Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
87,171
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

        " FIRHAD , mengikut draf ini kenapa pada third quater draf kita menurun ? Boleh anda terangkan ?," soal Tan Sri Yusuf selaku bekas CEO TSY HOLDINGS.

        Firhad bingkas bangun dan melangkah penuh keyakinan ke hadapan .Kot hitamnya di perbetulkan sedikit sebelum mulai bersuara.

        " Terima kasih , Tan Sri .Baiklah menurut draf ini pada third quarter agak menurun , ini kerana ia di bulan Mac , dan pada bulan ini negara kita mengalami sedikit masalah iaitu penurunan matawang di bursa kita.Dan pada masa yang sama pula , kita pula menjual saham kita dan ada beberapa barangan eksport kita ada masalah di sistem sana," ujar Firhad tenang .Walaupun wajah Tan Sri Yusuf berkerut .Penurunan pada kuarter berkenaan sangat negatif.

         Setelah tamat penerangannya Tan Sri Yusuf mendekatinya." Baik, terima kasih saya ucap pada Firhad.Jika begitu , apa yang akan saya perkatakan yalah .Tarik semula barangan yang kita eksport itu ...," ujar Tan Sri Yusuf." Tapi ?," soal Firhad pula." Firhad, saya tidak suka pabila saya bercakap ada yang mencelah ," ujar Tan Sri Yusuf tegas.

          " Maafkan saya Tan Sri "

           " Jumpa saya nanti !" Ujar Tan Sri Yusuf benar - benar tegas kini.Firhad akur .Setelah setiausaha mereka membentangkan minit mesyuarat akan datang , meeting itu berakhir buat hari ini.


*****


       AYRA ERVINA masih setia menanti kehadiran CEO TSY HOLDINGS.Ayra menghadirkan dirinya ke situ sebagai pelajar praktikal.Namun, kehadirannya di situ seolah tidak wujud.Mereka semua kelihatan sangat sibuk ke hulu , ke hilir.

       " Cik Ayra, mari saya tunjukkan bilik En.Firhad ," ujar satu suara.Wanita yang bergelar setiausaha itu mempelawanya ke kamar CEO.Ayra tersenyum lantas mengikutinya.

        Tidak berkelip matanya kala pintu luas terbuka." Baiklah, kejap nanti Tuan CEO akan sampai .Silalah duduk dahulu .Pastikan semua dokumen disertakan ya," ujar wanita itu tersenyum lantas menarik pintu dari luar.Kini tinggallah Ayra terkontang- kanting.Bilik itu sangat mewah dari segi susun atur perabutnya.Terdapat beberapa bingkai besar yang diisi potret keluarga Tuan CEO syarikat itu.

       Sedang dia asyik memerhati, pintu di buka dari luar.Ayra Ervina pantas berdiri  .Tatkala mata bertemu mata, hati berdetak hebat.Ayra kenal dia ! Ayra kenal Tuan CEO itu ! Hah, CEO ? Alamak ! Habislah aku ! 

       Kau ? Soal hati Firhad terkejut.Sudah berapa kali pertemuan itu  berlaku  semenjak dari   kemalangan itu.Firhad baru teringat tentang kemalangan sewaktu ketibaannya dari UK dahulu.Selepas itu di restoran ! Kemudian hampir berlanggar di area kedai 24 jam ! Dan kini di syarikat milik papanya pula ? 

       Firhad kembali serious kan wajahnya.Dia menapak penuh gaya ke arah mejanya.Ayra hanya memerhati.Jantungnya berdetak hebat.Telapak tangannya mulai berpeluh .Memang dia risau kerana kebiadapannya tempoh hari .Sungguh dia tidak menyangka bakal menjadi salah seorang staf di situ walaupun untuk sementara.

      " Sila duduk ," ujar Firhad mempelawa gadis berkurung pink dan tudung senada itu duduk.Ayra menapak perlahan sambil tersenyum- senyum.' Ya Allah harap tiada sebarang penolakan nanti ...Risaunya

aku ...' Doa hati kecil Ayra.

        Firhad hampir tersenyum melihat ulah gadis itu.Dia dapat baca keresahan pada wajah itu.Jika dia berada ditempat yang sama pun akan begitu.Setelah kerusi ditarik keluar, punggungnya di labuhkan.

        ' Bila nak mula ni ?' Soal hatikecil Ayra yang makin keresahan tatkala pemuda kacak itu masih lagi merenungnya.Ada apa- apa yang tidak kena ke pada penampilan nya itu ? Dis hanyalah seorang pelajar .Ingin sahaja dia mahu melarikan dirinya dari situ jika benda itu masih lama lagi berlaku .Masih marah lagi ke pada aku ? 

        " Boleh kita mulakan ? Ada bawa sebarang dokumen ? Anda salah satu pelajar yang terpilih untuk latihan praktikal di syarikat ini kan ? ," soal Firhad dengan wajah tegas." Ya , ini dia ," jawab Ayra lantas menghulurkan fail dokumen yang diinginkan .Ayra semakin gelisah.Telapak tangannya makin berpeluh .

       Fail di selak sambil matanya meneliti isi kandungan tersebut.Lama gambar berukuran pasport itu dia renung.Ayunya wajah ! Desis hati kecilnya." Lamanya huuhu," keluh Ayra pabila lelaki itu masih lagi dalam pembacaan dokumennya.

       Sementara menanti jawapan lelaki itu, Ayra mengambil kesempatan yang ada dengan melihat keliling.Firhad kini mendongak, dia yang kini memandang Ayra tersenyum sendirian melihat wajah ayu itu dengan lebih dekat lagi.

       Liar matanya melihat , namun....Mata bertentang mata sebentar .Tajam sungguh pandangan mata itu terhadap dirinya." Encik! Encik !," tegur Ayra melambaikan tangannya hadapan lelaki yang masih lagi ralit merenungnya.

       Firhad tersedar lantas tertunduk.Ayra memegang dadanya, jantung kian berdetak .Jarang sekali dia berperasaan sedemikian.Apakah itu tandanya cinta ? 

       " Baiklah , esok Cik Ayra boleh mulai praktikal di syarikat ini.Selamat datang ke TSY HOLDINGS !," ucap Firhad bangun menghulurkan tangan.Ayra juga bangun namun huluran tangan itu tidak dia jawab.Ayra mengangguk sambil tersenyum." Terima kasih En.Firhad kerana sudi ambil saya praktikal di syarikat ini ," ucapnya.

          Firhad yang menarik kembali tangannya hanya tersenyum sumbing.Baru dia teringat akan batas- batas itu.Ayra Ervina meminta diri sebelum dia dibenarkan pulang.

          Ayra Ervina! Desis Firhad tersenyum.Pintu diketuk dari luar." Yes, come in ," ujar Firhad yang masih ralit merenung gambar gadis yang baru keluar tadi .

          Firhad yang tertunduk, merenung kasut bertumit tinggi itu lama .Perlahan- lahan matanya merenung sehingga ke atas bermula dari betis yang terdedah itu sehingga berhenti ke wajah itu.

          Wajah itu ? Wajah yang dah lama dia cuba lupakan ! Wajah yang suatu ketika dulu pernah cuba bertakhta di hatinya.

           " Kau ?"

           " Ya, aku ! Masih kau ingat lagi ?" 


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.