Bab 10
“ADUH, rindunya
dengan nenek,” kata Hawa Fatihah sebaik sahaja keluar dari kereta Kancilnya.
Dia terus meluru ke arah Mak Timah yang menanti kepulangannya di muka pintu.
Tubuh Mak Timah
terus dipeluknya dengan erat.
“Nenek pun
sama Hawa. Berapa lama Hawa cuti kali ni?”
“Panjang
nek,” jawab Hawa Fatihah sambil tersengih. “Sampai semester baru bermula.”
MakTimah
tersengih panjang.Gembira apabila mendapat tahu Hawa Fatihah akan bersama
dengannya di rumah itu lebih lama.
“Abang Pian
pun kata dia akan balik Malaysia minggu depan.”
“Hmm...sukalah
kamu ya,” usik Mak Timah sambil tersenyum mesra.
“Taklah nek!
Biasa aje,” jawab Hawa Fatihah, menyembunyikan wajahnya yang merah. Malu kerana
Mak Timah dapat mengesan kegembiraannya.
Sejak
kebelakangan ini
Hawa Fatihah
dan Sufian sering kali berchatting. Biasanya kalau Hawa
Fatihah studyhingga lewat malam, Sufian yang mengajaknya berchatting.
Perbezaan masa antara dua benua, tidak menjadi masalah. Sufian cuba mencari
masa Hawa
Fatihah
apabila gadis itu tidak sibuk.
“Hawa, kamu
ni ada apa-apa ke dengan Pian?” tanya Mak Timah setelah masuk ke
dalam bilik tidur.
“Kenapa
nenek tanya macam tu?” “Nenek risau.”
“Apa yang
nenek risaukan? Kami bukannya ada hubungan apa-apa nek.”
“Nenek tahu.
Nenek lebih makan garam, Hawa. Cakapterus-terang dengan nenek, Hawa.”
Wajah Hawa
Fatihah kelihatan serba-salah.
“Memang
Abang Pian sayangkan Hawa. Katanya suatu hari nanti dia...dia nak kahwin dengan
Hawa,” kata Hawa Fatihah lembut kemudian menundukkan wajahnya.
Dia malu
tetapi terpaksa berterus-terang dengannya. Dia ingin tahu jika
neneknya membantah atau tidak. Jika nenek tidak suka, Hawa Fatihah akan menurut
sahaja. Dia tidak akan membantah kata-kata Mak Timah.
Lama Mak
Timah terdiam. Dia termenung. “Papa dengan mama ada tahu hal kau orang ni?”
Hawa Fatihah
menggeleng. Sufian tidak memberitahu
Encik Anuar
dan Puan Anom tentang perasaannya pada
Hawa
Fatihah. Menurut Sufian, belum masanya untuk Encik
Anuar
mengetahuinya. Tetapi masanya akan tiba. Dia akan
memberitahu kedua-dua pasangan suami isteri itu apabila dia telah
tamat belajar kelak.
Hawa Fatihah
setuju. Dia pun baru sahaja menghabiskan tahun pertama. Masih ada dua tahun
lagi.Tetapi Sufian akan tamat belajar dalam masa setahun lagi.
“Belajarlah
dulu, Hawa. Nenek tak berapa suka kalau Hawa bercinta.Takut nanti lupa pada
pelajaran, asyik dengan cinta. Cinta tu manis sekejap aje Hawa. Macam kita
makan aiskrim.
Manis tapi lepas tu terus cair.”
“Ada pulak
macam tu nenek. Cinta semanis aiskrim, kan sedap tu?” balas Hawa Fatihah sambil
tersenyum.
“Lagipun
cinta itu penuh dugaan dan rintangan. Jangan ingat cinta itu mudah dan indah
saja,” kata Mak Timah.
Hawa Fatihah
mengangguk, lalu terus menukar haluan perbualan.
“Nek,tadi
Hawa singgah katTemerloh.Hawa ada belikan nenek jeruk petai.Hari ni kan ada
Pekan Sari Temerloh.Hawa juga belikan nenek ikan pekasam.”
Mak Timah
tersengih. Memang dia amat menggemari ikan pekasam dan jeruk petai. Pandai
cucunya itu mengambil hati.
Hawa Fatihah
menyerahkan beg plastik berisi jeruk petai dan ikan pekasam. Mak Timah bangun
menuju ke dapur.
