Home Novel Komedi/Romantik Komedi Perangkap Cinta
Bab 40

DARA celik mata. Termagu seketika sebelum tubuhnya diangkat dari perbaringan secara mendadak. Langsung kepalanya terasa berdenyut, membuatkan dia diam seketika. Bila rasa berpinarnya kian beransur, mulalah dia berpusing seratus lapan puluh darjah mencari kelibat seseorang. Namun ruangan tersebut kosong. Tiada sesiapa melainkan dia, sendirian.


Sedang Dara tercari-cari, baru teringat akan sesuatu. Terus duvet yang menutup separuh tubuhnya di tolak. Kepala dia jatuh pada pakaian yang tersarung di tubuhnya. Sejurus itu, bibirnya digigit. Kuat. Ini bukan baju yang dia pakai sebelum dia pejam mata. Ini pakaian yang Haris beria-ia mahu beri kepadanya.


Gara-gara itulah dia melakukan pemeriksaan fizikal dengan kadar segera. Bimbang sepanjang tidak sedarkan diri ada yang mengambil kesempatan. Sepuluh minit sesi pemeriksaan, tiada tanda-tanda yang meragukan. Tiada tanda dirinya dinoda secara paksa.


Bibirnya automatik senget. Mana mungkin Haris mahu bertindak sedemikian rupa setelah rahsia dia terbongkar. Haris itu tersangat teliti dari segala aspek.


Pandangan Dara berhenti pada satu nota kecil yang elok berada di atas bedside table. Dara panjangkan tangan mencapai nota kecil tersebut. Matanya dilarikan di atas kertas yang tertulis dengan dakwat hitam. Tulisan tangan itu nampak kemas. Seharusnya dia memberi pujian kepada Haris.



- Morning, love...Fill your belly with breakfast. I’ll be back soon.



Dara menjeling jam loceng kecil yang ada di tempat nota tersebut ditinggalkan. Jam telah menginjak ke angka dua belas. Dia terlena sehingga tidak sedar terlepas waktu sarapan pagi.


Dia bingkas turun dari katil. Banyak perkara tertunggak yang perlu dia langsaikan. Terutamanya solat subuh yang tertinggal. Bukan salah Haris, salah dirinya kerana Haris telah pun mengejutkan dia. Namun Dara langsung tidak celik mata. Itulah kata Haris menerusi pesanan whatsapp yang dia baca baru sebentar tadi.


Selesai semuanya, Dara merangka rencana dalam waktu yang singkat. Sarapan buatan Haris langsung tidak terusik. Langkah di panjangkan ke muka pintu. Sejurus tiba, muka dia berkerut teruk. Hampir saja dia menyumpah seranah suaminya sendiri.


Pintu grille utama berkunci dari luar. Puas Dara mencari di mana Haris menyimpan anak kunci untuk membuka mangga tersebut, namun gagal sehingga dia merasa putus asa. Dapur pula dicari, dan rasa kecewa dia semakin menggunung.


Haris memang sengaja tak nak dia keluar dari sini. Dan Dara yakin seratus peratus anak kunci yang dia cari itu pasti ada bersama Haris.


Pasti ada solusi lain. Ya. Pasti.


Dara menuju ke kamar semula, muncul bersama pin rambut di tangan lalu di tusuk ke lubang mangga. Berkali-kali dia pusingkan pin tersebut. Sedang dia sibuk mencuba, ada satu suara yang menegur di sebalik pintu jeriji.


“Where are you going?”


Terlepas pin di tangan bila disergah. Mata tak berkedip merenung Haris yang tenang mengeluarkan anak kunci dari beg silangnya. Kurang seminit, dada bidang lelaki itu hampir melekat ke mukanya.


“Awak ada gear reverse? Saya nak tutup pintu ni.”


Teguran Haris itu berhemah sebenarnya. Siap pakej dengan kawah di kiri dan kanan lagi. Tapi Dara merasakan impak yang luar biasa. Terasa seperti pipi ditampar berkali-kali pula.


Dalam memberontak, Dara mundur juga. Memberi ruang Haris menutup pintu. Sempat dia jeling bungkusan plastik di tangan lelaki itu.


“Dah makan?”


Haris bertanya seolah-olah tiada pergaduhan terjadi di antara mereka. Walhal semalam dia perang besar dengan Haris. Lebih sadis, dia dipaksa untuk tidur.


Jeda.


Dara belum ada hati nak jawab, sebagai mana dia tidak punya hati nak makan sarapan pagi buatan Haris.


“Sorry for the last night.”


Dara masih juga begitu. Dia sengaja mengeraskan tubuhnya. Sejak dia sedar dari lena panjang, dia sudah meletakkan benteng egonya. Dia akan pastikan Haris tidak mampu menembusi benteng tersebut.


