Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 10

DI kedai mamak, Encik Rosdi dan Puan Hasnah telah membawa anak-anak mereka untuk bersarapan pada setiap hujung minggu bagi meluangkan masa bersama-sama. Pada pukul 8.30 pagi lagi Encik Rosdi dan keluarga sudah berada di kedai mamak yang berhampiran dengan ‘Restoran Anjung Seri’ di Kerayong. Apa yang kami gemar untuk makan di kedai ini adalah roti canainya yang lembut dan nasi beriani yang banyak dengan harga yang berpatutan telah menarik minat kami untuk menjamu selera. Makanan di sini sentiasa memuaskan hati pelanggan-pelanggan yang makan di kedainya.

         Bukan itu sahaja, cara layanannya juga sangat peramah dengan pelanggan-pelanggan. Yang membuat Nabila tertarik di kedai mamak ini adalah ayam goreng mamak yang disaluti dengan tepung istimewanya iaitu rempah ratus dari India. Kerangupan ayam goreng itu membuatkan Nabila ingin menambah lagi, sedangkan masih ada lagi seketul ayam goreng di pinggan bulatnya itu.

         “Haa, adik.. angah.. makan banyak-banyak, abah belanja.” Encik Rosdi tersengih apabila melihat anak-anaknya itu.

         “Kakak tak nak belanja.” Aku manyahut lalu menyengih ke arah abahku.

         “Kakak, mama belanja.” Encik Rosdi bergurau dengan anaknya lalu memandang ke arah isterinya. Nabila hanya memuncungkan mulutnya sahaja.

         “Mama tak ada duit, mama kan suri rumah je.” Puan Hasnah mencelah lalu tersenyum sinis sahaja. Nabila dan adik-adiknya turut tersenyum apabila melihat gelagat abah dan mama mereka.

 

Dua jam kemudian…

         “Nanti, bulan depan abah bawa adik, angah, kakak, mama, pergi jalan-jalan Putrajaya.” Encik Rosdi mencadangkan untuk bercuti bersama keluarganya.

         “Nak.” Nasuha berasa sungguh teruja apabila abahnya ingin membawanya pergi bercuti.

         Memang sudah lama kami tidak berjalan jauh atau pergi bercuti di tempat yang jauh. Yang paling jauh pun setakat kawasan Triang, Kerayong, dan Temerloh, itu pun atas urusan tertentu sahaja yang perlu diselesaikan.

         “Lepas tu, boleh beli barang sikit kat sana.” Sambung Encik Rosdi.

         “Yeay, adik nak ikut. Angah, angah nak apa kat sana.” Nasuha terlalu teruja lalu memandang ke arah angahnya.

         “Angah nak beli semua.” Dayana tergelak sendiri kerana dia tidak tahu untuk menjawab soalan adiknya itu.

         Aku hanya tersenyum sahaja apabila melihat gelagat mereka yang teruja untuk bercuti, padahal perancangan itu untuk bulan depan. Aku hanya memikirkan sesuatu perkara, setiap manusia akan membuat perancang mereka dengan baik dan teliti sebelum mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak dijangka tetapi takdir akan menentukan segala-galanya buat kita semua. Sementara itu aku hanya mampu melihat keindahan di Tasik Bera, betapa indahnya ciptaan-Nya dan betapa untungnya kita mendapat melihat segala ciptaan-Nya.

         Udara di sini sangat menyamankan suasana dengan angin yang bertiup tersipu-sipu bahasa apabila di waktu petang. Kami sekeluarga menikmati keindahan tersebut. Sementara Encik Rosdi dan Puan Hasnah sedang berborak di bangku yang berhadapan dengan tasik, manakala aku dan adik-adikku sedang berjalan-jalan sambil menikmati suasana di situ.

         Apabila aku fikirkan balik, ‘bolehkah aku dapat kehidupan yang lebih bagus atau terhenti di sini sahaja,’ aku kebingungan kerana terlampau memikirkan masa hadapan, ‘adakah aku dapat hidup di muka bumi ini untuk lebih lama.’ Aku tersentap seketika, ‘apa yang aku fikirkan ni ya Allah, peluang yang ada ini aku tidak mahu sia-siakan,’ fikir aku sejenak. Lalu aku termenung seketika.

………………………………………

         “Kakak, cepat. Nanti lambat nak pergi rumah Mak Jang.” Puan Hasnah mengangkat beg bagasi untuk tinggal di rumah kakaknya selama tiga hari bagi meluangkan masa bersama-sama.

         “Kejap mama.” Aku kelam kabut mengemas pakaian yang telah dilipat untuk dimasukkan ke dalam beg bagasi.

         “Angah.. dah siap belum.” Sambung aku sambil menjenguk keadaan Dayana yang masih tidak terurus dengan gaya tudungnya yang panjang sebelah.

         “Nape tudung macam ni.” Aku membebel lalu membetulkan tudung yang dipakai oleh angah.

         “Tak tahu.” Ringkas Dayana lalu mencebikkan mulutnya.

         “Pakai tudung sarunglah, ni senang sikit.” Aku memberi cadangan.

         “Jom cepat, tolong kakak.” Aku mengarah Dayana untuk membantu aku mengangkat satu lagi beg bagasi.

         “Ehh, apasal berat sangat.” Aku mengerutkan muka apabila mengangkat beg bagasi yang berat itu.

         “Angah mana tau kakak bawa apa.” Dayana menyahut sambil membantu kakaknya mengangkat beg bagasi itu. Nasuha hanya mampu melihat sahaja kakak-kakaknya mengangkat beg tersebut. Untuk menolong, dia sendiri tidak mampu untuk mengangkat kerana saiz badannya yang terlalu kecil dan dia masih berusia dalam linkungan lima tahun itu.

