Home Novel Seram/Misteri JASAD
BAB 4

Kini mereka menanti di ruangan kecemasan. Bilangan pesakit menunggu tidak begitu ramai kerana kebanyakan pesakit lazimnya diberi waktu temujanji di sebelah pagi melainkan kes-kes tertentu. Reykal menemani Hanif menunggu nombor gilirannya dipanggil sementara Tenku menghilangkan diri ke tandas.

“Tenku tu pergi mana pun, tandas jugak yang dicarinya. Entah apa yang istimewa tandas dekat mata dia tu.”ujar Reykal. Hanif tertawa mendengarnya.

“Tandas mungkin dah jadi rumah kedua dia kut!”sahut Hanif.

Reykal ketawa terkekeh.

“Bro, aku nak tanya kau satu soalan boleh?”tanya Hanif.

Reykal mengalihkan pandangan melihat wajah rakan baik dan merangkap rakan serumahnya itu.

“Kau ni buat aku saspen je siap minta izin bagai sebelum tanya soalan. Tanya saja lah. Kau nak tanya apa?”soal Reykal sambil menjungkitkan keningnya.

“Aku tengok kau selalu macam tak puas hati sangat dengan Tenku tu. Kenapa ek? Bukannya apa, kadang-kadang tu aku tengok cara kau macam membuli dia pun ada. Kau suruh dia buat itu, buat ini. Kadang aku pulak rasa kasihan tengok Tenku. Tapi kadang-kadang tu aku tengok kau baik bukan main dengan dia. Siap boleh teman dia pergi kedai buku lagi sedangkan kau tu bukan kaki buku pun.”Hanif berterus terang. Sudah lama dia ingin bertanyakan perkara tersebut kepada Reykal. Cuma pada hari ini kesempatan dan peluang itu hadir.

Reykal yang mendengar kata-kata Hanif tertawa kecil.

“Aku tahu korang mesti salah faham dengan cara layanan aku terhadap Tenku. Baiklah aku berterus-terang dengan kau hari ni. Aku bukan tak suka atau tak puas hati dengan Tenku tu, tapi mamat tu lembap sangat kadang-kadang. Aku kadangkala pun sakit hati juga bila bersembang dengan dia atau suruh dia buat kerja. Aku suruh dia buat itu, buat ini bukan apa. Sebab nak bagi dia lebih bijak berfikir. Guna logik akal. Bukan hanya bergantung pada buku semata-mata. Tak semuanya ada dalam buku tu.”jelas Reykal.

“Betul jugak kau cakap tu. Aku pun perasan jugak yang Tenku tu kadang-kadang agak slow sikit.”

“Tapi walau macam mana sekalipun keadaan dia bagi aku dia seorang sahabat yang baik.”Reykal tersenyum sendirian saat mengungkapkan kata-kata tersebut.

Hanif yang mendengar turut tersenyum dan mengangguk-angguk kecil.

“Aku cakap macam ni jangan kau fikir kau tak baik pulak. Kau pun sahabat aku yang baik jugak. Kau, Ilham dan Tenku semua sahabat aku. Semuanya aku sayang sebab korang memang baik. Kita semua dah lama kenal dan dah macam adik beradik pun. Susah senang kita sentiasa bersama.”kata Reykal.

Hanif tertegun mendengar kata-kata Reykal. Wajah sahabatnya itu ditatap lama.

“Kenapa kau usha aku macam tu? Seram pulak aku rasa.”ujar Reykal sambil menjarakkan dirinya.

Hanif tertawa kecil. “Cara kau cakap buat aku rasa touching pulak.”

“Ek eleh kau ni. Aku cakap macam tu pun dah touching.”bidas Reykal. Hanif hanya tersenyum. Perbualan mereka mati apabila padanan nombor giliran yang tertera di skrin merujuk kepada giliran Hanif. Hanif bangun daripada kerusi. Sebelum berlalu dia memegang bahu Reykal.

“Aku pun sayangkan korang semua jugak.”

Sebaik berkata sedemikian, Hanif terus berlalu masuk ke dalam bilik rawatan. Meninggalkan Reykal yang tertanya-tanya dengan tindakan spontan Hanif sebentar tadi. Hayunan kaki Hanif dihantar dengan pandangan mata sehinggalah kelibat sahabatnya itu lenyap.

“Mana Hanif? Dah masuk ke?”soal Tenku yang muncul secara tiba-tiba di belakang Reykal.

Reykal sedikit terperanjat dengan kehadiran Tenku.

“Kau ni muncul dah macam hantu. Muncul tiba-tiba. Terkejut aku!”ujar Reykal sambil mengurut dadanya berulang kali.

“Hantu tengkorak kau. Kalau tadi kita mati, tak ke hospital jawabnya tau. Ke kubur! Lepas tu baru kita boleh jadi hantu!”marah Tenku.

Reykal mula memikirkan hal tadi. Perlanggaran tadi sememangnya amat kuat. Kalau ikut logik akal pasti mereka telah menemui ajal. Kalau kurang pun pasti mereka mengalami kecederaan yang amar parah. Tetapi aneh apabila tiada sedikit calar pun yang menghiasi tubuh mereka bertiga. Bahkan motosikal mereka juga tidak mengalami kerosakan yang teruk, melainkan hanya kesan calar sahaja.

