Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 39

SEBAIK sahaja aku tiba di pejabat, aku on computer, menyimpan handbagku di dalam laci dan aku terus menuju kearah pantry. 


Semalaman aku tidak dapat tidur lena kerana asyik memikirkan apa yang di katakan Eddy semalam. Mungkin ada benarnya juga? Mungkin Erhan adalah lelaki yang aku kenali. Tapi siapa?? Azlee?? 


Aku hanya suspect Azlee sahaja kerana lelaki itu begitu mengenali aku. Mungkin dia saja hendak bergurau dengan aku dengan menghantar surat dan menyamar diri mengunakan nama Erhan? Dan Erhan sememangnya tidak wujud. Erhan itu adalah Azlee!! 


Mana mungkin ED? ED tidak kenal aku dan aku tidak kenal ED? Haiz!!..Pening kepala aku memikirkannya. Sejak aku so-call putus cinta dengan Azlee. Lelaki itu cuba untuk berbaik semula dengan aku. Pelbagai cara dia buat untuk mengambil perhatian aku dan menambat hatiku kembali. 


Mungkin Azlee sudah menjadi kreatif kerana aku tidak melayannya lalu menghantar surat ke alamat rumahku. Mungkin dengan cara ini sahaja dia mendapat perhatian dari aku. Hissh! Kalau betul lah Azlee punya kerja. Siap dia aku kerjakan!


Mug berisi coffee yang aku bancuh tadi, aku capai lalu berjalan keluar dari pantry menuju ke arah Sports Department. Seperti yang aku duga Azlee sudah pun berada di pejabatnya. Azlee suka datang awal ke pejabat. Azlee is a morning person. Lama juga aku tidak menjenguk departmentnya sejak hubungan aku dengan dia tidak semesra dahulu. 


Dan selalunya Azlee yang datang ke tempat aku kerana dia tahu aku tidak akan datang ke pejabatnya. Tapi hari ini aku ke department sports mencarinya.


Dari jauh aku lihat lelaki itu sedang tekun menyelak folio di hadapannya. Mungkin untuk keluaran bulan hadapan. Aku berdiri di hadapan pintu biliknya lalu mengetuk pintunya perlahan. Azlee memandang ke arah pintu bila pintunya di ketuk.


“Shah!..What a pleasant surprised!..Please have a seat,“ ujar Azlee dengan wajah ceria bila terpandang wajah Marsha. 


Dia bangkit dari kerusinya menyambut Marsha di muka pintu lalu menutup pintu pejabatnya. Aku tersenyum sinis bila layanan Azlee berikan pada aku terlebih baik dari biasa. Azlee tidak pernah menyambutku di hadapan pintu bila aku datang ke pejabatnya dahulu. 


Aku tidak menjawab malah duduk di sofa berdekatan dan meletak mug coffeeku di atas meja. Azlee duduk bertentangan dengan aku. Lelaki itu kelihatan kemas dan bergaya seperti biasa. 


Yelah dulu aku tergila-gilakan dia pun kerana Azlee memiliki wajah yang kacak dan bergaya. Bukan aku sahaja yang tergilakannya, malah ramai pekerja wanita yang single di company aku turut suka pada Azlee. 


Azlee memang popular di kalangan pekerja wanita. Semua mahu merebut hatinya. Aku pula dahulu ye aku sukakan Azlee dan mahu menjadi teman wanitanya. Tapi sekarang tidak lagi.


“Kita pergi breakfast nak?..I belum sarapan lagi..kitapun dah lama tak keluar breakfast bersama,“ ujar Azlee lalu menyentuh tangan Marsha perlahan. 


Sudah lama dia tidak keluar makan bersama dengan Marsha kerana Marsha selalu menolak perlawaannya setiap kali dia mengajaknya keluar bersama. Seolah-olah Marsha tidak sudi lagi untuk keluar bersama dengannya. Dia tahu Marsha masih marah padanya. 


Aku menarik perlahan tanganku bila Azlee menyentuhnya, Aku bangkit dari sofa lalu berjalan menuju ke arah kerusi pejabatnya dan tanpa rasa bersalah aku duduk di atas kerusi pejabatnya.


“You ada girlfriend Azlee??,“ tanyaku lalu mencapai handphone Azlee yang berada di atas meja lalu membeleknya dengan wajah selamba. Aku tersenyum bila menyedari Azlee tidak menukar password handphonenya.


“Girlfriend?? Girlfriend I kan ke you, sayang..“ jawab Azlee lalu bangkit dari sofa. 


Dia berjalan mendekati mejanya lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Marsha. Dia membiarkan sahaja Marsha bermain-main dengan Iphone 6nya seolah-olah tidak merasa kisah.


Aku meletak handphonenya kembali di atas meja lalu menyandarkan badanku di kerusi empuk Azlee. Aku memeluk tubuh lalu memandang tepat ke wajah tampan Azlee. Azlee masih mahu bermain-main dengan aku dan tidak mahu mengaku lagi!


“Sayang are you ok?? You look strange!,“ tegur Azlee bila Marhsa memberinya pandangan sebegitu. 


Marsha tidak sihatkah? Marsha tidak pernah ke departmentnya apatah lagi mencarinya semenjak hubungan mereka tidak rapat dahulu. 


