Home Novel Keluarga Awak Sudi Tak?
Awak Sudi Tak?
liza nur
21/6/2013 01:25:37
87,915
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 7

Bab 7


“Alamak, lambat pulak!” bebel Ilham sambil melarikan langkahnya laju. Dia tahu Azriq akan berkecil hati jika dia lewat tiba.

Bukan niat Ilham untuk keluar lambat, membuatkan Azriq tertunggu-tunggu. Tetapi kekangan kerja membataskan pergerakannya sekarang. Azriq bukannya tidak tahu yang dia terpaksa bertugas hari itu. Tetapi kawan baiknya itu tetap berkeras menyuruh Ilham menjemputnya dari airport setelah pulang dari outstation selama seminggu.

Rindu kata Azriq. Jadi, Ilham mengiyakan saja kehendaknya. Lagipun, Azriq sudah dianggap bagaikan adik kandungnya sendiri. Dia tahu Azriq tidak ada orang lain yang boleh diharapkan di Kuala Lumpur.

“Hoi!” jerit Cahaya apabila tubuhnya dirempuh oleh seorang lelaki yang sedang berlari kencang.

Cahaya terjatuh ke lantai. Mujurlah tapak tangannya sempat dilekapkan pada lantai, mengawal keseimbangannya. Kalau tidak pasti mukanya akan mencium lantai. Tak pasal-pasal hidungnya yang sememangnya penyet akan patah nanti. Paling kurang, barangkali pipinya akan lebam.

“Maaf, awak okay?” soal Ilham, terus dirundung risau. Dia mencangkung, memeriksa kondisi Cahaya.

“Do I look okay to you?” soal Cahaya.

“Yes,” jawab Ilham spontan.

“What?!” soal Cahaya.

“I mean… No. No,” balas Ilham takut-takut, bimbang kalau kata-katanya tadi telah disalahtafsirkan.

Cahaya memandang tepat ke mata Ilham.

Mata sepet itu. Tirus dan sepet. Ilham seakan-akan pernah melihatnya sebelum ini. Tetapi di mana? Mungkin di sekolah, persis teman-temannya yang berbangsa Cina. Atau barangkali ada pesakitnya yang mempunyai bentuk mata sebegitu. Hati Ilham rasa berdebar. Dia memandang mata itu lagi.

“Hey!” ucap Cahaya sewaktu melihat Ilham seolah-olah terpaku di situ, memandangnya. Dia melambaikan tapak tangannya depan muka Ilham.

“Maaf. Maaf. Saya betul-betul tak sengaja langgar awak tadi. Saya dah lambat, jadi kalang kabut,” pohon Ilham.

Cahaya ketawa. Hatinya marah tetapi dia tetap ketawa. Sungguh, dia benci pada pandangan Ilham. Pandangan yang seakan terkunci mati padanya. Pandangan seorang lelaki yang seakan suka tetapi tidak pasti. Pandangan yang barangkali mempunyai maksud yang tersirat di sebaliknya.

Ah, lelaki! Cahaya tahu apa kemahuan mereka. Dia tidak akan merelakan dirinya diperbodohkan. Tidak sama sekali! Cahaya bukan gadis tipikal yang boleh ditundukkan melalui kata-kata indah. Muka yang kacak belum cukup untuk menakluk hatinya. Harta benda apatah lagi.

Cahaya mempunyai kelulusan yang bagus untuk membina asset sendiri. Dia tak perlu bergantung pada lelaki untuk mempunyai masa depan yang cerah. Lelaki hanya satu bebanan bagi Cahaya. Memberi dan menerima cinta adalah satu komitmen besar yang tidak mampu dilunaskan.

“Tak apalah. Saya gurau saja. Sebenarnya tak sakit pun. Awak tak payah takut ya,” balas Cahaya sambil melangkah bangun. Hatinya berombak marah meskipun bibirnya memekarkan senyuman.

Itulah dia. The World’s Greatest Faker. Dia bijak memanipulasikan riak wajahnya meskipun hatinya merasakan sebaliknya. Dalam bencinya, marahnya dan geramnya, dia masih mampu tersenyum dan tertawa.

“Good then,” balas Ilham sambil membalas senyuman Cahaya. Dia turut bangun, sambil mata meliar mencari kelibat Azriq.

“Oh, well…life is full of pain…and death is not easy. Mana-mana pun susah,” ucap Cahaya spontan sambil mengeluh.

Keluhan yang pernah menikam ke gegendang telinga Ilham suatu ketika dulu. Keluhan yang mengingatkannya pada seseorang yang ditemuinya sepuluh tahun dulu. Bodohkah dia? Ya, barangkali dia manusia yang paling bodoh. Bodoh kerana masih mengharapkan gadis itu adalah gadis yang selama ini ditunggu-tunggunya.

Tapi, mungkinkah tekaannya benar? Mungkinkah gadis di depannya adalah Cahaya Iris. Bukankah wajah gadis itu mengingatkan dia pada seseorang? Mungkinkah Cahaya telah kembali ke dalam hidupnya? Dia terpaku, terkejut dan tidak terkata apa-apa sewaktu gadis itu melangkah meninggalkannya. Lidahnya kelu untuk memanggil Cahaya semula. Kakinya terpaku, tak mampu mengejar.

Cahaya,” ucap Ilham walaupun sudah terlewat. Dia tercari-cari kelibat yang baru menghilang itu.

Bodoh. Tolol. Kenapa kau tak panggil dia dari tadi? Tapi, benarkah dia Cahaya? Betulkah itu Cahaya yang kau tunggu-tunggu selama ini? Barangkali mata kau sedang menipu. Sebab kau benar-benar mahu berjumpa dengannya sekali lagi. Kau mengharapkan gadis tadi Cahaya walaupun sebenarnya tidak. Tak mungkin gadis tadi Cahaya. Dah sepuluh tahun, Ilham. Belajarlah berputus asa. Cetus hatinya.

