Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 4

      “Detik 12.00 tengah malam, menyusul sang lembaga yang datang secara tiba-tiba di tepi Tasik Chini dan ia telah……. ‘KAUUUUUU….' Hahahahahaha.” Aku tergelak tidak terhenti-henti apabila dapat mengejutkan Jemy dan Syif dengan kisah seramku ini.

      “Nabilaaaaaa.” Serentak dua orang sepupu itu memanggil namaku dengan riak muka mereka yang garang. Aku ketawa terbahak-bahak apabila melihat gelagat mereka yang sedang marah kerana diusik olehku.

      “Rilek la beb, cerita je kot. Tu pun dah mengelabah.” Aku kembali ketawa.

      “Banyak la kau.” Rungut Syif.

      “Amboi, bukan main seronok lagi. Korang tengah main apa ni. Nak main juga.” Irwan mencelah.

      “Tengah berenang.” Aku hanya tersengih apabila melihat Irwan dan Hazwan yang baru sahaja sampai. Irwan memuncungkan mulutnya yang tak seberapa nak muncung itu.

      “Ok guys. Jom study, tak mau gadoh-gadoh.” Hazwan memulihkan keadaan sambil mengangkat keningnya. Aku hanya mengangguk sahaja.

      Pada waktu itu terlalu sepi kerana tiada kanak-kanak yang bermain di padang itu. Hanya aku dan kawan-kawanku sahaja yang berada di situ. Apabila sudah selesai kerja yang kami lakukan, kami pun terus bermain di padang untuk menghilangkan stress.

      Sudah 4 bulan berlalu, tinggal lagi dua minggu untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Aku rasa gementar dan tidak yakin akan sesuatu perkara. Aku takut aku tidak boleh menjadi contoh terbaik kepada adik-adikku dan menjadi kebanggaan buat abah dan mamaku. Aku mempunyai dua orang adik-beradik. Adik aku yang kedua berumur dua tahun setengah dan yang bongsu baru sahaja dilahirkan pada bulan Januari lalu. Sekarang ini aku hanya tinggal dua minggu sahaja lagi untuk aku menghadapi peperiksaan untuk buat kali pertamanya dan aku harus membuat persediaan awal untuk UPSR nanti.

      Aku terkejut apabila seseorang telah menyergahku dari belakang. “Haaaaaa, apa yang kau mengelamunkan tu Bil.” Jemy menarik kerusi lalu duduk di hadapanku.

      “Oiii kau rupanya, tak ada la. Aku risau UPSR je nanti.” Aku meluahkan perasaanku kepadanya.

      “Kau takut apa. InshaAllah. Kalau kau yakin pada diri kau sendiri pasti boleh punya. Aku pun takut juga beb. Gilalah tak takut. Ni first time kita nak ambil UPSR yang penting.” Jemy turut meluahkannya.

      “Yelaa, aku bukan apa. Aku rasa rendah diri dengan kau dan member yang lain. Dah la pandai. Aku ni otak tumpul betul.” Aku merungut.

      “Ehhh, jangan cakap macam tu la Nabil. Kita semua ni ada kelebihan kita sendiri. Kau pun ada kelebihannya juga, cuma kau tu je yang belum nampak lagi. Setakat ni kau kena usaha dulu dan lama-kelamaan kau akan tau juga kelebihan kau nanti.” Jemy menasihati aku dan memberi sokongan.

      Aku hanya memandang Jemy dan mengiyakan pendapat kawan aku itu dan juga sebagai rakan sekelas.

      “Ok, terima kasih Jemy. Oklah, jom pergi kantin. Waktu rehat sekarang ni kan.” Aku mengajak Jemy.

      “Ok jom. Nak ajak Syif sekali.” Jemy menunjukkan jari telunjuknya ke arah Syif dan aku hanya mengangguk dan terus keluar dari kelas.

      Kebetulan Irwan dan Hazwan pun turut ada di kantin sekolah. Aku dan Syif pergi membeli makanan sementara Jemy menjagakan tempat untuk kami duduk dan makan di situ. Beberapa minit kemudian, Irwan dan Hazwan pun turut serta ke meja yang kami duduk.

      “Wehhh korang, jom study sama-sama petang ni. Kita buat study group.” Belum sempat aku menyuap makananku ke dalam mulut, Irwan dah mula berbicara pasal peperiksaan akan datang.