Tapi hari ini apa yang membuatkan Marsha mencarinya? Adakah hati Marsha sudah terbuka untuknya? Setelah berpisah dengan Marsha dahulu, baru dia sedar Marshalah wanita yang begitu memahaminya. Dia tidak boleh hidup tanpa Marsha. Selama ini Marsha sabar dengan perangai dan karenahnya. Dan setelah Marsha meninggalkannya baru dia tahu dia sayangkan Marsha dan mungkin juga cintakan Marsha. Sebab itu dia cuba untuk merebut hati Marsha kembali, pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati Marsha supaya menerimanya kembali. Dia berjanji akan setia pada Marsha.


Sayang! Detik hatiku. Bergetar juga hatiku bila Azlee memanggilku sayang. Mungkin juga Azlee adalah Erhan! Arggghh!!! Ini tidak boleh jadi. Aku tidak boleh meneka begitu sahaja. Aku harus memastikan bahawa Azlee itu adalah Erhan. Tapi bagaimana hendak membuatkan Azlee mengaku?


Aku melirik ke arah fail yang berada di atas meja Azlee lalu membukanya. Helaian demi helaian dokumen yang berada di dalam fail itu aku selak cuba mencari bukti bahawa Azlee itu adalah Erhan.


“Sayang..you cari apa??,“ tegur Azlee bila Marsha menyelak failnya seperti mencari sesuatu.


Aku tidak menghiraukan soalan Azlee dan terus mencari apa yang hendak aku cari. Aku mencari kertas atau document yang terdapat tulisan Azlee. 


Setelah puas mencari tapi tidak aku temui. Aku menutup fail itu semula lalu melirik ke arah beberapa surat yang terdapat di atas meja Azlee. Surat yang belum di buka itu aku capai berharap aku bernasib baik dengan pencarianku. Fat hope! Tak ada.


“You tak ada diary or schedule??,“ tanyaku lalu mengangkat fail dan buku-buku yang terdapat di atas meja Azlee mencari diary atau schedule Azlee.


“Diary??!! Sayang semua dah electronic sekarang mana ada guna diary lagi?,“ ujar Azlee pelik melihat karenah Marsha hari ini. Apa yang di cari Marsha? Bila ditanya tidak mahu menjawab.


Right! Semua sudah guna electronic! Hanya Erhan yang ‘old school‘ masih menulis surat buat kekasih hatinya! Aku mencapai note pad dan pen dalam satu masa lalu menyerahkannya kepada Azlee.


“Buat apa dengan note pad dengan pen??,“ tanya Azlee lalu mengerutkan dahinya tidak mengerti kenapa Marsha memberinya note pad dengan pen. 


“I nak beri you dictation...,“ jawabku ringkas lalu menyandarkan badanku. 


Gila! Aku sememangnya gila pagi ini. Sebabnya aku tidak cukup tidur! Sebab aku hendak tahu sangat siapa Erhan? Sebab aku tidak sanggup bermain teka teki lagi!


“Dictation?? Oh...ok, you cutelah sayang,“ jawab Azlee lalu tersenyum melayan karenah Marsha yang dianggap cute pagi ini. 


Aku memandang wajah Azlee bila dia mengatakan aku ‘cute‘. Cute! Kalau aku dapat tahu kau cuba mempermain-mainkan perasaan aku Azlee. Aku yang kau kata cute akan bertukar menjadi incredibly cute. 


Aku bangkit dari kerusi Azlee lalu berjalan mundar-mandir perlahan di dalam pejabatnya.


“Salam sayangku Lasindah!,“ ujarku lalu menoleh ke arah Azlee ingin lihat reaksi di wajahnya. 


Azlee terperanjatkah bila aku sudah dapat tahu bahawa dia menyamar sebagai Erhan selama ini. Hmmm..No! kerana Azlee tidak kelihatan terperanjat dan wajahnya kelihatan bersahaja.


“You want me to write this?? You nak dictate love note to me ke sayang?,“ usik Azlee lalu tersenyum.


“Just do what I say Azlee!,“ ujarku dengan wajah serious.


“Sorry boss,“ jawab Azlee lalu menulis apa yang di pinta. 


Dia turutkan sahaja kerana he find it interesting and refreshing! Hubungannya dengan Marsha dahulu. Apa yang dia mahu dan pinta Marsha turutkan sahaja. Dan kini giliran dia pula melayan apa yang Marsha mahu dan pinta dia turutkan and it’s kinda cute! 


“Apa khabar denganmu sayang..aku harap kamu baik-baik sahaja..,“ ujarku lalu menoleh ke arah Azlee.


Lelaki itu menulis apa yang aku pinta dan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Mungkin terasa lucu dan merasa seronok. Aku tidak pasti. Sebaik sahaja Azlee berhenti menulis aku menghulurkan tanganku meminta note pad darinya.


“Dah tak kan itu sahaja?,“


“Give it to me Azlee, Thank you,“ ujarku lalu mencapai note pad dari tangan Azlee. 


Hendak sahaja aku menangis merasa bersyukur kerana Azlee bukanlah Erhan. Tulisan tangan mereka berbeza sangat. Alhamdullilah..bisikku dalam hati. Ini bermakna Erhan benar-benar wujud?


Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.