Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 5

JANTUNGKU berdegup laju dan pernafasanku bagai mahu terhenti sahaja tapi apa kan daya peperiksaan UPSR telah pun tiba. Tepat pada pukul 8.00 pagi peperiksaan akan bermula pada hari pertama. Sekarang jam menunjukkan pada pukul 6.30 pagi. Aku harus bersiap dengan segera dan pergi awal ke dewan peperiksaan sebelum pukul 7.15 pagi. Sebelum itu, aku meminta restu daripada abah dan mamaku supaya aku dapat menjawab peperiksaan dalam keadaan yang tenang dan penuh berkeyakinan. Tidak lupa juga doa daripada mereka tersayang dan yang paling penting aku perlu berusaha.

      Berdebar-debar aku dibuatnya untuk mengambil peperiksaan yang akan tiba dalam masa 15 minit lagi.

      Dah tiba masanya untuk aku menjawab kertas soalan peperiksaan. Berpeluh-peluh aku di dalam kelas semasa menjawab peperiksaan. Bukan kerana susah untuk menjawab soalan tetapi hendak menahan untuk membuang air kecil. Sedang elok idea itu datang untuk menjawab soalan, bahkan ada yang menganggu pada masa itu.

      Sudah lima minit berlalu, aku pun terus mengangkat tanganku untuk meminta izin ke tandas dan bergegas aku keluar dari dewan. Salah seorang daripada pengawas peperiksaan yang menjaga dewan peperiksaan turut mengikuti aku.

      “Fuhhh, lega.”

      Aku melihat pengawas peperiksaan sedang menunggu aku di luar tandas sambil membelek-belek jam tangannya yang berkilauan itu.

      Aku pun kembali ke dewan untuk menyambung jawapan ku yang tidak kesampaian untuk menulis di atas kertas soalan.

      “Aduh, apa jawapan aku tadi ye. Weyyy dah lupa, macam mana ni. Dahlah 20 markah bab ni.” Aku memegang kepalaku sambil mengingat apa yang aku hafal sebelum memasuki dewan peperiksaan tadi. Memang fikiran aku bercelaru pada masa itu.

      “Baik aku buat soalan lain dulu.” Fikirkusambil menenangkan fikiran sebelum menjadi serabut.

 

LOCENG pun telah berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat. Dan hari ini sudah dua kertas soalan telah dijawab olehku. Aku rasa resah dan aku juga berasa lega apabila selesai menjawab kertas peperiksaan. Aku cuma fikir adakah aku mampu untuk melakukannya dan adakah aku mampu untuk meneruskannya. Hanya Tuhan saja yang tahu pada masa itu. Aku pun terus menuju ke tempat letak basikal. Pantas tangan aku memegang pemegang basikal lalu disapa oleh kawanku dari belakang.

      “Bil, laju benar kau jalan. Tak sempat aku nak kejar. Sampai Jemy dengan Syif kau tinggalkan dari belakang.” Shafik menyengih kepadaku sambil memegang basikalnya.

      “Perut aku lapar, nak makan, nak balik cepat.” Tersengih aku sendirian.

      “Kau memang. Apa macam jawab tadi, ok ke tak.” Shafik menyoal lagi.

      “Bolehlah.” Ringkas jawapanku.

      “Kau tak nak tunggu Jemy dengan Syif ke dulu.” Soal Shafik lagi.

      Dalam hati aku ada je budak ni menyoal. Dahlah perut aku lapar ni. Kebetulan memang perut aku tengah berbunyi untuk meminta makanan. Si Shafik ni pula suka menyoal orang, kalau tak diselesaikan maka kan habis ceritanya.

      “Aku dah bagitahu dorang yang aku nak balik dulu.” Jawab aku sambil memegang basikal dan berjalan menuju ke arah pintu pagar sekolah.

      “Kau Shafik target berapa A UPSR tahun ni.” Terlintas fikiran aku untuk menyoal si Shafik pula.

      “Hmmmm, tak tahulah Bil. Sekadar boleh buat sudahlah.”

      “Aku balik dulu Bil, pape aku roger kau.” Apabiila sudah sampai di depan pagar sekolah, Shafik pun terus menunggang basikalnya sambil melambaikan tangannya ke arah aku.

      Aku tergelak dalam hati, ‘haa ambil kau, tak boleh nak jawab ler tu. Sekadar boleh buat, aku pun boleh cakap cam tu. Hish, orang pandai kan, tak apalah janji kau bahagia.’ Yang aku harapkan tak lebih pun, janji aku lulus sudah.

............................. 

      “Assalamualaikum, siapa ada di rumah.” Aku memberi salam apabila tiba di pintu rumah.

      “Waalaikumusalam, masuklah kalau tak tahu malu.” Jawab Puan Hasnah dengan muka selambanya memandang anaknya yang telah pulang ke rumah dari sekolahnya.

      “Memang tak tahu malu pun.” Sambung aku sambil membuat muka kepada mamaku.

      “Macam mana periksa hari ni, okay ke.”

      “Bolehlah mama.”

      “Wah, boleh dapat full A ni.”

      Mulutku muncung seketika. “Alaaa mama, baru dua paper exam.”

      “Ni pun tak tahu lagi boleh dapat ke tak A ye.” Aku menyambung.

      “Alaa, boleh punya. Anak mama kan bijak.” Puan Hasnah memuji anaknya.

