Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 12

AIGIN bertiup tersipu-sipu membuatkan aku berasa tenang di waktu petang. Lagi dua bulan sahaja lagi untuk aku pergi menyambung pembelajaranku. Maklumlah, tiada rezeki untuk aku sambung belajar di Universiti Awam tetapi aku mendapat peluang untuk sambung belajar di Universiti Selangor yang terletak di Shah Alam.

          “Kakak, jom main badminton.” Dayana menyergah kakaknya sambil menghulurkan sebatang raket badminton kepada Nabila.

          “Alaaa, malaslah. Kakak nak duduk tengok angin luar je.” Aku menyahut lalu membuat muka monyok kepada adikku.

          “Alaaa kakak.. jomlah main.” Nasuha menyambung.

          “Nanti kakak nak pergi belajar dah.” Dayana pula yang membuat muka monyok dan Nasuha pula hanya mengiyakan sahaja pendapat angahnya itu.

          “Okay.” Ringkas aku lalu terus mengambil kedudukan masing-masing di kawasan luar pagar rumah untuk bermain badminton.

 

Satu jam kemudian…

          “KAKAKkk..!!!” Serentak Dayana dan Nasuha menjerit. Aku terkejut lalu menoleh ke belakang yang ditunjukkan oleh adik-adikku.

          “Arkkk, aduh.” Aku terkejut sedikit lalu aku terjatuh ke atas muka jalan apabila kaki kananku terpijak kaki kiriku sendiri.

          “Amoi, sorry sorry. Anjing saya terlepas tadi. Puas ooo saya kejar.” Aunty Sam berasa bersalah lalu menggarukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

          “Aiyo Aunty, tak ada bunyi tak ada taufan, tiba-tiba ini sudah ada.” Aku mengurut-urut belakangku kerana terjatuh tadi lalu menunjukkan tanganku ke arah seekor anak anjing yang lincah itu sambil melompat-lompat untuk mengajak bermain bersama-sama dengannya.

          “Aunty, tolong jauhkan lah. Saya trauma dengan semua benda ni.” Aku membuat alasan untuk menjauhkannya tetapi memang benar aku sudah trauma dengan semua binatang yang asyik mahu mengejar aku sahaja.

         Seekor anjing semestinya haram bagi umat Islam untuk kita pegang kecuali dalam keadaan yang tertentu sahaja. Disebabkan trauma yang aku alami ini tidak pernah hilang, aku akan berasa takut dan gerun apabila ia berlaku lagi. Tak kiralah seekor anjing, ayam, angsa, mahupun itik, binatang inilah yang selalu mengejar aku sampai nafasku tercungap-cungap tanpa berhenti dan peristiwa ini jugalah sangat memeritkan hidupku. Sekali imbas aku mengingati sesuatu kejadian yang pernah aku alami.

……………………………………..

         “Weh, cantiklah berbola Kristal ni.” Mataku bersinar-sinar apabila melihat berbola yang berwarna-warni yang dibawa oleh Yuveniswari iaitu rakan sekelas aku di tingkatan dua.

         “Nak ke.” Yuveniswari mengangkat keningnya ke arah aku.

         “Boleh ke Yunis.” Aku membulatkan mataku.

         Yuveniswari hanya mengangguk dan tersenyum apabila melihat aku betul-betul teruja dengan berbola kristalnya yang berwarna-warni itu. Belum sempat aku ingin mengatakan sesuatu kepada Yuveniswari, seseorang telah mengejutkan aku dari belakang.

         “MAAaaa..!!!” Aku menjerit kerana terkejut apabila disergah oleh Jemy. Jemy hanya tergelak sahaja kerana dapat mengenakan aku.

         “Hei, kau buat apa kat sini.” Aku mengecilkan mataku ke arah Jemy.

         “Bil, time ni kelas Kemahiran Hidup.” Jemy mengingatkan aku.

         “Kau kena pergi ke kelas aku, aku pula kena pergi ke kelas kau.” Sambung Jemy lalu menjelaskan kepadaku.

          Aku hanya mengiyakan sahaja pendapat Jemy sambil mengambil buku teks Kemahiran Hidup di dalam begku itu. Aku, Jemy, dan Syif dari awal tingkatan satu lagi masih di kelas yang sama iaitu Ibnu Khaldun. Bila sudah masuk di tingkatan dua, aku seorang sahaja yang masih kekal di kelas kedua dan mereka telah meloncat ke kelas pertama iaitu Ibnu Sina.

         Tetapi aku dapat juga merasa dan berpeluang untuk berada di kelas Ibnu Sina kerana pilihan asas Perdagangan bagi subjek Kemahiran Hidup perlu berada di kelas tersebut. Subjek Kemahiran Hidup ini terbahagi kepada tiga pilihan asas iaitu Perdagangan, Ekonomi Rumah Tangga, dan Pertanian. Memang pilihan aku untuk memilih asas perdagangan daripada dua pilihan asas tersebut. Bagi aku, perdagangan lebih cenderung ke arah perniagaan dan pembengkelan, ia membuatkan aku lebih tercabar untuk mengharunginya.

         “Krikkkkkkkk.” Loceng berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat.

         “Bye Yunis. Jumpa esok.” Aku melebarkan senyumanku sambil memegang bekas yang berisi bebola Kristal itu.

         “Billll.” Jemy menyergah.

         Aku terkejut seketika lalu hampir-hampir mahu terjatuh bekas yang dipegang olehku. ‘Fuhhh, selamat,’ fikir aku sejenak lalu terus memandang ke arah Jemy dengan muka aku yang selamba.

