Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 23

PERJALANAN yang begitu lama telah membuatkan aku berasa mengantuk dan perutku asyik berdendang-dendut untuk meminta makanan supaya diisi dengan segera. Selama 40 minit aku memandu tanpa berhenti di mana-mana tempat kerana asyik berulang-alik untuk menghadirkan diri ke mesyuarat yang telah diadakan di Seremban. Kini, aku terpaksa memandu untuk ke Putrajaya semula kerana masih ada lagi projek yang belum diselesaikan lagi.

          “Enny, aku gerak dulu tau.” Nabila menghidupkan semula enjin keretanya setelah sampai di rumah sewa mereka.

          “Hati-hati, bawa kereta tu.” Sahut Enny sambil memeluk jaket hitamnya itu.

          “Maybe aku tak sempat balik malam ni.”

          “Aku terus tidur kat rumah family aku.” Sambung Nabila lagi. Enny hanya menganggukkan sahaja kepalanya lalu terus memasuki rumah sewa itu.

         Aku memandu dalam kelajuan 100 km/j ketika ketiadaan satu kenderaan pun yang lalu di kawasan itu. Aku kesuntukan masa kerana terlewat untuk mengambil adikku di hostelnya apabila jam di radio menunjukkan pada pukul 9.10 malam.

          Keadaan sudah semakin gelap dan suasana perjalanan pun semakin suram. Tetapi masih ada beberapa buah kenderaan lagi yang masih bergerak di laluan jalan raya setelah sudah melintasi ke jalan Bandar Baru Nilai yang berhampiran dengan KLIA dan Putrajaya itu.

          ‘Ermmm, mana budak bertuah ni,’ fikir Nabila seketika sambil melilau mencari seseorang tetapi tidak ketemuinya. ‘Kata tunggu kat pondok, tapi orang lain yang tunggu,’ fikir Nabila lagi. ‘Aku pergi tanya budak tulah’. Aku terus menuju ke arah seorang pelajar perempuan yang sedang menunggu seseorang di pondok hostel itu.

          “Assalamualaikum dik.” Aku menyapa lalu memberi salam sambil duduk di sebelah pelajar perempuan tersebut.

          “Waalaikumusalam.”

          “Akak nak tanya, kenal Dayana tak?” Aku bertanyakan soalan kepadanya.

          “Oohh, Dayana pergi tandas kejap kak. Dia cakap dia sakit perut.” Pelajar perempuan tadi menyahut.

          “Ni beg dia.” Pelajar perempuan itu menyahut lagi.

          “Okay, thank you dik.” Aku segera mengambil beg bagasi yang berwarna ungu itu untuk diletakkan di dalam ‘bonet’ kereta.

          ‘Aduh, time macam ginilah nak terkencing lah, nak tercirit lah. Huishhh, tandas kat arah mana ye,’ aku bermonolog lalu melihat di sekeliling bangunan hostel tersebut.

          “Dik, toilet kat arah mana ye.”

          “Kat bahagian blok B, Dayana pun ada kat situ.” Pelajar perempuan itu menunjukkan arah ke bahagian bangunan hostel yang berada di hadapan mereka itu.

          “Okay dik, terima kasih ye.” Aku bergegas menuju ke blok B tanpa menghiraukan di sekeliling kawasan tersebut.

          Di kawasan hostel itu hanya tinggal beberapa orang pelajar sahaja yang sedang menunggu keluarga mereka untuk dibawa pulang bersama. Cuti semester sudah pun bermula, pelajar-pelajar yang berada di hostel ini tidak sabar untuk pulang ke rumah, ada yang balik terlalu awal dan ada yang balik sehingga lewat malam.

          “HAAaa…” Dayana terkejut seketika apabila muncul seseorang di depan pintu tandas secara tiba-tiba.

          “Jap angah. Kakak nak pergi tandas sangat ni.”

          “Tunggu kakak kat luar.” Teriak aku seketika.

          “Okay.” Ringkas Dayana.

          “Okay dah, jom.” Aku berasa lega apabila dapat melepaskan hajat dalam beberapa minit yang lalu.