      Hazwan menyampuk. “Ha’ahlah, jomlah. Kita kena study sama-sama, baru banyak ilmu yang kita dapat.”

      “Aku ok je tapi macam aku cakap la kalau mak aku kasi keluar rumah, aku keluar, kalau tak….. sorry sangat-sangat la ye.” Aku menyahut dan sambung menyuap makanan ke dalam mulutku.

      “Aku pun sama. Kena minta kebenaran mak bapak aku dulu.” Jemy menyambung.

      “Aku ikut Jemy, dia pergi aku pergi, kalau tak……….” Syif terhenti kata-katanya.

      “Tak pergi….. Korang memang dah sepakat membawa berkat. Cousin kan.” Aku memotong ayat Syif.

      “Apa kena-mengena dengan peribahasa tu.” Hazwan kebingungan.

      “Ha’ahlah. Macam tak ada kena-mengena je dengan ayat tu.” Irwan mengiyakan dan berasa pelik.

      Aku hanya tersengih. “Aku ada cakap macam tu ke. Mana ada aku cakap.” Aku buat-buat tak tahu lalu menghabiskan sisa-sisa makanan yang masih berbaki lagi dan terus bangun untuk meletakkan pinggan ke dalam besen.

      Irwan bingung dengan perangai Nabila. “Biar betul dia ni.” Hazwan mengaru kepalanya yang tak terasa gatal itu.

      “Itulah perangai si Oabil.” Jemy tergelak melihat gelagatku.

      “OABIL…..” Serentak Irwan dan Hazwan menyebut nama yang baru disebut oleh Jemy.

      “Yelah, Oabil. Aku dengan Syif memang panggil dia Oabil sejak tahun 5 lagi.”

      “Ooooooooooook.” Irwan dan Hazwan mengangguk dengan penuh rasa kekeliruan.

……………………..

DI waktu petang ini adalah masa untuk anak-anak kecil bermain di taman permainan yang berada bersebelahan di padang bola sepak. Remaja-remaja di padang juga turut melakukan aktiviti beriadah seperti bermain bola sepak dan berjogging di sekeliling padang yang luas itu. Begitu juga dengan kanak-kanak yang bermain badminton bersama keluarga mereka.

          “Alangkah indahnya….” Ayat aku terhenti seketika apabila aku dikejutkan oleh sesuatu benda yang aneh. Namun, ada sesuatu yang terbang ke arahku dengan begitu laju sekali. Semakin jauh aku lihat, ia semakin dekat menuju ke arah aku. “Dammmm.” Dan pandangan aku semakin gelap gelita lalu aku terbaring di atas rumput hijau.

          “Gollll…” Teriak Irwan kerana dapat mengenakan aku yang sedang mengelamun tadi.

          “Bil, awat tak elak tadi.” Hazwan bergegas mendapatkan Nabila yang sudah terbaring kerana terkena bola yang ditendang oleh Irwan.

          “Aduh, sakitnya.” Berpinar-pinar mataku apabila terkena bola tadi.

          “Sorry,sorry, kau okay tak.” Irwan tertawa.

          Aku pun terus bangun lalu mengejar Irwan sepenuh hati. “Tak guna punya budak.” Tendangan aku tidak sampai ke arah Irwan kerana kaki aku yang pendek itu tidak dapat menendangnya.

          “Boooo, tak kena.” Irwan mengejek aku lalu menjelingkan lidah kepadaku.

          “Siap kau, Irwannnnnn.” Aku pun berteriak tanpa mempedulikan orang-orang disekeliling yang berada di padang tersebut.

          Hazwan hanya mampu melihat sahaja gelagat rakan-rakannya itu lalu tersenyum sendirian.‘Alangkah indahnya, kalau kita sentiasa bersama buat selama-lamanya. Tahun ni je aku ada bersama kalian, selepas itu kita tak akan berjumpa lagi. Tapi aku akan tetap mengingati korang kerana koranglah sahabat aku dan family aku yang kedua.’ Terdetik hati Hazwan apabila mengenangkan kenangan mereka selama ini. Hazwan berasa sebak dan tidak mahu meninggalkan kenangan ini, tapi apa kan daya, Hazwan terpaksa mengikuti keluarganya untuk berpindah ke tempat lain.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.