“Betul-betul ajaib tadi. Aku pun tak sangka yang kita boleh selamat. Dalam fikiran aku cuma satu ja pada waktu tu. Mati!”balas Reykal bersungguh-sungguh.

“Hmm.. Tahu tak apa. Bersyukur sangat kita selamat. Lega rasanya. Kalau tidak, malam ni kita akan merasa malam pertama.”ujar Tenku. Dia menarik nafas panjang dan menghembus tanda kelegaan.

Reykal mengalihkan pandangan ke arah Tenku.

“Malam pertama?”dahi Reykal berkerut memikirkannya.

“Malam pertama di kubur!”jawab Tenku.

Reykal mencebik. “Kau ingat duduk dalam kubur tu macam honeymoon? Sudahlar amal kurang. Confirm-confirm kena hentam dengan malaikat punya.”

“Tahu pun kau. Ingat kan tak tahu. Tapi aku lega sangat kita bertiga selamat daripada kemalangan tadi.”Tenku mengulang lagi kata-katanya.

“Lega konon! Muka kau tu pucat tak hilang lagi.”sindir Reykal seraya tertawa.

Tenku mencebik. “Muka kau tu pun sama ja! Kalau toreh tak berdarah rasanya.”

Reykal menghabiskan sisa-sisa tawanya. Dia melihat ke hadapan.

“Tenku, kau nampak tak orang tua depan kita ni?”

Tenku melihat sekilas orang tua yang sedang berdiri sambil memegang tongkat.

“Nampak. Kenapa?”

“Tak adalar. Aku cuma terfikir. Orang tua kalau berjalan pakai tongkat. Tapi orang muda kalau berjalan pakai monopod. Tak patut betul.”kata Reykal.

Tenku bersetuju dengan kata-kata Reykal.

“Tapi kau tahu mana itu tongkat? Mana tahu tu monopod ke? Pak cik tu nak berselfie kejap lagi..”ujar Tenku.

“Itu kurang ajar namanya!”seraya Reykal tertawa terbahak-bahak sambil diikuti oleh Tenku.



Setengah jam menanti tetapi kelibat Hanif masih belum keluar dari bilik rawatan. Bosan menanti Reykal mengajak Tenku meronda di kawasan hospital. Sekadar mengambil angin dan menikmati pemandangan bagi mengurangkan rasa bosan.

“Bagi aku hospital adalah tempat yang menyeramkan.”kata Reykal secara tiba-tiba.

“Maksud kau? Berhantu?”soal Tenku.

Rekyal mendengus perlahan. “Itu satu hal.. Tapi ada satu hal lagi yang bermain di fikiran aku. Sebenarnya dari kecik aku memang takut dengan hospital. Bagi aku hospital bukan tempat menyembuhkan sebaliknya memendekkan riwayat seseorang.”

“Kau ni tak baik cakap macam tu tau tak. Doktor negara kita semua terlatih tahu tak. Mereka dah buat yang terbaik untuk selamatkan nyawa manusia. Itu adalah tanggungjawab mereka.”celah Tenku.

“Ayah aku dulu mati dekat hospital. Sebab tu aku tak suka dengan hospital.”kata Reykal. Wajahnya beraut serius.

“Kau tak boleh fikir macam tu. Ayah kau meninggal sebab memang ajal dah sampai. Bukan salah hospital. Itu adalah suratan takdir namanya. Kau kena terima dengan hati yang ikhlas dan tabah.”nasihat Tenku.

“Hmm.. Mungkinlah jugak.. Tapi dulu aku pernah dengar gak kisah pasal hospital berhantu. Kisah ni dialami oleh ayah aku sendiri. Masa tu ayah aku masih muda lagi dan belum berkahwin dengan mak aku lagi.”ujar Reykal.

Kata-kata tersebut jelas menarik minat Tenku. Dia menarik tangan Reykal untuk duduk di salah sebuah kerusi yang tersedia.

“Cerita lar aku nak dengar..”ujar Tenku. Dia kelihatan beria-ria dan tertarik dengan cerita yang bakal diceritakan oleh Reykal itu.

“Hish! Kau ni kalau iya pun sabar lah sedikit. Macam nak tercabut tangan aku kau tarik!”rungut Reykal.

Tenku tertawa. “Aku minta maaf. Tapi kalau bab-bab hantu ni aku semangat sikit nak dengar.”

“Hmm.. Yelah tuh. Macam ni kisahnya. Arwah ayah aku dulu pernah kemalangan dan kalau tak salah patah kaki kiri. Malam pertama tinggal di wad masih okay lagi. Tapi malam kedua tu dah mula mengusik.”

“Mengusik? Maksud kau hantu?”celah Tenku tidak sabar.

“Hish! Kau ni potong betul lah. Dengar dulu aku nak cerita. Karang aku tak cerita baru tahu kot.”ugut Reykal.

Tenku hanya tersengih-sengih dan memohon maaf.

“Kau nak dengar tak cerita?”

Pantas Tenku mengangguk berulang kali. Gayanya seperti anak kecil yang berkehendakkan coklat daripada seorang ibu.

“Hmm.. Begini kisahnya..”Reykal pun memulakan penceritaannya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.