Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 13

ERHAN tersenyum sendiri membaca surat kiriman dari penyamar Lasindah. Sehingga kini dia tidak mengetahui siapa nama pengirim surat itu, kerana dia tidak mahu si pengirim berhenti menulis surat kepadanya. 


Sudah menjadi kebiasaan Erhan setiap kali Lieza meninggalkan surat di atas mejanya. Dia berharap sampul surat pink itu ada di antara surat yang di terima. Dan dia merasa teruja setiap kali menerima surat dari si pengirim, walaupun dia tidak mengenali siapa si pengirim surat misteri itu. 


Pada Erhan mengenali si pengirim misteri adalah perkara yang menarik. Dia tidak tahu siapa si pengirim dan si pengirim misteri tidak tahu siapa dirinya. Di dalam surat, mereka hanya berkongsi cerita mengenai perkara yang berlaku pada kehidupan seharian mereka tapi tidak menjelaskan perkara yang specific. 


Kali ini, si pengirim menceritakan pengalamannya berdepan dengan lelaki yang tidak elok perangainya. Sedikit sebanyak mencuit hatinya kerana si pengirim seorang wanita yang lucu. Dan dia pula menceritakan kepada si pengirim mengenai mama dan adik tirinya yang berada di Malaysia. 


No names. No job description and no specific. Walaupun wanita itu sudah mengetahui akan namanya kerana setiap surat kirimannya dia ada meletak namanya. Namun dia tidak merasa khuatir kerana dia tidak mempunyai sebarang social media networking kerana Erhan seorang lelaki yang utamakan privacy. 


“Surat dari Lasindah???,” tanya Lieza bila di lihatnya Erhan sedang memegang sekeping kertas berwarna pink. Stationery trademark Lasindah misterinya.


“Eh..kok kamu tahu…,” jawab Erhan lalu tersenyum tetiba berbicara bahasa ibundanya. 


Ini semua gara-gara mama dan Eryan. Sejak mereka berada di sini, dia mengunakan bahasa ibundanya terus kerana mereka berdua tidak bisa berbahasa melayu.


“Iya saya tahu..karna kamu senyum terus dari tadi boss,” jawab Lieza mengusik majikannya. 


Semenjak Ibu Ayu berada di sini. Sedikit sebanyak lidahnya sudah bertukar menjadi lidah indon. Haha sesekali hendak berbahasa Indon dengan Mr. Erhan apa salahnya. 


“Ah kamu suka bercanda ya Lieza..,” jawab Erhan tersenyum bila Lieza mahu berbicara bahasa Indonesia dengannya. 


“Apa cerita Lasindah kali ini boss??,” tanya Lieza lagi, sejak Lasindah baru hadir dalam hidup majikannya. Perangai buruk bossnya yang suka marah-marah sudah berkurangan. 


Tidak seperti dahulu. Sentiasa berangin pantang dia buat silap sedikit pasti di marahinya. Sekarang Alhamdullilah majikannya sudah pandai mengawal perasaan marahnya.


“Awak ingin tahu??,” ujar Erhan lalu mengerutkan dahinya tidak sangka Lieza berminat ingin tahu pengirim surat misterinya. 


“Kalau boss hendak kongsi dengan sayalah..jika tidak..tak mengapa,” jawab Lieza lalu mencapai fail yang sudah di tandatangan bodsnya untuk di beri kepada akaun.


“Nah! Kamu baca aja sendiri,” jawab Erhan lalu menyerahkan surat itu kepada Lieza.


“Kamu serious boss???,” ujar Lieza lalu membesarkan matanya bila Erhan membenarkan dia membaca surat dari Lasindah. 


Wah! Apa yang telah terjadi pada bossnya?? Mana pergi Erhan yang garang amat dan panas baran yang pernah dia kenali dahulu. 


“Eh udah kamu henti ngomong bahasa ibunda saya..nanti kalu, saya ngomong bahasa Indonesia terus..kamu tidak ngerti,” jawab Erhan bila Lieza tidak henti-henti berbahasa Indonesia.


Lieza tersengih tidak ubah seperti kerang busuk bila Erhan berkata demikian. Haha. Boss dah sound baik dia hentikan sebelum lelaki itu naik angin. 


Lieza menarik kerusi di hadapan meja Erhan lalu duduk. Dia mula membaca surat yang di tulis tangan oleh wanita yang menyamar diri sebagai Lasindah. 


Wah! Wanita ini pandai betul meniru tulisan tangan Lasindah, kerana tulisannya mirip betul dengan tulisan tangan Lasindah yang asli. Berani betul wanita ini berbuat perkara begini. Nasib baiklah angin Mr. Erhan ok. Kalau tidak pasti wanita ini di samannya kerana menyamar diri sebagai Lasindah. 


“You sukakan dia ke boss?,” tanya Lieza lalu memandang wajah majikannya. 


Bukan dia mahu menjaga tepi kain Erhan. Dia sebenarnya kasihankan majikannya. Majikannya seorang lelaki yang baik. Walaupun dia tu garang sikit tapi hatinya baik. Dia tidak sangka Lasindah sanggup mempermain-mainkan hati dan perasaan Erhan. 


“Kenapa awak tanya??,” soal Erhan ingin tahu mengapa Lieza bertanya samada dia suka pada pengirim misteri itu. 


