Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 8B ; But baru

Kedua ayah dan emak pulang ke rumah dalam pukul 6 petang... sebaik sahaja mereka masuk kedalam rumah aku terus mendapatkan mereka;

“Hai long.. tak main bola ke hari ni? Selalu waktu-waktu begini sudah pergi ke padang main bola? Nak Maghrib baru hendak balik” perli emakku.

“Saya ada berita gembira ni mak” aku duduk di berhadapan ibu dan ayah yang duduk di sofa ruang tamu untuk melepaskan lelah.

“Apa dia tu?” tanya ayah.

“Along dapat sekolah KGV!!!!!” aku memberikan surat tawaran kepada emak.. emak membacanya.

“Alhamdulillah. Dapat juga along sekolah asrama ni yer” emak memberikan surat tersebut kepada ayah.

“Nampaknya, bonus tahun ni yang kita dapat... Kena beli kelengkapan untuk along. Banyak nak beli ni....baldi, baju, selimut. Nanti cukup bulan kita pergi sama yer” kata ayah.

“Jangan lupa yah but along” aku mengingati ayahku tentang janjinya dahulu.

“Itu ayah tak lupa... ayah akan beli,”

“Dapat biasiswa lagi bang.... Alhamdulillah” kata emak.

“Simpan tahu biasiswa kamu ini. Jangan hendak bazir beli benda tak tentu hala. Ayah ni lagi 4-5 tahun sudah hendak pencen. Tak tahulah lepas ini ayah kerja apa pula” nasihat ayahku.

“Jangan risau ayah, saya tidak akan membelanjakan sewenang-wenangnya” aku sengaja menguatkan menyebut perkataan sewenang-wenangnya agar didengari oleh adikku.

“Ingat long. Belajar pandai-pandai, kamu sudah dapat peluang untuk belajar di sekolah ini. Bukan senang nak masuk sekolah ternama ini. Hanya pelajaran sahaja yang dapat menjamin masa depan kamu” aduh.... ini yang touching ni.

“Yelah mak... Insya Allah.. doakanlah saya berjaya yer.”

{{{{{{{{{{{{{{{

Seperti yang dijanjikan..... akhir bulan tersebut... sebaik sahaja ayah mendapat gajinya, kami ke Seremban membeli kelengkapan sekolah aku dan angah. Paling menggembirakan aku, ayah bersetuju membeli aku sepasang but tulen berjenama ( bukan but pasar malam yang dibeli ayah sebelum ini ). Sepasang but berwarna biru jenama Diadora yang berharga lebih kurang RM150 ( aku sebenarnya tidak sampai hati untuk menerima hadiah dari ayahku... aku tahu ayah bukannya mampu sangat untuk membelikan aku but yang mahal... maklumlah... berapa sen sangatlah gaji sarjan askar.... tapi ayah aku beria-ria menyuruh aku mengambilnya.... ini janji dia kepadaku ). Emak pula membelikan baju sekolah dan kasut baru untukku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.