Bab 9
Mendaftar
masuk di asrama
Pertengahan Januari tahun 2000, hari dimana aku mendaftar masuk ke sekolah
baru ini. Aku segak memakai pakaian baru dan juga kasut baru mendaftar di dewan
sekolah sebelum dibawa ke asrama oleh abang senior. Hari ini pihak asrama
membenarkan keluarga untuk menemani anak masing-masing ke asrama. Aku
ditempatkan di blok C asrama yang terletak di belakang bangunan sekolah. Emak
menyusun baju aku ke dalam almari, manakala aku mengambil kesempatan untuk
berkenal-kenalan dengan rakan baruku yang sebilik. Ternyata semua pelajar yang
ditempatkan di dorm ini merupakan pelajar baru tahun satu.. setiap Dorm
mempunyai 6 katil 2 tingkat... ini bererti ada 12 penghuni di dalam satu dorm.
Tepat pukul 11 pagi...
semua pelajar baru diminta ke dewan sekolah untuk mendengar taklimat. Keluarga
juga dibenarkan untuk menghadiri taklimat ini. Aku beratur di kelas yang aku
tempatkan.. kelas 1B... kelas kedua terbaik.... kelas terbaik adalah kelas 1A
dimana semua pelajarnya mendapat 5A didalam peperiksaan UPSR. Aku lihat
komposisi pelajar di kelas aku agak seimbang... melayu merangkumi 60%.. Cina
30% manakala India 10%. Maklumlah.... sekolah ini adalah sekolah Inggeris.
Malah aku lihat kaum bukan melayu lebih selesa berbual di dalam bahasa
inggeris.... aku nampaknya kena belajar dan mengadaptasi suasana sebegini. Aku
juga telah mendapat kawan baru di kelas... setakat ini aku kenal 4 orang (
kesemuanya lelaki ) iaitu Sofian, Brian Joe, Yap dan juga Raja Izwan. Kawan
lain aku masih tidak sempat berkenalan... mungkin selepas masuk ke kelas.. aku
akan sempat berkenalan dengan semua rakan sekelasku.
Hasil perbualan ringkas
dengan keempat-empat mereka, aku mendapati bahawa mereka semua adalah anak-anak
dari keluarga elit.. hanya seorang sahaja yang berasal dari keluarga sederhana
seperti aku iaitu Raja Izwan. Ayahnya pembantu am di sebuah sekolah di Mantin.
Sofian ayahnya seorang jurutera TNB, Brian Joe pula ayahnya seorang Doktor
manakala Yap pula keluarganya terlibat dalam sektor perniagaan. Tapi mereka
tidak pernah sombong dan baik sahaja apabila aku menegur mereka. Malah keluarga
mereka juga ramah berkenalan dengan keluarga aku. Majlis taklimat dimulakan
dengan bacaan doa, diikuti pula dengan ucapan oleh penolong kanan 1... Cikgu
Zawawi... beliau mengucapkan selamat datang dan seterusnya menerangkan
peraturan asrama dan juga sekolah. Setelah tamat ucapan oleh Cikgu
Zawawi.......... Tuan Pengetua pula memberikan ucapan. Selain mengucapkan
tahniah dan selamat datang, Tuan Pengetua juga menerangkan serba sedikit
pencapaian sekolah dari segi akademik dan ko kurikulum. Paling mengujakan aku
apabila pasukan bolasepak sekolah adalah juara peringkat negeri bagi kategori
17 tahun piala Milo.
“Asal kamu tersenyum
Zaidi?” tanya Raja Izwan.
“Kamu tahu sebab apa saya
masuk sekolah ini Raja?”
“Why?” tanya Brian
menyampuk.
“Sebab Zaidi nak main
bola” kataku
“Ha!!! Apa... orang lain
sibuk masuk sekolah ini sebab hendak
jadi Doktor, Peguam, Majistret.... kamu sibuk hendak menjadi pemain bola?”
tanya Yap kehairanan.
“Ya....”
“Dulu kamu sekolah rendah
main bola ker?” tanya Raja Izwan.
“Ya...saya mewakili sekolah
sehingga menjadi naib johan peringkat negeri... kamu jangan main-main. Saya
hampir masuk pemilihan mewakili negeri.. tapi emak saya tidak memberi izin” aku
memandang ke belakang untuk melihat emakku.
“Why your mom not allowed
you go to that selection” tanya Brian.
“Typical thinking
Brian... biasalah.. orang tuakan.. dia mana hendak lihat bola ini ada masa depan.
Emak saya lebih pentingkan pelajaran dari sukan. Katanya bola tidak membawa saya
kemana-mana.”
“Jadi, Zaidi hendak masuk
sekolah ini semata-mata hendak main bola?”
