Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 6

DI dewan sekolah, Guru Besar akan mengumumkan keputusan peperiksaan UPSR dan memberi slip keputusan kepada anak-anak muridnya. Saat di nanti-nantikan oleh murid-murid tahun enam itu telah membuat mereka berasa gementar dan risau tentang keputusan mereka. Masing-masing menundukkan kepala kerana takut dengan keputusan yang akan diberikan oleh Guru Besar. Guru Besar telah memulakan ucapan terlebih dahulu sebelum memberikan slip keputusan kepada murid-murid.

          “Weyyy, takutnya aku.” Farid gelisah dan dia merupakan salah seorang murid dari kelas 6 Tekun. Dia menggigil tidak tentu arah kerana takut akan keputusannya.

          “Weyyy, sabarlah. Mesti kau okay punya.” Aku memberi kata-kata semangat kepada Farid. Padahal aku lagi gementar, hanya Tuhan jelah yang tahu apa perasaan aku sekarang.

          “Terima kasih, kau pun sama Nabila.”

          “Amin…” Ringkas aku.

         Jemy dan Syif sudah tertunduk-tunduk kerana ketakutan. Keputusan ini lagi lebih menyeramkan daripada cerita-cerita hantu di televisyen. Apatah lagi untuk menghulurkan kedua belah tangan dan menyambut slip peperiksaan di khalayak ramai, memang ada rasa nak tercabut lutut dibuatnya.

         “Syif.. Aku takutlah. Berapa A ya yang aku dapat.” Jemy memandang sepupunya itu dengan muka yang sedih.

         “Aku pun takut.” Ringkas Syif.

         “Kau tengok Nabila tu, dia berzikir ke.” Jemy memandang ke arah Nabila.

         “Taklah, dia tengah berdoa tu.” Syif pula yang memandang ke arah Nabila.

         “Taklah, dia tengah berangan kat aku tu.” Tersengih si mamat yang bernama Hazwan ni.

         “Elehhh kau, perasan.” Celah Irwan sambil acah-acah mahu menjolok mata Hazwan.

         “Ehhh, korang ni tak habis-habis.” Celah Jemy.

         “Rileklah, kita perlu tenang. Jangan sedih-sedih. Kan Wan.” Irwan hanya mengiyakan sahaja kata-kata kawan karibnya itu.

         “Weh weh, dah nak umumkan tu.” Pantas tangan Irwan memegang Hazwan untuk kembali ke tempat duduk mereka masing-masing.

         Keputusan UPSR sudah pun telah diumumkan. Yang mendapat 5A dalam UPSR seramai lima orang murid yang telah dikategorikan sebagai murid cemerlang dalam Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya. Dan yang mendapat 4A 1B hanya dua orang murid sahaja. Tak salah lagi kalau bukan Irwan dan Hazwan. Tidak disangkakan murid yang nakal dan pernah dibuli oleh salah seorang murid yang digelar ‘Giant’ itu boleh mendapat keputusan yang baik. Nabila, Jemy dan Syif hanya mampu tersenyum dan redha dengan keputusan yang diberi.

         Aku tidak menyangka keputusan yang aku dapat ini boleh dikatakan cemerlang. Aku tidak target A pun sebenarnya, cuma yang aku harapkan adalah sekadar lulus sahaja. Ini pun dah sangat-sangat bersyukur kerana mendapat lebih dari jangkaan sebelum ini.

         “Assalamualaikum mama.” Aku memberi salam dalam keadaan nada yang sayu.

         “Waalaikumusalam, kakak dah balik.”

         “Haaa, macam mana result. Okay ke tak.” Puan Hasnah menyiapkan hidangan untuk dimakan.

         “Okay, tapi….” Terhenti aku buat seketika.

         “Tapi apa. Tak apalah, kakak kan dah berusaha lebih.” Puan Hasnah terus menyampuk.

         “Ada C mama.” Suara aku direndahkan sedikit kerana takut dengan kemarahan Puan Hasnah.

         “Tak apalah, janji lulus. C pun ok.” Puan Hasnah memberi senyuman kepada anaknya.

         “Hmmmm…” Aku sedikit kesal.

         “Berapa C tu?”

         “Dua C je mama.”

         “Tiga lagi dapat berapa?”

         “Tiga lagi… hmmm…” Aku sengaja buat muka sedih di hadapan mamaku.

         “Kenapa buat muka tu, jangan buat mama risau.”

         “Tiga lagi….” Aku dengan sengajanya melambat-lambatkan jawapan.

         Puan Hasnah mengerukan dahinya. “Haa, nak kena sekeh dengan abah ni.”

         Aku ketawa sedikit. “Tak nak.” Aku ketawa lagi.

         “Dapat 3A lah mama, tapi ada 2C.”

         “Hmmm budak ni. Okaylah tu.” Puan Hasnah tersenyum melihat gelagat anaknya itu.

         “Tapi… yang C tu ada.” Aku pun mula menyorokkan muka di sebalik kertas slip peperiksaan.

         “Ala, okaylah tu. Nanti next exam buat yang terbaik ya.”

         “Ok mama.”

         “Nanti tunjuk kat abah ye.”

         Aku terhenti seketika sebelum menuju ke bilik untuk menukar pakaian sekolah.

         “Abahhh.”

         “Yelah, tunjuk kat abah nanti.”

         “Alaa, nanti abah bagi sekeh kat kakak.”

         “Abah nak sekeh, kita tengok nanti.” Puan Hasnah mengangkatkan keningnya kepada anaknya. Nabila pun mencebikkan mulutnya dengan begitu muncung lalu menuju ke bilik.

………………………………….

