Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 28

“BANGUN..!!!”

          “Bangun.. bangun.. BANGUN..!!!”

          “Bagilah aku tidur kejap, Enny.” Aku menarik selimut dan menutupi seluruh badanku kerana terlalu sejuk dan membuat aku berasa untuk terus tidur.

          “Bangunlah, time ni lah kita nak gi jalan puas-puas.” Enny merayu.

          “Aaahh, tak boleh buka mata.” Rungut aku seketika.

          “Jomlah kita shopping.” Enny menggoyangkan badan Nabila supaya kawannya itu bangun dari tidurnya.

          “Kau berapa kali nak shopping, hari tu kan dah shopping.” Bebel aku seketika.

          “Yang tu, hari tu. Yang ni, hari ni punya.” Jelas Enny sambil menggoyang-goyangkan lagi badan Nabila.

           “Bagilah aku tidur, kita kerja sampai subuh kot.” Rungut aku seketika.

          “Alaa, kita cuti hari ni je. Esok dah nak balik.” Enny mencuit-cuit rakannya itu yang masih lagi berselubung dengan selimutnya.

          “Tak nak.”

          “Nabila… Jomlah…”

          “Tak nak.”

          “BIL..!!!”

          “TAKKK NAKKK..!!!”

           Berpusing-pusing kami mengelilingi kawasan di pusat membeli-belah yang berada di Putrajaya itu. Ini sahaja peluang kami untuk meluangkan waktu yang ada bagi mengisi ketenangan di dalam jiwa sebelum kami kembali bekerja seperti biasa.

          Mataku hanya meneliti di bahagian kasut sukan yang berharga beratus-ratus ringgit itu. Rekaannya begitu cantik dan telah membuatkan aku tertarik untuk melihatnya dengan lebih dekat.

          ‘Cantik gila kasut ni. Brand ‘Nike’ rupanya, harga pun cantik juga. Kenapalah mahal sangat kasut ni, aku tak boleh lah tengok design dia ni,’ aku hanya bermonolog sahaja.

          “BIL..!!!”

          “Hmm, apa?”

           “Puas aku cari kau kat sana, rupanya kau kat sini.” Enny menjadi resah apabila sahabatnya tiada disisinya.

          “Aku usha-usha kasut ni kejap.” Jawab aku seketika.

          “Ohh, kau nak beli untuk orang yang tersayang ye.” Enny hanya memerhatikan gerak-geri Nabila yang masih memegang kasut sukan yang berwarna hijau itu.

          “A’ah. Ada dua orang yang tersayang.” Ringkas aku lalu meneliti lagi kasut sukan yang lain.

           “Uishh kau… tamak betul. Setia pada yang satu sudah laa.” Sahut Enny dalam nadanya yang agak terkejut sedikit.

          “Kau dah kenapa.” Nabila tersengih lalu dia sempat untuk mencubit di lengan kiri kawannya itu.

          “Auchhh… Apa… betullah kan.” Enny sedikit merungut lalu hanya tersenyum nakal ke arah Nabila.

          “Mana boleh setia pada yang satu, nanti ada yang bergaduh. Tak adil kan namanya. So, kenalah adil.” Jelas aku seketika.

          “Betul tapi…. Mesti salah sorang dari mereka akan cemburu.” Enny hanya menegaskan pendapatnya itu.

          “Apa yang nak cemburu kan. Diorang perempuan, dua-dua adik aku.” Jelas Nabila lagi.

          “Perempuan..!!!” Enny membulatkan matanya sahaja.

          “Laa, aku ingat laki. Ingatkan kau main dua tadi.” Sambung Enny lalu hanya tersengih sahaja.

          “Kalau aku nak main duapun, lebih baik aku main sepuluh orang. Lagi berbaloi.” Sahut Nabila lalu menunjukkan tapak kasut sukan yang dipegang olehnya.

          “Dahlah, aku nak pergi bayar.” Nabila hanya menuju ke arah kaunter pembayaran setelah melihat kerenah kawannya yang hanya tersenyum-senyum dan hanya memandang ke arah lain.

