Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 34

 

          “Sihir. Dia hantar sihir.” Jawab Ustaz Azman.

          “Astraghfirullah. Kenapa boleh jadi macam ni.” Puan Hasnah terduduk seketika lalu beristighfar sahaja di dalam hatinya.

          “Memang ada yang dengki dengan anak kamu.” Ustaz Azman hanya menghelakan nafasnya sahaja.

          “Siapa yang buat semua ni, Ustaz?” Soal Encik Rosdi apabila dia telah mengetahui anaknya terkena buatan orang.

          “Biar saja Allah yang tahu. Saya akan hantar balik benda ini kepada tuan empunya.” Sahut Ustaz Azman lalu membaca beberapa ayat suci Al-Quran.

          Dugaan setiap dugaan yang mereka tempuhi tetapi dugaan yang mereka terima kali ini sangat berat buat mereka untuk menghadapinya. Mereka hanya berdoa dan berserah sahaja kepada Allah S.W.T.

          Hati ibu mana yang tidak berasa sayu apabila melihat keadaan anaknya yang kurus kering kerana tiada selera makan dan nyawanya juga turut terancam.

          “Kak, mari minum air zam zam ni. Ini air dari Ustaz.” Puan Hasnah membantu anak sulungnya untuk bangun seketika.

          Aku hanya mengangukkan kepala sahaja. Bagi aku untuk berkata-kata amat sukar sekali kerana terdapat banyak wayar yang berada di bahagian badanku dan wayar di dalam hidungku juga amat sukar untuk aku menggerakkan kepala. Aku hanya menurut sahaja segala kata-kata mamaku itu.

          Tiba-tiba, kepalaku berasa pening dan mula berasa mual apabila aku sudah meneguk sedikit air zam zam. Kepalaku semakin berdenyut-denyut dan perutku juga berasa sakit yang teramat sangat. Aku terus memuntahkan sisa-sisa yang ada di dalam tubuh badanku itu.

          “Astraghfirullah, muntahkan lagi, kak. Keluarkan semua kotoran tu.” Puan Hasnah terkejut apabila melihat anaknya memuntahkan sisa hijau dan kemudian warnanya berubah menjadi coklat seperti air longkang, lalu Puan Hasnah terus mengurut-ngurutkan belakang anaknya itu.

          “Ye, betul tu. Keluarkan lagi, cik.” Celah salah seorang jururawat yang berada di sebelah Nabila itu.

          “InsyaAllah dengan izin-Nya, pembedahan hari ini akan kami cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak puan. Saya dan Doktor Yong akan melakukan pembedahan ke atas anak puan.” Celah Doktor Zakwan seketika.

          “Semoga segala urusan dapat dipermudahkan.” Sambung Doktor Zakwan lagi.

          “Amin.”

 

 

 

………………………………………………………………..

          Lamunanku tadi telah terhenti seketika apabila seseorang telah menyergah kami berdua secara tiba-tiba.

          “HAAA….”

          “Ishh, kau ni. Dah kenapa.” Sergah Enny apabila dia dikejutkan dengan hentakkan fail di atas meja.

          “Korang berdua ni termenung je dari tadi. Takut dengan cerita aku ke.” Gelak Amirul sambil menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

          “Ehh, cerita kau tu. Memang taklah.” Jawab Enny dengan lagak gayanya yang selamba.

          “Bil, teman aku pergi toilet kejap.” Enny menarik lengan Nabila untuk ke arah tempat yang dia ingin tuju.

          “Siap berteman lagi.” Usik Amirul seketika.

          “Diam laa.”

          “Kata tak takut… Aku balik dulu, Enny, Nabila.” Usik Amirul lagi lalu dia terus mengambil beg galas hitamnya untuk bergerak keluar dari tempat kerjanya.

          “Okay okay.” Sahut aku.

          “Haa, esok ada presentation kan. Good luck, both of you.” Amirul menyahut seketika sebelum dia menuju ke pintu keluar dari pejabat tersebut.

          “Okay, you too.” Ringkas aku.

          “Cepatlah, teman kan aku.” Enny menarik lagi lengan Nabila tanpa menghiraukan perbualan mereka berdua tadi.

          “Sabar!!!”

          “Tak boleh brek dah ni.”

          “Ishh, kau ni. Dah nak balik kan.” Rungut aku seketika.

          “Aku tak tahan sangat ni.”

         “Dah dah dah, pergi.”

          “Kau tunggu aku kat luar tau.”

          “Ye!!! Macam-macam.”

          Nabila berasa senang sekali apabila tugasannya sudah selesai dan dia sudah bersedia untuk membuat pembentangan laporannya kepada majikan dan pekerja-pekerja lain. Dia hanya perlu memberi tumpuan kepada setiap pembentangan yang perlu dia kaji.

          Bukan mudah baginya untuk membentangkan sesuatu tugasan yang baru sahaja dia bentangkan tadi. Ia memerlukan sedikit idea dan pendapat daripada pekerja lain untuk menghasilkan satu tugasan yang lebih baik.

          “Wahhh, segak betul Amirul hari ni.” Enny terpegun seketika apabila melihat Amirul yang kelihatan kemas dan bergaya itu.

          “Biasalah, orang nak present kat depan bos kot.” Aku hanya mencelah.

          “Tapi, hari ni dia nampak lain.” Enny terpegun lagi.

          “Mestilah dia nampak lain, dia kan crush kau.” Aku mengusik nakal lalu hanya tersenyum sahaja.

          “Ishhh, jangan cakap kuat-kuat. Nanti dia dengar, malulah aku.” Enny berbisik di sebelahku lalu hanya menyorokkan mukanya sahaja di sebalik buku nota kecilnya itu.

