Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 31

AKU melirik ke arah jam di pergelangan tanganku. Jenuh aku menunggu dia di lobby. Bayang Azlee masih belum aku nampak sedari tadi. Mana pulak mamat ni pergi?? Aku mengalihkan pandangan ke arah lift bila lift berdenting setiap kali pintu terbuka. 


Azlee memang begitu star karat jarang hendak on time. Kalau tidak kerana aku sukakan mamat tu sudah lama aku tinggalkan. 


Aku menjeling menyampah bila Azlee keluar dari perut lift bersama Zura. Journalist department kewangan. Cemburu aku melihat kemesraan mereka berdua. 


Bila aku tanya Azlee samada dia serious dengan Zura. Dia menafikannya. Katanya Zura hanya teman biasa. Tapi dari pemerhatian aku, dia dan Zura seperti ada apa-apa. Mesra bukan main siap bertepuk tampar lagi. Si Azlee ni pun satu dia mesra dengan ramai wanita di pejabat kami. Tahulah dia tu hensem tapi tak kan semua pekerja wanita hendak di layan seperti itu. Makan hati juga aku dengan si Azlee ni.


“Ok Zura see you tomorrow!,“ ujar Azlee sebaik sahaja berada di hadapan aku. 


“Ok see you!!,“ jawab Zura tersenyum manis. 


Aku menjeling bila wanita itu sengaja tidak mahu menegur aku dan pura-pura tidak nampak aku yang duduk tercongok di sini. Jealous lah tu sebab Azlee tak pelawa balik sama dengannya. Hah padan muka. Nak kerek dengan aku. 


“Kenapa lambat!,“ ujarku lalu menarik muka masam. Hampir setengah jam aku duduk di lobby menunggunya. Bukan hendak beritahu dia turun lambat. Kalau aku tahu tadi sempat aku buat kerja sikit ada juga faedahnya. 


“Sorrylah sayang..I ada kerja sikit tadi,“ pujuk Azlee lalu tersenyum. Dia tahu Marsha  sudah lama menunggunya. 


“Tadi cakap dah nak turun..penat tau I tunggu,“ ujarku dengan nada manja. 


“Sorry ok, you nak makan kat mana hari ini??,“ ujar Azlee lalu merangkul pinggang Marsha.


“Oh dear!! I lupa hendak ambik my stuff?? You temankan I naik atas, semua orang dah balik..I takut nak naik seorang,“ ujarku lalu memandang wajah Azlee baru teringat sesuatu.


“Oh come on sayang! Besok tak boleh ambik ke?? Today’s my birthday sayang..I nak celebrate dengan you,“ ujar Azlee memujuk Marsha agar lupakan sahaja niatnya hendak mengambil barang yang tertinggal di office.


“Ala please...please!! I dah tunggu you more than half and hour tau..sekejap aje,“ pujukku agar Azlee menemaniku mengambil sesuatu di office. Macamana boleh terlupa. Bila terpandang wajah Azlee sahaja baru aku teringat.


“Ok,“ jawab Azlee lalu menarik tangan Marsha menuju kearah lif.


“Thank you dear,“ jawabku tersenyum manis bila Azlee termakan dengan pujuk rayuku.


Sebaik sahaja pintu lif terbuka, seperti yang aku jangka office kelihatan gelap kerana tiada siapa yang masih bekerja lagi. Aku mengeluarkan kad kekunci dan Azlee menolak pintu sebaik sahaja aku tap kad kunci. Sebaik sahaja kami masuk tiba-tiba lampu pejabat di nyalakan.


“SURPRISE!!!!...Happy Birthday Azlee!!,“ jerit mereka serentak berserta party poppers dan belon.


Aku turut mengucapkan ‘Happy Birthday‘ kepada Azlee bila lelaki itu menoleh ke arahku.


“You plan all this for me?,“ ujar Azlee lalu tersenyum kerana dia benar-benar surprised dan tidak menyangka Marsha plan for surprised birthday party untuknya. Zura juga part of the guest. 


Aku tidak menjawab malah menganggukkan kepala perlahan mengiyakan tekaan Azlee. Memang aku yang plan semua ini untuk Azlee. Aku tahu Azlee di sukai ramai staff disini maka aku adakan surprised party buatnya di sini.


“Thanks sayang,“ ujar Azlee lalu mengucup pipi Marsha perlahan. 


Dia menuju ke arah teman-teman pejabat bila mereka meminta Azlee untuk memotong cake hari lahirnya. Aku hanya mampu tersenyum melihat wajah gembira Azlee. Hampir sebulan juga aku plan untuk adakan surpised party untuk Azlee. Semua department aku undang. 


Azlee memotong cake dan cake yang telah di potong diberikan kepada staff yang hadir. Aku membiarkan sahaja Azlee berbual dengan teman-teman sekerja manakala aku sibuk melayan teman yang lain.  Dari riak wajah Azlee dia kelihatan happy kerana birthday di sambut oleh rakan sekerja. Dan Azlee juga terkenal peramah.


“So Azlee tak ada kata apa-apa pada kau,“ tegur Salena lalu menarik lengan Marsha yang sedang sibuk mengemas meja.


“Kata apa?,“ uajrku tidak faham akan maksud Salena. 


“Cakap yang kau ni steady girlfriend dia! Kau dan dia dah berkawan selama 2 tahun tak kan dia tak declare apa-apa tentang hubungan kau dengan dia,“ ujar Salena dengan wajah serious.


“Dia belum bersedia agaknya,“ jawabku sambil lewa lalu memugut tisu kotor dan pinggan kertas untuk di buangkan kedalam tong sampah.


