Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 33

SEMAKIN hari semakin berlambak dengan kertas kerja yang berada di atas meja kami. Kalaulah kerja yang kami buat itu senang je nak uruskan, sudah lama kami bersuka ria. Tidak ada yang mudah apabila ingin melakukan sesuatu perkara. Jika kita terus bersikap positif dan tidak mudah mengeluh, perkara ini akan menjadi senang dan mudah untuk dilakukan. Inilah yang selalu difikirkan oleh Amirul yang sedang memikirkan akan sesuatu perkara.

          “Amirul Zikri…” Enny memanggil rakan sekerjanya itu dengan nada suaranya yang manja dan penuh berirama.

          “AMIRUL!!!” Sergah Enny seketika kerana layanannya tidak diendahkan oleh Amirul.

          “Ishh, kau ni. Aku nak restkan minda aku pun tak boleh.” Sahut Amirul dalam keadaannya yang terkejut apabila Enny tiba-tiba berada di hadapan mejanya itu.

          “Haa, kau nak apa? Kenapa tenung aku macam tu.” Sahut Amirul lagi.

          “Saje nak tenung kau.” Jawab Enny dengan selambanya.

          “Susahlah jadi lelaki kacak ni.” Celah Amirul seketika lalu dia terus mengambil sebatang pen biru dan fail hitam yang berada di sebelah computernya itu.

          “Perasan!!!” Ringkas Enny seketika.

          “Ni, aku tengok kau ni macam tak ada mood je. Dari pagi tadi, aku perhati je. Apasal, haa.” Celah Enny seketika lalu hanya mengecilkan sahaja matanya itu.

          “Ishh, kau ni. Suka sangat memerhati.”

          “Yelah. Kau selalunya tak macam ni. Pagi-pagi dah bising, tapi hari ni je aku tengok kau pelik.”

          “Takdelah, aku…”

          “HAA, APA!!!” Sergah aku dari belakang mereka.

          “Wehh, ni sorang lagi. Korang berdua ni suka sangat menyakat aku.” Amirul terkejut seketika apabila disergah oleh Nabila dari belakang.

          “Ehh, bukan kau ke yang suka sakat kita orang. Kita pula yang kena.” Enny mencelah lalu ingin menjolok-jolok mata rakan sekerjanya itu.

          “Alang-alang Nabila dah ada ni, baik kau cerita.” Tegas Enny.

          “Cerita apa ni?” Aku kehairanan apabila melihat kedua-dua mereka ingin mengatakan sesuatu perkara.

          “Aku dengar kat pejabat ni adaa……..” Amirul cuba untuk mendekatkan dirinya kepada Nabila dan Enny tetapi….

          “Kau ingat, ini kisah hantu dalam buku novel ke.” Celah aku seketika lalu melemparkan sehelai kertas ke muka Amirul.

          “Ishh, kau ni. Nak bergurau pun tak boleh.” Amirul hanya mencebikkan mulutnya sahaja.

          “Ishh, kau ni. Main-main laa. Serius laa.” Berang Enny seketika.

          “Okay okay, ni baru cerita betul.” Amirul berasa resah apabila dia ingin menceritakan tentang sesuatu yang pernah dia alami.

          “Haa, cepat.” Jawab aku seketika.

          “Korang kenal kan, Khasidah anak Pak Leman yang tinggal di seberang Taman Sentosa tu.” Soal Amirul.

          “Pak Leman Sebai!!!” Jawab aku sepantas kilat.

          “Itu ayah Hamidah.” Celah Amirul seketika.

          “Ehh, Pak Leman mana pula ni.” Enny hanya menggaru-garukan kepalanya sahaja kerana dia keliru akan soalan Amirul itu.

          “Alaa, Khasidah yang kerja kat Maybank tu.” Jelas Amirul.

          “Laa, cakaplah Pak Leman Pisang. Barulah aku tau.” Jawab Enny seketika.

          “Macam-macam lah kau ni. Aku tengah nak cerita ni.” Tegas Amirul seketika.

          “Okay okay, sorry.” Enny hanya tersengih sahaja.