SEMINGGU kemudian,
Sufian pulang. Kepulangannya disambut dengan majlis kesyukuran.
Ramai kawan-kawanyang sama-sama belajar dengannya di luar negara
turut hadir dalam majlis itu.
Encik Anuar
turut menjemput rakan-rakan niaganya. Puan Anom juga turut
mengundang kawan-kawan baik sertasaudara-mara mereka yang ada di
sekitar Kuala Lumpur. Mak Timah sibuk sekali di dapur dibantu oleh Hawa
Fatihah. Meskipun Puan Anom menempah katering tetapi MakTimah berbesar hati
menyediakan juadah pencuci mulut.
Majlis
bermula pada jam 3.00 petang hingga ke 11.00 malam. Biarpun sudah lewat malam
Mak Timah masih mengemas.
“Nek! Dahlah
tu,” kata Hawa Fatihah.
“Nenek
rehatlah nek! Biar Hawa pulak yang cuci gelas tu. Nenek tidurlah dulu.”
“Sikit lagi
ni Hawa. Kamu pergilah tidur dulu. Kejap lagi nenek
masuk.”
Encik Anuar
sudah lama tidur. Begitu juga dengan isterinya. Sufian juga sudah lama masuk ke
dalam bilik. Dia juga penat melayani tetamu.
Setengah jam
kemudian barulah Mak Timah masuk ke bilik. Ketika itu jam sudah hampir pukul
12.00 malam. Hawa Fatihah menunggu neneknya masuk dengan membaca novel.
“Aduh, sengal-sengal rasa
bahu ni,” keluh Mak Timah. “Tumit pun sakit ni agaknya berdiri lama.”
“Nenek kerja
keras sangat,” kata Hawa lalu bangun mengambil minyak angin.
Dia
menggosok kaki neneknya dengan minyak angin lalu memicit tumit dan telapak kaki
Mak Timah. Kemudian dia menggosok pada bahu dan
mengurutnya perlahan-lahan.
“Dahlah tu
Hawa...kau pun penat jugak. Kita tidurlah,” kata Mak Timah lalu menutup lampu.
Hawa Fatihah
berbaring di katilnya. Bilik itu mempunyai dua buah katil bujang. Suasana itu
amat menyenangkan dan selesa buat Mak Timah dan cucunya. Sejak dahulu sehingga
kini Hawa Fatihah senang tinggal sebilik dengan neneknya. Sudah acapkali juga
Puan Anom menyuruh Hawa Fatihah pindan ke tingkat atas. Lebih selesa jika dia
memiliki bilik sendiri. Tetapi Hawa Fatihah menolak, dia tidak mahu tidur
berjauhan dengan neneknya.
Walaupun Mak
Timah tidak menyuruh dan tidak pula melarang, namun hati kecilnya tidak
mengizinkan.Tidak elok sekiranya Hawa Fatihah tinggal di bilik bersebelahan
dengan
Sufian yang
bukan muhrimnya. Tinggal serumah memang sudah tidak dapat dielakkannya lagi.
Dia bersyukur apabila Hawa Fatihah menolak dengan baik permintaan Puan
Anom. Lebih-lebih lagi sekarang mereka sedang dilamun cinta. Mak
Timah menjadi semakin bimbang.
Jam loceng
berbunyi nyaring tepat jam 6.00 petang. Hawa Fatihah bangun membuka lampu lalu
terus ke bilik air untuk mandi.
Kemudian dia mendirikan Solat Subuh. Saat dia memandang ke arah katil neneknya,
Mak Timah masih tidur.
Selepas
solat dia mengejutkan Mak Timah. “Nek, bangunlah! Subuh dah.”
Mak Timah membuka
matanya perlahan-lahan. Diaterpisat-pisat kemudian cuba untuk
bangun. Namun dia kelihatan begitu lemah sekali. Lambat-lambat dia
duduk, bersandar di dinding. Rambutnya yang semakin nipis, sudah memutih
disanggul rapi. Dia masih belum bangun dari katil.
“Tak larat
nak bangun rasanya,” keluh Mak Timah. “Pucatnya muka nenek,” kata Hawa Fatihah
sambil
tangannya
menyentuh pipi neneknya.Terasa panas.Kemudian telapak tangannya diletakkan di
dahi pula. Panas juga.
