Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 4 ; ditangkap tidur dalam kelas

Bab 4

Tertangkap tidur dalam kelas

Pukul 12 tengahari.. sejam setengah lagi sesi sekolah akan tamat. Tapi mata aku, aku rasakan amat berat sekali untuk membukanya. Sekarang waktu Cikgu Sofia mengajar matapelajaran Kajian Tempatan....... semakin lama mataku semakin layu...........

“Bangun Zaidi.. Zaidi.. bangun” aku mengeliat. Aku membuka mataku...... Cikgu Sofiah berhenti mengagau bahuku.

“Sekarang Zaidi.. awak pergi cuci muka.. selepas itu ikut saya pergi jumpa cikgu disiplin” adui.. kena juga aku hari ini dengan Cikgu Zakaria. Aku bangun dengan lemah ke tandas untuk mencuci muka. Selepas aku mencuci muka,,, aku berjumpa dengan Cikgu Sofia semula.. kemudian kami berdua bergerak ke arah bilik Guru Disiplin... Cikgu Sofia masuk dan berbincang dengan Cikgu Zakaria... mungkin menerangkan tentang hal aku tertidur di dalam kelas tadi. Seketika kemudian Cikgu Sofia keluar... setelah itu aku dipanggil masuk ke dalam bilik oleh Cikgu Zakaria;

“Duduklah Zaidi” pelawa cikgu Zakaria. Aku duduk di kerusi berhadapan dengan Cikgu Zakaria. Ibarat pesalah sedang menanti hukuman dari tuan Hakim.

“Pasai apalah hang lagu ni.. pagi tadi hang datang lewat... pastu hang buat bising masa perhimpunan... lani hang tiduq dalam kelas pulak. Apa masalah hang harini? Hang mandi ke tidak pagi ni?” tanya Cikgu Zakaria dengan loghat utara yang pekat. Aduh.... mana Cikgu Zakaria tahu aku lewat ni. Ini mesti si Nadiya pergi beritahu Cikgu Zakaria..... siot jer....

“Saya.. saya” kataku tergagap-gagap.

“Hang cakap terus terang... cikgu bukan suka hati nak rotan orang. Hang cuba bagi tahu apa alasan hang” nampaknya terpaksalah aku berterus terang...

“Sebenarnya cikgu.. saya tengok bola pagi tadi... Manchester lawan Bayern. Saya tidur lewat cikgu.... sebab itu saya bangun lambat... lambat sampai sekolah.... sampai tertidur dalam kelas. Saya mengantuk sangat cikgu.. maafkan saya” aku menjawab jujur.. dah salah... tak payahlah hendak menipu.

“Andy Cole ni nama hang ka?” aik... mana cikgu tahu nama samaran aku. Cikgu Zakaria memberi aku satu buku nota. Aku membacanya.. tercatat nama-nama pelajar yang lewat datang ke sekolah pada hari itu.. nama Jo pun ada..... tapi yang tak tahannya nama aku ditulis sebagai Andy Cole.

“Siapa yang tulis nama Andy Cole ni cikgu?”

“Sapa lagi.... Nadiyalah.. kawan sekelas awak tu” aku dah agak dah... dia memang saja nak pekena aku ni. Ikutkan hati aku.......

“Saya tak suruhpun dia tulis nama saya sebagai Andy cole cikgu.”

“Ya.. cikgu tahu..... Nadiya memang saja nak kenakan awak. Awak memang minat sangat dengan bola ye Zaidi?”

“Iya cikgu... memang minat saya dengan bola”

“Nak minat bola boleh.... takde siapa yang melarang. Tapi kamu tu masih belajar lagi... keutamaan kamu sebagai pelajar adalah belajar... bukan bermain bola. Tengok bola pagi-pagi buta sampai tertidur dalam kelas.. lewat. Kamu kena pandai bahagikan masa” aku terdiam..menghadam nasihat Cikgu Zakaria.

“Lagipun tahun ini kamu ada peperiksaan besar. UPSR... itu lebih penting. Tak salah jika minat sukan.. tapi kamu mesti pentingkan pelajaran juga,”

“Saya paham cikgu.. maafkan saya.”

“Sebenarnya saya memang minat tengok cara kamu bermain.. kamu ada skill dan kepantasan.... malah pada perlawanan akhir peringkat Negeri bulan lepas ... cikgu sebenarnya ada di padang melihat kamu” aik.. setahu aku... perlawanan akhir bulan lepas antara sekolah aku dengan sekolah Manjung.. hanya Cikgu Safee (jurulatih), Cikgu Ada ( penolong jurulatih ), Cikgu Salim ( pengurus ) dan Cikgu Arif ( Kitman merangkap jurulatih kecergasan ) yang mengiringi kami. Tak nampakpun Cikgu Zakaria.

