Home Novel Cinta Leraikan Mimpi
Leraikan Mimpi
Lynn Suraya
3/1/2015 14:07:01
58,858
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Tumbukan Ilham tepat mengenai wajah Najmi. Najmi mengaku juga bila Ilham terus-menerus mempersoal tanggapan Aida. Ilham rasa tertipu dengan pengakuan Najmi, dirasakan adik yang paling dipercayainya menikam dia dari belakang.

"Abang Ilham!" Aida cuba menenangkan Ilham. Dia cuba menghubungi Suraya yang masih belum keluar dari muzium yang mereka lawati sebentar tadi. Sedang Ilham dan Najmi sudah berada di luar sekian lama bertengkar soal Suraya. Aida tiba-tiba kesal terlanjur berbicara kepada Ilham soal perasaan Najmi.

"Aida, kenapa?" Suraya menerpa melihat Aida tidak jauh dari pintu mauk muzium.

"Abang Ilham dan Najmi..." Aida segera menarik tangan Suraya.

Ilham sedang menarik kolar jaket Najmi. Pipi Najmi kelihatan lebam. Suraya memandang tidak percaya. Mujur sahaja mereka memilih lokasi yang agak terpencil. Jika tidak, malu saja orang Malaysia bergaduh di tempat awam di tengah-tengah bandar Manchester.

"Apa yang sedang berlaku?" Suraya bersuara keras sambil merenung tajam ke arah dua lelaki itu. Ilham berpaling. Perlahan melepaskan genggaman di jaket Najmi.

"Ilham, awak dah berubah. Tak seperti Ilham yang saya kagumi 3 tahun dulu," Suraya berbicara menahan getar marah yang berombak di dalam dada.

"Sebab itu awak berubah? Awak tidak sukakan saya dan mencintai budak ni?" Ilham bersuara tinggi seakan menjerit sambil menunjuk ke arah Najmi yang sedang memegang wajahnya yang terasa bisa oleh tumbukan Ilham.

"Dan awak tak lagi perlukan saya sebab dia juga cintakan awak, bukan?" suara Ilham seakan halilintar menerpa pendengaran Suraya. Suraya memandang Najmi. Lelaki itu hanya terdiam. Adakah Najmi cuba membantunya? Pandangan Suraya kembali terarah kepada Ilham.

"Ya, dan kami akan berkahwin tidak lama lagi," Suraya bersuara perlahan tetapi tegas. Namun jelas dipendegaran semua. Najmi terpaku. Aida ternganga tidak percaya. Ilham kaget seketika. Suraya terus berlalu pergi. Serentak pandangan terarah kepada Najmi. Langkah Suraya begitu pantas semakin hilang dari pandangan.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.