“She sound nice,” jawab Lieza lalu menyerahkan kembali surat itu kepada Erhan. Erhan menyambut.


“Awak boleh tahu perangai seseorang itu melalui surat sahaja??,” tanya Erhan lagi. 


Dia ingin tahu pendapat Lieza mengenai pengirim misteri itu. Dia akui kebenaran kata-kata Lieza. Si pengirim seorang wanita yang baik. Dia ingin membalas suratnya dan mahu mengatur pertemuan dengan si pengirim. 


“Saya tidak arif sangat tentang perkara ini..tapi dari cara penulisannya saya dapat mengetahui bahawa peribadi si pengirim adalah seorang wanita yang baik walaupun cara dia agak nakal kerana menyamar sebagai Lasindah..mungkin dia ada sebab mengapa dia berbuat demikian,” jawab Lieza lalu membuahkan senyuman pada Erhan.


“Ada sebab kenapa dia berbuat demikian?? Mungkin ada benarnya apa yang awak katakan..do you think it’s the best time for us to meet??,” tanya Erhan lagi.


“Sudah berapa lama you berdua exchange surat ni Mr. Erhan?,” 


“Sudah masuk 3 bulan..kenapa awak tanya?,” 


“3 bulan?? I think you both should meet dan berkenalan..I’m sure both of you tak sabar hendak bertemu kan..,” usik Lieza tersenyum lagi. 


“How do you know?,” tanya Erhan lalu tersenyum bila Lieza mengatakan bahawa dia tidak sabar mahu bertemu dan berkenalan dengan si pengirim misteri. 


Ya, sudah tiba masanya dia memperkenalkan dirinya kepada si pengirim misteri. Siapa tahu jodohnya sudah tertulis dengan wanita itu.


“It’s time for you to have someone in your life Mr. Erhan..sudah setahun you bersendirian..No dates!..No girlfriend!..go and meet her..siapa tahu she is the one for you,” ujar Lieza. 


Sejak Erhan berpisah dengan Lasindah setahun yang lalu Erhan tidak percaya pada wanita. Setiap kali wanita mahu berkenalan dengannya, dia tolak kerana masih tidak bersedia. Dia tidak tahu apa yang menarik tentang wanita yang menyamar sebagai Lasindah kerana berjaya membuka pintu hati bossnya untuk menerima wanita semula.


“Awak benar-benar ambil berat tentang diri saya Lieza..terima kasih, saya minta maaf jika layanan saya terhadap diri awak selama ini agak kasar dan tidak bertimbangrasa…I’m being hurt so much Lieza..my heart needs time to heal..thank you for your kind understanding, I really appreciated it,” jawab Erhan perlahan. 


Dia sedar selama ini Lieza selalu di jadikan sasaran kemarahannya. Dia tidak tahu kenapa dia begitu benci pada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya menghukum Lieza kerana perbuatan Lasindah. 


Tapi dia tidak mampu mengawalnya kerana hatinya terlalu terluka, kerana dia tidak menyangka Lasindah sanggup menghancurkan hatinya kerana dia benar-benar cintakan Lasindah. Dan selama ini dia menyangka wanita itu benar-benar cinta padanya. 


Rupanya Lasindah hanya berpura-pura kerana dia punya agenda lain. Lasindah mahu mereka bernikah kerana mahu memiliki harta kepunyaannya dan bukan kerana cinta padanya. Dan di sebabkan itu Erhan tidak percaya kepada wanita. Setiap kali ada wanita yang cuba mendekatinya dan mengetuk pintu hatinya. Erhan menolak jauh-jauh kerana tidak lagi percaya pada mereka kerana pada Erhan mereka punya agenda lain. 


“I’m happy if you are happy boss..tak lah stress I kerja dengan you bila you happy,” jawab Lieza lalu membuahkan senyuman. 


Dia tidak pernah berbual serious dengan bossnya selama ini, kerana urusan dia dengan Erhan totally professional working only, no pep talk at all, kerana Erhan tidak friendly dan sentiasa kelihatan serious.


Jangan katakan duduk berbual seperti sekarang ini, hendak mengusiknya pun Lieza tidak berani. Dia benar-benar berterima kasih kepada wanita misteri itu kerana berjaya mengubah hati Erhan. Jika dia diberi peluang untuk bertemu dengan wanita itu nanti. Hendak dia ucapkan ribuan terima kasih kepadanya.


“I’m really sorry for making you feel that way..next time bila I marah-marah you..you can marah me back,” jawab Erhan merasa bersalah bila Lieza mengatakan bahawa dia merasa tertekan bekerja dengannya dahulu.


“Hopefully I tak perlu buat begitu, sebab you dah ada new Lasindah..you nak meet her di mana boss?? Di R&R bistro??,” tanya Lieza.


“No..not here, I meet her somewhere, I don’t want her to know who am I, I just want her to meet Erhan the ordinary guy,” jawab Erhan tidak bercadang hendak bertemu dengan ‘Lasindah’ di restorennya. 


Dia tidak mahu pekerja yang mengenalinya akan terlepas kata dan merosakkan rancangannya. Ada baiknya dia bertemu ‘Lasindah’ di tempat lain.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.