“Saya tak nampakpun Cikgu Zakaria?” tanyaku.

“Ada.. tapi saya datang lewat sikit. Masa itu saya ada mesyuarat di Ipoh.. kan saya tak datang sekolah waktu tu.. saya pergi mesyuarat di Ipoh” baru aku teringat...

‘A ah... cikgu takde masa tu... baru saya teringat. Cikgu dok mana?”

“Saya duduk tempat duduk penonton dengan kawan-kawan saya. Saya tengok kamu ada skill dan beberapa kali berjaya mengucar kacirkan pertahanan.. tapi kamu terlalu menirulah” meniru?

“Saya meniru?” tanyaku.. aku meniru siapa?

“Kamu meniru stail David Becham terutama bab mengambil sepakan sudut dan menghantar bola jauh dari barisan pertahanan terus ke penyerang... kalau menjadi takpelah juga... ini.. aduh... sakit saya melihatnya” hahahahahahahaha.. menang aku meniru cara David Beckham menghantar bola.... memang semua hantaran aku hancur...... malah kepala aku ditunjal oleh Cikgu Salim kerana menghantar hantaran sebegitu.. katanya membazir saja.... dia mengelarkan hantaran tersebut sebagai hantaran “Dok Bekam”.

“Hahahahahahahahahahaha..... kelakar bila teringatkan saya dimarahi oleh Cikgu Salim apabila saya sering gagal menghantar bola.”

“Saya nampak awak kena tunjal dengan Cikgu Salim”

“Kita kalah cikgu 3-1.”

“Kita boleh menang jika awak Zaidi boleh hantar bola begitu baik.... separuh masa pertama awak boleh meloloskan diri dan lari melepasi pertahanan.. kenapa bila sudah kena gol 2 biji awak takde semangat?”

“Entahlah cikgu... pertahanan mereka berjaya ikat penyerang kita Badrul tu.. si Gopi pula seperti hilang arah. Cikgukan tahu saya kurang yakin untuk menjaringkan gol.. hanya tahu bawa bola dengan passing kepada penyerang” itu kelemahan aku..... aku kurang yakin untuk menjaringkan gol.

“Sebab itu awak kena berlatih lagi.. awak perlu menjadi seperti pemain eropah.... tidak terikat dengan peranan awak.. awak boleh jaringkan gol juga.”

“Cikgu dulu main bola ker?”

“A ah.... cikgu main bola dulu.. dari sekolah rendah sehingga maktab.... tapi cikgu tidak sebaik kamu.... bola di Malaysia tidak menjanjikan harapan.”

“Ramai orang cakap macam tu cikgu... emak.. ayah.. arwah atuk.... Nadiya... hina sangat ke main bola cikgu?”

“Tidak hina jika kamu main bersungguh-sungguh dan menjadi profesional di luar negara.”

“Maksud cikgu?”

“Bila kamu sudah besar nanti barulah kamu faham kata-kata cikgu ini... kalau kamu hendak main bola.... kamu main di eropah... masa itu... cikgu akan tarik kata-kata cikgu tadi.”

“Betul ke cikgu? Saya memang bercita-cita bermain dengan Manchester United cikgu!!!!”

“Itu juga harapan cikgu... cikgu mahu ada seorang anak murid cikgu yang main dengan Manchester United.... cikgu akan datang sokong kamu di Old Trafford. Tapi kamu kena lepas UPSR dulu..... banggakan keluarga kamu dahulu.”

“Memang itu matlamat saya.. berjaya dalam pelajaran dan juga sukan cikgu” azamku.

“Bagus... kamu boleh pergi sekarang.. nak balik dah ni.”

“Terima kasih cikgu” aku bangun untuk kembali ke kelas.

“Ehhh nanti dulu..... disebabkan kesalahan kamu datang lewat dan tidur dalam kelas.... cikgu mahu kamu buat satu karangan lebih dari 300 patah perkataan pasal bola... tidak kira kamu hendak tulis pasal pasukan kesukaan kamu, pemain kesukaan kamu atau apa sahaja pasal bola. Ok? Cikgu nak pagi-pagi sudah ada di atas meja cikgu.. ok?” aduh... ni yang lemah ni.

“Baiklah cikgu” kataku lemah. Kena juga aku......

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NaimTamdjis