 

 

Tiga puluh lima minit kemudian…

          “Bil, aku nak tengok pakaian kat sana.” Enny menunjukkan arah kedai pakaian yang berada di hadapan mereka.

          “Okay, tapi aku tunggu kat luar jelah.” Sahut aku seketika.

          “Okay, aku pergi kejap tau.” Enny tersenyum seketika.

          “Take your time.” Aku hanya menganggukkan kepala sahaja lalu menuju ke arah bangku kerusi yang terletak di luar kedai pakaian tersebut.

          Kakiku menjadi kebas apabila berdiri terlalu lama di bahagian pusat membeli-belah yang berada di Putrajaya itu. Aku hanya melihat orang yang sedang lalu-lalang di hadapanku dan melihat sahaja gelagat orang-orang yang berada di sini. Tiba-tiba, aku ternampak sesuatu yang telah menarik perhatianku untuk melihat ke arah kedai yang menjual pakaian umrah dan haji itu.

          Ia telah membuatkan aku teringat akan sesuatu perkara di masa lampau. Aku hanya merenung dan mataku tidak berkelip setelah melihat suasana yang riuh-rendah di bahagian kedai tersebut.

 

………………………...........

AKU hanya mencari dan terus mencari kedai yang memerlukan pekerja di dalam SACC Mall yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam itu. Aku menjadi kebingungan seketika dan hanya memikirkan sesuatu perkara sahaja, ‘kat mana lagi aku nak cari ni. Tingkat satu memang dah full pekerja, tingkat dua pula macam full je. Tapi tingkat dua ada kedai gitar, baik aku try tanya dululah.’

          “Tika, Hana, aku nak try kedai ni dulu.”

          “Okay, kami pergi arah sana kejap ye.” Tika menunjukkan arah ke kedai mainan kanak-kanak itu yang tidak jauh dari kedai gitar tersebut.

          “Ting Tong..” Aku terkejut seketika apabila bunyi loceng di kedai gitar itu telah berbunyi setelah aku membuka buka kedai tersebut.

          “Selamat datang ke kedai kami. Mau cari alat musik apa?” Seorang lelaki tua yang berbangsa cina itu telah menyambut kehadiran aku.

          “Maaf Uncle, tumpang tanya.”

          “Ye, ada apa?”

          “Kat kedai Uncle ni ada kerja kosong tak, yang mau cari pekerja.”

           “Buat masa sekarang tiada lagi woo, tapi you boleh bagi nama and nombor telefon dulu.” Uncle yang berada di kedai gitarnya itu telah memberikan sehelai kertas kecil untuk diberikan kepada Nabila.

          “Ohh, boleh ke Uncle?” Aku sedikit teruja lalu mengeluarkan sebatang pen hitam dari beg kecilku untuk menulis sesuatu di atas muka kertas putih itu.

          “Nanti kalau ada kosong, saya call you laa. Tapi kalau tiada kosong, saya tak call you laa.” Uncle yang berada di kedai gitar itu hanya mampu tersenyum sahaja.

           “Okay Uncle, terima kasih banyak-banyak.”

          “Sama-sama.”

          Aku terus bergerak keluar dari kedai gitar itu. Aku hanya tersenyum seketika apabila mendapat sedikit peluang untuk aku bekerja sambilan sambil belajar.

          ‘Aku kena cari lagi ni, ni belum tentu dia akan panggil. Kalau aku dapat kerja hari ni, boleh aku simpan sikit duit tabung. Aku tak nak susahkan abah aku, dia dah banyak keluar duit. Kalau abah aku tahu ni yang aku bekerja, memang masak aku. Tapi kalau aku tak bagitau, mereka takkan tahu,’ fikir aku secara nakal sambil melihat keadaan di sekelilingnya.

           “Haaa, macam mana?” Tika menyoal kepada Nabila.

           “Cuma letak nama dengan phone number je dulu.” Jawab aku seketika.

