Rafael sampai di rumah sewanya
pada pukul 4 petang. Setelah masuk ke rumah, Rafael terus berbaring di sofa antik berukir kayu itu.
Penat sungguh dirasakan pada hari pertama bekerja. Pelbagai dokumen dan kerja
perlu dilakukan. Niat di hati hendak melepaskan lelah, tetapi semakin lama
semakin kuyu… akhirnya hanyut.
((((((((((((((((((((((((((((((
Rafael membuka matanya,
suasana terang benderang di dunia yang tidak berpenghujung. Rafael bangun dan
mengosok matanya. Rafael mengosok-ngosokkan matanya… mindanya mengatakan dia
kini berada di dunia semalam.. dunia di mana beliau berjumpa dengan orang tua
yang wajahnya sungguh mengerikan.
“Selamat datang ke
duniaku” sapa satu suara dari belakang. Rafael menoleh perlahan-lahan ke
belakang… takut berjumpa dengan orang tua semalam. Entiti berbadan dan berwajah
manusia kelihatan… lengkap berpakaian panglima melayu dan berkeris.
“Siapa kamu?”
“Aku adalah khadam”
jawab pemuda kekar itu.
“Khadam?” Rafael
kehairanan.
“Ya. Khadam kepada tuan
rumah ini.”
“Semalam itu?”
“Itu juga adalah khadam
tuan.”
“Bila masa saya ada
khadam?”
“Sesiapa yang menghuni
rumah ini akan menjadi tuan kepada kami”
“Tapi…”
“Tuan mahu tahu
bagaimana kami boleh wujud?” Rafael hanya mengangguk… seketika kemudian
pandangannya gelap… dan gelap. Di dalam beberapa saat, pandangannya pulih… dia
melihat pemandangan sekeliling… Rafael terperanjat. Kelihatan dia berada di
tengah-tengah balairong kecil. Ada beberapa lelaki pertengahan usia di kiri dan
kanan sedang bersimpuh… manakala di hadapannya ada tempat bersemayam Raja-Raja
terdahulu.
“Tuan pelikkan?” Rafael
terkejut apabila dia ditegur oleh panglima tadi yang kini bersimpuh di
sebelahnya.
“Jangan risau. Ini
hanyalah imaginasi tuan yang saya masukkan di dalam minda. Jasad masih berada di dunia nyata. Sekarang kita berada di Istana Kuala Kangsar… dimana semuanya bermula”
Rafael mengangguk. Pandangannya mengitari sekeliling istana.
“Keberangkatan Duli
Yang Maha Mulia Sultan Amirul Rashid ke Balai Penghadapan” kata searang
Sida-Sida yang sudah berumur sambil diikuti oleh alunan muzik nobat. Rafael
menoleh ke belakang di mana terletaknya pintu besar utama memasuki balai penghadapan. Sesusuk tubuh berbaju kuning seperti baju
rasmi yang dipakai kesultanan melayu kini yang dinamakan Sultan Amirul Rashid
masuk ke Balai penghadapan sambil diiringi panglima dan Dato Bendahara. Sultan
Amirul Rashid lalu menembusi badan Rafael dan panglima. Kemudian Sultan Amirul
Rashid dudu singgahsana manakala Dato Bendahara duduk di sebelah Sultan. 2
orang Sida-Sida pula berdiri di belakang singgahsana sambil memegang tombak.
“Dato Maharaja,,,
apakah gerangan Dato hendak berjumpa dengan Beta?” kata Sultan Amirul sebaik
sahaja duduk di singgahsana.
“Ampun Tuanku beribu
ampun, Ini adalah mengenai hal benggali
putih Tuanku. Si benggali putih semakin kurang hajar dan patut diajar Tuanku”
kata seorang tua yang berpakaian segak dan duduk bersimpuh di barisan sebelah
kiri.
“Apa pula si benggali
itu buat lagi Dato Maharaja?”
“Si benggali itu
arahkan orang-orang menampal dekri yang mengatakan semua cukai perlu dibayar
kepada pejabat orang putih. Siapa ingkar akan dipenjarakan.” Sultan Amirul
segera bangun.
“Cis! Berani sungguh
Birch melangkui tugas beta. Bukankah dia hanya penasihat… negeri ini negeri
beta! Beta tidak pernah tandatangi surat yang memberi kuasa si benggali itu
mengutip cukai. Memang betul-betul melampau!”
