AKU menjadi tidak sabar untuk pulang ke rumah keluargaku dengan segera. Aku diberikan cuti panjang tetapi malangnya masih ada lagi projek yang perlu diselesaikan. Itupun Encik Kadir masih lagi memberikan aku satu tugasan dalam cuti yang ditetapkan oleh pengurus syarikat itu sendiri. Aku tidak kisah berapa banyak sekali pun tugasan yang diberikan, yang penting bagi aku adalah aku dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga tercinta.
“Kak, kakak kat mana.” Puan Hasnah memanggil anaknya sambil tercari-cari kelibat Nabila yang tidak kelihatan sejak dari pagi tadi.
“SINI..!!!” Aku hanya menyahut dari luar rumah apabila terdengar suara mamaku yang sedang memanggil-manggil aku dari dalam rumah itu.
“Hmmm, kat luar rupanya.” Puan Hasnah hanya menggelengkan kepalanya sahaja apabila sudah tiba di pintu rumahnya itu.
“Ye ma, ada apa mama?” Aku menyahut lagi sambil mengelap cermin kereta yang sudah lama tidak dicuci itu.
“Kakak cuti lama kan?” Soal Puan Hasnah seketika.
“A’ah ma, dua minggu jugalah. Kenapa ma?” Sahut aku lagi.
“Nak pergi jalan-jalan ke?” Sambung aku lalu terus mengangkatkan keningku ke arah mama.
“Kita pergi balik kampung nak tak? Lepas tu, kita pergi bercuti, nak tak?” Puan Hasnah memberi cadangan untuk pulang ke kampung halamannya yang sekian lama tidak pulang ke sana.
“Tak payah tanya, untuk mama semuanya boleh.” Aku hanya mengangguk dan memberi senyuman manis kepada mamaku.
“Boleh ke, kakak?” Puan Hasnah ingin kepastian lagi tentang jawapan daripada anaknya itu.
“Iye mama, lagipun kakak tengah cuti sekarang.” Aku tersenyum lagi.
“Tapi, abah kan kerja.” Aku terfikir akan sesuatu perkara.
“Mama dah call abah dah. Abah cakap, nanti pergi ambil dia lepas kita balik rumah nenek.” Jelas Puan Hasnah seketika.
“Ohh….” Aku hanya menganggukkan kepala sahaja lalu tersentak seketika.
“Ohh, patutlah awal pagi tadi sibuk je pilih baju. Rupanya, mama dah ada plan.” Aku mencelah seketika.
“Mestilah, nak pergi mana-mana, kena ada plan dari awal.” Puan Hasnah hanya tersengih sahaja.
“Esok gerak pagi ye.” Sambung Puan Hasnah.
“What’s the time?”
“Lapan pagi.”
“Alright, mama.”
“Check minyak dulu, tengok keadaan kereta tu. Tayar tu, check molek-molek, cermin kereta depan dengan belakang macam mana, okay ke tidak. Esok nak pergi jauh. Check apa yang patut.” Bebel Puan Hasnah seketika.
“Okay.” Ringkas aku seketika.
Jalan semakin sesat apabila kenderaan yang berada di jalan Sabak Bernam itu sudah pun menyusuli kawasan tersebut pada waktu tengahari. Hampir empat jam kami dalam perjalanan untuk menuju ke destinasi yang ingin kami tuju.
“Wah, kita dah sampai angah. Rugi abah tak ikut sekali.” Nasuha begitu teruja apabila melihat kawasan pekan yang begitu besar di Sungai Besar itu.
“Abah dah banyak kali dah pergi sini dengan mama. Masa muda-muda dulu.” Puan Hasnah menyahut lalu tersenyum seketika.
“Terbaik mama.” Sahut aku seketika lalu terus memberi tumpuan kepada pemanduanku untuk menuju ke lokasi kampung halaman nenekku itu.
“Angah… tengok tu…” Nasuha menyergah Dayana yang sedang melihat-melihat muka skrin di telefon pintarnya itu.
“Wah, padi hijau. Cantiknya..” Dayana terpegun seketika apabila melihat kehijauan padi yang berada di sawah itu.