Ilham!” panggil Azriq. Dia berlari-lari anak, menuju ke arah temannya yang sedang terkulat-kulat di tengah-tengah laluan orang ramai.

You betul-betul datang! I’m so glad to see you!” jerit Azriq.

Beg di tangannya dilepaskan ke lantai. Azriq memeluk Ilham sekuat hatinya, seakan sudah sepuluh tahun tidak berjumpa. Ilham membalas pelukannya lemah sambil menepuk belakangnya beberapa kali.

Welcome back, Riq. Macam mana trip kau ke Singapore? Best tak?” soal Ilham sambil melonggarkan pelukan Azriq yang membuatkan dia sesak nafas. Dia mengangkat beg yang dilepaskan Azriq ke lantai tadi.

Mestilah best,” akui Azriq.

Good for you then,” balas Ilham.

Tengoklah, Am! I beli beg baru,” ucap Azriq sambil menunjukkan beg yang tersangkut di bahunya.

Nampak macam beg perempuan, Riq. Tak cantiklah. Lain kali, belilah yang nampak cool sikit, nampak macho. Baru ada kelas,” tegur Ilham, tidak begitu gemar dengan pilihan kawan baiknya.

Betul tak cantik?” duga Azriq.

Ilham menggelengkan kepala.

Tiba-tiba saja Ilham teringatkan teguran mamanya. Padanlah mama risau benar. Kalau dia tidak kenal Azriq, mungkin dia sendiri barangkali meragui sama ada Azriq lurus ataupun tidak. Gayanya memang persis seorang wanita. Tambahan pula dengan pilihan warna pink dan ungu kegemarannya.

Biarlah, janji I suka,” balas Azriq, kelihatan merajuk. “Yang you terkebil-kebil kat sini tadi kenapa? You pandang siapa tadi?”

Ada seorang perempuan ni…” ucap Ilham lemah, tak tahu bagaimana hendak memulakan ceritanya kepada Azriq.

Ilham tidak pernah memberitahu Azriq yang dia pernah cuba menamatkan riwayatnya dulu. Azriq tak pernah tahu tentang Warda. Apatah lagi tentang kewujudan Cahaya, gadis yang menyelamatkannya dulu.

Perempuan mana?” soal Azriq sambil matanya meliar, mencari kelibat perempuan yang Ilham maksudkan. Ada terlalu banyak perempuan di situ, pelbagai bentuk dan saiz. Perempuan mana yang berjaya mencuri tumpuan Ilham.

Dia dah pergi,” balas Ilham.

Pergi mana?” soal Azriq.

Ilham menjongket bahu.

Kenapa dengan perempuan tadi? Siapa sebenarnya dia? Kenapa you sibuk sangat cari perempuan tu?” soal Azriq, tidak berpuas hati.

Azriq mahu tahu siapa gerangan wanita yang Ilham sebut-sebut. Ilham jarang berbicara tentang wanita dengannya. Setahu Azriq, Ilham tidak punya ramai kawan perempuan. Kawan perempuan Ilham hanya teman sekelasnya dulu ataupun teman di tempat kerja. Ilham lebih suka menghabiskan masanya dengan teman-teman lelakinya.

Dia ingatkan aku tentang seseorang. Tapi, mungkin perasaan aku saja agaknya,” luah Ilham.

Ilham terdiam sekejap, cuba mengimbas kenangan dia dan Cahaya yang sedang berkocak kotak fikirannya. Sungguhpun dia ingat dengan jelas rentetan kisah sepuluh tahun lepas, tapi dia sudah tidak ingat lagi dengan wajah Cahaya yang pernah ditemuinya dulu. Hanya sipi-sipi imej Cahaya terimbas dalam kotak fikirannya.

Cuma ayat tadi mengingatkan dia pada gadis yang sudah sembilan tahun tidak ditemuinya itu. Dia masih mengingati ayat Cahaya dengan jelas, ‘Life is full of pain…and death is not easy’.

Siapa?”

Kawan lama,” jawab Ilham.

Bekas kekasih?” soal Azriq kembali sambil membetulkan kedudukan topi benang bulu yang disarung pada kepalanya.

Ilham menggelengkan kepala. Dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita selepas Warda meninggal dunia. Tetapi, sejujurnya, dia lebih kerap teringatkan tentang Cahaya dari Warda. Dengan peredaran masa dan himpunan pengalaman, barulah dia mengerti yang perasaannya pada Warda dulu bukanlah cinta. Sebaliknya dia sudah terbiasa dengan kehadiran gadis itu sehinggakan dia tak dapat menerima kenyataan apabila Warda pergi meninggalkannya. Warda lebih kepada saudara dari kekasih. Dia salah mendefinasikan hubungan mereka dulu.

Cahaya Iris pula berbeza. Gadis itu hanya ditemuinya sekali tetapi hidup dalam fikirannya bertahun-tahun lamanya. Cahaya memberikan dia maksud baru tentang hidup. Hanya dengan marahnya, bebelannya, Ilham terus insaf. Hanya dengan senyumnya, Ilham terus jatuh hati. Ilham tidak tahu kuasa magis apa yang ada padanya. Tetapi, hatinya berkeras mahu menunggu gadis itu muncul lagi.

Dia bukan kekasih, bukan tunangan. Tetapi dia seseorang yang aku harap dapat jumpa sekali lagi. Aku terhutang nyawa pada dia, Riq. Aku harap dapat jumpa sekali lagi untuk ucapkan terima kasih,” jelas Ilham.

So sweet,” balas Azriq, acuh tak acuh.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.