Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 29

          “Assalamualaikum. Hai dik, buat apa tu.”

          “Waalaikumusalam kak, tengah kira jualan hari ni.”

          “Wah..”

          “Macam mana dengan urusan akak kat sana.” Tanya aku seketika sambil mengira hasil jualan yang telah dijualkan pada hari ini dan perlu dikira semula dalam bentuk akaun untung atau rugi pada bulan ini.

          “Alhamdulillah dik, berjalan dengan lancar. Tapi tu lah, penat sikit pergi ke sana, lepas tu pergi ke sini balik.” Jelas Kak Siti seketika lalu hanya termenungkan nasibnya sahaja.

          “Nasib baik ada Nabila kat sini. Macam mana hari ni, semuanya okay?” Sambung Kak Siti lagi.

          “Setakat ni, okay lagi kak. Kalau ada problem, saya terus tanya akak.” Aku memberi senyuman kepada Kak Siti.

          “Alhamdulillah. Dik dah makan belum? Akak belum bagi lagi kan duit makan?” Kak Siti teringat akan sesuatu perkara lalu terus menyoalkan lagi soalan kepadaku.

          “Tak apalah kak. Akak bagi saya duit upah sudah. Duit makan saya dah ada.” Jelas Nabila.

          “Tak boleh. Hari tu akak dah cakap nak bagi duit upah dengan duit makan. Adik kena ambil, okay!!!” Kak Siti menegaskan pendapatnya lagi.

          “Baik kak.” Ringkas aku seketika.

          Sudah tiga bulan aku bekerja bersama dengan Kak Siti di Sacc Mall. Aku sangat bersyukur kerana berpeluang untuk bekerja bersama dengannya dan juga mendapat pengalaman yang banyak semasa bekerja di kedainya.

          “Nanti, akak nak buka kedai lagi satu kat bawah. Dan satu lagi kat Subang Jaya.” Jelas Kak Siti lagi.

          “Banyaknya kak. Siapa yang akan uruskan kat sana?” Soal aku sambil menyusun stok pakaian yang baru untuk diletakkan di dalam rak pakaian.

          “Akak dengan suami akak yang jaga kat sana. Terpaksalah akak kena berulang-alik ke sini.” Jelas Kak Siti lagi.

          “Letihlah macam tu.”

          “Nak buat macam mana, dik.”

          “Akak, carilah pekerja ramai sikit. Tapi, kena cari yang jujur dan amanah.” Aku menjawab dalam keadaan nada suara yang perlahan lalu tersenyum sahaja ke arah Kak Siti.

          “Dah cari. Nak cari sikap tu yang susah sikit.” Kak Siti hanya mengeluh sahaja tanpa sebarang rungutan daripadanya.

          ‘Kesian Kak Siti. Ada pekerja pun, suka melencong tempat lain bila Kak Siti tak ada kat kedai. Bila untung sikit kedai ni, ada yang suka buat kacau. Adus, kenapalah manusia ni suka sangat bersifat dengki. Nak berniaga, buatlah cara berniaga. Ni main kotor pula,’ fikir aku sendirian lalu berasa sedikit kesal akan perbuatan mereka yang selalu berfikiran negatif terhadap orang lain.

          Tetapi, aku tidak boleh bekerja untuk selama-lamanya di sini, mahupun di tempat lain kerana latihan praktikal aku sudah pun hampir bermula untuk aku menamatkan pengajian di Universiti. Sudah tiba masanya untuk aku bekerja di tempat yang sebenar dan realiti kehidupan sebagai pekerja yang berkerjaya di kawasan tempat tertentu.

          “Kak, minggu depan saya terpaksa berhenti kerja.”

          “Kenapa?” Kak Siti sedikit terkejut apabila Nabila ingin berhenti kerja dengannya.

          “Akak ada buat salah ke? Atau upah yang akak bagi tu cukup?” Kak Siti menyoalkannya lagi.

          “Tak tak, bukan.”

          “Habis tu.”

          “Saya ada bagitau kat akak kan, sebelum saya kerja kat sini lagi.” Aku memperingatkannya tentang sesuatu perkara.

          “Ohh, yelah. Minggu depan dah start intern kan.” Kak Siti berasa sayu apabila teringat akan sesuatu perkara tersebut.

          “Nanti rindu pula akak kat awak. Tak ada siapa laa nak teman akak berborak nanti.” Sambung Kak Siti dengan nadanya yang begitu sayu.

          “Walaupun awak dah kerja selama tiga bulan, tu pun dalam seminggu dua kali je kita jumpa. Akak rasa macam dah rapat dengan awak.” Sambung Kak Siti lagi.

          “Tak apa kak, nanti dapat teman baru.” Sahut aku seketika untuk menghiburkan Kak Siti.

          “Tapi, awak sorang je yang faham akak. Pekerja yang dulu pun memang tak mersa dengan akak.” Rungut Kak Siti seketika.

          “Maybe, perangai dorang memang macam tu. Tapi saya seorang yang baik.” Aku tersenyum nakal lalu mengusik-usik Kak Siti yang sedang mengeluarkan stok pakaian jubah dari beg bagasi hitamnya itu.

          “Awak memang seorang yang baik.” Kak Siti hanya tersenyum sahaja.

          “Nah, akak bagi diskaun untuk jubah ni.” Kak Siti menghulurkan baju jubah hitam yang bermanik di bahagian hujung lengan itu kepada Nabila.

          Nabila berasa sangat gembira, setelah sekian lama dia ingin sekali mahu memiliki baju jubah itu dan akhirnya dia dapat mengumpul wang yang cukup untuk membeli baju jubah hitam tersebut.

 

 

……………………………………………..

          “Oiii..!!! Kau berangan kat siapa tu.” Sergah Enny seketika lalu mengusik-usik Nabila yang sedang memerhatikan kepada beberapa orang pelanggan di kedai pakaian umrah dan haji tersebut.

          “Hmm, dah siap shopping dah.” Aku hanya menyahut sahaja.

          “Dah. Dari jauh aku perhatikan, kau asyik mengelamun je.” Enny menyoalkannya lagi.

          “Tengah tengok jejaka hensem tadi.” Aku terus tersengih ke arah Enny.

          “Mana, mana, kat mana kau tengok.” Enny begitu teruja akan sesuatu perkara yang telah menarik minatnya itu.

          “Weh, tu orang Bangla. Apa jenis test kau ni.” Sambung Enny lagi.

          “Bahenol betul laa kau ni. Kalau mamat hensem, laju je nak usha. Bangla kat hujung tu, kau punya.” Celah aku seketika.

          “Hishh, tak naklah. Kalau mat salleh, aku nak laa.” Enny hanya tersengih sahaja.

          “Jomlah.” Aku mencelah lagi lalu terus menarik tangannya untuk berjalan menuju ke tempat lain.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.