8
“I called you banyak kali malam tadi! Kenapa
tak angkat?” Suara Rizan kedengaran marah-marah di hujung talian keesokan
paginya. Ketika itu sudah pukul 9.00 pagi dan aku sudah berada di pejabat. |
Aku
mengeluh. Tersenyum. Aku sangat arif dengan sifatnya yang cepat bimbang,
lantarann tidak mampu menyembunyikan rasa tidak puas hatinya. “No news means
good news, okay?!”
“Ju,
serius sikit Ju. Kalau apa-apa jadi pada you, macamana?” Bimbangnya bukan
kepalang.
Aku menakup mulutku, supaya tawaku tidak terlepas
dengar. “Rizan, betullah apa I cakap. Kalau terjadi apa-apa pada I, dah tentu I
call you,” jelasku cuba meredakan gundahnya. “I cuma penat sikit
semalam. Terlebih penat dari biasa. Lepas tu, I tak ingat apa. Sampai rumah,
lepas mandi I terus cari katil. Handphone I pun I tak sempat nak cas kat
rumah.”
“Habis
tu, you tak makan malam?”
“Tidur
lagi sedap.”
Dia
mendengus panjang. “You dah makan pagi?”
“Dah.
Nasi lemak, kerang rendang dengan telur mata,” balasku sambil menghirup Nescafe
panas yang sememangnya tersedia untukku di atas meja kerja.
Dia
diam. Aku yakin mood dia mula berubah lega. Aku pantas mengubah langkah supaya
aku tidak lagi dijadikan topik utama untuk dia terus melempar rasa marahnya.
“Jadi, apa cerita? How’s your morning?” Giliran aku pula bertanya
tentang dirinya sambil menyambung kerja di hadapanku.
“Biasa
aje, kecuali... Abang Megat dah balik.”
Aku
tersentak bila mendengar nama itu. Serta-merta degupan jantung berdegup lebih
pantas dari biasa. Ya TUHAN, kenapa bila mendengar namanya sahaja, jiwaku tidak
keruan? Kenapa nama itu seakan pencetus debaran di dada? Enam tahun dia pergi,
aku lenyapkan dia jauh dari fikiran, lebih dalam dari tujuh lapisan bumi. Namun
bila dia kembali, segala-galanya juga kembali dalam ingatanku. Aku pejamkan
mata buat beberapa saat dan melepaskan nafasku yang aku tahan seketika sekadar
menenangkan perasaan supaya aku mampu berfikir dengan bersahaja.
“Dia
sihat?” Soalan itu tercetus daripada bibir tanpa aku dapat menghalangnya.
Julianna
Isabelle! Hentikan semua ini. Hentikan lamunan asmara ini! Kau sudah ada teman
lelaki dan bakal menjadi suami yang akan kau hidup bersama sampai mati!
“Dengar
tak ni? Helo?”
Aku
terpampan mendengar suara Rizan yang sedikit meninggi.
“I
kat sini. Ada kerja sikit.” Aku berbohong. Terlalu sendat ingatanku terhadap
lelaki ‘itu’. “Jadi?”
Dia
diam.
“Merajuklah
tu!” usikku kepadanya.
Rizan
mengeluh panjang. “I harap sangat dia pindah rumah lain.”
Aku
terdiam. “Rizan, dia abang you. Walaupun dia bukan anak kandung mama, tapi dia
tetap abang you, dari darah daging papa you sendiri. You tak boleh buat macam
tu. Dia ada hak juga,” pujukku perlahan.
“Dia
dah kahwin.”
Tubuhku
kaku seketika. Pandanganku berpinar. Benarkah? Benarkah apa yang aku dengar?
Dia dah berkahwin.
Tapi
sejak bila? Siapa isterinya?
Tiba-tiba
hatiku jadi retak hancur sebaik mendengar kata-kata Rizan itu? Air mata, jangan
kau berani menitis saat ini. Aku benci. Aku tidak sudi kau menitis di awal pagi
ini di tengah-tengah kesibukan diriku di pejabat. Tapi mataku semakin kabur.
“Rizan,
I kena pergi. I have to take another call.” Aku pantas beralasan dan
tanpa menunggu jawapan darinya, aku segera memicit punat berwarna merah di
telefon bimbit dan mencampakkannya di dalam laciku. Tidak semena-mena aku
melihat kalendar di hadapanku.
11
Januari 2014...
11
Januari satu tarikh keramat buatku. Kerana lima tahun yang lalu pada tarikh
yang, aku dan dia dipertemukan. Kini, dia telah berkahwin. Pastinya rumah
tangganya bahagia sekali. Pasti mereka saling sayang menyayangi dan cinta
mencintai. Aku sudah membayangkan isterinya itu cantik, bergaya, tidak seperti
aku, hanya seorang gadis biasa dan sederhana. Tiada apa yang menarik tentang
diriku, hanya mengangankan kebahagiaan dari seorang lelaki yang mencintaiku
sepertimana aku mencintai dirinya. Alangkah cemburunya aku dengan rumahtangga
mereka.
Berkali
kali kenyataan itu berlegar-legar di dalam kepala. Ucapan Rizan tidak
henti-henti bermain dalam benak fikiranku. Tanpa henti. Tanpa lelah. Ia
seolah-olah mencengkam perasaanku sedikit demi sedikit. Hatiku makin hancur.
Bangun
Julianna Isabelle! Bangun dari angaumu! Dari awal lagi lelaki itu bukan milikmu
dan kau bukan milik dia. Tidak ada seorang dari kamu berjanji dan tidak seorang
dari kamu perlu setia. Kau milik Rizan!
Aku
segera ke bilik air. Aku mahu bersendirian sebentar untuk mengumpul semangat.
Namun sebaik melangkah masuk ke bilik air wanita, air mataku menitis bagai
hujan tanpa henti.