Telinga Dara menangkap hembusan nafas yang sarat dengan kekecewaan. Sejurus itu dia dapat merasakan ada pergerakkan, sebelum telapak tangan dia merasa hangat. Celah-celah jari dia terisi dengan jari besar milik suaminya.


“You are mad, hurm?”


Apa punya jenis soalan yang Haris utarakan selepas mereka berperang malam tadi? Maaflah, sebelum ini Dara terhibur. Untuk kali ini tidak. Rasa marah itu yang meraja.


“Okey, memang awak marah pun.” Kata Haris lagi.


Bertenang. Itu yang Dara sedang terapkan sejak dia terjaga dari lena. Kalau Haris mengadakan serangan psikologi, dia perlu cari alternatif lain. Alternatif yang mampu berikan dia kemenangan bila berdepan suaminya. Jangan ditunjuk muka marah depan lelaki itu.


“Saya lapar.” Dara bersuara setelah lama berdiam diri. Sememangnya dia lapar teruk.


“Bukan awak cuba larikan diri saya?” Kening Haris terjongket.


Itu memang niat utama Dara. Niat keduanya, dia ingin mencari makanan untuk mengisi perutnya. Takut sebenarnya nak menjamah masakan Haris. Lebih menakutkan dia bakal ke alam lain pula.


“Dua-dua.” Akui Dara.


“Good!”


Bibir Dara mencebik. Suaminya bijak membeli jiwa dia. Semuanya bagus di mata lelaki itu walaupun perkara sebaliknya terjadi.


“Saya suka bila awak jujur.”


Sikit lagi bibir Dara terjuih bila menerima pujian 2.0 itu.


“Mesti lah. Awak kan memang suka kejujuran, supaya senang awak nak ambil kesempatan. Macam apa yang awak buat malam tadi pada saya.” Tempelak Dara. Sesaat kemudian dia sedar bahawa pilihan ayatnya salah. Buktinya, Haris melepaskan tautan.


Seulas bibir Haris yang melengkung kembali mendatar. Dia pandang Dara. Lama. Apa isterinya fikir, dia jenis lelaki yang berkahwin demi tuntutan nafsu semata-mata? Yang suka mengambil kesempatan?


“Did I rape you?”


Memanglah tak, tapi Haris itu mencabul keegoan dia setelah lelaki ini berjaya merungkai semua rancangan jahatnya. Itu yang dia kesalkan.


“Then, go...Pergi buat medical check up. Awak pun belum mandi kan.”


Haris tilik Dara dari atas hingga ke bawah. Cara pandangan Haris itu, tak ubah seperti dia memandang Dara tanpa seurat benang. Hilang konsep bertenang yang dia terapkan sebentar tadi.


“Or, should I escort you?”


Haris memang pantang kalau Dara diam. Mulalah dia lancar provokasi. Dan apa Haris fikir dia bakal mendiamkan diri? Mana mungkin dia berdiam diri sedangkan keegoannya tercalar teruk. 


“Jadi, apa perlu saya buat laporan polis? Kemudiannya sumbat awak dalam penjara?” Ujar Dara dengan muka merah. Apa Haris juga mahu menerima nasib yang sama seperti Emir?


Meledak ketawa Haris. Ketawa versi budiman dia. Tak kuat, tak juga perlahan. Yang sedap telinga dia dengar. Dan seharusnya, Dara naikkan lebih tinggi tembok pertahanannya supaya dia tidak tergoda dengan kawah yang sentiasa menjadi penyeri wajah lelaki ini.


“Sorry! Saya bukan sengaja nak ketawakan awak.” Kata Haris dengan muka merah-merah.


Dari tadi telinga Dara sakit mendengar perkataan maaf, maaf, dan maaf dari Haris.


“Kalau awak buat report, saya berani jamin dia orang pun akan beri reaksi sama seperti saya.” Kata Haris dengan sisa tawanya.


“Ini pertama kali saya jumpa kes suami merogol isteri.” Tergeleng-geleng kepala Haris.


“Tapi dalam kes saya...Saya hanya tukar baju awak. That’s it…Tak lebih. Kalau nampak pun, Alhamdulillah lah. Rezeki saya.”


Haris tunduk. Dia mencari pinggir telinga Dara.


“For me, Dara...Tak ada kepuasan kalau guna protection. Bukan ke lebih baik kalau awak sedar? Kita tengok siapa yang tolak siapa…”


“But I think, nobody will be rejected. Do you think so?” Bisik Haris, kemudian dia mencari wajah Dara.    


Tahap kemarahan Dara sudah mencapai tahap maksimum. Tangan dia naik, menumbuk dada Haris tanpa ampun lagi. Dia benci Haris tayang muka begitu. Dia benci bila Haris seakan-akan mengejek dia.


“Hei...Hei!" Haris menangkap pergelangan tangan Dara, ditarik rapat.


