunuh Endai. Endai yang selalu berdamping dengannya terdengar lalu berdendam
dengan Cikgu Romei. Rafael memandang cermin pandang belakang. Berderau darahnya
apabila melihat Endai duduk di tempat duduk belakang. Walaubagaimanapun Rafael
berlagak tenang. Dia meneruskan pemanduannya ;
“Kenapa kau selalu datang mengangguku? Bukan sahaja di dalam
alam mimpi… tetapi juga di alam nyata,” tanya Rafael tenang.
“Saya adalah khadam tuan, maka saya akan sentiasa muncul di
mana-mana,” jawab Endai.
“Mengenai kemalangan yang menimpa kawanku itu, adakah kamu puncanya?” tanya
Rafael.
“Iya, dia menyuruh tuan membunuhku. Aku tidak boleh
menerimanya,” jawab Endai tegas.
“Aku arahkan kau jangan apa-apakan dia dan keluarganya lagi,”
arah Rafael dengan harapan Endai akur dengan arahannya.
“Baiklah. Aku ikut sahaja kemahuan tuan,”
“Dan aku tidak mahu kamu kacau sesiapapun. Samada kawan aku,
saudara mara mahupun orang kampung. Faham!” Rafael meninggikan suaranya.
“Baik tuan. Tuan… hamba terpaksa balik ke rumah tuan. Buragas
memanggil,” sekelip mata buragas menghilangkan diri. Rafael mengambil CD
Al-Quran dan memasangnya. Tidak mahu lagi diganggu oleh Endai. Sakit hati
dibuatnya nanti. Kalau di bandar tentu dia akan dicop mengalami halusinasi.
Atau bahsa kasarnya mengalami sakit gila.
((((((((((((((((((((((((((((
Tok Penghulu membuka pintu kayu berukir. Bau hapak menerjah
ke deria baunya. Tok Penghulu segera ke almari kayu di mana pintu besi ditempatkan.
Almari dibuka dan Tok Penghulu segera mengeluarkan peti besi emas itu dari
almari dan meletakkannya di atas lantai. Tok Penghulu membuka peti tersebut…
nyata peti itu boleh dibuka dan tidak lagi berkunci. Isinya dikeluarkan,
bermula dengan persalinan dan keris. Kemudian Tok Penghulu mengeluarkan mahkota
milik permaisuri.
“Hahaha. Inilah aku cari-cari selama ini. Dari muda
sehinggalah ke tua. Aku cuba membukanya… tapi hari ini aku dapat tahu isinya.
Harta karun milik Sultan Amirul Rashid. Terima kasih Rafael… harta ini semua
kini milik aku. Aku kaya. Hahaha,” Tok Penghulu ketawa mengekah. Nafsu sudah
menguasai diri tanpa mempedulikan bahawa harta tersebut hak milik keluarga
Rafael. Mahkota di letakkan di atas lantai. Tok Penghulu mengambil satu uncang
yang terdapat di dalam peti. Ikatan uncang itu dileraikan lalu diperlihatkan
isi di dalam uncang tersebut.
“Wang emas… wang emas. Teman kaya yeop… hahaha. Teman kaya,”
Tok Penghulu mencium uncang tersebut.
“Letakkan kembali uncang wang itu orang tua!” tempik satu
suara di muka pintu. Tok Penghulu menoleh. Terkejut dia melihat seorang pemuda
yang lagaknya seperti pendekar. Pakaiannya juga seperti pendekar.
“Kau siapa? Kau hendak ambil harta ini?” tanya Tok Penghulu
takut-takut. Uncang diletakkan di atas lantai lantas diambilnya keris Dendam
Tak Sudah. Dikeluarkannya keris dari sarungnya. Pada pemikiran Tok penghulu
ketika ini orang yang menempiknya tadi ingin mencuri emasnya.
Sekurang-kurangnya ada senjata untuk mempertahankan dirinya.
“Hahaha! Akulah Endai wahai manusia berketurunan Panglima
Badar,” Tok Penghulu ternganga.
“En… Endai,” Tok Penghulu tergagap. Peluh mula terbit di
dahinya. Tangannya yang memegang keris terketar-ketar.
“Ya. Aku Endai… pendamping yang dipasung oleh moyangmu. Harta
itu bukan milikmu. Milik tuan aku dan keluarganya. Kau tidak berhak!” bentak
Endai.
“Aku sudah jumpa. Ini hak aku! Akupun sudah lama cuba membuka
peti ini… hari ini aku sudah berjaya membukanya… kamu pula datang memerintah
aku menyimpannya. Aku tidak akan menyerahkannya kepadamu!” Tok Penghulu bangun
dan berdiri lalu membuka kekudanya. Keturunannya yang bersusur galurkan
Panglima Badar menyebabkan masa mudanya pernah menuntut ilmu silat.
“Tuan hamba menjual hamba membeli,” Endai terkumat kumit
membacakan sesuatu. Lantas senjata yang berada di tangan Penghulu terlepas dan
terbang ke arah tangan kanan Endai. Kini keris Dendam Tak Sudah berada di
tangan Endai. Endai menghilang dan merasuk Tok Penghulu. Penghulu jatuh pengsan
dengan serta merta. Seketika kemudian Tok Penghulu bangun dan berdiri ;
“Hmmmmm. Buragas, aku tidak boleh membunuhnya kerana aku
sudah berjanji tuanku Rafael tidak membunuh sesiapa. Tetapi bonda kita telah
bertitah bahawa Rafael itu akan membawa seseorang untuk berkelahi denganku
malam ini. Aku merasuk supaya aku dapat bertentangan dengannya. Ayuh Buragas
kita persiapkan diri untuk menghadapai perlawanan malam ini,”
“Hehehehe,” kedengaran suara Buragas memecah kesunyian malam.