 

Lima puluh minit kemudian…

         “I had a dream, we were sipping whisky neat.. la la la la..” Aku menyanyikan lagu berbahasa Inggeris yang dimainkan di dalam telefon pintarku dengan penuh gembira sekali dan diikuti oleh Dayana. Nasuha hanya menggerakkan kedua belah tangannya dengan mengikuti rentak lagu yang dimainkan. Penyanyi asal yang menyanyikan lagu ini adalah Selena Gomes dan lagunya yang bertajuk ‘It Ain’t Me’ tetapi dinyanyikan semula oleh J Fla.

         “Amboi, suka sangat.” Puan Hasnah menegur sambil tersenyum.

         “Dah nak sampai tu.” Aku menunjukkan ke arah papan tanda yang menunjukkan 2 km lagi akan sampai ke Bahau.

         “Yessss, balik kampung….” Nasuha menepuk kedua-dua belah tangan dengan gembira sekali.

         “Bukan balik kampung laa, kita nak pergi rumah Mak Jang je.” Dayana mencelah lalu mengerutkan dahinya kepada adiknya.

…………………………………….

         “Assalamualaikum.” Aku memberi salam setelah sampai ke rumah Mak Jang.

         “Assalamualaikum.” Dayana pula yang memberi salam dan diikuti oleh Nasuha sambil melihat di sekeliling kawasan rumah mak saudaranya itu.

         “Ma, macam tak ada orang je.” Aku memandang ke arah mamaku dengan penuh kehairanan.

         “Bagi salam lagi sekali.” Puan Hasnah menyuruh anaknya untuk memberi salam sekali lagi.

         “Mama, orang dulu-dulu cakap, kalau kita dah bagi salam tiga kali berturut-turut tapi tak ada orang menyahut tu, itu tandanya kita kena balik.” Aku memberi penjelasan sambil mengangkat keningku kepada mamaku.

         “Banyaklaa……” Belum sempat Puan Hasnah ingin mengatakan, anaknya sudah memotong ayatnya.

         “Kalau beri salam banyak kali pun tak baik juga.” Aku mencelah sambil menganggukkan kepalaku untuk mengiyakan kenyataanku itu. Puan Hasnah hanya mencengkamkan pinggangnya sambil mengerutkan keningnya itu.

         “Waalaikumusalam.” Mak Jang menyahut sebelum membuka pintu pagarnya di luar.

         “Buka pintu tu, tak berkunci pun.”

         “Alahai, Mak Jang ada di tandas tadi. Kedengaran ada yang beri salam.” Sambung Mak Jang sambil tersenyum ke arah kami.

         Itu pun belum berborak lebih lama lagi, perkataan yang baru dikeluarkan oleh Mak Jang masih lagi kami boleh faham. Bila lama-kelamaan perkataannya akan berbeza dan membuat kami adik-beradik memerlukan ‘google translate’ untuk memahami setiap perkataan yang dibicarakan olehnya. Keluarga sebelah Puan Hasnah memang fasih dalam bahasa Banjar, sampaikan Dayana dan Nasuha turut terpegun untuk memahami setiap perkataannya. Bagiku, selagi aku faham akan bahasa tersebut, selagi itu aku akan terus mendengar dengan teliti.

         “Tak payah susah-susah laa kak Yah.” Puan Hasnah mengetepikan pinggan-pinggan yang ada di atas meja itu.

         “Ehh, tak susah pun As. Kena makan, lepas asar mau gerak rumah kakak. Kena isi duluan perut tu.” Mak Jang mengisi nasi ke dalam setiap pinggan yang ada lalu menyuruh kami sekeluarga untuk makan tengahari sebelum bertolak ke rumah anaknya iaitu Rahimah yang berada di Seremban. Rumah Rahimah dengan rumah Mak Jang tidaklah jauh jaraknya, ia hanya mengambil masa dalam sejam untuk sampai ke sana.

 

Lima puluh minit kemudian…

         “Nurul, tak payah basuh. Biar Ajang basuh.” Mak Jang menarik tangan Nabila lalu mengambil pinggan yang dipegang oleh Nabila dan dia menyambung menyuci pinggan tersebut.

         Mak Jang memang tidak suka menyusahkan anak saudaranya. Walaupun Nabila berdegil, makciknya tetap tidak mahu menyusahkan sesiapa. Di sebelah keluarga Puan Hasnah, mereka memang selalu memanggil Nabila dengan panggilan ‘Nurul’, mahupun di sebelah keluarga Encik Rosdi. Memang dari kecil lagi seluruh keluarga memanggil namaku dengan panggilan ‘Nurul’ kecuali orang luar yang selalu memanggil namaku ‘Nabila’.

         “Angah, angah, sini kejap.” Nasuha memanggil angahnya sambil melambai-lambaikan tangannya.

         “Ada apa dik.” Dayana tercengang apabila melihat adiknya memanggil-manggil namanya.

         “Tengok tu.” Nasuha menunjukkan sesuatu ke arah almari yang penuh dengan buku-buku di dalamnya. Dayana hanya ternganga sahaja apabila melihat terlalu banyak buku-buku yang berada di dalam almari yang berkaca itu. Termasuklah buku pelajaran, buku novel, dan yang paling menarik minat mereka dalam banyak-banyak buku yang ada di situ adalah buku komik.

         “Doreamon dik.” Dayana membulatkan matanya ke arah buku-buku komik itu.

         “Haaaaaa.” Dayana dan Nasuha terkejut apabila telah dikejutkan oleh kakaknya dari belakang mereka. Aku hanya tergelak sahaja.

 

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.