ANAK
RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 28)
Bonda
jatuh sakit, beritahu mama sekejap lagi. Malam ini dia tidak mengikut Tengku
Izraf Akif ke masjid, dia solat di rumah saja. Tengku Izraf Akif pula selesai
solat pergi ke majlis kenduri kesyukuran rumah Pak Razak. Anak Pak Razak dah habis belajar di
Universiti dan dapat kerja di Putrajaya. Dan di rumahnya pula sudah dihantar
nasi kenduri kepadanya untuk makan malam ini. Cadang nak keluar, entah kan jadi
entah kan tidak.
Kasihan
bonda yang asyik sebut nama Tengku Izraf Akif saja kata mama. Sampai jatuh demam
jadinya. Hmm, macam mana sekarang? Nak ajak balik mesti Tengku Izraf Akif tidak
mahu. Tetapi macam mana pula dengan kesihatan bonda? Selepas isyak ada mesej
yang masuk dalam handphonenya.
“makan
dulu, kalau tak nak makan pun, paksa juga, jangan biarkan Shah kelaparan!” tahu
lah tu, mesti balik lewat malam ini.
Memang cadang nak makan pun, sebab dia kan makan di rumah kenduri, tak
mampu nak tahan kelaparan malam ini. Bau nasi minyak bersama gulai ayam kampung
sudah membangkitkan seleranya malam ini. Dia makan sendirian lah jawabnya.
Kalau kat rumah tentu boleh makan dengan mama dan papa, dengan adik-beradik,
ini kena makan sorang-sorang lah.
Mujur
lah ada drama best kat tv, boleh juga menontonnya sambil berbual panjang dengan
Syazana adiknya.
“Dah berapa
bulan?”
“Dua.
Kenapa?”
“Shahir
nak buat majlis kahwin cepat lah. Dia kena tukar ke Sabah lima bulan lagi!”
“kahwin
lah, selepas itu ikut Shahir ke Sabah,”
“Akak
macam mana, boleh datang tak?”
“Insha
ALLAH, akak ajak abang akif balik nanti!”
“Tengku tu
ke mana kak?”
“Entah,
keluar pergi jumpa pompuan kut!”
“Ha ha
ha .. akak nih!”
Huwaa,
nak balik rumah. Nak balik jumpa mama, jumpa bonda. Nak balik makan kenduri Syazana
lagi, boleh kah semua itu? Tunggu sehingga Tengku Izraf Akif pulang. Dekat
10.30 malam, suaminya itu muncul di muka pintu.
“Shah,
buat apa tu?” tegur Tengku Izraf Akif sambil duduk di sebelah Zara Irdina. Tanya Shah, kut lah nak cakap, hai sayang ke,
hai intan payung ke?? Ni, Shah juga yang dia ingat.
“Jom
balik malam nie nak, mengidam lah nak makan Puteri Beradu di istana bonda!”
pinta Zara Irdina. Alasan sekarang yang ada hanya mengidam saja lah. Mana ada
alasan lain lagi.
“Setakat
puteri beradu tu aku pun boleh buat!” senyuman tadi sudah hilang, mesti tak
suka dengan permintaan Zara Irdina.
“Bonda
buat sedap lah dari kau buat. Jom lah balik!” gesanya.
“Kalau
nak balik, balik sendiri!” kata Tengku Izraf Akif.
“Nama
pun kau tu suami aku kan??”
“Apa
nie, tak sampai seminggu dah nak balik. Kita akan berada di sini bertahun-tahun
lamanya!”
“Bonda
kau sakit lah, sakit rindu kan kau!” beritahunya berterus terang saja.
“Hmm...,”
Terus
Tengku Izraf Akif bangun dan pergi dari situ. Zara Irdina biarkan saja. Kalau
ikut sekali, aku memang akan cari pasal lagi lah.
“Jangan
cakap sembarangan yer, bonda kita okey saja lah. Kau nie malam-malam buat kerja
apa? Asyik call mama, call papa, tak ada kerja lain ke?” jerit Tengku Izraf
Akif di muka pintu sambil memegang telefon di telinga kanannya. Hah, pulak? Aku
yang buat cerita ke? Bonda tak akan cakap lah kata dia sakit kat kau. Itu pun
tak boleh baca ke? Sebab Bonda tak nak anak kesayangan dia tu susah hati.
Jangan
jawab Zara, nanti lagi banyak mulut tu bising. Macam bertih jagung. Sakit hati
dengan kata-kata itu membuatkan Zara Irdina tidur berasingan malam ini. Lagipun
nak mengelak dari terus bergaduh. Aku tak boleh tengok muka dia sekarang.
Marah!
Sengaja
dia menguncikan pintu biliknya, supaya Tengku Izraf Akif tidak masuk ke dalam
biliknya. Tetapi jangan kata nak masuk, nak cari kita pun tidak lah. Dia memang
tak kisah pun tentang hati dan perasaan kita. Buang masa, aku pula yang tak
boleh nak tidur tanpa dia di sisi aku. Huwaaa, dah pukul 1.00 pagi pun tak
boleh nak lena lagi. Apa cerita?