          “Semalam tu… yang Khasidah tu memang jiran sebelah rumah aku. Tapi, aku tak sangka pula boleh jadi macam gini.” Terang Amirul seketika lalu dia berasa resah lagi untuk melanjutkan ceritanya itu.

          “Kau buat apa dengan Khasidah, haa.” Enny menyampuk lalu dia mengecilkan matanya ke arah Amirul.

          “Ishh, kau ni.” Aku terus mencubit lengan Enny yang asyik dari tadi mahu menyampuk sahaja.

          “Lepas tu.” Soal aku untuk meneruskan cerita Amirul.

          “Malam semalam, aku dengar bunyi perempuan menjerit kat luar tingkap bilik aku. Jeritannya kuat giler, aku terus bangun and then pergi kat ayah aku.” Amirul menerangkannya lagi.

          “Ohh, anak ayah rupanya.” Aku hanya membulatkan kedua-dua mataku ke arah Enny kerana dia asyik ingin menyampuk sahaja dari tadi.

          “Tiba-tiba, ada orang ketuk pintu. Aku tengok kat tingkap, Pak Leman dengan isteri dia datang kat rumah aku. Ayah aku pun ada sekali kat situ. Aku perhati jelah, muka diorang berubah pucat. Lepas tu, Pak Leman tarik tangan ayah aku untuk ke rumah diorang. Aku pun ikut sekali laa dengan muka aku yang cuak ni.” Amirul menerangkannya dengan penuh perasaan.

          “Masa tu, pukul berapa kau ke sana.” Aku menyoalkannya.

          “Rumah Pak Leman.”

          “Ha’ah.”

          “Dalam pukul 2.30 pagi, kalau tak silap aku laa.”

          “Lepas tu, apa jadi?” Soal aku lagi, sementara Enny hanya mendiamkan dirinya sahaja.

          “Lepas tu, aku ternampak Khasidah mengilai-ngilai kat dalam rumah Pak Leman, dengan keadaan perutnya yang tiba-tiba membesar. Astraghfirullah Al Adzim, memang aku terkejut time tu. Nasib baik ayah aku Ustaz, aku pun bacalah apa yang patut.” Jelas Amirul sambil meneguk secawan kopi di atas meja kerjanya itu.

          “Astraghfirullah Al Adzim.” Serentak aku dan Enny beristighfar.

          “Kenapa boleh jadi macam tu.” Enny berasa sebak lalu hanya mampu menyoalkannya sahaja.

          “Sihir.” Ringkas Amirul.

          “Allahu Akhar.” Aku berasa simpati terhadap kejadian yang menimpa Khasidah itu.

          “Kenapalah, dorang sanggup buat macam tu. Kesian kat mak bapak dia.” Sahut aku lalu hanya merenungkan sahaja nasib yang menimpa mereka.

          “Biasalah Bil, hasrat dengki orang tu memang ada. Tak boleh tengok anak orang lain berjaya sikit, dah nak sihir-menyihir laa, apa laa. Itu perbuatan terkutuk di mata Allah.” Jelas Amirul dan dia berasa sedih dengan kejadian itu.

          “Tulah, sekarang dia masih kat rumah ke.” Soal Enny seketika.

          “Dia kat ICU sekarang.” Jawab Amirul dalam keadaan nadanya yang lemah.

          “Astraghfirullah…” Aku dan Enny terkejut akan berita yang disampaikan oleh Amirul itu.

          “Dia koma sekarang. Kita doa jelah supaya dia cepat sembuh.” Celah Amirul seketika.

          Aku hanya terdiam sahaja apabila mendengar khabar berita yang menimpa Khasidah dan keluarganya itu. Aku berasa geram terhadap manusia yang durjana telah merosakkan sesama manusia itu sendiri dengan menggunakan ilmu sihir mereka.

          ‘Apa dosa mereka, sampaikan mahu bersifat dengki dan mahu membunuh orang. Betapa kejamnya mereka, sanggup mereka menganiayakan kehidupan orang lain demi kepentingan mereka sendiri. Tapi, Allah yang lebih Berkuasa,’ aku bermonolog lalu teringat akan kisah silam yang telah lama aku lupakan itu.