          “Bila kakak sampai.” Dayana menyoal.

          “Dalam beberapa minit.”

          “Beg angah, kakak dah ambil masuk dalam kereta tau.” Celah aku seketika.

          “Ada kawan angah tak, kat pondok tu.” Dayana menyoal lagi.

          “Yang jaga beg angah tu ke.” Aku menyoalkannya semula untuk memastikan soalannya itu dijawab dengan betul.

          “A’ah.”

          “Tu..” Ringkas aku lalu menunjukkan ke arah pondok tersebut. Dayana segera menuju kepada rakannya itu yang masih lagi menunggu seseorang untuk mengambilnya pulang ke rumah.

           “Mus, aku balik dulu tau.” Dayana menyapanya lalu terus berjalan ke arah kakaknya untuk berjalan seiringan menuju ke tempat kenderaan.

          “Bye dik, tunggu sampai family ambil tau.” Aku mencelah.

          “Dia dengar ke tak tu, tak menyahut pun.” Celah aku lagi.

          “Dia stress kot sebab tunggu ayah dia dari pagi tadi.” Dayana menjelaskannya.

          “Biar betul dari pagi.” Aku tersentak seketika.

          “Masuklah angah.” Aku hanya memerhatikan sahaja gelagat pelajar perempuan itu dengan hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang perkataan dari bibirnya.

          Yang menghairankan aku adalah dia tidak ceria seperti aku menyapanya pada awalnya sebelum aku pergi ke tandas. Kini, dia hanya menundukkan kepalanya sahaja tanpa sebarang tolehan.

          “Kawan angah tu nama dia apa?” Terdetik hati Nabila untuk menanyakan soalan kepada adiknya itu.

           “Mus.” Ringkas Dayana seketika.

          “Haa, apa Mus.” Aku terkejut lalu memandang kearah Dayana yang sedang meneliti skrin di telefon pintarnya itu.

          “Mustika kak.”

          “Ouhhh..”

           “Yeahhh isn’t that sugar daddy, sugar daddy…”

          Baru sahaja aku ingin menekankan minyak kereta, aku telah dikejutkan dengan bunyi musik yang muncul secara tiba-tiba lalu aku menoleh ke arah Dayana yang sedang memasang lagu yang dimainkan di dalam telefon pintarnya itu.

          “Memang tak ada ringtone lain ke, pergi ke sugar daddy pula.” Rungut aku.

          “Bukanlah kakak. Angah terbuka youtube, lepas tu terkeluar benda ni.” Dayana tersengih sahaja.

          “Kakak, ada orang call.” Dayana mengelabah seketika.

          “Telefon angah kan, jawablah. Bertuah punya budak.” Rungut aku lagi dan Dayana hanya tergelak sendirian sahaja.

          “Hello, haa Mus kenapa.” Dayana mengangkat telefon setelah berdering dalam beberapa saat kemudian.

          “Hello Yana, aku tak sempat nak jumpa kau. Aku sempat jumpa kakak kau je.” Mustika menyahut dalam talian.

          “Apa yang kau merepek ni. Tadi….”

          “Kakak kau pergi tandas tadi, lepas tu ayah aku sampai. Tak sempatlah aku nak jumpa kau.” Mustika mencelah.

          “Serius laa.” Dayana tersentak lalu memandang ke arah kakaknya itu.

          “Okay okay, selamat bercuti. Aku tengah memandu ni.”

          “Apa hal budak ni.” Nabila kebingungan seketika setelah melihat perangai yang aneh terhadap adiknya itu.

          “Kak, kak, jalan terus kak.” Dayana terus mematikan talian lalu menyuruh kakaknya memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.

          “Kenapa, enjin tak panas lagi ni.” Nabila kebingungan lagi.

          “Tadi, siapa call.” Sambung Nabila. Dayana hanya memandang ke arah kakaknya tanpa berkelipkan matanya.

          “Oiii, siapa call tadi.” Sergah aku.

