Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,127,585
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
SINOPSIS

SINOPSIS MY LOVELY TENGKU

Mereka hidup berjiran sejak dari usia 5 tahun. Sebelah rumah Zara Irdina dalah istana Tengku Cempaka yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Tengku Izraf Akif. Hubungan kekeluarga antara dua buah keluarga amat baik walaupun perbezaan darjat terlalu ketara. Zara Irdina hanya orang biasa, manakala Tengku Akif adalah golongan bangsawan.

Tengku Akif memang mempunyai perasaan terhadap Zara Irdina, malah dia tidak bersembunyi, lalu disuarakan segala isi hati. Malangnya Zara Irdina menolak atas alasan dia hanya orang biasa, tidak sepadan dengan Tengku Akif yang datang dari golongan bangsawan. Maka, Zara Irdina menolak dan memilih lelaki lain sebagai suaminya.

Malangnya, calon suami Zara Irdina menolak Zara Irdina kerana Zara Irdina anak luar nikah. Dari situ terbongkar lah rahsia, tersingkap lah cerita. Nama sebenar ibu Zara Irdina, iaitu Sharifah Kamariah, terpaksa menyerahkan Zara Irdina kepada Wan Aisyah sejak Zara Irdina dilahirkan kerana Sharifah Kamariah tidak sanggup menjaga Zara Irdina, anak luar nikah itu. Malu dicemuh orang.

Zara Irdina terpaksa menerima Tengku Akif menjadi suaminya, kerana lelaki ini memaksa dan membuat pelbagai ugutan supaya Zara Irdina menerimanya. Rela dalam terpaksa, Zara Irdina menjadi isteri kepada Tengku Akif. Bagi Tengku Akif pula dia terpaksa membawa Zara Irdina untuk kahwin lari kerana golongan kerabat tidak merestui hubungan percintaan mereka. Walaupun Tengku Cempaka merestui hubungan Zara Irdina dan Tengku Akif.

Siapa sebenarnya ayah Zara Irdina, apakah Zara Irdina mengongsi ayah dengan suaminya, Tengku Akif? Kenapa tiba-tiba Tengku Cempaka yang sayangkan Zara Irdina menghalau Zara Irdina dan puteranya keluar dari Istananya sendiri?

Previous: BAB 35
Next: BAB 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.