Ini baru sawah padi yang luas, pekan Sungai Besar pun boleh tahan dengan keadaan penduduknya di situ. Pekan ini juga merupakan pekan terbesar di daerah Sabak Bernam.
“Kita sudah sampai..!!!” Aku menyahut seketika.
“Ehh, betul ke ni rumah nenek.” Aku berasa was-was untuk menghampiri rumah yang berada di hadapanku itu.
“Betullah, nenek ubah suai kot rumah dia.” Puan Hasnah turut menyahut.
“Mama pergi panggil dulu.” Aku hanya tersengih sahaja.
Aku terus membuka pintu kereta lalu menuju ke halaman rumah yang berada di hadapan kami itu. Aku tertanya-tanya dalam diriku, ‘betul ke rumah ini, design rumah ini sangat unik. Cantik betul, ini barulah nenek selesa nak duduk. Tapi, yang ini pintu depan ke, pintu belakang.. macam tak ada beza je,’ aku bermonolog sahaja sambil meneliti di sekeliling kawasan rumah tersebut.
“Assalamualaikum, ada sesiapa tak di rumah?” Puan Hasnah memberi salam dan diikuti dari salam kami tiga beradik.
“Waalaikumusalam.”
“Kak Ros, ni aku ni, As.” Sahut Puan Hasnah kepada kakaknya.
“Ehh, As….. Ya Allah…. Lama banaran tak jumpa kamu.” Puan Ros sangat terkejut apabila melihat kemunculan adiknya yang sudah muncul di hadapan muka pintu rumah emaknya itu.
“Alahai kak Ros, sihat.”
“Alhamdulillah sihat ja. Kamu tu, banaran muncul terus di sini.” Jawab Puan Ros seketika.
“Emak mana.”
“Tu haa, ada di kerusinya. Mari masuk Nurul dan adik-adiknya.” Puan Ros menyapa Nabila dan adik-adiknya lalu mengalu-alukan kedatangan mereka sekeluarga.
“Sudah besaran kamu semua. Abah kamu tak datang?” Puan Ros mencari-cari kelibat adik iparnya yang tidak bersama dengan mereka.
“Kerja, Acik Ros. Bos dia tak bagi cuti.” Jawab aku seketika lalu hanya tersenyum sahaja.
“Ni pun dah lama tak jumpa nenek. Alang-alang cuti, baliklah sekejap.” Sambung aku lalu hanya tersenyum lagi.
Puan Ros hanya mengukirkan senyumannya sahaja dan begitu gembira sekali kerana dapat peluang untuk berjumpa dengan Puan Hasnah yang sekian lama tidak pulang ke kampung. Oleh kerana kedudukan mereka sekarang sudah berjauhan dengan keluarga, apatah lagi sudah berkahwin dan mempunyai anak masing-masing.
Aku hanya mengusap-usap tangan nenek dan melihat keadaannya masih lagi sihat, cuma keadaan kedua-dua belah kaki tidak sekuat dulu untuk berjalan-jalan. Nenek begitu gembira sekali hingga tidak terkata apabila melihat anak dan cucu-cucunya pulang ke rumahnya secara mengejut tanpa sebarang khabar dari mereka.
“Kakak.”
“Iye.”
“Pak su dengan Acik Ros tu cakap apa. Satu perkataan pun adik tak faham.” Nasuha kebingungan dan hanya terngangakan mulutnya sahaja apabila mendengar perbualan antara pak cik dan mak ciknya yang berada di luar pintu rumah itu.
“Diorang cakap bahasa Sepanyol.” Aku hanya tergelak sahaja apabila melihat muka adikku yang sudah diam mencuka.
“Taklah, akak gurau je. Tulah bahasa Banjar, akak pun tak faham.” Aku menjawabnya dalam nada suara yang perlahan.
Aku hanya meneliti sahaja setiap perkataan yang diungkapkan oleh mulut mereka berdua yang sedang berbual sesama mereka dalam bahasa Banjar.
‘Apalah yang diorang bualkan tu. Pekat betul bahasa diorang, jenuh aku nak faham setiap perkataan. Nak kena google translate ni,‘ aku bermonolog lalu hanya termenung sahaja di luar muka pintu.