         “Apa.” Ringkas aku.

         “Kau tak nak tunggang basikal ke.” Jemy hanya mampu menyengih sahaja.

         “Tak.”

         “Kenapa?” Jemy menanyakan lagi.

         “Aku nak exercise.” Tersengih aku sambil berjalan-jalan menuju ke luar kawasan sekolah.

         “Tak penat ke. Rumah kau kan jauh.” Jemy menyoal lagi.

         “Saja je Jemy, nak luangkan masa dengan alam sekitar.” Aku menjawab dalam keadaan yang tenang.

         “Hish, kau ni.” Jemy mencuit lenganku.

         “Kalau tak, suruh ayah kau belikan basikal.” Sambung Jemy.

         “Aku okay je.”

         “Jemy, ayah kau dah sampai tu.” Aku terus mencelah lalu menunjukkan ke arah ayah Jemy yang baru sampai di luar kawasan sekolah.

         “Okay Bil, aku balik dulu. Bye.” Jemy melambaikan tangannya ke arah aku.

         “Bye Jemy, leklok.” Aku pula yang melambaikan tangan ke arah Jemy.

         Bukan kerana aku tidak mahu menunggang basikal ke sekolah tetapi basikal aku yang terlalu kecil dan yang ada sekarang ini pun hanya budak berusia sebelas tahun ke bawah sahaja yang boleh menunggangkannya. Aku tidak sanggup meminta sesuatu daripada abahku walaupun aku memang memerlukannya. Kerana situasi yang dihadapi oleh keluargaku sekarang ini amat memerlukan duit untuk menampung hidup dalam keluarga kami. Dan bukan jenis aku untuk meminta-minta, aku akan usahakannya sendiri sampai aku berjaya melakukan sesuatu perkara tersebut.

         ‘Fuhhh, panas betul cuaca hari ini.’ Aku bermonolog lalu aku melihat jam tangan yang berada di pergelangan aku itu.

         “Dah 15 minit aku berjalan ni.” Aku melihat sekeliling kawasan yang tidak kelihatan kelibat manusia yang berjalan pada waktu itu dan hanya aku seorang sahaja yang berjalan kaki di waktu yang panas terik yang telah terpancar di atas kepalaku.

         “Takpe, lima minit lagi nak sampai dah rumah.” Aku tabahkan diri untuk teruskan perjalanan.

         “Auchhh, siapakahhh……” Aku mengadu kesakitan apabila ada sesuatu yang membaling ke bahagian belakang aku lalu aku menoleh ke belakang.

         “Ehh, takde sape pun. Haa..” Aku kebingungan lalu melihat hanya seekor ayam jantan sahaja yang berada di situ. Aku pun meneruskan perjalananku.

         “Aaaaaa, hishhh siapa yang buuu…” Aku menjerit kerana geram akan sesuatu yang membaling ke arah aku. Aku menoleh sekali lagi tetapi tiada siapa pun yang berada di belakang aku. Macam biasa hanya seekor ayam jantan sahaja yang masih berada di situ.

         “Ayam, kau nampak tak siapa yang punya keje ni.” Aku menyoal seekor ayam jantan itu lalu ayam tersebut menoleh pandangan ke arah lain.

         “Ehhh, berlagak dengan aku ye. Takpe takpe.” Aku berasa geram lalu meneruskan perjalanan aku untuk pulang ke rumah.

         Perjalananku terhenti seketika apabila aku terdengar bunyi sesuatu di belakang aku. Aku pun terus menoleh perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya apabila aku melihat seekor ayam jantan tersebut melebarkan kedua-dua belah sayapnya untuk melompat ke arah aku. Belum sempat ayam jantan itu ingin mencengkamku, aku sudah membuka langkah seribu untuk berlari daripada cengkaman ayam jantan tersebut. Malangnya, ayam itu turut mengejar aku tanpa henti.

         “AYAM JANTAN TAK GUNA..!!!” Aku berteriak sambil melarikan diri.

         “Tak guna, dia kejar aku lagi.” Aku terus berlari tanpa menoleh ke belakang.

         “AMBIL NI..!!!” Sekali lagi aku berteriak lalu membaling bekas yang berisi bola kristal itu ke arah seekor ayam. Ayam jantan tersebut berlari berkeliaran kerana terkena balingan aku itu tadi.

         “Nasib baik dah berhenti.” Tercungap-cungap aku apabila seekor ayam jantan itu sudah berhenti mengejar aku. Akan tetapi aku teringat sesuatu.

         “Bola kristal tu.” Aku berasa teramat kesal kerana bola kristal yang dibalingkan olehku tadi sudah berkecai. Aku berasa marah terhadap ayam jantan itu dan berasa sebak tidak terhingga.

         “Aaauuuu.. aaauuuu.”

         “Aaauuuuuuuuuu..” Aku tersedar dari lamunan seketika apabila seekor anak anjing yang berbulu putih bercorakan tompok coklat di bahagian badan dan kepalanya yang sedang mengaum ke arah aku.

         “Aiyooo Aunty, jauhkan maa.” Aku menyahut.

         “Hey you, you, leave me ALONE..!!!” Aku berteriak lalu terus berlari menuju ke pintu rumah kerana sudah takut dengan seekor anak anjing yang semakin mendekatkan dirinya kepadaku. Aunty Sam hanya tersenyum sahaja apabila melihat gelagat aku yang kelam kabut itu untuk menuju ke pintu rumah lalu dia mengambil anak anjingnya untuk bersiar-siar di kawasan perumahan itu.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.