“Tidaklah begitu.... saya
tetap akan belajar bersungguh-sungguh.. lagipun saya sudah janji dengan mak saya.
kamu semua tidak minat sukan ker? Takkan kita hanya belajar sahaja di sekolah
ini.”
“I loved Taekwando.......
mungkin saya masuk kelab taekwando sekolah. I got blue belt you know” kata
Brian.
“Oooooo” kataku..
nampaknya kalau gaduh dengan Brian ini kena hati-hati.. takut ditaekwandonya
aku ni.
“Aku minat Ping Pong..
tapi tidaklah sampai wakili sekolah. hanya sekadar suka-suka sahaja mengisi
masa lapang... kadang-kadang main Tenis juga dengan ayah. Di rumah ayah Sofian
belikan Sofian meja ping pong... tiap hujung minggu kami akan berlawan dengan
keluarga” kata Sofian.
“Aku minat ragbi... aku
pilih sekolah inipun pasal pasukan ragbinya antara terkuat di Negeri
Sembilan... kau tengoklah badan aku ni.. sesuaikan” memang sesuai Raja bermain
ragbi.. badannya 2 kali lebih besar daripada aku.
“Kamu Yap?”
“I???? I loved played Badminton..
dulu.. saya top 8 perseorangan bawah 12 tahun Negeri Sembilan” kemudian kami
terus mendengar ucapan Pengetua.... nampaknya pencapaian akademik di sekolah
ini adalah yang terbaik di Negeri Sembilan. Kelulusan pencapaian PMR semua A 60
peratus manakala semua A dalam SPM mencecah hampir 70 peratus... wow.. aku
tidak percaya apa yang aku dengar....... patutlah ibubapa di sini berasa bangga
jika anaknya dapat masuk kesekolah ini.
{{{{{{{{{{{{{{{{{
Malam itu selepas solat Maghrib... kami telah dipanggil ke dewan asrama
untuk sesi perkenalan dengan warden dan juga dengan abang senior merangkap
pengawas asrama ( mereka juga adalah pengawas di sekolah ). Yang menghairankan
kami.. yang dipanggil hanyalah pelajar baru asrama lelaki... kenapa pelajar
perempuan tidak kena panggil pula?. Sesi taklimat diberikan oleh ketua warden
Cikgu Karim ( umur dalam lingkungan 30an.. sudah berkahwin dan agak garang juga
dengar ceritanya ). Dia menerangkan peraturan asrama dan juga apa perkara yang
kami tidak boleh buat di asrama. semasa Cikgu Karim berucap, tiada seorangpun
yang berani bersuara kerana takut disergah oleh Cikgu Karim ( aku mendengar
cerita bahawa abang Brian yang kini berada di tingkatan 3 di sekolah ini pernah
ditampar oleh Cikgu Karim pada hari pertama orienatasi asrama kerana bercakap
semasa Cikgu Karim memberikan taklimat ). Jadi dari mengelakkan perkara
tersebut berlaku, kami hanya membisu seribu bahasa sahaja. Selepas sejam dia
berucap, tiba ketua pengawas asrama pula mengambilalih untuk memberi taklimat
kepada kami.. aku melihat semua warden dan Cikgu Karim keluar daripada dewan
asrama... pasal apa pulak ni?
“Sekarang tibalah pula
tradisi asrama Georgian” kata Brian perlahan... aku mengerut dahi tanda tidak
faham.
“Apa? Tradisi Georgian?”
tanyaku.
“Look and see ok” kata
Brian tersenyum.
“Bagitahu la apa dia
Brian.”
“Syhhhhhh... i beritahu
nanti tak syoklah” kata Brian.
“Baiklah.. sekarang ini
tibalah masa kita... semua senior akan membuat aktiviti tradisi yang memang
selalu dibuat setiap tahun kepada pelajar-pelajar baru asrama Georgian. Mungkin
ada yang sudah tahu... mungkin ada yang belum tahu. Pertama..... kita akan
membaca ikrar taat setia kepada Raja, negara dan juga sekolah. Bacaan ikrar
akan diketuai oleh Brian Joe” kata ketua pengawas asrama... abang Solihin.
Brian Joe ke depan pentas dan membaca ikrar di dalam bahasa inggeris.. kami
mengangkat tangan dan mengikut sahaja ikrar yang dilafazkan oleh Brian Joe
walaupun lidah aku terbelit-belit menyebut ikrar dalam bahasa inggeris. Setelah
bacaan ikrar, Brian Joe kembali semula ke dalam barisan kami.
