“Nampaknya ada yang seronok benar di belakang barisan kelas tahun 6
tu..... kamu berempat yang ketawa tadi mari ke hadapan” kata penolong kanan
yang sedang memberi ucapan tadi berhenti apabila mendengar ketawa kami.
Habislah kami..... nak tak nak kami bertiga ke hadapan pentas di dewan.
“Apa yang syok sangat ni?
Nak kongsi dengan saya” aku memandang mereka bertiga.. masing-masing sudah
terbayang penampar Cikgu Salim yang merupakan Guru penolong kanan yang paling
ditakuti di sekolah ini. Terkenal dengan penampar jepunnya.... aku belum pernah
kena lagi.... nampaknya aku keluar dari sekolah ini dengan kenangan kena
penampar jepun Cikgu Salim. Masing-masing senyap membisu.
“Cikgupun malas nak
menampor awak pagi-pagi ni.... buat sit up 100 kali” perghhhhhh selamat... kami
mula buat sit up 100 kali di dalam dewan, paling membengkakkan hati aku.. Cikgu
Salim menyuruh para pelajar semua mengira setiap kali kami buat sit up sehingga
100 kali.. tangan lenguh jangan ceritalah. Habis sahaja kami kembali ke barisan
kami semula. 10 minit kemudian... kami kembali semula ke kelas.... sampai di
kelas;
“Kau tak ngantuk ke
Andy?” tanya Ahmad.
“Nama aku sekarang
Soksjer yer..... dia hero aku sekarang” kataku.
“Tapi beb... Andy sesuai
dengan personaliti kau... kulit dah hampir sama... cuma kau kecik je sikit”
perli Ahmad.
“Wah lu... ni anak mami
punya kulit ni” marahku.
“Banyaklah kau anak
mami.. anak mamaklah!!!!” aku menumbuk lembut bahu Jo. Kemudian cikgu Zahara
masuk ke kelas untuk mengajar matapelajaran Matematik.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Pukul 10.05 waktu rehat, selepas membeli makanan.. kami berkumpul di port
kami di wakaf.... sambil makan kami berbual-bual;
“Kamu semua tahu.. aku
harini satu apa pun tak masuk otak... rasa nak lentok je atas meja tu” kataku.
“Hahahaahahahahaha..
bukan sahaja engkau. Aku pun rasa lentok juga tadi Andy” kata Jo.
“Iya? Kau pun tengok bola
sampai habis?”
“Iyalah... best juga team
dorang tu main... tapi aku sokong Bayernlah... hahahahahah” kata Jo
“Aku dah agak dah.. kau
takkan sokong Manchester punya.”
“Kau beli air apa tu
Zaidi?” tanya Ahmad.
“Air kopi”
“Kau ni macam atuk aku
pulak.. suka main kopi.”
“Ngantuk punya pasal..
kata orang kopi boleh buat kita cerdas.”
“Iyala.. patut aku beli
kopi tadi.”
“Muthu... kau makan bekal
apa hari ni?”
“Nasi goreng.”
“OOOOOOOOOOO....”
“Kamu takkan tak tahu...
saya punya keluarga miskin.. tukang cuci kem juga. Mana ada duit mahu kasi
belanja...”
“Kami tahulah Muthu.....
nanti balik kau tumpang aku” kata Jo... emaknya boleh membawa kereta dan selalu
menghantar Muthu balik ke kem. Walaupun ayah Jo pegawai tentera... tapi
keluarga mereka tidak sombong.... malah selalu menjemput kami datang ke
rumahnya untuk makan-makan.. malah kadang-kadang memberi kami wang saku
terutama kepada Muthu. Muthu anak ketiga dari 6 orang adik beradik.... 2 abangnya
masih bersekolah.. manakala 2 adik perempuan Muthu juga bersekolah yang sama
dengan kami. Emak Muthu tidak bekerja tetapi selalu mengambil upah membersihkan
halaman rumah pegawai atau mengambil upah dobi. Muthu selalu membawa bekal ke
sekolah dan berjalan kaki dari rumah sejauh 5 kilometer ( rumah setinggan.. berhampiran tempat ayah
Muthu selalu bekerja... kem pusat latihan menembak tepat dimana ayah Jo menjadi
pegawai ).
“Macamana kau boleh lepas
dari singa tu?” tanya Jo.
“Hahahahaahahhahahahaha......
aku buat muka kesian.. rayu-rayu gitu. Perempuan ini... mudah kesian.”
“Perghhhhh.. aku nak
belajarlah dari kau... manalah tahu aku lambat juga nanti,”
“Hahahahahahahaha.. itu
aku jer yang boleh pakai” loceng tamat rehat berbunyi,,,, kami mengemas dan
kembali ke kelas.