Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 31

“ADUH!!!”

          “Kenapa rasa lemah je ni.”

          “Kakak…”

          “Ohh.. kakak..” Hasnah hanya memanggil-manggil anak sulungnya itu.

          “Ye mama.” Nabila segera mendapatkan mamanya yang masih lagi terbaring di atas sofa.

          “Kakak nak makan, pergilah makan. Mama dah tak larat ni.” Suara Hasnah menjadi sayu apabila segala tenaganya untuk berbicara juga turut menjadi lemah.

          “Mama pun makanlah, nanti baby dalam perut ni lapar.” Nabila mula menangis teresak-resak apabila melihat keadaan mamanya yang tidak bermaya untuk bergerak lagi.

          Nabila hanya menjamah nasi dan berlaukkan dengan tempe masak cili yang telah dimasakkan oleh Puan Hasnah pada waktu tengahari tadi. Nabila hanya melihat wajah mamanya yang sedang menahan kesakitan dan hanya mengusap-usap perutnya sahaja. Sedikit demi sedikit nasi sudah dihabiskan dari pinggan Nabila lalu air matanya sudah membasahi pipinya kerana tidak dapat lagi menahan kesakitan yang dialami oleh mamanya itu.

          “Kakak, jangan nangis.” Hasnah cuba untuk memujuk anaknya itu.

          “Adik, jangan nakal-nakal kat dalam perut mama. Mama tengah sakit tu.” Nabila hanya mengusap-usapkan sahaja perut mamanya itu lalu memegang kedua-dua belah tangan Puan Hasnah dengan begitu erat sekali.

          “Abah dah balik ke.” Soal Hasnah seketika.

          “Belum lagi, mama. Abah cakap, kejap lagi abah sampai.” Jawab Nabila seketika.

          “Ponn, ponn…”

          “Ponn, ponn…” Bunyi hon dari motorsikal telah kedengaran dari luar rumah mereka.

          “Maa, abah dah balik.” Nabila bergegas keluar untuk mendapatkan abahnya.

          “ABAH..!!!”

          “Abahhh…”

          “Cepat abah, mama dah tak larat.”

          “Okay okay.” Rosdi bergegas ke arah pintu rumah untuk menjenguk isterinya yang sedang menahan kesakitan di atas sofa.

          Rosdi hanya bergegas untuk mengambil beg pakaian yang telah tersedia dari awal pagi tadi untuk segera ke hospital. Rosdi hanya mampu berdoa agar tidak terjadi apa-apa terhadap isteri dan anak yang dikandung oleh isterinya itu.

          ‘Ya Allah, selamatkan isteri dan anak hambamu ni, Ya Allah.. Ampunkanlah segala dosa-dosa yang pernah kami lakukan.. Lindungilah keluarga kami ini, Ya Allah.. Aku mohon kepada-Mu, Engkaulah Yang Maha Besar lagi Maha Pengampun.. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..,’ Rosdi hanya berdoa dan terus berdoa untuk memohon petunjuk daripada Allah S.W.T.

          “Uwekkk.. uwekkk.. uwekkk..” Bunyi tangisan bayi telah mengejutkan Rosdi dari lamunannya apabila berada di luar pintu wad kecemasan.

          “Haa kakak, dengar tak bunyi tu.” Rosdi menyapa anaknya yang sedang melihat seorang wanita bertudung kelabu di penjuru pintu hospital itu.

          “Haa, bunyi apa, abah?” Nabila kebingungan seketika.

          “Cuba dengar baik-baik.” Rosdi cuba untuk menyakinkan anaknya terhadap bunyi tangisan bayi tersebut.

          “Ooohh, kakak tahu bunyi apa.” Nabila tersenyum apabila dapat mengetahui jawapan daripada abahnya itu.

          “Haa apa dia?”

          “Bunyi wolfffff.”

          “Haa..” Rosdi hanya tergelak sahaja dengan kerenah anaknya itu.

          “Bukanlah kakak.” Sahut Rosdi lagi.

          “Habis kat tv tu, bunyi wolf… Kejap..” Nabila hanya menunjukkan ke arah bunyi yang baru sahaja dia dengari lalu percakapannya sudah terhenti seketika.

          “Ooohhh, bunyi baby menangis.” Nabila hanya berbisik kepada abahnya lalu tergelak apabila dapat mengetahui bunyi yang dimaksudkan oleh abahnya itu.

          “Haa kann..”

          “Encik Rosdi..” Tegur salah seorang doktor lelaki yang sedang menuju ke arah Rosdi untuk memberitahukan akan sesuatu perkara kepadanya.

          “Ye saya.”

          “Isteri Encik, kami dapat selamatkan… tetapi…”

          “Kenapa doktor!!!”