“Baiklah.. setelah
ikrar... tradisi yang kedua adalah memberikan gelaran kepada kamu semua dalam
bahasa inggeris.... gelaran ini akan digunakan semasa kita di asrama dan juga
di sekolah. Kamu tidak dibenarkan menggunakan nama kamu semasa berkomunikasi
sesama kita. Macam saya... kamu semua tahukan nama saya... apa nama saya..
sebut semua,”
“Soley” kata semua
penghuni baru... Soley... macam nama India lah pula. Aku lihat abang Soley
tersengih.
“Baiklah... panggil saya
abang Soley selepas ini ya. Kami akan turun untuk beri nama omputih kamu...
pikirlah nama yang sesuai atau kami yang akan beri sesuka hati kami untuk
panggil kamu. Saya bagi masa 3 minit untuk fikir sebelum kami daftar dalam buku
ini” kata abang Soley sambil menayangkan buku peraturan yang semakin lusuh.
Alamak.... apa nama aku hendak pakai ni..... alamak... macamana boleh lupa
pulak... Andy Colelah... semua orang kat sekolah aku dah panggil dengan nama
tu. Gunakanlah jelah nama tu.. glamor juga apa;
“Kau pakai nama apa
Brian?” tanyaku.
“Jo... just call me Jo”
macam nama kawan aku masa sekolah rendah pula. Tidak lama kemudian kemudian,
abang senior turun untuk mendaftarkan nama orang putih kami. Bila tiba giliran
Raja Izwan,,, abang Soley bertanya;
“Nak panggil apa?”
“King.. boleh abang
Soley” katanya.
“Why King?” tanya abang
Soley.
“Sebab nama melayu saya
Raja Izwan... so King is much better” betul juga.
“Ok King” abang Soley
menulis nama baru Raja Izwan.
“Kamu pula” tanya abang
Soley kepada Brian.
“Just Call me Joe” katanya dengan penuh yakin.
“Are you Sandurai
brother?” tanya abang Soley.
“Yup” jawab Jo.
“Ohhhhh.” Kemudian abang
Soley beralih pula kepada Yap.
“Yap... u sudah ada nama
orang putih?”
“Can i use Yap? I
comfortable use that name. Ada Ong kata orang cina” abang Soley memandang Yap.
“Jadi kamu tidak ada nama
yang sesuai?”
“Nope.”
“This is Georgian
tradition Yap... student in this school do not using their original name. If
you dont have idea what should we call you. I will named it” kata abang Soley
tegas.
“But” kata Yap cuba
membantah.
“I call you Ah Loy”
“What? Ah Loy???” Yap
membuntangkan matanya.
“Yup... that we all
called you now.. Ah Loy.”
“That not British
name...”
“Yap also not British
name. That my final decisions..... i call you Ah Loy. Seperti yang abang sebut tadi.... jika kamu
tidak boleh memberikan nama panggilan kamu... maka pengawas akan memberikan nama
panggilan bagi pelajar tersebut... tidak kiralah nama itu orang putih atau
tidak” tegas abang Soley.
“But why Ah Loy” tanya
Yap.
“Kamu tidak pernah dengar
kapitan Yap Ah Loy... orang kaya tu... kamu kata nama kamu mahu ong kan... so
onglah nama tu” abang Soley terus mencatat nama baru Yap di bukunya. Yap hanya
melihat sahaja tanpa membantah. Kemudian abang Soley menuju kearahku;
“Nama baru?” tanyanya.
“Andy Cole” kataku
yakin.... dia melihat aku dari atas ke bawah.
“Andy Cole? Pemain bola
Manchester?”
“Ya abang Soley,”
“Kenapa?”
“Sebab saya minat dengan
Manchester dan Andy Cole. Kat kampung semua perli panggil saya Andy Cole bang”
jelasku.
“Macam-macamlah hang ni.
Nasib baik tak Beckham... kalau tak semua gelakkan hang” abang Soley terus
menuliskan namaku di dalam bukunya. Kemudian dia pergi ke barisan seterusnya
untuk mencatatkan nama orang lain... terlupa pula... Sofian menggunakan nama Soft..
malas aku hendak bertanya kenapa panggil dia Soft;
“Ah Loy... hau liao ooo u
punya nama” kata King tersenyum.
“Haiya... guapun losing
tadi... tapi Ah Loy pun ok juga... ada ong,”
“Ah Loy macam nama apek
kedai runcit” kataku.
“Andy Cole.. you punya
nama macam negro” kata Ah Loy membalas... mungkin bengang dengan kata-kataku
tadi.
“Hahahahahahahahahahahahaha.
King.. perghhhh ganas siot. Macam nama bapak ketua gangster ooooo” kata Soft.
“Hahahahahahahahahahaha”
kami semua ketawa... maka mulai haritu secara rasminya kami mengunakan nama gelaran
masing-masing.