      “Bolehlah bolehlah.” Aku ketawa sambil membuka tudung saji untuk melihat lauk apa hari ini dihidangkan.

      “Belasah kang.” Sempat Puan Hasnah menyekih anak sulungnya itu.

      “Dah, mari makan. Angah dah lapar tu, tunggu kakak balik dari sekolah.” Puan Hasnah menoleh ke arah anak keduanya yang sedang bermain dengan adik bongsunya.

      Datang si montel dengan gaya jalannya yang terkedek-kedek. Si montel yang gebus mulus, itulah si angah yang baru berusia empat tahun dengan kulit yang putih gebu dia. Siapa yang tak geram dengan gelagat si angah ni. Kecil-kecil lagi sudah petah berceloteh apabila berbicara. Sampaikan orang dewasa pun boleh kalah berbahas dengan si kecil yang montel itu.

      “Haaa, mari donat. Kita makan sama-sama.” Tersenyum aku melihat gelagat si angah. Memang aku suka memanggil dia si donut sebab budak ini memang suka makan donut.

............................... 

DING… Ding… Ding… Ding…”

      “Ding… Ding… Ding… Ding…”

      “Ala ala ala, baby kecil yang gebu molek ni. Adik siapa ni, adik siapa ni.” Terbeliak biji mata Nasuha sambil ketawa terkekek-kekek melihat kakaknya yang sedang bermain dengannya.

      “Kenapa comel sangat, kenapa bambam sangat.”

      “Jangan diusik adik kamu tu. Nanti nangis kang.” Tegur Puan Hasnah sambil melipat kain.

      “Ding… Ding… Ding… Ding…” Sambung aku menyakat.

      Mana taknya baby yang comel duduk terbaring di atas bantal kecil yang empuk itu. Mestilah kena kacau, apatah lagi aku yang suka mengacau si kecil mulus ni. Memang tidak henti-henti gelagat si manja itu. Riang sekali anak si manja ni bermain dengan kakaknya. Sampai terleka Nabila bermain dengan adiknya, dia terus teringat peperiksaan UPSR yang telah dilaluinya. Lagi seminggu lagi keputusan UPSR akan keluar tidak lama lagi. Gementar juga apabila keputusan akan keluar, lagi-lagi baru pertama kali peperiksaan terbesar buat Nabila yang baru nak mencecah umur 12 tahun itu.

      Semangat kental yang perlu ada pada diri Nabila adalah berusaha tanpa ada rasa keluh. Lebih-lebih lagi Nabila mempunyai dua orang adik perempuan untuk dijaga dan dia perlu menjadi contoh utama sebagai kakak sulung yang bertanggungjawab dan berwibawa. Tapi di fikiran Nabila, adakah dia dapat melaksanakan tanggungjawabnya. Bapa Nabila selalu berpesan kepadanya agar tidak akan pernah berputus-asa untuk melakukan sesuatu perkara dan perlu kuat untuk menghadapi segala rintangan yang ada.

      Biasalah siapa yang tak kenal dengan anak Encik Rosdi iaitu penjual ais-krim ‘Magnolia’yang sanggup bekerja keras untuk menyara hidup keluarganya. Dulu ais-krim ‘Magnolia’ memang terkenal dan digemari oleh kanak-kanak kecil dan orang dewasa pun boleh tahan juga membeli. Perisa dan reka bentuk ais-krim tersebut sangat unik dan sedap untuk dirasa. Memang tak salahlah kalau mereka hendak membeli, lagipun memang sedap untuk dimakan dan dijadikan snek harian mereka.

      Bila difikirkan balik, Nabila terfikir akan sesuatu perkara. Bolehkah dia teruskan destinasinya sampai ke puncak. Susah baginya untuk mengatasi perjuangan dalam hidupnya. Maklumlah, baginya ini hanyalah sebuah permulaan dan dia perlu terus berjuang.

      “Uwee.. uwee..” Bunyi Nasuha menangis membuatkan Nabila tersedar daripada lamunannya.

      “Shu.. shuuu.. shuu.. ala ala laaa. Tak ada orang nak layan dia ya.” Aku pun terus mendodoi adikku itu tetapi tangisannya semakin kuat.

      “Alaaa, cian dia ya. Dia nak susu tu kak.” Puan Hasnah pula mengendong Nasuha sambil membekalkan susu di tangan.

      “Ye ke.” Aku membuat muka.

      “Aippp, suka sangat sakat adik.” Puan Hasnah mencubit pipi anak bongsunya yang sedang menangis itu.

      “Ma, angah cebek mana ma.” Aku tercari-cari adikku yang sorang lagi.

      “Tu ada tu, tengah tengok cerita kartun favourite dia.” Puan Hasnah memuncungkan mulutnya ke arah anak keduanya yang sedang menonton televisyen.

      “Ohhh.” Aku hanya mengangguk sahaja.

      “Haaa, nak kacau si angah lah tu.” Puan Hasnah menjeling.

      “Ehh, mana ada, nak tengok je.” Aku terus mengangkat kening dengan tanda nakal ke arah Puan Hasnah.

      “Yelah tu.” Puan Hasnah mengiyakan. Dia bukan tidak tahu perangai anaknya yang suka menyakat. Sudah 12 tahun dia menjaga anaknya itu dari makan, minum dan sebagainya. Sama sahaja perangai suaminya yang selalu menyakatnya semasa muda-muda dahulu.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.