"Saya akan kahwin hujung tahun ini," Aida
berbicara bila bersendirian dengan Suraya ketika Najmi pergi memesan makanan.
Suraya membeliakkan mata tidak percaya.
"Dengan siapa?" pantas Suraya bertanya.
"Teman sekuliah. Namanya Zamri," Aida membalas
sambil tersenyum. Kelihatan sinar bahagia dimatanya.
"Wah, Tahniah! Akak ingatkan Aida dengan
Najmi...." Suraya tidak menghabiskan bicara apabila Aida memuncungkan
bibirnya.
"Saya memang pernah sukakan Najmi dulu, tapi, dia tak
sukakan saya. Rasanya dia lebih sukakan akak," Aida mengenyitkan mata.
Suraya mengerutkan dahi kurang mengerti.
Tapi tidak jadi berbicara lanjut bila Najmi tiba dengan sedulang
makanan.