Bab 12
“Aku rasa betullah rumah tu berhantu. I mean bukan berhantu,
tetapi ada penunggunya,” Rafael memulakan perbualan. Hanya mereka berdua sahaja
yang berada di bilik guru. Malah meja mereka juga bersebelahan.
“Itulah aku dah kata. Kau tidak percaya. Kenapa? Dah kena
usik ker?” Cikgu Romei memandang ke arah Rafael.
“Aku bukan kena usik. Tapi…” Rafael menceritakan segalanya
apa yang terjadi. Bermula dengan cerita Mail dan Osman diikuti oleh kejadian
malam tadi. Cikgu Romei tekun mendengarnya sambil menanda buku pelajar. Setelah
Rafael tamat bercerita ;
“Cerita kau ni bila difikirkan balik, memang lojik dengan
sejarah yang berlaku di Pasir Salak. Berat juga masalah kau ni. Benda dah
berdamping dengan manusia sudah lamakan? Susah nak buang tu. Kalau kau ikut
kata hati jin tu… kau mensyirikkan Allah,” Cikgu Romei bersandar pada kerusinya
sedang memikirkan masalah dihadapi Rafael.
“Itulah. Apa cadangan Cikgu Romei?”
“Macam inilah. Kau pergi jumpa penghulu dahulu, kau tanya dia
kenapa jin tu nak berdamping dengan kau? Bagi aku yang peliknya, kenapa makhluk
tu kacau kau… bukan sepupu atau Penghulu itu sendiri sebab rumah itu warisan
keluarga diakan?” Rafael mengangguk.
“Jadi, sebelum apa-apa kau hendak buat atas rumah tu. Aku
cadangkan kau tanya dahulu Penghulu. Lepas tu kau upah ustaz atau sesiapa yang
pakar pasal benda-benda macamni untuk buang benda itu atau bunuh terus,” cadang
Cikgu Romei tanpa bertapis.
“Kalau dia tak mahu jawab? Atau buat tak kisah?”
“Kau keluarlah dari rumah tu. Habis cerita.”
“Aduh! Aku malaslah hendak berulang alik dari Pekan Gerik, Kalau
benda itu mengikut aku?”
“Kan aku cakap tadi. Hapuskan.” Rafael mengangguk. Mungkin
itu solusi yang paling terbaik sekali.
((((((((((((((((((((((((((((
Entah mengapa sejak keluar dari pintu pagar sekolah tadi hati
Cikgu Romei tidak begitu tenteram. Kini dia di dalam perjalanan ke rumahnya
yang terletak di pekan Gerik.
“Ish! Apasal aku berasa berdebar-debar ni?” Rafael memasang
CD Al-Quran. Selalunya apabila dia memang memasang CD Al-Quran di dalam kereta
apabila balik kerana tidak mahu makhluk halus menumpang keretanya apabila
melalui jalan ini balik ke pekan. Jalan ini terlalu sunyi dan kiri kanannya
hanyalah kebun ataupun hutan tebal. Dia takut makhluk halus akan menganggu anak
sulungnya yang masih memerah berusia 2 bulan. Isterinya juga merupakan seorang
guru dan mengajar di pekan Gerik. Mereka baru berkahwin setahun yang lalu di mana
Cikgu Romei berkenalan Cikgu Saodah yang merupakan anak jati Gerik semasa
berkursus di pekan. Di kiri dan kanannya hanyalah hutan belantara. Jalan agak
bengkang bengkok kerana dikelilingi oleh bukit-bukau. Rafael yang membelok di
satu jalan yang bengkok… Rafael terkejut apabila seorang yang bertubuh kekar
berada di tengah jalan… wajahnya sangat menakutkan. Cikgu Romei memutarkan
sterengnya bagi mengelakkan terlanggar pemuda itu yang menyebabkan keretanya
terbabas lalu melanggar tembok penghadang di sebelah jalan. Air bag kereta
Personanya lantas mengembang dan mengelakkan kepala Cikgu Romei terhantuk di
stereng.
“Kamu hendak hapuskan siapa? Aku? Jika tidak cukup ilmu di
dada jangan cuba mencabar aku? Aku sudah 200 tahun hidup di sini,” kata pemuda
yang berpakaian panglima itu lalu menghilangkan dirinya. Cikgu Romei bernasib
baik apabila selang 2 minit kemudian Cikgu Din yang turut mahu balik ke rumah
di pekan Gerik terlihat kereta Cikgu Romei yang kemalangan. Dia segera
menelefon ambulans dan seterusnya cuba menyedarkan Cikgu Romei. Cikgu Romei
tersedar lalu Cikgu Din segera membantu Cikgu Romei keluar dari keretanya lalu
memapahnya jauh sedikit dari kereta yang remuk teruk di bahagian depan.
Tiba-tiba kereta Cikgu Romei berasap dan tidak berapa lama kemudian terbakar.