Dari
terus macam nie, baik aku masuk tidur dalam bilik kami. Biarlah dia nak
berleter ke apa ke? Apa aku peduli. Pintu bilik ditolak perlahan, melihat
suaminya tidur dengan nyenyak sekali membuatkan hatinya tersentuh. Rasa macam
nak menangis saja. Sampainya hati.
Terus
direbahkan badannya di sebelah Tengku Izraf Akif. Tarik kain cadar sampai ke
paras tengkuk lalu dia memejam mata dengan erat. Tengku Izraf Akif terus
merangkul Zara Irdina.
“Rindu
kat Dina!” bisik Tengku Izraf Akif, diletakkan pipi kanannya di sebelah pipi
Zara Irdina. Sebab ini kah yang membuatkan aku tidak boleh terlena tadi. Nasib
badan lah. Merajuk pun orang tak pujuk. Kena marah lagi ada lah.
“Rindu
kat Dina sangat-sangat!” bisik Tengku Izraf Akif lagi. Zara Irdina tidak
menjawab. Diam! Dia macam tiada apa yang berlaku tadi. Seolah tidak sedar dia
telah melukakan perasaan aku sebentar tadi.
“Selama
ini aku pernah pujuk kau ke kalau bergaduh, kalau bertengkar dengan kau?” tanya
Tengku Izraf Akif.
“Tak
pernah!”
“Habis
tu, nak suruh aku buat apa? Marah sikit pun nak merajuk, nak lari. Apa lah kau
nih. Sensitif tak kena gaya langsung!”
“Ikut
suka hati orang lah nak merajuk ke apa ke?”
“Dah,
tidur lagi baik. Esok aku bawa kau ke klinik, check perut kau tu. Tak kan
tunggu besar baru nak pergi,”
“Tunggu
tiga bulan baru nak pergi, sekarang tak nak pergi lagi!”
“Itu kau
beri arahan dekat orang lain boleh, bukan kat aku. Esok pagi kita pergi!”
“Ikut
suka aku lah nak pergi ke tak!”
Masing-masing
terus pejamkan mata.
Di mulut
cakaplah tak nak pergi, tetapi seawal pagi dia sudah bersiap sedia menunggu Tengku
Izraf Akif untuk dibawanya ke klinik. Selesai ke klinik, Tengku Izraf Akif
membawanya ke satu tempat.
“Kat
sini ada Puteri Beradu yang sedap, nak?”
kata Tengku Izraf Akif sambil memegang tangan Zara Irdina.
“Nasi
dagang ada tak?” soal Zara Irdina. Aku tak rasa pun nak makan puteri beradu tu.
Alasan saja semalam.
“Ada,
lebih dari itu pun ada!” jawab Tengku Izraf Akif.
“Tengku,
bila balik nih!” girang suara itu menyapa Tengku Izraf Akif.
“Dah
banyak hari dah,” jawabnya.
“Ya
ALLAH, tengku sampai juga ke kedai kita orang yer!” sambut pula seorang
perempuan.
“Dina,
ini Ramli dan isterinya Imah. Ramli, Imah, ini buah hati saya!” katanya
memperkenalkan antara mereka bertiga. Zara Irdina mengangguk dan membalas
senyuman.
“Tengku
nak makan apa-apa ke? Boleh kita sediakan!” soal Ramli.
“Buah
hati saya nie tengah mengidam, nak makan nasi dagang dan puteri beradu, ada
tak?” jawabnya.
“Ada..
ada.. tengku tunggu, kita orang pergi ambil yer!” kata Ramli.
“Mengandung
anak sulong nie, kena jaga lah Tengku!” celah Imah pula.
“Terlebih
jaga lah ni!” balas Tengku Izraf Akif. Iyer lah tu.
Layanan
terlalu istimewa sampaikan duit yang Tengku Izraf Akif bayar pun tak nak
diterima oleh mereka suami isteri. Tetapi Tengku Izraf Akif tetap menghulurkan
duit kepada mereka berdua.
“Ambil
lah, nanti boleh saya bawa buah hati saya kerap ke sini!” pujuk Tengku Izraf
Akif. Berat hati pun kena ambil juga lah jawabnya.
“Nak ke
mana lagi? Nak pergi shoping ke?” soal Tengku Izraf Akif di dalam kereta. Zara
Irdina mengelengkan kepalanya. Pukul 2.00 petang nanti ada mesyuarat kaum
wanita di rumah Mak Utih pula. Dia diwajibkan hadir.
“Nak
balik lah!”
“Aku
boleh tunaikan segala permintaan kau, tetapi jangan lah ajak balik ke sana
lagi. Itu memang tak boleh!” beritahu Tengku Izraf Akif.
“Apakah
kerana aku anak luar nikah jadi kau membawa diri sampai macam ni sekali?” soal
Zara irdina membuatkan enjin kereta berhenti tiba-tiba.
“Jangan
sebut benda yang paling aku tak suka!”