Bunyi loceng aiskrim yang semakin kuat bunyinya menandakan Encik Rosdi telah pulang ke rumah. Ada sahaja yang menunggu kepulangan Encik Rosdi untuk membeli aiskrim. Anak-anak jiranlah yang selalu kerap membeli aiskrim. Mujur rumah mereka berhampiran dengan rumah Encik Rosdi.

          “Assalamualaikum, abah dah balik. Siapa nak aiskrim, abah belanja.” Encik Rosdi mempelawa anak-anaknya untuk makan aiskrim.

          “Waalaikumusalam……………” Belum sempat Nabila ingin katakan, emaknya sudah memotong jalan.

          “Haaa tak boleh. Malam-malam bagi anak makan aiskrim. Kang kena selsema siapa yang susah, mama juga yang susah.”

          “Betul tu, malam-malam mana boleh makan aiskrim. Sedap makan donut gebu je.” Si angah mencelah dengan terkedek-kedek berjalan menuju ke arah peti aiskrim milik abahnya.

         Si kecil pula ligat ingin mengekori si angah yang berada di luar, sedangkan dia masih lagi duduk di dalam kerusi yang beroda empat. Nabila terus menahan adiknya daripada jatuh tersungkur.

……………………………………..

          “Arkkkkkkkkk.” Aku dikejutkan oleh dua orang adik perempuanku di tepi tingkap kereta.

          “Assalamualaikum. Haa buat apa tu haa.” Si angah mengangkat keningnya yang tak seberapa nak nampak itu.

         "Waalaikumusalam." Serentak aku dan mamaku menjawab salam mereka.

          “Haa mengelamun kat siapa tu.” Si kecil pula yang mengangkat kening ke arah aku dengan keningnya ala-ala kening Ziana Zain itu.

          “Terkejut kita. Hey, tak ada keje lain ke. Kakak nak berangan dengan Shah Rukh Khan pun tak boleh.” Aku membuat muka sambil menunjukkan minat kepada artis bollywood.

          “Dah.. Dah.. Sekarang jom pergi lunch kat restoran nasi ayam kukus nak!!!” Puan Hasnah mengajak anak-anaknya untuk mengisi perut dahulu sebelum pulang ke rumah.

          “Bagi empat nasi ayam kukus, makan sini ye. Huhh air…. Kakak, angah, adik nak air apa?” Puan Hasnah membuat pesanan sambil memandang ke arah anak-anaknya.

          “Air carrot susu.” Sampuk aku.

          “Nak laici susu.” Si kecil mencelah.

          “Kakak, angah nak sirap bandung.” Si angah berbisik kepadaku.

          “Angah, orderlah kat Acik Timah tu. I’m not a waiter.” Aku tergelak melihat gelagat si angah dan Puan Hasnah pun turut tertawa.

          “Amboii, bahagianya acik tengok korang. Happy je selalu. Dah besar dah anak dara kamu ni As, boleh tolong ibu dia nanti.” Puan Timah berasa gembira melihat anak-anak Puan Hasnah, bukan macam anak perempuannya yang tidak gemar lagi untuk sambung belajar.

         Sementara aku berborak-borak dengan adik-adikku, tiba-tiba ada seorang lelaki tua yang berbangsa cina telah menghalang penglihatanku dari melihat suasana di luar restoran. Dan lelaki tua yang berbangsa cina itu terus menuju ke arah meja kami. Apa-apa pun yang berlaku, aku sudah bersedia untuk menggerakkan langkah silatku.

         “Aiyoo amoi, lu bikin apa di sini. Puas ooo wa cari lu.” Lelaki tua itu berbicara kepadaku. Aku pun mengecilkan mataku yang tak seberapa nak kecil itu ke arah lelaki tua itu.

         “Maaf ye, uncle salah orang ni. Ni anak saya.” Puan Hasnah mencelah kerana risau akan sesuatu perkara.

         “Aiyoo Madam, sorry maa. Wa cuma mau bagi balance ini aje. Nabila, lu selalu lupa ooo wa minta tiga ringgit Malaysia sahaja, lu kasi lima ringgit Malaysia maa.” Jelas lelaki tua yang berbangsa cina itu.

         Aku pun terus menepuk dahi kerana terlupa semalam aku ada memberi sedikit duit kepada lelaki tua itu disebabkan dia tiada wang untuk membeli makanan yang berharga RM 3.00 itu, tetapi aku bagi RM 5.00. Memang aku sengaja memberi duit itu dan tidak perlu untuk dipulangkan bakinya.

         “Aiyo, uncle sorry maa. Saya ikhlas bagi, tak perlu bagi balance, ambil saja uncle.” Aku pun tersenyum melihat uncle tadi.

         Bila difikirkan balik, ‘Nabila’. ‘Macam mana uncle tu tahu nama aku ni. Oh ya, aku ada pakai nametag hari tu.’ Fikir aku dan aku pun terus membuka cerita kepada mama dan adik-adikku tentang kisah Nabila yang ada di televisyen iaitu ‘Sinetron’, drama Indonesia.

         “Ampuni Nabila Ya Allah, yang tu ke?” Angah mencelah sambil menghirup air sirap bandungnya.

         “Yes.” Ringkas aku lalu aku pun terus menyambung cerita sebelum makanan sampai untuk dimakan.

         “Eleh, nama angah pun adalah, lagi popular.” Angah mencelah dengan penuh semangatnya.

         “Apa dia.” Celah adik sambil memandang ke arah angahnya.

         “Dayanara Torres.” Si angah mengangkatkan keningnya lalu menunjukkan gaya super model yang terkenal itu.

         “Haa apa Torres.” Aku kebingungan seketika dan tergelak sendirian.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.