“Nenek demam
ni!” kata Hawa Fatihah sedikit cemas. Mak Timah merebahkan badannya semula. Dia
berasa pening.
“Nek, kita
pergi klinik ya. Hawa beritahu papa dengan mama.”
“Tak
usahlah, jangan susahkan mereka. Kamu tolong ambilkan ubat demam dalam kabinet
dapur.”
Hawa Fatihah
bergegas ke dapur,mencari ubat.Kemudian datang semula membawa segelas air.
“Nenek makan
ubat dan minum air ni,” kata Hawa Fatihah.
Mak Timah
hanya menurut. Selepas makan ubat dia baring semula.Tidak lama kemudian dia
terlelap.
“Hawa masak
apa?” tegur Puan Anom sewaktu dia menuruni tangga dari tingkat atas.
Hawa Fatihah
sedang menyusun pinggan di atas meja makan. Dia baru sahaja meletakkan
semangkuk besar bihun goreng. Air kopi juga sudah siap dibancuh. Dia turut
menyediakan roti bakar yang disapu dengan butterdan serikaya.
“Hawa goreng
bihun, mama.”
Puan Anom
berdiri di tepi meja.
“Wah,wanginya
bau.Pandai Hawa goreng bihun.Nampak sedap,” kata Puan Anom sambil tersengih.
Hari ini
Puan Anom tidak tergesa-gesa ke pejabat. Encik Anuar juga masih
tidur. Mereka merancang hendak balik kampung. Sudah lama benar mereka tidak
balik ke kampung.
Entah berapa
tahun Encik Anuar sendiri sudah lupa. Sufian yang beria-ria hendak
bertemu dengan datuk dan nenek saudaranya.
“Mama tak ke
pejabat hari ni?” tanya Hawa Fatihah. Puan Anom menggeleng.
“Pian nak
sangat balik kampung. Dah lama tak jumpa dengan tok ngah katanya.Jom kita balik
kampung.Ajak nenek sekali,” kata Puan Anom.
“Mana nenek
ni? Selalu tu pagi-pagi dah bangun.” “Nenek demam tapi dah makan
ubat. Dia tidur lagi tu,”
beritahu
Hawa Fatihah.
Puan Anom
bergerak memasuki bilik Mak Timah, lalu mendekati katil. Dia memegang bahu Mak
Timah yang berbaring menghadap ke dinding.
“Mak
Timah...tak sihat ke?”
Mak Timah
terjaga lalu membuka matanya. Dia memandang Puan Anom.
“Haah Nom,
tak sihat.Tapi dah kebah sikit dah demam ni.”
Puan
Anom meraba-raba dahi Mak Timah.
“Eh, panas
lagi demam ni. Nom hantar Mak Timah ke klinik ya?”
“Tak apa
Nom,MakTimah tak apa-apa.Kejap lagi baiklah. Lagipun Hawa ada, Pian
pun ada,” jawab MakTimah. Dia cuba bangun tapi kepalanya masih berat.
“Hari ni Nom
dengan Nuar tak ke pejabat. Kami ingat nak balik kampung. Nak ajak Mak Timah
sekali.”
Mak Timah
diam sahaja. Kemudian dia menggeleng.
“Ajak Hawa,
mungkin dia nak ikut.”
“Hawa tak
mahulah nek, Hawa nak temankan nenek. Takkan nak biarkan
nenek sorang-sorang. Dahlah nenek tak sihat,” sampuk Hawa Fatihah
yang berdiri di ambang pintu bilik.
Mak Timah
tersenyum pahit. “Yalah,” balas Puan Anom.
Selepas
sarapan, Encik Anuar sekeluarga bersiap-siap untuk pulang ke kampung.
Wajah Sufian sedikit kecewa kerana Hawa Fatihah tidak mengikutnya pulang ke
kampung halaman.Puas dia memujuk tetapi Hawa Fatihah tetap dengan pendirian
akan menemani Mak Timah yang tidak sihat.
“Hawa, kalau
badan nenek tu panas lagi, cepat-cepatbawak dia pergi klinik ya. Jangan
biarkan takut melarat,” pesan Puan Anom sebelum berangkat.
Sufian melambai-lambai Hawa
Fatihah yang menghantar mereka sekeluarga hingga ke pintu pagar. Lesu lambaiannya
kerana Hawa Fatihah tidak dapat bersama.