          “Samalah dengan aku. Aku pun letak nama dan phone number kat kedai sana tu.” Sahut Hana seketika.

          “Cuba kau try kedai yang kat hujung sana tu.” Tika menunjukkan arah kepada Nabila.

          “Nampak macam tenang je kat kedai tu, tiada gangguan.” Sambung Tika lagi.

           “Yang tiada gangguan tulah, takut tak ada untung. Last-last gaji pun sikit.” Sampuk Hana lalu dia hanya tergelak sahaja.

           “Kan.” Ringkas Tika sambil memikirkan sesuatu perkara.

           “Tak payahlah pergi sana, kita cari tempat lain.” Tika menukarkan pandangan terhadap kedai yang baru sahaja ditunjukkannya itu.

           “Haaa tu.” Aku menarik-narik lengan baju Tika untuk menunjukkan sesuatu yang berada di simpang kedai yang berdekatan dengan kedai pakaian tradisional.

           “Ehh, tak naklah aku.” Tika mengerutkan dahinya buat seketika.

           “Kau nak pergi kat Pakistan tu ke?” Jawab Hana dalam keadaan kebingungan.

           “A’ah, tak payah. Entah kedai apa tah tu.” Tika hanya mengiyakan pendapat Hana.

          “Tapi, ownernya yang pakai purdah tu. Yang Pakistan tu customer dia kot.” Aku menerangkan kepada mereka dengan teliti.

           “Ye tak yelah. Jomlah. Kau try, aku nak pergi kedai sebelah dia.” Hana menyahut lalu tersenyum sahaja.

          Aku terus menuju ke lokasi yang kami tujukan tadi. Aku hanya memerhatikan pada setiap sudut di luar dan di dalam kedai yang menjual pakaian umrah dan haji itu. Aku tertarik akan baju jubah yang berwarna hitam dengan sedikit taburan manik di hujung lengan dan di hadapan baju jubah tersebut.

          ‘Wah, cantik betul baju jubah ni. Harga pun berpatutan, kain dia lembut giler. Memang selesa pakai baju ni,’ aku bermonolog sendirian lalu menyentuh lagi kelembutan kain tersebut.

          “Ye Cik, nak beli jubah. Untuk family atau untuk kawan.”

          Tegur seorang wanita yang berjubah coklat dan bertudung hitam bersertakan dengan purdah di bahagian mukanya. Yang jelas kelihatan hanyalah di bahagian matanya sahaja. Aku hanya memberi senyuman manis sahaja kepadanya lalu terus bergerak ke arahnya untuk memberitahu sesuatu yang terlintas di fikiranku ini.

          “Assalamualaikum, maaf menganggu.” Aku memberi salam terlebih dahulu kepadanya.

          “Waalaikumusalam, ada apa yang perlu saya bantu, Cik?” Seorang wanita yang berpurdah itu menjawab salam dengan nada yang lembut sekali.

           “Saya nak tanya, kat sini ada memerlukan seorang pekerja ke?”

           “Ye, ada. Cik nak kerja kat sini ke?” Tanya wanita yang berpurdah itu.

            “Kalau diberi peluang untuk saya bekerja, saya terima. Sebenarnya, saya sedang mencari kerja sambilan.” Jelas Nabila seketika.

          “Oh ya, sebelum tu. Saya Kak Siti, owner punya kedai kat sini.”

           “Saya Nabila.” Pantas sahaja aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan tuan empunya kedai tersebut.

            “Tapi, saya hanya perlukan orang pada hari Selasa dan Khamis sahaja. Nabila ada time ke pada hari tersebut?” Kak Siti menjelaskan kepada Nabila sambil membelek-belek buku akaunnya itu.

          “Okay juga kak, saya memang tak ada kelas pada hari tersebut.” Aku hanya melebarkan senyuman sahaja.

          “Kalau macam tu, awak dah boleh start hari esok.”

          “Betul ke kak.” Aku hanya memandang ke arah Kak Siti lalu dia hanya mengiyakan persetujuannya kepadaku.

          “Syukur Alhamdulillah.”

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.