 

          Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin kejadian ini tidak berpihak kepada Rosdi, dan mungkin juga ada perkara yang lain akan menanti dalam kehidupan Rosdi.

          Hasnah berasa terkejut apabila seorang anak perempuan yang dikandung olehnya sudah tiada lagi dan pergi untuk buat selama-lamanya. Cuma hanya seorang lagi anak perempuan yang masih hidup dalam kandungnya. Hasnah tidak menyangka bahawa dia mempunyai anak kembar perempuan yang pramatang.

          “Mamaaa..” Nabila memeluk mamanya dengan erat untuk melepaskan rindunya kepada Hasnah setelah sekian lama Hasnah berada di dalam wad.

          “Mama nak tahu tak.”

          “Apa dia?” Hasnah berasa gembira apabila melihat raut wajah anak sulungnya dan suaminya itu.

          “Mama ada baby kembar.. tapi sorang dah tak ada.” Nabila berasa sedikit kecewa lalu hanya memuncungkan mulutnya sahaja.

          “Tak apa, dia dekat syurga sekarang ni, nanti bila-bila masa dia boleh tengok kita.” Hasnah menerangkan kepada anaknya itu.

          “Ye ke.”

          “Ye, betullah tu, cu.” Celah ayah Rosdi seketika yang baru sahaja sampai di wad tersebut.

          “Ehh, mok. Bila sampai?” Rosdi sedikit terkejut apabila melihat ayah dan emaknya sudah tiba di wad tersebut.

          Rosdi terus menyambut kedatangan orang tuanya lalu mencium tangan mereka dan diikuti dengan salaman isteri Rosdi.

          “Haa, cucu aki dah besar dah. Jangan nakal-nakal, sekarang dah ada adik.” Razak hanya tersenyum sahaja apabila melihat cucunya yang sedang mencium tangannya untuk bersalaman.

         “Anak mu Di, As, dah aku kebumikan dah pagi semalam. Alhamdulillah, segala urusan dapat diselesaikan.

         “Alhamdulillah..” Hasnah berasa bersyukur dan hatinya menjadi lebih tenang.

          “Apa nama diberi?” Hasnah mencelah seketika.

          “Nama diberi, Siti Aminah..!!!” Jawab Razak seketika.

 

 

…………………………………………………………..

          “ENNYYYYYYY!!!”

          “Ye, saya. Apa yang dah berlaku?” Enny menjadi bingung apabila melihat keadaan bilik tidur mereka menjadi berselerak dengan kertas-kertas kerja mereka.

          “Kau letak mana kertas kerja aku.” Aku berteriak lagi.

          “Kertas kerja yang mana?” Enny menjadi bingung lagi.

          “Kertas kerja yang bos bagi semalam.”

          “Mana ada.”

          “Adalahhh.”

          “Tak ada.”

          “Hishh, yang semalam punya. Bos bagi kat depan-depan kita tau. Takkan kau tak ingat.” Teriak aku lagi.

          “Yang aku ingat, bos dah cancelkan.”

          “APA!!!”

          “Bos, dah ambil balik kerja tu. Dia suruh Amirul dengan Kumar buatkan.” Jelas Enny seketika.

          “Ye ke ni.” Aku masih lagi tidak percaya akan kata-kata Enny itu.

          “Iye, betul. Semalam bos dah bagitahu kat aku.” Enny menjelaskannya lagi.

          “Tapi.. kenapa aku tak tahu pun pasal ni.” Aku bertambah bengang dengan keadaan yang tidak ada hala tuju itu.

          “Yelah, kau pergi toilet time tu. Lepas tu, aku lupa nak bagitahu kat kau… dan aku betul-betul terlupa, sorryyy..!!!” Enny mengeluarkan nada suaranya yang manja itu lalu hanya tersengih sahaja kepada sahabatnya.

          “Sampai hati kau. Kau suka ye buat aku mengelabah macam gini. Sampai tak tentu arah aku dibuatnya” Aku hanya membebel sahaja kepada Enny.

          “Suka sikit laa tengok kau mengelabah.” Enny mengusik nakal sambil tersengih sendirian.

          “KAU SUKA..!!! Jangan cakap dengan aku. Pergi jauh-jauh.”

           “Ehh, sorry…”

          “Takde sorry sorry.”

          “Sorry laa..”

          “Pergi kemas bilik yang bersepah tu.” Aku menyuruh Enny untuk mengmas kertas-kertas yang berselerak di atas katil itu lalu terus menuju ke ruang tamu.

          “Ehh.. Aku pula yang kena.” Jawab Enny seketika.

          “KEMASKAN..!!!”

          “Iye, iye..”

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.