“KESIAN saya tengok
Mak Timah tu, dia dah tak larat tapi masih nak buat semua kerja rumah,” kata
PuanAnom semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kampung.
“Memang tak
sampai hati nak berhentikan dia,” kata Encik Anuar.
“Macam mana
kalau kita ambil sorang lagi pembantu rumah. Ringan sikit beban dia.”
“Saya ada
terfikir jugak nak buat macam tu.Saya pernah beritahu dia nak ambil sorang lagi
untuktolong-tolong tapi dia menolak. Katanya dia larat lagi. Lepas tu dia
macam berasa hati pulak sebab kita macam tak perlukan dia,” cerita Puan Anom.
“Susah
jugak, orang tua ni sensitif. Kalau kita ambil orang lain, karang dia ingat
kita nak berhentikan dia. Kalau tak ambil, kan kesian
dia dah tua.Tak larat nak buat kerja lebih sikit, terus jatuh sakit.”
“Biar Pian
pujuk nenek tu,” ujar Sufian,menyampuk.
“Betul
jugak, dia dengar cakap Pian,” kata Encik Anuar bersetuju.
“Pujuk baik-baik Pian.
Orang tua mudah tersinggung,” nasihat Puan Anom kemudian.
Lebih kurang
pukul 12.00 tengah hari mereka tiba di hadapan rumah bapa saudara Encik Anuar
di kampung. Kelihatan dua buah kereta mewah di hadapan rumah banglo dua tingkat
yang menghadap ke Sungai Pahang itu.
Melihat
kereta yang baru masuk ke halaman, tuan rumah itu keluar dari pintu hadapan.
Dahinyaberkerut-kerut dan matanya dipicingkan jauh. Encik Anuar keluar
dari kereta diikuti oleh Puan Anom dan Sufian. Orang tua berkupiah putih dan
berbaju Melayu hijau itu terkejut melihat kehadiran mereka tiga beranak.
“Masya-ALLAH! Ingatkan
siapa tadi. Nuar rupanya!” “Pak ngah, apa khabar?”
Encik Anuar
menghulurkan tangan ke arah bapa saudaranya.
Pak Ngah
Bujang tergelak kecil.
“Sihat
seadanya, Nuar. Ha...ni Pian ya.Wah, tinggi betul kamu ni, Pian!”
Sufian hanya
tersengih, dia bersalam dengan tok ngahnya.
Pak Ngah
Bujang memanggil isterinya. Kebetulan dua orang anak Pak Ngah Bujang, sepupu
kepada Encik Anuar juga baru sahaja sampai. Sudah lama mereka tidak bertemu.
Tengah hari itu suasana di rumah Pak Ngah Bujang sungguh gamat dengan suara
perbualan dan gelak tawa.
Sufian juga
sibuk melayani saudara pupunya. Semuanya perempuan dan sedang meningkat remaja
seperti dirinya juga. Mereka semua galak hendak mendengar cerita Sufian yang sudah hampir tiga tahun berada di luar negara.
Sufian riang bercerita. Namun wajah
Hawa Fatihah tidak pernah lenyap dari ingatannya. |
|
“SEJAK kebelakangan
ni, nenek selalu berfikir nak balik kampung saja, Hawa,” luah Mak Timah.
Malam itu
demamnya sudah beransur kebah. Hawa Fatihah memujuk wanita tua itu ke klinik.
Akhirnya dia bersetuju.
“Tanah nenek
sudah lama terbiar.Rumah pun dah roboh. Duduk di sini pun tak ada kesudahannya.
Kalau balik ke kampung, boleh jugak usahakan tanah sendiri. Duit simpanan pun
ada.Kalau setakat nak buat rumah kecil tu lebih daripada cukup,” lanjut Mak
Timah.
Hawa Fatihah
tidak menjawab.Dia tidak begitu menyukai idea Mak Timah. Dia senang tinggal di
sini. Jika pulang ke kampung, sukar untuk menemui Sufian lagi. Setahun lagi
Sufian akan menamatkan pelajaran dan menetap terus di Kuala
Lumpur.
“Di kampung
nenek tak ada kerja. Macam mana?” tanya Hawa Fatihah menduga.