“Tapi
betul kan semua ini terjadi kerana status aku? Kau kena halau sebab aku..,”
“Cukup
aku kata..,”
“Benda
betul kan?” Sikit hari nanti orang di sini akan tahu ketua mereka ini berkahwin
dengan puteri yang tak sedar diri. Bagaimana dengan masyarakat di sini setelah
tahu aku anak luar nikah? Boleh kah mereka menerima aku nanti? Atau aku juga
kena halau dari sini?
“Kalau
tak boleh menerima siapa kau dalam hidup aku, kita berpisah, senang cerita!”
duga Tengku Izraf Akif. Sudah-sudah lah mengungkit tentang siapa hidup kau tu,
kau kena buang perasaan rendah diri itu jauh-jauh.
“Hah?”
“Kalau
dah rasa tak boleh pikul tanggungjawab dengan aku, rasa lemah macam nie, baik
kita berpisah. Kau kan suka hidup dalam bayang-bayang kau sendiri,” sindir
Tengku Izraf Akif. Bukan kau yang salah, jadi kenapa kau pula yang terlebih
merasainya.
“Bukan
salah aku lah..,” Orang cakap macam-macam tentang ibu. Ibu serahkan diri kerana
lelaki yang dia cintai. Setengah pula tuduh ibu pelacur jalanan dan macam-macam
lagi. Tetapi hanya ibu yang tahu cerita yang sebenarnya. Hanya ibu saja yang
tahu apa yang berlaku ke atas dirinya.
“Tahu
pula bukan salah kau, cukup-cukuplah dengan status kau tu, bukan kau yang
mengandung anak luar nikah, bukan kau yang melakukan zina pun, kau macam orang
lain jugak lah. Lain lah kalau kau berzina dengan jantan lain, curang dengan
aku sampai ada anak, itu lain cerita lah, nie kau kahwin dengan aku, mengandung
anak yang sah, jadi apa salah kau? Apa masalah kau?” leter Tengku Izraf Akif
panjang lebar membuatkan Zara Irdina tidak mampu membalas kata-kata suaminya.
He he
he.. ini yang nak dengar sangat. Kita akan mendapat seluruh kekuatan apabila
orang yang kita sayang membela maruah dan harga diri kita. Orang lain lantak
lah nak kata apa pun. Kita bukan hidup dengan orang tetapi hidup dengan suami
kita sendiri, dan pandangan dari suami kita yang paling penting. Betul tak?
Tengku
Izraf Akif tersenyum di dalam hati melihat senyuman di wajah isterinya.
“Sudah-sudah
lah fikir tentang orang dan pandangan orang kat kita. Buang masa saja semua tu,
pergilah sambung belajar ke, belajar buat kek ke apa? Dari melayan perasaan tak
tentu arah. Cuba berzikir ke, baca suruh yusuf ke supaya anak yang lahir tu
segak macam aku nanti..,” rupanya tak habis lagi leteran darinya. Ingatkan dah habis.
Aku nak
cari kerja dalam keadaan macam ini? Buat penat saja lah. Sambung belajar tu
boleh juga. Atau pergi buat latihan kat mana-mana, idea yang bagus juga tu.
Tengok lah nanti.
“Kalau
kerja terpaksa berjauhan dengan kau lah pulak!” Kena dapat kerja di negeri
lain, tak pasal terpaksa tinggal berjauhan. Tambah masalah pula nanti. Dengan
mengandung, suami pula tinggal berjauhan.
“Tau pun
tak boleh nak hidup tanpa aku!”
“Boleh
tak kau sara isteri dan anak kau nanti. Nama pun aku ada suami, buat apa lah
aku bersusah payah pergi kerja pula. Biarlah suami aku yang sara aku!” Dia tak
cukup duit ke untuk tanggung kami anak beranak?
“Cuba
buat kerja yang berfaedah, kalau tak nak, tinggal kat rumah elok-elok!”
“Baik
lah, tengku!”
“Kau tu
isteri aku, maruah dan harga diri kau sama dengan aku, Jangan sebut lagi benda
yang paling aku tak suka tu!”
“Macam
mana kalau orang sini tahu tentang ini?” masih lagi bertanya.
“Biar
lah dia orang tahu, dia orang kena belajar hormat kau, sebab kau isteri ketua
dia orang, yang tak nak hormat kau sila pindah dari sini..,” tegas suara itu.
Zara Irdina mengelengkan kepalanya.
Ada ke
nak suruh orang pula yang pindah. Aku kahwin dengan dia, aku belajar benda baru
dari dia, sebab dia banyak buat benda baru dalam hidup dia sekarang. Benda baru
yang jauh dari pemikiran aku selama ini.
“Boleh
tak janji satu perkara dengan aku?” soal Zara Irdina pula.
“Apa?”
“Jangan
bercakap kau nak tinggalkan aku, nak berpisah dengan aku walaupun sekali pun..,”
“Ha ha
ha...,”
Aku nak
cakap lagi, mana habis lagi nih.
“Bila
seorang perempuan dah buat mcm apa yang kau buat, itu maksudnya kau memang
menyintai aku sampai akhir hayat kau, aku faham tentang itu,”sambung Tengku
Izraf Akif.
Harap
jodoh kami berkekalan sampai akhir hayat. Amin.