          “Dahlah, aku nak tengok dia present.” Aku menolak muka Enny dengan perlahan lalu terus memberikan tumpuan kepada pembentangan tersebut.

          “Haa, kau jangan tergoda pula.” Enny berbisik lagi ke arah Nabila.

          “Aku!!! No no no no no. Aku bukan segila kau, nak tergoda kat dia. His not my taste!!!” Aku tersenyum sinis.

          “Amboiii…”

          Enny kembali menumpukan perhatiannya kepada Amirul yang masih lagi membentangkan tugasannya di hadapan kami. Baru sahaja beberapa minit berlalu, muncul seorang pekerja lelaki yang telah berada di muka pintu bilik mesyuarat lalu dia bersalaman dengan bos kami.

          “Hello, everyone. I’m Justin from England. Nice to meet you all.” Sapa Encik Justin kepada semua pekerja di dalam bilik mesyuarat itu.

          “Mr Justin akan buat praktikal di tempat kita, selama 9 bulan.” Jelas Encik Samsuri kepada pekerja-pekerjanya.

          “Oleh itu juga, saya berharap awak semua dapat membantu Mr Justin dalam melakukan tugasnya di sini.” Encik Samsuri menjelaskannya lagi.

          “Amirul.” Panggil Encik Samsuri seketika.

          “Yes, boss.”

          “Can you show his place?”

          “Sure.” Amirul hanya mengiyakan sahaja kata-kata bosnya itu lalu tersenyum ke arah pekerja baru yang berada di hadapannya.

          “Okay, Mr Justin. You can start your work now.” Encik Samsuri hanya tersenyum sahaja lalu dia beredar dari bilik mesyuarat itu setelah pembentangan tadi sudah selesai.

          “Okay, thank you, sir.” Jawab Justin.

          “Hi, I’m Amirul. Nice to meet you. Come, I show you.” Amirul menunjukkan arah ke tempat meja Justin.

          “Alamak. Hensem laa pulak mamat sorang ni.” Enny hanya terpegun sahaja melihat seseorang yang berada di hadapan matanya itu.

          “Ehh, crush kau yang tu.. kau nak campak kat mana.” Soal aku seketika.

          “Yang tu yang pertama, yang ni yang nombor dua.” Enny tersenyum lebar.

          “Aduhaiii…”

          Justin sangat gembira apabila pekerja-pekerja yang berada di tempat kerja ini begitu ramah sekali dengannya. Walaupun dia tidak pandai bertutur dalam bahasa Malaysia, suatu hari nanti dia akan mempelajari bahasa tersebut.

          “Amirul.” Sapa Justin.

          “Yes, Justin.” Sahut Amirul seketika.

          “Can I ask you something?”

          “Yes, why not.” Amirul tersenyum lalu dia memberi tumpuan kepada Justin.

          “How can I be a successful businessman?” Soal Justin.

          ‘Alamak, kenapa dia tanya soalan macam tu kat aku. Apa aku nak jawab. Aku pun belum success lagi dalam hidup, ni pula nak jadi businessman. Aku jawab mana yang aku tahu je lah,’ fikir Amirul seketika.

          “First of all, you must possess some basic qualities of a leader. You must have a lot of initiatives, be ambitious and have the desire to work hard.” Jawab Amirul dalam keadaan yang tenang.

          “Ohh, I see. What other special traits must I have?” Soal Justin lagi.

          “Like all professions, you must have the aptitude to be in a particular field of work.” Kali ini Amirul menjawab dengan tepat.

          “How can I be different from the rest?” Justin menyoalkannya lagi.

          “Well, you must have insights and be prepared to take risks.” Jawab Amirul lagi lalu hanya tersengih sahaja.

          “Do you think, I have the ingredients to be a businessman?”

          “I think so.”

          Amirul hanya tersenyum sahaja dan dia berasa senang hati untuk berbual dengan rakan barunya itu. Apabila sudah selalu berbual dengan orang asing, lagi mudah untuk kita berbual sesama mereka.

          Kepala Nabila tiba-tiba berasa sakit apabila melihat beberapa tugasan yang perlu dicetak dengan secepat yang mungkin. Bukan sehelai atau dua helai yang perlu dicetak tetapi berpuluh-puluh helai yang perlu dicetakkan.

          “Alahai, cukup ke tidak ni kertas A4.” Bebel aku sendirian sambil mengira-gira helaian yang perlu dicetak.

          “Tinggal 2 pack je ni. Mana budak office boy ni.” Bebel aku lagi.

          “Ishh, mana pen biru aku ni.” Rungut aku seketika.

          “Here.”

          “Okay, thank you.”

          ‘Ehh, kejap..’ Nabila terhenti seketika apabila dia berasa dirinya bukan keseorangan yang berada di tempat mesin photostat lalu dia memaling ke arah di mana pen birunya diberi.

          “Ehh, hi Justin.” Aku tersengih sahaja.

          “Can I help you?” Tanya Justin seketika.

          “Yes, I really need your help. Here.” Tanpa banyak berfikir, aku terus membahagikan tugas aku kepada Justin.

          “Could you tell me how to operate this machine?” Justin hanya menggaru-garukan kepalanya sahaja.

          “Right, the first thing you have to do is, to make sure the power supply is on. Then, you select the number of copies that you require and then press the green button and that’s it.” Terang aku kepada Justin.

          “Is that? Looks easy enough.”

          “It sure is. Now try it.”

          “Thank you, Nabila.”

          “Most welcome.”

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.