 

 

 

……………………………………………………

          ‘Aku kat mana ni, kenapa kepalaku tiba-tiba sakit. Aku tak boleh gerakkan badanku sendiri. Apa yang sudah terjadi dengan diriku ini? Kenapa banyak sangat wayar-wayar di badan aku ini? Ya Allah, apa semua ini? Siapakah mereka yang berada di hadapanku ini? Apa yang…,’ fikiranku menjadi celaru kerana terlampau banyak persoalan yang bermain di fikiranku ini.

          “Cik, sabar ye. Sekarang cik berada di ICU, harap cik boleh dengar.” Tegur salah seorang doktor pakar yang sedang menebuk bulatan kecil di bahagian pinggang kanan aku untuk mengeluarkan air lebihan di dalam perutku itu.

          “Air ni, datang dari mana.” Soal Doktor Ravia kepada doktor pakar yang lain.

          “Tak tahu, masih dalam siasat. Tapi, dah keluarkan 7 leter air dah ni. Masih tak kempis-kempis lagi perut pesakit ni.” Jawab Doktor Zakwan sambil meneliti peralatan yang ingin dia gunakan.

          Aku menjadi tidak keruan dan keliru akan setiap semua perkara yang menimpaku. Aku hanya tertanya-tanya akan diriku, macam mana perkara ini boleh terjadi, dan kenapa. Hanya selama dua minggu sahaja perutku sudah mula membesar secara tiba-tiba. Aku menjadi bingung, kenapa ia boleh terjadi kepada diriku ini.

          Aku masih lagi ingat pada masa itu, aku sedang menjalankan latihan praktikal aku di tempat kerja. Baru sebulan lebih aku bekerja di situ, badanku sudah rebah dan berasa tidak bermaya untuk bekerja lagi. Selepas sebulan itu, aku terus dibawa ke hospital kerana nyawaku sudah di ambang maut. Beban yang aku alami selama ini sangat perit dalam hari demi hari.

          “Puan, kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak puan. Kami tidak dapat mengesan penyakit yang menimpa anak puan. Semuanya kelihatan kabur dan susah bagi kami untuk mengetahui jenis penyakit ini.” Jelas Doktor Zakwan kepada Puan Hasnah.

          “Apa yang berlaku kepada anak saya, Doktor. Tolonglah Doktor, tolonglah.” Puan Hasnah tidak lagi dapat menahan kesakitan yang dialami oleh anaknya itu.

          Lagi memeritkan dalam jiwa Puan Hasnah apabila melihat keadaan anak sulungnya yang terlantang di atas katil ICU dan badannya tidak bergerak langsung kecuali matanya sahaja yang berkelip. Keadaan anaknya membuatkan Encik Rosdi tidak berdaya untuk melihat situasi yang tidak pernah dia alami.

          Aku hanya dapat mendengar sahaja perbualan antara mamaku dan seorang doktor lelaki itu. Air mataku sudah menjadi kering kerana asyik mengeluarkan air mata atas kesakitan yang aku alami sekarang ini. Aku hanya redha dengan ketentuan-Nya sahaja dan bersikap positif terhadap kehidupan yang aku alami ini.

          ‘Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan-Mu ini. Sembuhkanlah penyakitku ini, ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosaku, tunjukkanlah aku jalan yang terbaik buat aku dan keluargaku,’ aku hanya berdoa dan terus berdoa kepada-Nya.

          “Encik Rosdi, Puan Hasnah. Esok kami akan jalankan pembedahan ke atas anak Encik dan Puan. Saya mohon Encik dan Puan tabahkan diri dan berserah kepada Allah.” Jelas Doktor Zakwan lagi.

          “Sebelum tu, saya nak Encik dengan Puan perlu berjumpa dengan Ustaz untuk membuat perubatan tradisional terhadap anak puan. Sebab kes anak puan ini sangat tragis dan sukar bagi kami untuk menyelamatkan nyawa anak encik.” Doktor Zakwan menjelaskannya lagi.

          “Baiklah, kami akan berjumpa dengan Ustaz dengan segera.” Jawab Encik Rosdi dalam nadanya yang sayu.

          “InsyaAllah, puan cuba dulu dengan cara perubatan Islam dan kita tawakal saja kepada-Nya.” Celah Doktor Zakwan.

          “InsyaAllah, Doktor.”

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.