Gawian manure ini kada kaya urang babandang, bagawi di kabunan gatah ni hawai banar kada raramian macam urang badarau. Bangun papagian, jar tulak maajar.
MaksudBahasa Banjar:
Kerja menoreh ni, tak lah seperti orang bersawah, kerja dikebun getah ni, sunyi sangat tak beramai-ramai seperti badarau. Pagi-pagi sudah kena bangun, macam orang mengajar sekolah.
Pak Su hanya mampu merungut sahaja kepada kakaknya, Puan Ros. Sedikit rungutan itu dapat diluahkan dan dia menjadi sedikit lega apabila beban yang ditanggung olehnya sudah beransur pulih dalam kehidupannya.
“Nenek.. ohh nenek..” Nasuha mendekati dirinya kepada neneknya yang berada di kerusi malasnya itu.
“Apa.” Puan Hajar hanya tersenyum sahaja apabila melihat cucu perempuannya itu ingin mendekatinya.
“Nenek, Nasuha nak tanya, boleh.”
“Tanyalah.”
“Kalau nak kira nombor dalam bahasa Banjar macam mana ye?” Soal Nasuha seketika.
“Senang je. Mari nenek ajar cara Banjar.” Jawab Puan Hajar kepada cucunya. Nasuha hanya menganggukkan sahaja kepalanya.
“Ikut nenek ye.”
“Okay.”
“Asa, dua, talu, ampat, lima, anam, pitu, walu, sanga, sapuluh… Ini kira nombor satu hingga sepuluh dulu.” Terang Puan Hajar kepada cucunya itu.
“Kalau bahasa Jawa, nek. Macam mana pula?” Celah Dayana seketika.
“Ohh, lagi senang.” Sahut Puan Hajar.
“Bukan lagi susah ke, nek.” Dayana hanya menggaru-garukan sahaja kepalanya yang tidak berasa gatal itu.
“Senanglah, sebab nenek dah tahu.” Puan Hajar hanya tergelak sahaja apabila melihat kedua-dua orang cucunya itu dalam keadaan bingung.
“Mari, nenek ajar bahasa Jawa pula.”
“Baik.” Serentak sahaja kedua beradik itu menyahut.
“Ikut tau.”
“Okay, nek.”
“Siji, loro, telu, papat, limo, nenem, pitu, wolu, songo, sploh…”
Mereka berdua sangat gembira apabila dapat mempelajari bahasa baru daripada nenek mereka. Sudah bertahun lamanya kami tidak semesra ini dan selalunya akan bervideo call sahaja di telefon pintar.
Bunyi hentakkan pintu telah mengejutkan semua oang yang berada di dalam rumah itu. Muncul dua orang kanak-kanak perempuan yang sangat seiras muka mereka telah berlari lalu terus mendakap nenek mereka yang berada di atas kerusi malas itu.
“Ya Allah, Ita.” Puan Rosdan Puan Hasnah terkejut apabila melihat adik iparnya sudah tiba di muka pintu rumah.
“Assalamualaikum, kak As, kak Ros..”
“Waalaikumusalam.” Serentak dua beradik itu menyahut lalu menyambut kehadiran Puan Ita dan anak-anaknya itu.
“Tak dengar sebarang bunyi pun. Tau, tau, dah ada di depan pintu.” Celah Puan Ros seketika.
“Saja nak buat surprise.” Puan Ita hanya tergelak sahaja apabila melihat kerenah kakak-kakak iparnya itu.
“Ni, si kembar ni. Comel-comel je.” Puan Ros mencuit anak saudara kembarnya itu.
“Ehh, mana yang kembar lelaki tu, Ita.” Sahut Puan Hasnah.
“Yang abang dia tu ada kat kereta. Nanti diorang masuk laa.” Jawab Puan Ita.
“Untunglah Ita. Beranak dua kali je, dah dapat empat anak. Kembar pula tu.” Puan Hasnah hanya tersenyum sahaja.
“Tulah, ni pun jenuh nak cara diorang ni.” Gelak Puan Ita sekali lagi.