          “Mustika.” Dayana memperlahankan suaranya. Nabila hanya membulatkan matanya sahaja lalu tersentak seketika.

          Aku melihat kembali kelibat Mustika yang berada di pondok tadi tetapi sudah tiada kelibat tersebut. Bulu romaku pun sudah meremang dan aku hanya perlu menenangkan diri sahaja.

          “Angah, baca apa yang patut dan tenangkan diri, okay.” Aku terus menekankan minyak lalu beredar dari kawasan tersebut.

 

 

……………………………………………………….

          “Ttukk ttukk ttukk ttukk…”

          “Assalamualaikum.”

          “Ttukk ttukk ttukk ttukk…”

          “Assalamualaikum, tolong bukakan pintu.” Teha mengetuk pintu rumah sewanya dengan begitu kuat sekali.

          “Waalaikumusalam, tak ada orang kat rumah.” Ifah menyahut sambil menonton drama korea yang berada di skrin laptopnya itu.

          “Aaahaaa..!!! Tolonglah..!!! Lupa nak bawa kunci ni.” Teha merayu sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah tersebut.

          “Siapa suruh tak bawa kunci.” Nabila pula yang menyahut dari dalam rumah.

          “Cepatlah, aku nak terkencing ni.”

          Aliya yang baru sahaja bangun dari tidurnya sedang menuju ke arah pintu rumah untuk membukakan pintu tersebut.

          “Ehh, mana datangnya dia ni. Bukan tidur kat atas ke tadi.” Ifah hanya melihat sahaja pergerakkan Aliya yang menuju ke arah pintu itu.

          “Aku nak pergi dapur tapi pergi ke arah lain pula.” Aliya hanya tersengih sahaja.

          “Terima kasih Al.” Teha tersenyum lalu terus berlari ke anak tangga untuk ke biliknya.

          “Aaaahhhh..!!! Terkejut kita.”

          “Sorry kak Gee, dah tak tahan.” Teha bergegas lalu menutup pintu tandas dengan begitu kuat sekali.

          “Takut kita bila Teha macam tu, jadi kita pula yang tak tentu arah.” Kak Gee membebel seorang diri.

          “Bukan Kak Gee memang tak tentu arah ke.” Aliya bergurau dengan rakan serumahnya itu sambil tergelak-gelak sahaja apabila melihat gelagat Kak Gee yang sedang memperbetulkan cermin matanya.

          “Ehh, kurang asamnya budak. Aliya, kau dah lah mamai, baru bangun tidur. Sedarkan diri anda.” Kak Gee membebel lagi lalu giliran dia pula yang tergelak terbahak-bahak.

          “Aliya sememeh.” Nabila turut bergurau senda.

          “Nampak ni.” Aliya menunjukkan penumbuknya ke arah Nabila.

          “Kurang asam Al. Ifah tengok kawan kau ni.” Nabila mengadu kepada Ifah yang dari tadi tidak berganjak dari tempat duduknya itu.

          “Ehh, kawan kau juga. Aku tak masuk campur. Dah, aku nak tengok cerita ni.” Sahut Ifah dengan selambanya.

          Kak Gee hanya tergelak sahaja apabila melihat keadaan di ruang tamu yang begitu riuh-rendah dengan adanya gelak tawa antara mereka berempat. Perangai mereka berempat telah membuatkan mereka menjadi serasi dan masing-masing tidak akan mudah mengalah apabila berdebat antara satu sama lain. Ini baru sahaja empat orang yang suka berdebat, belum termaksud lapan orang lagi yang tinggal di dalam rumah sewa itu.

          “Oh ya, Nanie dengan Fida mana ye.” Kak Gee melihat-melihat keadaan di kawasan ruang tamu dan di bahagian dapur.

          “Dah malam ni, tak balik-balik lagi diorang.” Sambung Kak Gee lagi.

          “Entah.” Serentak Aliya dan Ifah menyahut pertanyaan Kak Gee itu. Sedangkan Nabila hanya mendengar sahaja lalu meneguk minuman yang berada di dalam botol airnya itu.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.