“Nenek boleh
ternak ayam itik. Bercucuk tanam. Sekarang bukan macam dulu. Ayam kampung dah
mahal.Sayur-sayuran pun mahal. Dulu seikat 50 sen.Tapi sekarang seikat dua
ringgit,” kata MakTimah yang memang arif dengan
harga barang-barang runcit.
Dia yang
selalu berbelanja di pasar. Puan Anom jarang masuk ke pasar membeli ikan dan
sayur.Sebulan sekali sahaja dia ke pasar raya membeli barangan runcit.
“Kau pun dah
besar.Tak ada apa nenek nak tunggu di sini lagi Hawa. Dulu nenek datang sini
kerana nak membesarkan kamu. Sekarang kamu dah besar, dah boleh berdikari
sekiranya nenek tak ada.”
“Hawa tak
sukalah nenek cakap macam tu!”
“Nenek makin
tua, Hawa.Tak dapat elak. Itulah putaran hidup namanya. Lahir, membesar,
remaja, dewasa dan tua. Akhirnya kembali kepada TUHAN,” jawab Mak Timah.
“Hisy,
jangan merepeklah nek. Hawa tak nak dengar!” kata Hawa Fatihah sambil memekup
telinganya.
Dada gadis
itu berasa sebak. Dia tidak suka neneknya melalut dan menyebut soal hidup dan
mati pula. Bersama kehidupan wujud harapan tetapi kematian membawa kesedihan
sahaja. Itu yang membuatkan Hawa Fatihah tidak suka.Tetapi hidup lawannya
mati.Sudah lumrah.Hawa Fatihah memang sedar hakikat itu.
“Nek, Hawa
takut kalau sesuatu terjadi pada nenek,” kata Hawa Fatihah sambil memeluk Mak
Timah.
“Tak
ada apa-apalah yang akan jadi pada nenek, sayang. Nenek kan dah
sihat. Nenek nak tengok Hawa bahagia,” pujuk Mak Timah.
“Nenek jugak
berdoa moga-moga suatu hari nanti kamu jumpa semula dengan mak kamu.”
“Mak Hawa?”
Sudah lama
perihal ibunya tidak disebut oleh Mak Timah. Hawa Fatihah masih ingat semasa
kecil dia pernah bertanya tentang itu tetapi MakTimah tidak pernah melayani
pertanyaannya dengan baik. Akhirnya dia terlupa.Tambahan pula kasih sayang Puan
Anom tidak ubah seperti ibu bapa sendiri. Malah, sejak kecil dia memanggil
pasangan suami isteri itu mama dan papa.
“Mak kamu
cantik orangnya Hawa, tapi dia ada beberapa tabiat yang tak elok,” kata Mak
Timah memulakan cerita.
“Nenek bukan
nak mengata atau pun mengutuk dia. Berdosa. Hatinya memang TUHAN sahaja yang
tahu tapi tingkah lakunya, masya-ALLAH, menyakitkan hati.”
Suara Mak
Timah tergantung di udara, bagaikan mengingati sesuatu.
“Entah
mengapa, dia selalu buat perangai lepas ayah kau meninggal. Bila bercakap,
suaranya lantang dan kata- katanya berbisa. Mungkin sebab dia kurang didikan
agama, ataupun dia sedih sebab belum setahun kahwin ayah kau dah meninggal.”
“Ayah
meninggal sebab apa nek?”
“Kena patuk
dek ular masa menoreh,” beritahu Mak Timah dengan wajah sedih.Terasa peristiwa
itu seperti baru semalam terjadi.
“Masa dia
kahwin dengan ayah kamu dulu dia muda sangat, lebih kurang 17 tahun. Sebagai
mentua, nenek selalu nasihatkan dia tapi dia tak mahu dengar. Dia lawan cakap
nenek. Kami selalu bertengkar.”
Hawa Fatihah
termenung panjang. Tidak sangka ibu kandungnya seorang wanita yang jahat, yang
menyakitkan hati ibu mentuanya sendiri. Dia tidak sangka.Tapi wanita itu tetap
ibunya. Dia mulai rasa teringin hendak bertemu insan yang melahirkannya. Dia
mengira sendiri. Sekarang umurnya 18 tahun. Bermakna, ibunya kini berusia 36
tahun. Masih muda, bisik hati Hawa Fatihah.
Di manakah
dia sekarang? Hati Hawa Fatihah penuh persoalan.