Belum bersedia?? Semua staff kat sini gossip cakap kau dengan dia couple tau? Kalau betul aku tak heran sangatlah, kalau tak? Macamana?,“ ujar Salena bila Marsha seakan tidak kisah Azlee berbuat begitu terhadap dirinya. 


Marsha sudah ‘pass‘ menjadi kekasih Azlee kerana dia selalu mengadakan apa yang Azlee mahu. Setiap pagi ke office. Marsha akan belikan coffee kegemarannya. Run errand untuk Azlee, malah jika Azlee sibuk tidak sempat untuk keluar lunch. Marsha membelikannya. 


Boleh di katakan Marsha layak bergelar kekasih Azlee. Tetapi sehingga kini Azlee tidak pernah mengatakan kepada teman-teman sekerja bahawa mereka berdua adalah couple. Apa yang dia dengar selalu Azlee menganggap Marsha hanya teman biasa. Tapi teman baiknya Marsha menganggap Azlee lebih dari teman biasa.


Aku menjungkitkan bahu tanda tidak tahu kerana aku sendiri tidak punya jawapan untuk ku berikan kepada Salena. Tak kan lah aku hendak paksa Azlee declare pada semua orang bahawa kami berdua couple kan? Gila! Tunggu ajelah dia yang kata sendiri. Tak sekarang mungkin esok lusa. 


“Eii kau kan..aku tak tahu nak cakap macam mana...mana Azlee? kau buat kerja sorang-sorang kenapa dia tak tolong bantu clearkan the mess..,“ bebel Salena membantu Marsha membersihkan pejabat setelah habis majlis.


“Eh kau ni tak kan nak suruh birthday boy yang kemaskan,“ jawabku lalu mengangkat plastic hitam menuju ke arah pantry. 


Aku terdengar suara orang tengah berbual di pantry. Siapa? Staff lain semua dah balik. Ah suara macam Azlee. Aku tersenyum sendiri.


“Hmm yelah..tatanglah boyfriend awak tu bagai minyak yang penuh,“ sindir Salena.


Aku hanya tersenyum bila Salena ‘anti‘dengan Azlee tiba-tiba. Selama ini Salena tidak kisah aku rapat dengan Azlee. Kenapa tiba-tiba Salena merasa jengkel bila aku berkawan dengan Azlee.


“Sayang kenapa you layan Marsha macam girlfriend you?? I cemburu tau tengok you so close dengan dia? You sayangkan siapa actually..me or her?,“ rengek Zura dengan suara manja. 


Aku berhenti melangkah sebaik sahaja terdengar suara Zura. Azlee bersama dengan Zura? 


“You know I love you..Marsha cuma my close friend aje tak kan itu you nak cemburu sayang!..Bukankah kita nak bertunang tak lama lagi, you masih ragu tentang cinta I ke sayang?,“ ujar Azlee dengan nada lembut cuba memujuk Zura. 


Menyirap darahku manakala jantungku bagaikan hendak meletup mendengar pengakuan Azlee. 


Aku hanya close friend dia???? Jadi selama ini dia panggil aku sayang hanya untuk suka-suka begitu! 


Kenapa aku begitu bodoh sangat dan menyangka selama ini Azlee benar-benar punya perasaan terhadap diri aku? Air mataku mengalir perlahan tanpa aku sedari. Sedih bercampur geram. Selama ini Azlee hanya mempermain-mainkan hati dan perasaan aku. Aku mengesat airmataku perlahan, kerana tiada gunanya aku menangis untuk lelaki yang tidak layak aku tangisi. Azlee is not worth it. Aku mengangkat plastic hitam kedalam pantry. 


Zura dan Azlee tersentak terperanjat bila Marsha tiba-tiba masuk ke dalam pantry. 


Azlee melepaskan tangan Zura sebaik sahaja terpandang wajah Marsha. Mereka berdua kelihatan serba salah.


Dia fikir aku tidak nampak dan tidak tahu akan sandiwara yang dia mainkan tadi. Too late for that Azlee kerana aku sudah tahu belang kau. 


“Marsha!! Come I bantu you clear the mess,“ ujar Azlee mahu mencapai plastic hitam dari tangan Marsha.


“Tak apa continuelah, maaf sebab menganggu tadi,“ jawabku dengan wajah selamba namun hanya tuhan sahaja yang tahu betapa remuknya hati aku dan betapa kecewanya hati aku di permainkan.


“Huh menganggu!! Heh we are just talking, menganggu apanya!!, come I help you,“ jawab Azlee cuba menyembunyikan rasa bersalah bila Marsha berkata demikian. 


Dia benar-benar berharap Marsha tidak terdengar akan perbualannya dengan Zura tadi.


Azlee masih mahu berpura-pura. Aku tidak dapat menahan rasa marah kerana aku merasa diriku tertipu. 


“Stop your drama Azlee!, I tak tahu selama ini you hanya menganggap I your close friend dan tidak lebih dari itu, why do you lead me on??? Apa salah I pada you?? Selama ini siapa yang selalu panggil I sayang?? I ke you? Jadi if you hendak salahkan I kerana menyangka yang I perasan lebih pada you selama ini, it’s not fair sebab you lead me on!! Thanks Azlee..thanks for opening my eyes kerana selama ini I buta..sebab I sangka you ikhlas sayang dan cintakan I...you two really deserved each other..good luck!!,“ jawabku lalu meninggalkan mereka berdua. 


Salena yang kebetulan berada di belakangku turut terperanjat dengan apa yang dia dengar. Jadi benarlah desas desus mengatakan bahawa Azlee dan Zura punya hubungan. Dia tidak memberitahu Marsha tentang hubungan mereka kerana menyangka bahawa Azlee benar-benar menyayangi Marsha.


Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.