“You are hurt yourself.” Jari Haris menggosok buku lima Dara. Dia tidak kisah menerima berapa banyak pun tumbukan Dara. Yang dia kisah hati isterinya.


“Saya tak sakit, tapi awak yang sakit Haris.” Pangkah Dara keras.


Panjang helaan nafas Haris. Nampak gayanya, marah Dara itu kian marak. Bukannya surut.


“Saya tahu awak akan macam ni...Saya tahu awak tak akan dengar cakap saya lagi. Dan saya akan tetap salah di mata awak. Lebih teruk…Saya boleh jangka awak akan mengamuk besar.”


Dara ketawa sinis.


“Sebab tu awak pilih cara paling pengecut? Bagi saya tidur supaya saya lupa semua kesalahan awak? Sorry! Ingatan saya bukan selemah yang macam awak sangka.” 


“Nope!” Pangkah Haris laju.


“Saya tak minta awak lupakan. Dan saya pun tak nak awak lupakan apa yang dah terjadi. Never Dara!”


Haris kalau sudah bercakap, payah nak berhenti.


“Saya jenis bukan yang berlawan mulut tanpa sebarang bukti yang kukuh. Itu hanya menyerlahkan sisi kebodohan saya.” Kata Haris lagi.


Haris kembali mendekat bila Dara sengaja membina jarak. Hatinya tersenyum bila Dara tidak berganjak. Apa yang dia lihat, keberanian yang entah dari mana isterinya kutip hingga berani bertentang mata tanpa mengalihkan sedikit pun.


“Semestinya saya menyesal bila menyebut isu perbincangan. Saya nampak betapa marahnya awak sebab saya.”


Semakin sinis senyuman Dara.


“Dan saya sangat tahu. Awak dengan rasa ingin tahu awak tu, bff forever. Jadi, saya bagi awak tidur jalan terakhir. Because you will fight until you get the answer. That’s you, Dara.”


Dara rasa ingin memberikan tepukan gemuruh kerana Haris mengenali dia cukup baik. Kalau perempuan lain, mungkin sudah meleleh air mata merasa gara-gara terharu. Tetapi bukan Dara.


“Jadi, awak nak saya buat apa?” Dara angkat dagu. Dan dia tahu apa Haris nak.


“Oh! Like this...” Dara petik jari.


“Aww...Thank you Haris! You’re my hero. Awak dah buat saya rasa wow…Rasa jatuh cinta bila awak sentiasa cuba mencari kedamaian supaya tak terjadinya selisih faham antara kita. So sweet Haris." 


"Oh, by the way...Maafkan saya Haris, sebab saya salah faham selama ini. And of course, I love you too…Much...much…love you!” Sengaja Dara tayang muka mengada, badannya dialun lemah gemalai. Dilontarkan suara paling menggoda dia ada. Jari runcingnya bergerak-gerak di dada Haris. Tidak lupa juga Dara titipkan senyuman lebar-lebar.


Senyuman lebar Dara hanya bertahan beberapa saat, sebelum senyuman itu mendadak lenyap. Jari runcing dia menekan kuat dada Haris. Ditolak sehingga selangkah Haris berundur.


“In your hell!” Ibarat angin suara Dara menyapa.


Anak mata Haris bergerak-gerak. Giginya berlaga-laga. Dia memandang Dara yang telah berlalu pergi. Cukup tiga langkah, Dara berpatah balik. Mendekati dirinya semula.


Dara tidak peduli apa pun perasaan Haris. Tangan dia meraba poket jaket suaminya. Kosong. Tiada apa-apa di situ. Kemudian, mata dia tertancap pada poket jeannya pula. Nafas di tarik dalam-dalam. Kedua-dua belah tangan mulakan kerja memeriksa poket seluar Haris pula. Pergerakkan tangan dia terhenti pada poket sebelah kanan. Laju dia menarik segugus kunci keluar.


“Saya perlukan kunci pendua. Jangan ingat saya nak ‘rape’ awak pula nanti.” Jelingan Dara mengakhiri perbualan. Terus dia melangkah ke bilik semula.


Perlahan-lahan bibir Haris mengukir senyuman. Dia suka Dara Batrisya yang sekarang. Ikutkan hati jahat sebentar tadi, memang dia akan senyapkan terus mulut Dara. Namun dibatalkan hasratnya kerana itu bakal membuatkan isterinya semakin marah.


Belum sempat dia menyusul isterinya ke dalam bilik, pucuk hidungnya di sapa pintu. Cukup keras. Tak perlu Haris bertanya lagi. Itu angkara Dara yang menutup pintu kasar sekaligus menghalang dia masuk. Bukan main laju tangan Dara mengunci pintu dari dalam. Semakin senget bibir Haris.


Apa ini petanda dia perlu tidur di luar? Tanpa bantal peluk? Haris garit kening. Pasrah.

Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.