“Ampun Tuanku, bawa
bersabar Tuanku” pujuk Dato Bendahara. Sultan Amirul memandang Dato Bendahara
dengan wajah yang bengis.
“Dato Bendahara…
sudahlah benggali putih itu suka mencampuri urusan beta. Undang-undang
digubalnya sesuka hati. Bijih dan emas diambilnya tanpa beritahu beta. Kini dia
cuba pula campur urusan pungutan cukai. Ini sudah melampau. Kepala kita
dipijaknya.”
“Maafkan patik
Tuanku” Sultan Amirul memandang semula
Dato Maharaja.
“Dato… apa yang kita
hendak buat?”
“Kita hapuskan benggali
putih itu dari muka bumi ini Tuanku” Sultan Amirul duduk di singgahsananya
semula. Seperti sedang memikirkan cadangan Dato Maharaja.
“Bagaimana cara kita
mahu membunuhnya? Tentu British akan bertindak balas”
“Kami semua akan
bersama-sama dengan Tuanku jika British bertindak balas. Ampun Tuanku” sampuk
seorang individu yang duduk sebelah Bendahara.
“Betul ke panglima
Kadar? Bersediakah kita?”
“Hamba sanggup mati
demi mempertahankan negeri dan Tuanku. Ampun Tuanku” kata panglima Badar.
“Bagaimana pendapat
hamba Dato Bendahara?” Dato Bendahara terdiam sejenak. Memikirkan cadangan Dato
Maharaja. Beliau mengusap janggut sejemputnya. Semua mata di dalam dewan
memandang Dato Bendahara.
“Pada pandangan patik.
Eloklah kita berunding dengan benggali itu Tuanku. Ampun Tuanku” Dato Bendahari
memberikan cadangannya.
“Bendahara… hanya
menghapuskan benggali putih itu sahaja semua masalah selesai. Tahukah kamu
apabila Sultan ingin berjumpa dengannya… Tuanku Sultan kena tunggu dia habis
minum pagi. Bukankah Dato Bendahara ada? Begitu kurang hajar benggali putih itu
melayan Sultan kita. Kita mesti ajar mereka!” Dato Maharaja mengapi-apikan
Sultan. Dengar bisik-bisik di dalam dewan.
“Betul kata Dato
Maharaja… hampir setengah jam beta menunggunya. Beta putusakan kita membunuh
Birch!”
“Ampun Tuanku. Jika
Tuanku beriya benar hendak membunuh Birch. Patik usulkan bukan kita yang membunuhnya.
Kita buat cari halus” sampuk Dato Bendahara. Sultan Amirul memandang semula
Dato bendahara.
“Apakah maksud Dato?”
tanya Sultan.
“Ampunkan patik Tuanku.
Kalau kita yang bunuh dia… tentu British akan tahu kita akan bunuh. Apa kata
kita cuba cara halus. Apabila benggali itu mati… kita tidak dituduhnya” Sultan
Amirul mengangguk perlahan menandakan baginda faham akan kata-kata Dato
Bendahara.
“Bagaimanakah caranya?”
“Ampun Tuanku, patik
cadangkan kita bermain hantu Tuanku. Atau kita racun makanan dan minumannya”
cadang Panglima Badar. Sultan Amirul terdiam.
“Baiklah… tetapi siapa
yang hendak lakukannya?”
“Apa kata saya suruh
Tok Batin orang darat. Tok Batin Sempah handal dalam main hantu Tuanku” sampuk
Dato Maharaja.
“Beta setuju. Panglima!
Pergi berjumpa dengan Tok Batin Sempah. Suruh dia buat main hantu. Jika tidak
berjaya, baru kita racun atau fikirkan tindakan yang lain” arah Sultan Amirul.
Tiba-tiba pandangan Rafael kelam dan semakin berpinar.
(((((((((((((((((((((((((((((
Rafael terjaga, sekali
lagi dia bermimpi yang aneh.
“Apakah petanda semua
ini?” Rafael tidak mengerti kenapa sudah 2 hari dia mimpi perkara yang pelik. Rafael
melihat jam dinding, waktu menunjukkan pukul 7 petang.
“Nak Maghrib rupanya.
Masya Allah, mana boleh tertidur selepas Asar, Kan sudah mimpi benda yang pelik”
Rafael mengucap dan bangun dari sofa. Dia tidak perasaan khadamnya si panglima
duduk di tangga menara.